Tuesday 28 June 2011

edisi RINGKAS versi TERKEJUT

alhamdulillah, derita yg x tertanggung smakin menghampiri utk dibuang & akhirnya segala 'parasit' yg mengugat diri dulu akan mula kian menghilang...


oh, sedar x sedar x sangka plak baru2 ni dh mula meng'famous' taman perumahan ni bila dpt tau ada msuk berita dlm surat khabar yg x asing lagi kt Malaysia ni tentang pelajar yg dduk bermukim sementara dkt sini....oh sgt sedih, kehidupan di sini dh mula disalah ertikan.... salah pelajar atau segelintir penduduk yg x begitu memahami situasi sebagai kapasiti kehidupan seorang pelajar.... apa pun benar kata pepatah seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit & walaupun seolah2 laporan mengatakan cuma segelintir tpi mungkin hampir smua terasa mengenai kisah ini

mudah-mudahan aku mengharapkan ada pihak yg dpt mmbetulkan smula keadaan yg boleh dikategorikan sebagai salah faham ini... apa2 pun SEMOGA MENCAPAI APA DIIMPIKAN & DI IDAM-IDAMKAN SETIAP HARI ;D




link utk edisi TERKEJUT ini : klik sini

Friday 24 June 2011

kisah lama datang kembali untuk mengusik SANG JIWA

dalam kesibukan *feeling2 sibuk ;D , sebenarnya aku memang teringin nk menulis semula kt dalam Si Hitam Putih ni...bkn kerana apa aku x menulis tapi kerana lantaran aku berasa kurang enak di dalam jiwa sejak akhir-akhir ni dan tambahan pulak aku terdengar & dpt tahu satu peristiwa yg telah 'berjaya' mengejutkan aku juga sikit sebanyak mungkin juga mampu utk melemahkan aku....tapi alhamdulillah, perasaan itu sikit sebanyak dah mula menghilang walaupun x sembuh secara sepenuhnya :)


rupa-rupanya ramai *padahal dua,tiga org je ;D yg nk tau pasal kisah & jugak asal-usul, biodata org yg bernama 'abg Q' sebagaimana yg diceritakan dlm entri aku yg minggu lepas (klik sini) .... sebenarnya mmg aku nk cerita kisah dia tpi atas sebab-sebab tertentu plus dia minta aku jgn bongkarkan identiti asal dia,so, aku terpaksa sorokkan kisah ni, mungkin sampai bila-bila kot sehingga la dia dah berlembut hati nk bongkarkan, barulah boleh aku ceritakan semula dkt sini :)


kisah aku yg mungkin akan dibangkitkan smula kali ni mungkin sudah lama tersimpan lapuk di belakang fikiran aku...sebenarnya memang aku dh x nk ingat semula kisah-kisah yg mungkin terasa pahit yg aku pernah lalui selama ni tpi dia datang secara tiba2 dan aku x dpt menghalangnya utk kembali menerobos dlm pemikiran...oh, kadang2 rasa ni memang pedih tapi apa boleh aku buat kalau tiba-tiba rasa ni terus datang bagaikan renjatan elektrik??? manusia x kn mampu utk menghalang dari semua ni terus terjadi & kita hanya mampu utk menangkis saja tapi sampai bila???

apa2 pun kisah dan kenangan lama ni memang kekadang bagi impak yg negatif utk sebuah kehidupan yg mungkin mahu dibina semula selepas menghadapi detik2 kejatuhan dulu dan biarkanlah kejatuhan dahulu yg diterima kepada diri sebelum menerima saat2 KEJAYAAN yg x BERTEPI.... setiap dlm kehidupan mmg ada pahit dan manis & itulah memang rencah dlm kehidupan dan aku mungkin salah seorg yg telah menghadapi dan di hari-hari yg mendatang, aku pun belum tahu UNTUNG NASIB aku dlm KEHIDUPAN.... kpada semua, semoga berjaya mencapaiapa yg paling diimpikan....TERIMA KASIH KEPADA INSAN YG BERJAYA MENGINGATKAN AKU KISAH YG PALING X NAK AKU INGAT NI ;D




P.S : aku akan cuba semula utk rajin post entri kat sini kalau masa mengizinkan dan AKU AMAT AMAT & AMAT RINDUKAN KALIAN SEMUA 

*tahniah skuad bola sepak Olimpik Malaysia a.k.a pasukan Harimau Muda A berjaya menang 2-1 dgn pasukan Lebanon kat Stadium Bukit Jalil walaupun main ngn 10 org.... tak sia2 strategi hantar pasukan Harimau Muda A main Liga Slovakia 2 tahun lepas menjadi dan berhasil walaupun dikutuk tpi sebenarnya pendekatan ni bagus utk jangka masa panjang tuk skuad bola sepak Malaysia... syabas semua pegawai skuad bola sepak Olimpik & FAM.... sekarang menunggu game utk skuad senior minggu depan plak .... aku dgn Zhazrizal Bone menjerit kat kedai makan masa gol kedua Malaysia yg Wan Zack jaring tadi, seronok btul ;D



Friday 17 June 2011

cerita KISAH tiga FAKTA yg BENAR dari ABG Q

berdasarkan apa yg ditulis & telah tertulis dari tajuk atas ni iaitu apa yg aku bakal nk tulis ni sebenarnya mungkin sikit kontroversi atau mungkin x ada kaitan langsung dgn aku & cuma mungkin yg pernah dihadapi oleh org sekeliling aku dan aku terus coretkan kt sini :)


yg pertama, mengikut penceritaan daripada individu yg pernah ckap dgn aku *aku spesifikkan dia sbgai LELAKI Q a.k.a ABG Q* ialah bila seseorang lelaki dah mula jatuh cinta akan seorg perempuan walhal dia tau yg prempuan tu dah punya pasangan yg hampir SAH , dia x akan pernah cuba melupakan perempuan tersebut walhal dia tau confirm2 dia susah nk tackle sbb yg si prempuan tu dh berpunya.... last2 dia plak yg TERPAKSA sukakan perempuan tu dalam diam2 je *simpan dalam hati je :) sbb lambat bertindak je kesnya, dah melepas....

dan ABG Q bagitau kat aku lagi, kepada lelaki2 yg tau pasal awek diorg tiba2 ada SECRET ADMIRE jenis mood senyap ni, jgn risau sbb org yg jenis mcm ni dia jenis suka MENENGOK & MEMANDANG dari jauh je tapi x la sampai potong jalan org lain nk berbahagiakan...tpi kalau ada smpai ada yg nak kacau, runtuhkan kebahagiaan hubungan org lain tu, lain ceritanya plak....kira PSYCHO tu, boleh bawak gaduh tpi baik bincang elok2 secara lelaki sejati, x payah nk guna kekerasan kan??? tpi kalu dh terOVER sgt tu, paham2 sendiri je la,hahahahaha


kisah kedua yg ABG Q bgtau aku hari tu, dia ckap klu seorg LELAKI tu betul2 sygkan prempuan yg walhal bukan awek dia langsung, dia x kn pernah melupakan perempuan walaupun SESAAT padahal x ckp pun isi hati tentang MENCINTAI tu...amat membahayakan org mcm ni sbb silap2 boleh rosakkan diorg punya ulu hati sebab terlalu memikir tu... ABG Q ckp lagi klu lelaki jenis tu dah tau yg perempuan dia minat tu bkn single punya type lagi, pasti akan ambik masa yg lama nk TINGGALKAN & LUPAKAN sebab bkn senang nk kosongkan kotak memori yg full pasal memori zaman silam tu...even diorg dh sukakan org yg lain pasti akan terpalit juga memori yg lepas tu....susahkan jadi macam ni??? tapi itulah HAKIKAT


dan fakta benar yg ketiga & terakhir dari ABG Q ialah, lelaki jenis mcm ni sukakan benda yg SURPRISE...aku rasa la btul jgak apa yg ABG Q bagitau kat aku dlu....diorg ni bkan apa, jenis suka sangat berahsia-rahsia ni, diorg suka sangat nk bagi tanda persoalan yg paling MEGA kepada org yg ditujukan SURPRISE tu dgn niat nk BAIK tpi x kena cara sbb membuatkan org tertanya2tentang 'rezeki' yg datang jenis TERKEJUT cmtu....contoh yg terdekat yg ABG Q bagi ialah TOPUP...kpada gadis2, pernah x dpat topup yg terkejut??? maksudnya tiba2 je dpt mesej yg mengatakan tambah nilai RM10 telah dimasukkan dalam akaun anda....sekali2 boleh la terfikir tentang salah masuk nombor tpi kalau nk dekat 20,30 kali jadi mcm ni??? MACAM MANA KAN??pandai2 la fikir2 sendiri,hehehehe...


apa2 pun pesanan terakhir yg ABG Q bgtau kat aku hari tu ialah, "jangan risau tentang jodoh, satu hari nanti akan sampai jugak SERUnya, yakinlah dengan KUASA ALLAH & sentiasa berusaha utk mencari kebahagiaan kat DUNIA & AKHIRAT" .... *lebih kurg macam tu la nasihat & kata2 dia kat aku hari tu :)


* pada ABG Q, aku dh TUNAIKAN apa yg ko nak aku buat hari tu....so sekarang, mana upah aku ???hahahaha....xpe la aku balik nanti kita cerita smula, terima kasih bro sbb kongsi cerita ngn aku....aku masa jumpa berlepak-lepak, ABG Q ;D

* INI KISAH BENAR, SUMPAH!!! ini bukan cerita rekaan aku sendiri ke apa tpi mmg ni kluar dari mulut ABG Q sendiri & semoga ABG Q berbahagia dalam hidup... TERIMA KASIH ABG Q ;D


P.S : aku rindu kat ABG Q :)

Thursday 16 June 2011

nampak lebih MANIS kalau x LAKUKAN

Ya Allah, blog aku makin hari makin berhabuk dek kerana aku sendiri yg terlupa nk berkunjung dalam masa beberapa hari ni....satunya bkn sebab aku x sayang dia tapi aku x ada sgt idea nk tulis apa kat sini sebba tu jadi terpinggir mcm ni...sori sayangku, aku telah mengabaikan kamu.... :)


apa yang aku nak tulis kali ni mungkin kontroversi atau nampak mcm kolot sikit kot tapi demi utk meluahkan apa pandangan aku selama ni,aku gagahkan jugak utk menulis...sebenarnya secara jujurnya aku terasa segan bila tgk & terpandang PEREMPUAN yg MEROKOK depan mata aku.... aku pun x tau la sbb apa aku rasa mcm ni, mungkin aku rasa sedikit terkejut kot sebab amat jarang aku berjumpa dgn perempuan yg merokok melainkan nenek2 tua yg usia mereka sudah mencecah usia 'emas' yg merokok...itupun dia cuma hisap rokok daun dgn tembakau daun je....

kalau ditanya alasan kenapa nenek2 yg mencecah usia emas merokok, mungkin pasti mereka akan menjawab 'sebab nak halau nyamuk'....  logik jugak kalau alasan diorg nk halau nyamuk sebab nenek2 pasti akan pegi menoreh getah sebelum azan Subuh atau selepas azan Subuh, waktu Subuh kan waktu nyamuk aktif, so, diorg akan jadikan asap rokok tu sebagai salah satu penghalang untuk nyamuk mengigit tubuh2 diorg...

tapi kalau zaman sekarang ni, logik x kalau nk guna lagi alasan cmni???? dgn kewujudan semburan nyamuk & ditambah pulak dgn ubat nyamuk jenis berasap & tak berasap pasti dh x releven klau nk guna alasan cmni....sebenarnya, aku x salahkan & menghina sesiapa kalau diorg merokok atau sebgainya sbb itu HAK & KEHIDUPAN diorg...tapi cuma mungkin nampak tak MANIS merokok lebih2 lagi perempuan plus dkt tmpt awam yg ramai khalayak..... 

dan tipu la klu ada org lelaki mengaku langsung x pernah merokok dalam hidup diorg.... paling kurg pun mungkin sekali dlm seumur hidup diorg pernah merokok.... aku pun mengaku yg aku pernah menghisap rokok tpi bkn jenis yg tegar, cuma sekali sekala dulu *cerita lama :) ....itupun sebab duduk ramai2 dalam golongan yg bkn penghisap rokok tapi yg jenis tak ada kerja punya org & saja2 jadikan rokok sebagai alat atau bahan permainan *teruk perangai tpi dh buat lagi ;D

apa2 pun apa yg ditulis dlm entri kali ni kalau2 ada tersinggung atau apa2,minta maaf la...bkn niat aku nk menulis atau menghina sesiapa terutama sekali kaum perempuan tpi memang dari pandangan aku perempuan yg manis, cantik & anggun tpi kalau ternampak ada rokok dicelah-celah jari telunjuk dan jari hantu, pasti pandangan sinar MANIS akan mula bertebaran jauh.... tapi sebagaimana yg aku tulis tdi, itu adalah HAK & KEHIDUPAN masing-masing....aku tiada HAK utk mencampuri hal kehidupan peribadi sesiapa saja dan hidup kita ni adalah PERCATURAN dari diri kita sendiri :)


* alasan pernah terbaca alasan kenapa perempuan merokok & jawapannya sebab NAK KURUSKAN BADAN (ni mitos ke fakta???aku pun x tau)... dan kalau btul la jwapan ni tergolong dlm fakta, aku pun nk merokok,sebab badan aku dgn pokok mangga yg usia 13 tahun hampir sama lebar,hahahahaha ;D

*tpi kalau la masih ada lagi lelaki yg seumur hidup x pernah menghisap & menyentuh rokok ke hujung bibir walaupun cuma sekali....aku SALUTE diorg sebab berjaya utk menahan diri...TAHNIAH KALIAN, aku pun x berjaya

apa2 pun ...MARILAH KITA SESAMA AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT,hehe ;D 

Monday 13 June 2011

sesudah tepatnya tiga purnama

alhamdulillah secara x sedar, hari ni dah genap usia tiga bulan si Hitam Putih sejak 'dilahirkan'... terasa seolah2 bru semalam aku wujudkan salah satu peneman hidup aku dikala waktu kesunyian :) ....kalau lah si Hitam Putih ni dilahirkan seperti seorg bayi, pasti pada usia sebegini dia dah mula belajar utk meniarap dan mula mengenali juga beramah tamah dgn org disekelilingnya :)...

apa2 pun, entri yg ini mungkin sedikit istimewa walaupun nampak sedikit kebosanan...aku juga akan cuba utk mencari, memperbaiki & membanyakkan lagi bahan tulisan supaya nampak lebih berilmiah & menarik di masa2 akan datang.... semoga semua dpt mencapai impian walaupun terpaksa berjuang dgn darah yg telah berubah warna menjadi berbeza sekalipun :) ...SELAMAT PURNAMA YG KE-3 ;D

 

Sunday 12 June 2011

aku di 'tag' soalan lagi :)

sedikit sebanyak persoalan demi persoalan dah dapat dirungkaikan.... jadi, memandangkan aku dh lama x memasukkan entri-entri baru dlm Si HItam Putih ni akibat perasaan yg kurg mood plus malas nk menulis dan juga idea utk entri yg bakali dikarang & yg nk ditulis tu sikit & makin berkurangan, memaksa aku utk 'memperlahankan' rentak pergerakannya.... apa2 pun terima kasih kak YOYA kerana sekali lagi menge'tag' saya utk menulis....best jgak kena tag-tag ni...ada jgak bahan yg nk ditulis sebenarnya :)



ini dia soalannya dari penge'tag'kan itu :)


 korang rasa hot ke?

 susah sebenarnya nk jawab soalan ni.... aku pun x pernah rasa hot ke x, lagi pun klu aku hot dah lama aku punya badan RENTUNG sbb effect dari hot tu,hahahaha....lagi stu, aku rasa x payah nk feeling2 hot kot sbb feeling hot ni bleh jadi sbb utk jatuh jgak sebenarnya * ni pendapat peribadi :) 


upload wallpaper yang korang guna sekarang ? 



cecite pasal gambar ni? 


sebenarnya aku x tau wallpaper apa yg nk diketengahkan ni....wallpaper utk FB kot,hehehe...sebenarnya gambar ni paling lama au guna sepanjang berFB.... ada banyak kisah disebalik gambar ni.... pertamanya, gmbar ni diambil secara candid oleh pakcik aku kot dgn menggunakan kamera DSLR aku dlu ....gambar ni jgak terjadi masa aku tgh sibuk jdi tukang pengangkat besi khemah kahwin masa kenduri kahwin akak aku hujung tahun lepas & sebenarnya masa ni aku menderita cirit-birit yg aku x tau apa puncanya & menyebabkan aku terpaksa berkurung dlm tandas hampir sejam & terpaksa berulang kali dlm masa sehari ...alhamdulillah, dua hari selepas tu, bru btul2 sihat :) .... gambar ni jugak menunjukkan salah sebuah selipar Jepun warna HIJAU kesayangan aku yg baru je beli masa tu...baru beb,bau kedai lagi...hahahaha, apa2 pun ni semuanya kenangan lama yg dah dan x mungkin berlaku juga dapat dibeli walau pakai berjuta wang ringgit :)


 kali terakhir korang makan pizza? 

seingat aku, kali terakhir aku makan pizza waktu malam Rabu sebelum aku balik smula ke Melaka hari Sabtu tu ...tu pun sebab dh teringin sangat kononnya,nasib baik ada org belanja... *untunglah kawan aku awek dia keje dkt pizza tu, hari2 dpt walaupun bungkus, aku jgak yg melopong tgk dia bwak balik...cis,hehehe ;D


 last song yang korang dengar ?




aku dgr banyak lagu sebenarnya,hehehehe...tpi lagu paling last yg aku dgr ialah Instrumental lagu Sedetik Lebih (Piano Version)...menangkap wei mainan dari piano tu :) *nnti aku ingat nk buat entri psal Kenny G, si pemain Saksafon plak la, lagu dia favourite aku plak,hehehe :)


korang buat apa je masa jawap tag ni? 

x buat apa2 pun, dh dekat dua hari kena tag soalan ni, bru sekarang ada mood nk jawab soalan yg ditag ni,hehehehe :) *sebenarnya tgh layan lagu instrumental ni sambil baru entri ni :)

nama panggilan korang selain nama penuh?


seperti yg pernah diberitau dlu...kalau member2 dkt Pahang, family ngn sedara mara aku panggil dgn nama AMRI...kawan2 sekampus plak panggil aku YIEN xpun FAZRIN, ada jgak sesetengah kawan aku dkt Pahang *terutamanya pompuan panggil aku dgn gelaran Yien jgak ;D.... masa aku dkt kolej kediaman dlu, nama blok aku Walok *kalau nk tau maksudnya bleh la PM aku :) & ada jgak pernah panggil aku SEBASTIAN dlu * memandai je ubah2,hehehee.... masa satu kejadian dlu, ada jgak panggil aku SAUDAGAR ATM (nasib baik x lekat lama) :), oh lupa masa kecik dlu pun, ada sorg makcik ni dia panggil aku BOMOH sbb satu insiden (ada masa aku crita k) :) ...aku x ksah apa2 nama pun janji x menyakitkan hati :)


siapa yang korang nak tag 5 orang? 

ntah la sapa... aku rasa nk tag Kak Ayu, Ira, Farid, Sayor dgn Zaidi


orang no 1 tu siapa?

bekas jiran dpn rumah, dialah pembawa kami serumah ke Kg. Ibol ngn Ulu Bendul :) 


luahkan sesuatu dekat no 5?


Zaidi, ko ketua projek utk event kelas kita.... buat betul2...GOOD LUCK ;D


no 3 ada hubungan dengan siapa? 




nx tau la berhubungan dgn sapa...dgn kawan, family dan terutama sekali dgn masyarakat sekeliling...kalau hubungan cinta aku x tau la plak :)



no 2 pulak macamana?

dia mungkin masih mencari perhubungan yg suci, kawan yg sejati & masa depan yg menuju kejayaan barangkali :) 


kata kata cinta dengan no 4?


tak ada kata2 cinta la... kasih sayang sesama insan ada la :)


4 fakta pasal orang yang korang nak tag?

KAK AYU : api bomba  *tangan kt bahu, mata pandang atas  :)
IRA  : gadis yg nampak kasar tpi hatinya lembut *mengampu sikit,hahahaha
FARID : suka tidur lewat malam, amat menyayangi emoticon buatan sendiri yg melambangkan diri (.=  
SAYOR = seorg pelukis mural, lukisannya hampir2 menyamai PROFESIONAL :)
ZAIDI = tukang masak rumah & tidur seawal 10 malam *sesiapa nk berurusan dgn dia msti lakukan sebelum jam 10 mlm :)

akhirnya, siap jgak entri utk ni, hampir sejam perah idea utk tulis...apa2 pun kpada sapa2 yg x ditag, nak cuba jawab pun dipersilakan :)

Thursday 9 June 2011

TERLALU BERJIMAT vs BOROS.... kita kategori mana??? :)

ketika entri ini ditulis, aku seolah-olah masih dpat merasakan kegembiraan kpada hampir semua atau mungkin segelintir dari pelajar universiti hari ni terutama kampus yg aku menuntut ilmu di sini kerana apa yg ditunggu hampir 3 minggu berhasil jua akhirnya.... dan boleh dikatakan hari ni mesin ATM mungkin terpaksa mengerah seluruh tenaga utk melayani kerenah dari kebanyakan insan2 yg ingin melihat nombor bertuah di skrin yg terpapar di monitor yg terdapat pada mesin ATM tersebut


walau hanya utk melihat nombor bertuah, pasti jika mesin itu seorg manusia, sememangnya dia akan mengeluh keletihan kerana mungkin terpaksa 'memuntahkan' isi2 nya sehingga ke helaian yg terakhir....aku juga x terkecuali menjadi salah seorg pengunjung dia walaupun ketika turn aku sampai, ianya telah berjaya mengeluarkan kata2 perangsang jiwa iaitu "HARAP MAAF PERKHIDMATAN TERGENDALA SEMENTARA".... sangat seronok bila baca ayat 'perangsang' jiwa tu kan???hehehehe :)  


walau bagaimanapun, segala penantian berakhir jua walaupun aku terpaksa beralih ke tempat lain utk melihat nombor bertuah yg terpapar di skrinnya :) ....dan sebenarnya bukan pasal nombor bertuah ni yg aku nk nukilkan tpi aku nk coretkan tentang dua perangai yg mungkin ada dalam diri kita yg kadang2 kita sedar atau mungkin langsung x sedar ianya sememangnya wujud  dalam diri kita....dua perangai tu ialah KEDEKUT & BOROS :)



mengikut kamus dewan yg diestablish oleh aku sendiri, kedekut ni membawa bermaksud terlalu menyimpan sehinggakan langsung tidak dikeluarkan terutama sekali utk wang atau duit, dan ianya juga membawa boleh maksud SIMPANAN yg DISIMPAN terlalu KEMAS sehinggakan tidak langsung terkeluar ataupun dlm bahasa halusnya GENGGAM x TIRIS :) ... dan boros plak membawa maksud terlalu dikeluarkan sehingga tidak DISIMPAN dan ini jugak membawa maksud KELUARAN tanpa KAWALAN sehingga tiada SIMPANAN....kejadian seumpama ni pasti menimbulkan masalah sekiranya terbabit dlm sesuatu kes kecemasan jika tiada wang dlm simpanan, masa tu baru tau langit tu tinggi ke rendah :)





oleh itu , sebagai manusia yg berakhlak baik & berhati mulia, kita x perlu utk bersikap seperti ini, KEDEKUT & BOROS....kedua2 tabiat atau perangai ni amat amat la x sesuai nk diamalkan dlm kehidupan seharian dan ciri2 org yg KEDEKUT & BOROS ni kita boleh nampak secara kasar...contohnya bila kita mintak sesuatu daripada mereka terutama sekali duit, kita boleh perasan kelajuan tangan mengambil dan membuka dompet utk mengeluarkan duit....dan sememangnya kita boleh nampak kelajuan dan cara membuka mungkin sedikit berbeza atau lembab, mungkin jugak boleh terjadi kes langsung x mengambil dompet :)

dalam kes boros plak, sikap yg terlalu murah semasa membeli barang atau sebagainya boleh membawa kepada kekurangan sumber kewangan bila x ditambah... golongan seperti ini mengikut pandangan aku, diorg x boleh memegang duit lebih dari jumlah yg sepatutnya dipegang, dan jika terlebih mungkin sesuatu akan terjadi kpada mereka di saat2 hujung bulan terutama yg sudah menjadi golongan bekerja.... :) 


apa-apa pun bagi aku, sifat terlalu berjimat dan boros ni amat2 la perlu DIELAKKAN dan mungkin boleh effect kehidupan di masa akan dtg..... kedua2 perangai cmni paling x boleh sekali nk diikut kerana perangai sebegini boleh dikategorikan sebagai PERANGAI x SENONOH :) ....semoga dalam kehidupan kita semua sentiasa dilimpahi dgn rezeki yg murah daripada-NYA...AMIN ;D




*oh maaf kalu entri ni mungkin terlalu dan sangat,sangat,sangat mengarut... tpi sebenarnya aku dlm golongan mana ek??? terlalu berjimat ke boros??? tpi msti org ckp sangat, sangat, sangat pemurah kt aku punya,hehehehe.... sebenarnya org terdekat aku pasti tau jawapan yg paling betul & sebnar utk men'describe'kan aku kot,hehehehe...PEACE :) 


*tajuk entri dicadangkan ni oleh Farid Ahmad  *thank Farid ;D ...nnti aku blanja ko satu peti ais jenama Panasonic,hahahaa ;D

Wednesday 8 June 2011

hanya berserah selepas berusaha keras

secara x sedar, diri ini semakin berganjak juga bakal bertambah kepada satu lagi langkah dan bakal berubah angka di hadapannya.... rupa-rupanya dh hampir 20 tahun aku berjalan, berdiri, & duduk di muka bumi yg penuh dugaan & cabaran ini.... sepanjang menempuh usia yg sehingga bakal berganjak ke angka 20 ni, bermacam2 dugaan, impian dan cabaran telah aku menempuh sepanjang perjalanan sebagai seorg manusia dan semuanya pernah dilalui, x kira manis, pahit, tawar atau masin dan segala jenis rasa pernah dirasai sepanjang hidup bergelar seorg manusia ni


sebenarnya mmg sekarang kita seperti seolah2 seperti sudah tidak merasai nikmat masa yg diberikan oleh Allah S.W.T kerana kita semua sibuk dgn kehidupan seharian dan terkadang kita juga terlupa utk memohon, berterima kasih kepada-NYA kerana memberikan nikmat hidup dek kerana kealpaan sementara kita itu....



sebenarnya, x semestinya kehidupan manis ataupun perasaan pahit yg kita telah lalui hari ini akan masih sama rasanya bila kita bangkit semula dari tidur yg lena pada hari esok.... dan tiada siapa yg dpt mengetahui apa yg mungkin atau sesuatu yg berlaku kepada dirinya utk hari esk & hari2 yg seterusnya kerana semuanya itu mungkin telah ditakdirkan kepada diri kita.... dan sebagai seorg hamba kepada-NYA, kita hanya berdoa, bertawakal dan berserah kpada Yang Maha Esa setelah puas berusaha utk sesuatu perkara....AMIN



*malam hari Isnin lpas aku menjadi seorg plumber utk sesuatu yg tersumbat walaupun hingga terpaksa melukakan lengan demi melaksanakan tugas & memberikan keselesaan kpada org lain dan berkerjasama dgn seorg kawan utk merealisasikannya :)

*sekarang masing2 mula & bakal memerahkan otak utk berkerja bersama2 dlm menjayakan misi yg hampir pasti akan menjadi realiti & potensi yg sangat, sangat & sangat besar suatu hari nanti.... semoga semuanya selamat & bakal menampakkan kejayaan dlm misi utk  keberhasilannya.... SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KESEMUANYA :)

Sunday 5 June 2011

bukan utk aku sebenarnya

salam tengah malam di hari Ahad yg menyejukkan akibat penurunan mutiara sejak awal malam tdi.... wow!!!! sekejapnya masa berlalu, sedar x sedar hari ni dah masuk hari baru, hari Ahad dan ini bermakna dh seminggu aku berada dkt bumi bertuah negeri Melaka Bandaraya Bersejarah merangkap Bandaraya Teknologi Hijau.... tapi sayang duit PTPTN x msuk lagi, sedikit susah utk berbelanja lebih walaupun ada sedikit kehadiran duit di dalam poket dan dompet :)


bkan itu yg aku nk cerita sebenarnya tpi berdasarkan entri aku yg lepas ni (klik sini) , aku mmg sengaja menulis tpi bkan utk aku, tpi sebenarnya utk seseorg yg dah 'BERJAYA' memerangkapkan diri dia di dlm kancah yg sebegitu rupa, ala2 bunuh diri la kiranya tpi x sampai membabitkan kematian :)

klu bercakap psal hubungan diorg plak boleh diibaratkan mcm graf kt dlm mesin jangka hayat yg diletakkan kpada org yg dah sakit tenat,turun naik graf dia.... dan ni jugak brmaksud yg bila2 masa je perhubungan tu akan meledak, meletus & trus meletup kalau dh btul2 dh x dpt nk dikawal dgn rapi...so cepat2 la bbuh alarm *hrap faham :)

ok, aku x mau cerita lebih lanjut lagi cukup la stakat sni je kot (sebenarnya dh x tau nk tulis apa ;D ) ....kepada engkau, engkau, dia, mereka & engkau, semoga dpt selamatkan utk semuanya & ingatan plus pesanan aku (termasuk sekali) secara ringkasnya, tolong jgn jadikan PERMAINAN YOYO & graf yg naik turun dlm mesin jangka hayat tu sebgai sumber INSPIRASI dlm KEHIDUPAN....tulisan ini diakhiri dgn ucapan SELAMAT BERJAYA ;D


*sebenarnya aku mendaki sedikit demi sedikit mengumpul & mencari cerita/kartun klasik, filem Melayu 70,80's yg mampu utk mengimbau zaman silam... sudah diperoleh ialah Snow White, Beauty & The Beast, Sleeping Beauty, Pinocchio dan paling paling paling istimewa & x ketinggalan, my future & dream princess,CINDERELLA... HAHA ;D

Friday 3 June 2011

andai dia seperti ini....

salam di malam hari Jumaat....sebenarnya hari ni minggu final Maharaja Lawak tpi memandangkan kt rumah masing2 x ada yg melanggan piring Astro, maka terpaksa menunggu sehingga lewat tengah malam ni kot itupun kalau ada yg meng'upload' kt dalam Youtube :)

apa2 pun bukan ini faktor utama aku menulis entri kali ni :) .... semalam atau pun lewat pagi tdi, aku melayan kartun dongeng klasik zaman dulu kala keluaran Walt Disney, Cinderella tahun 1950 ...pergh, sangat retro cerita tu lagi pun dah lama aku cari nasib baik kt rmah aku ada pengumpul cerita2 kartun klasik ni *thank Sayor ;D ....umur kelahiran cerita ni lagi tua dari umur mak dgn ayah aku...dah hampir 61 tahun umurnya, kalau manusia boleh diibaratkan sebagai umur seorg datuk :)


sebenarnya masa aku tgk cerita kartun tu, aku dah terasa macam aku ada dlm watak cerita tu jdi PRINCE CHARMING,hahahaha...tpi watak utk CINDERELLA aku nk bagi kat spe ek????hahahaaha...lagi satu aku sebenarnya terpaku dgn kelembutan watak CINDERELLA tu, dia baik dgn semua org x kira manusia ataupun haiwan.... walaupun mak tiri dgn 2 org adik beradik tiri dia buat mcm2 dkt tapi dia tetap bersabar, baik kan ??? :)

aku tau itu cuma jalan cerita dari sebuah kartun dongeng tpi cuba bayangkan kalau sifat2 CINDERELLA yg lemah lembut ni mmg ada wujud dkt org sekeliling aku, pasti aku akan jdi kelu lidah hingga x termampu utk meluahkan kata2 lagi,hahahhaa :)

apa2 pun semoga semua daripada kita semua yg kita inginkan * macam dah lari tajuk je ni...hehehe :)





                                           ♥  PRINCE CHARMING  


                                               suratan ataupun kebetulan :)


sumber video ehsan Youtube , klik sini ;D

Thursday 2 June 2011

kerana mulut, diri menanggung derita

mmg btul kata2 org dulu-dulu, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'.... satu kejadian yg berlaku dkt seorg budak perempuan yg umurnya 19 tahun & berasal Terengganu Sabtu lpas tu sikit sebanyak mungkin menarik perhatian sesetengah rakyat Malaysia termasuklah aku.... dia ditahan dlm lokap dlm beberapa hari atas sebab mengeluarkan kata2 kesat kpada penjawat awam ataupun polis waktu tu....


masa kejadian tu, dia tgh menunggang motor x pkai helmet dkt kawasan lapangan terbang & agaknya mungkin reaksi secara spontan dia terkeluar perkataan 'polis bodo' tu, kita x tahu apa yg sebenarnya terjadi pada waktu tu, hanya mungkin dia dan polis yg terbabit dlm kejadian tu tahu perkara yg sebenar-benarnya...dan tak pasal2 krana kewujudan dua perkataan tu dia terpaksa meringkuk dlm lokap selama beberapa hari, dihadapkan ke mahkamah dgn memakai baju berwarna ungu yg bertulis LOKAP POLIS tu




mungkin dia hari tu kurang bernasib baik kot, atau mungkin terlepas cakap & dlm kes ni, dia terpaksa dihadapkan ke mahkamah dan mengaku bersalah masa dibaca pertuduhan....dia jgak  diikat jamin RM 1000 oleh seorg penjamin, 7hb ni plak tarikh sebut fakta kes dijalankan, bagi kesalahan ni dia akan didenda tidak lebih RM 100.... kejadian ni mungkin boleh dijadikan pengalaman, pengajaran kepada tertuduh, & secara x langsung kpada aku atau sesiapa sahaja kt luar sana....aku x sangka ada juga undang2 ni, sbb aku ingat tak ada selama ni...sepanjang pengamatan aku ni kali pertama kejadian di bawah undang2 ni ataupun selama ni kejadian seumpama ni pernah berlaku, cuma aku mungkin x perasan kot :)


apa2 pun dlm kehidupan ni kita memanglah byk berhati2 dlm mengeluarkan atau bercakap tentang sesuatu perkara, kadang2 apa yg kita katakan tu mungkin ada menyinggung hati org lain secara x sengaja...aku jgak selalu berusaha utk berhati2 dlm mengeluarkan sesuatu percakapan,ckp berlapik sbb takut2 boleh menyinggung hati org sekeliling... aku mengaku kadang2 ada jgak terkeluar yg x sepatutnya & aku cuba berusaha nk berubah ke arah yg lebih baik....semoga aku berjaya :)




sepanjang aku meng'online' hari ni, ada kecoh tentang satu entri dlm blog yg dibuat oleh sorg bdak prempuan yg umurnya 14 tahun yg mengaku dirinya sudah tiada dara lagi...oh sungguh bahaya sekali & sgt berani pengakuan dia tu...dlm usia mcm ni mungkin dia masih lagi x matang dlm onak duri liku-liku kehidupan, mungkin dlm pemikiran dia hanya cuma inginkan publisiti murahan atau niatnya hanya menulis cuma suka2 kot...tpi dia mungkin terlupa implikasi masa akan dtg tentang perbuatan dia tu.... aku mintak simpang supaya kejadian ni jgn la berlaku dkt aku, org sekeliling & sesiapa saja.... kesian, x psal2 mak ayah yg mungkin akan menanggung malu kelak atas perbuatan dia yg mengaku seumpama itu


*sumber tntang kejadian gadis 19 thun  di sini 

* masa aku baca entri tntang pengakuan gadis umur 14 tahun tu tdi rmai yg dah jadi follower dkt blog dia, hmpir 600 lebih & ramai jugak yg comment dkt entri tu...ada yg maki, yg nasihat pun ada jgak


apa2 pun smoga kita semua sentiasa berusaha utk berubah ke arah yg lebih baik...AMIN :)

Wednesday 1 June 2011

OH....kilatnya CINTA itu

oh....dlm masa beberapa hari ni, aku kurang ada mood utk menulis dlm si 'Hitam Putih' ni.... tpi hari ni * kira semalam la, sebenarnya aku mendapat satu berita yg sedikit mengejutkan dari seseorg yg paling aku kenal, yg paling rapat dgn aku, yg selalu bersama aku sekali lagi, terkandas, terkecewa dlm lubuk yg menempatkan ruang utk berkasih sayang sesama insan

padahal belum sampai sebulan pun kisah ini 'diperhangatkan' tpi oleh kerana 'kilatnya' perasaan cinta dan perasaan kasih sayang utk kearah itu semakin memudar ianya sudah terputus, terkerat begitu saja....oh, senangnya CINTA KILAT datang dan terus berlalu pergi tanpa perlu utk menunggu

perkenalan yg cuma sementara atau secara x sengaja ini mungkin akan mengundang kepada pembawaan wabak yg boleh menjadi virus kepada sesetengah org.. .bila salah seorg daripada mereka mula utk men'declare'kan diri, secara tanpa sedar kadang2 mereka terus mengambil keputusan utk men'declare;kan tanpa memikir panjang atau risiko yg dihadapi selepas daripada mereka mungkin ditakdirkan utk tidak di'pertemu'kan lagi

tak akan lah kejadian CINTA KILAT ni boleh berlaku semata2 utk TRY, TEST ke'power'an yg ada kt dalam diri tu... aku mampu utk memberi jaminan sebenarnya CINTA KILAT ini akan bertahan paling lama pun 2 atau 3 bulan tpi klu CINTA KILAT tu btul2 menjadi sehingga boleh berganjak hingga ke hmpir 3,4 tahun, kiranya itu salah satu keajaiban atau kehebatan daripada penangan kilat yg x memudar tu...tpi persoalannya ada ke sampai tahap tu???mungkin ada kot :) .... tapi klu paling sekejap plak dlm CINTA KILAT mungkin hanya mampu utk bertahan dalam seminggu atau dua minggu kot berdasarkan apa yg diimpikan sepanjang tempoh tu... CINTA yg SUCI atau mungkin cuma berlandaskan NAFSU??? OH :)




lagi faktor yg boleh jadi penyebab knapa berlaku putusnya penangan CINTA KILAT ni bila 'mereka' bersama2 belum betul2 bersedia 'kearah' utk meluahkan kasih sayang sesama sendiri, pola kehidupan seharian sudah pastinya akan mula berubah daripada yg sebelum itu & selain dari  itu, kurangnya persefahaman sesama mereka & & & mungkin juga semasa mereka bersama-sama meluahkan kasih sayang itu, impian utk ke langkah yg seterusnya telah diberikan harapan terlalu tinggi padahal ianya teralu awal utk dibincangkan dan bila x dpt dicapai mereka mungkin terpaksa utk memutuskan apa yg dijanjikan semua ini...oh, aku menulis bukan utk menyebelah mana2 pihak...dan sebenarnya kalau boleh elak penangan kilat sang CINTA KILAT ini, teruskan mengelak tpi kalau itu dh mungkin memang ditakdirkan, apakah mampu utk MENGELAK?? berusahalah demi kehidupan yg baik utk masa depan...*OH, inilah KEHIDUPAN :)


P.S : first class utk sem ni selepas tiga class terCANCEL.... dah semakin nampak 'PERMAINAN' yg sebenar utk sem ni...harap aku & kawan2 seperjuangan berjaya menghadapi onak duri & jalan yg penuh berliku sepanjang sem ni :)