Monday, 16 May 2011

setelah DUA PURNAMA di dalam DUNIA

alhamdulillah...secara rasminya 13hb lpas brsamaan dgn hari Jumaat lpas, dah genap dua bulan usia 'baby' pertama aku sayang ni.... x sangka dh dua bulan umur dia :) kisah suka, duka, pahit, manis, sedih aku smua aku cerita kat dia ni... klu la dia ni, xpernah wujud dlm kamus kehidupan aku , kt mana lagi la yg aku nk cerita kisah aku walaupun sedikit merapu ni, xkan la aku nk cerita kt member2 aku plak psal kisah mengarut aku, kang x pasal2 makan tayar motor,hahahahaha ;D .... sebenarnya aku nk post entri ni Jumaat lpas, tpi BLOGGER tgh buat maintainance, malam sebelum tu ok je, tgk2 ptg tu aku dh x bleh nk login... dh la aku punya entri yg pasal kisah seorg kidal tu dia simpan sekejap aku ingat dh terdelete entri tu, nasib baik la dia 'restore' smula, penat wei tulis panjang2 tu...dh la buat yg terbaik,hahahahaha ;D

hari semalam A.K.A hari Ahad, tgh syok2 aku tido smpai pkul 12, tiba2 ayah aku kejut aku nk ajak mandi sungai atas ajakan makcik aku yg dduk kt Jengka tu, mula2 aku xnk pegi sbb mengenangkan aku kepenatan tido lewat malam tu,hahahaha... tpi memikirkan smula atas faktor2 tertentu, aku pun bersetuju la nk pergi jgak, walaupun sedikit kepenatan (nasib baik smpat bsuh muka,hahahaha) :) ....selepas dua minggu aku x pergi mandi sungai ni, aku tgk air sungai makin tohor (cetek) sbb hujan trun sekejap2 dan air sungainya semakin menyurut... tpi permandian kami terganggu dek kerana hujan yg renyai2 yg smakin melebat & trpaksa mnghentikan permandian sungai, walaupun air sungai tmpat permandian ni sangat tenang, tpi ada seorg pakcik aku amat tkut dgn kehadiran 'kepala air'...

aku pun x tau sgt 'kepala air' tu apa...rupanya2 istilah ni utk air yg mengalir deras dri atas bukit & aliran air ni jugak ada bunyi yg menyeramkan sperti bunyi mengaum, klu sesiapa2 terdengar bunyi mengaum seperti ni masa mandi sungai wktu hujan, cepat2 la naik ke tebing sungai, tkut2 dibawa arus air yg mengalir deras ngn bunyi yg menggarangkan tu...sebenarnya mandi sungai time hujan renyai2 la seronok, bleh feeling2 buat video clip :) ...apa pun aktiviti hari ni bleh diibaratkan sbgai family gathering bg aku yg jarang2 balik rmah berjumpa saudara mara ni :)


sbnarnya utk entri ni amat special bagi aku, tpi trpaksa merangkumi kisah hari ni & aku ada sedikit bingkisan istimewa sempena genapnya DUA PURNAMA aku dlm dunia blogging ni




Ceritera Kisah Kehidupan

Berangkatnya kisah perjalanan yang panjang,
Sehingga jauh saujana memandang,
Pepohon hijau mula menampakkan bayang,
Lukisan awan terasa indah dipandang,
Kebiruan langit petang telah menghadirkan kelam,
Seindah pelangi diliputi malam.

Dan ketika itu perjalanan sudah terhenti,
Diri hampir terkujung pergi,
Kenangan lampau mula menghantui,
Sudah pasti takkan kembali,
Ianya terus memomokkan diri, 
Lahirnya cita yang tidak bersemi,
Semakin merasai sebuah sepi.

Apa yang diingini tiada sempadan,
Tidak sampai hilang pedoman,
Hadirnya hidup tanpa kesudahan,
Mungkinkah ini takdiran Tuhan.


gabungan perkataan ni aku x tau kategori apa, aku rasa klu nk ckp ni puisi atau sajak, jauh sekali... yg aku mmpu kata ni hanya bingkisan sebuah perasaan, seperti mana yg aku pernah bgtau dlm entri2 yg lpas, setiap bait2 ni ada maksudnya yg tersendiri...apa2 pun inilah yg aku karang hampir 3 hari, x terlalu puitis sbnarnya ni tpi klu aku nk jadi seorg novelis, penulis mungkin aku akan menggunakan nama pena, 'Hadi Hanifah' , aku pun x tau la knpa aku suka nama ni, jauh sekali dri nama aku yg sebenar :) ...andai kata aku bukan seorg penulis, aku akan jadikan nama ni sbgai nama anak lelaki aku... eh, aku ada anak ke???hahaha...lmbat lagi 2011 + 8 = 2019 (sasaran je, ntah2 x khwin) ;D
sebenarnya aku dh sign satu perjanjian dgn kawan baik aku yg mana aku akan jadi PENYEPIT dia,hahahahaha nnti.... bro, janji tetap janji tau, LUNASKAN ;D ...aku sanggup berkorban sepenuh jiwa, bakul, raga tau demi sebuah kehidupan,hahahaha


kata2 terakhir hari ni, " Hidup ini umpama kanvas putih, hanya kita sahaja yg mampu mencorak & mewarnakannya... Kadang2 utk mencapai bahagia kita terpaksa melepaskannya dan membiarkan derita hadir buat sementara kerana ia akan mampu utk mematangkan kita  berjuang kembali serta mencapai kebahagiaan dalam hidup" ....


sebenarnya aku amat amat amat MENYAYANGI & MENCINTAI kau,kamu,dia,kami & kalian semua...SEMOGA BERBAHAGIA KALIAN ;D


P.S = hari Jumaat lpas bersamaan 13hb Mei ada sejarahnya...Yang Pertama, tragedi berdarah 13 Mei 1969 pasti xkn pernah dilupakan rakyat Malaysia, aku doakan keamanan, kesejahteraan Malaysia...semoga tiada lagi tragedi ini buat kali kedua dan selamanya & biarlah tragedi ini pertama juga terakhir & mngambil iktibar dri tragedi berdarah ini :)
Yang kedua plak bukan sejarah tpi seolah2 kebtulan...dlm English disebut tarikh utk Jumaat lpas ialah Friday 13th (katanya ada peristiwa disebalik ni)... tgh2 aku tgk klik info kat ASTRO, Channel Cinemax tayang cerita Friday 13th, apa motif tayang waktu tarikh Jumaat 13th ni, terpana sekejap??? kebetulan atau memang dh dirancang...mungkin kebetulan yg dirancang kot :) 


P.S  2 : drop la komen anda tentang gaya penulisan blog aku ni, tentang cara penulisan ke apa....kpada follower2 bleh la komen2 entri aku ni, komplen & komen anda semua amat aku hargai...PEACE PEACE!!!! ;D




                                KETEMU LAGI!!!!;D

No comments:

Post a Comment