percaya atau x, boleh dikatakan hmpir setiap drpd kita pernah ada 'Bad Day' yg tersendiri...bayangkan pernah x terjadi dalam masa sehari dlm kehidupan awak, awak & awak, boleh dikatakan ada saja benda2 yg x elok yg berlaku sepanjang seharian tu.... contohnya, tengah2 berjalan tiba2 kasut terpijak tahi kucing, ada lain2 kes terpencil pulak boleh tergelincir smpai nk tergolek, padahal jalan punya la control takut terjatuh...bayangkan kalau kejadian ini terjadi masa ada kt tempat yg ramai org contohnya pasar malam, mesti malu gila kan masa tu, tpi nk buat mcm mana bnda nk terjadi...btul x????
bagi aku, kadang2 'Bad Day' ni boleh jadi bila fikiran menerewang x tentu hala, kepala berserabut sbb nk memikirkan byk benda prlu dilunaskan, itulah salah satu faktornya...bayangkan kita terpaksa menempuh kehidupan seharian yg penuh dugaan yg pelik gara2 gangguan fikiran yg sementara macam ni, oh memang pedih smpai kan mood yg ceria bertukar jadi muram durjana....
mmg benar kata pepatah lama, 'ku sangkakan panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari.... dari pepatah lama ni pun kita dah dpt tahu yg kehidupan ini x selalunya kita bergembira, berbahagia sbb untuk membina tembok bahagia, pastinya ada cabaran dan dukanya... jgn risau walau cabaran & dugaan dtg menimpa2 percayalah pasti ada cahaya di hujung terowong :)
sebenarnya hidup akan terasa amat,amat,amat RUGI bila melepaskan peluang yg ada di depan mata yg secara terang-terangnya & sejelas-jelasnya mampu utk digapai...tapi kerana satu KEBODOHAN dan mengambil pendekatan utk LAMBAT,LEMBAB & LANGSUNG tak bertindak, peluang yang ada di depan mata tersia2 begitu sahaja sehinggalah diri mula terasa menyesal dgn sikap yg negatif ni sehingga konon-kononnya mahu utk menunggu peluang kedua...eh gila ke apa, mmg btul2 keajaiban la kalau btul2 ada PELUANG KEDUA tu, bagus la tpi kalau masih guna jgak pendekatan yg '3L' tu maknanya memang betul2 dh tergolong dlm kelompok yg !@#^& cpat2 la register kan diri tu,hehehehe :)
apa2 pun walau diri rasa terasa sangat,sangat,sangat jatuh dan terasa seolah2 payah utk bangun semula hingga terpaksa dipapah, cuba utk berfikir POSITIF...mmg SANGAT sakit bila betul2 terjatuh & tiada yg menyambut, biarkan perasaan itu menguasai utk sementara & utk meredakannya ,cuba melawan perasaan sakit tu dgn perasaan yg POSITIF dgn memujuk hati sendiri dgn kata2 yg menaikkan semangat semula, tpi jika kaedah ini juga x terhasil, cari lah kawan2 yg memahami, atau pernah mengalami sendiri masalah ini, ceritakan dri A smpai Z tentang masalah yg dihadapi tu... andai kata jika terlalu memendam & menyimpan perasaan yg negatif ini, pasti ada sesuatu perkara yg di luar jangkaan akan berlaku...jdi kpada yg mengalami masalah sebegini buat masa ini, bertindaklah dgn cepat sebelum merebak & melarat dgn lebih teruk lagi... :)
mmg pedih bila apa yg dijangka x tercapai, dan sehingga terkeluar kata2 'harapan setinggi gunung berderai menjadi DEBU' .... kpada yg mengalami, PUJUKLAH HATI, jgn ditangisi.... kehidupan ni masih panjang lagi, byk onak duri yg terpaksa diharungi spanjang ranjau berduri & ada hikmahnya disebalik sesuatu peristiwa...sebelum terlupa, bercakap pasal hikmah, kejadian tanah runtuh yg berlaku dkt ULU LANGAT Sabtu lpas walaupun meragut hampir 12 org anak2 yatim tpi kejadian ini jugak dah berjaya menyatukan semula hubungan seorg anak yg berumur 13 thun dgn ibunya.... walaupun si ibu x pernah berjumpa dgn anaknya sepanjang 13 thun umur anaknya, tpi ibunya tetap menyayangi & mencari anaknya yg dilahirkan walaupun dri kecil krana naluri keibuannya kuat sehingga terjadinya tragedi ini....
walaupun kejadian ini dianggap musibah tetapi setiap musibah, ujian yg diturunkan ALLAH pasti ada HIKMAHNYA & ini lah salah satu contohnya, menemukan dua insan yg terpisah sekian lama, bayangkan kalau tragedi ini x terjadi, berkemungkinan juga ibunya pasti x menemui lagi anaknya yg dicari selama ini....mmg benar amat cantik aturan dari TUHAN... dan itu setiap apa yg diANUGERAHKAN Allah kpada aku, aku sangat2 bersyukur.... dan setiap berlaku kepada aku selepas ini, aku akan cuba utk MEM'POSITIF'KANNYA :)
* hiasan semata :)
buangkan sejauh-jauhnya PAHIT, kembalikan sang MANIS (memujuk HATI ;D ) *actually, from last night, "i live in the long SIGH" *ohhhhh
No comments:
Post a Comment