Monday 29 August 2011

bertemu lagikah kita RAMADHAN

jam menunjukkan pkul 3.25 pagi & saat ini ada adalah waktu imsak yg terakhir utk 1432 Hijrah bersamaan tahun 2011 dan pada sebelah malam akan yg akan mendatang ini juga berkemungkinan besar kita akan menghadapi waktu berbuka puasa yg terakhir utk tahun ini jika diizinkan Allah anak bulan akan muncul malam esk, menandakan hari Selasa kita akan bertemu bulan yg mulia, bulan Syawal...

oh, jalan raya smua sibuk skg ni....s o kepada yg nk balik kmpg tu, hati2 di jalan raya.... kpada awak, awak && awak, saya rindukan kelibat awak, awak.... nnti kita bertemu lagi k..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN SEMUA 

P.S : sempat bertemu lagikah kita di bulan Ramadhan yg akan mendatang tahun seterusnya plak??? hanya TUHAN yg mengetahui segalanya :)

Thursday 18 August 2011

harapan pada usia 20 :)

sedar x sedar dh 20 tahun aku bernafas di dunia yg penuh pancaroba ni.... ni bermakna dah dua dekad, pasti mak ayah aku pun x sedar yg aku dh berusia sebegini

apa2 pun terima kasih pada semua yg ucapkan hari jadi pada aku x kira dari saluran mana pun...aku amat menghargainya ;D

semoga kita semua dpt capai apa yg paling kita impikan di dalam hidup sepanjang hari2 yg mendatang ini...selamat menjaga diri & jaga kesihatan semua :)

Wednesday 17 August 2011

semalam adalah KENANGAN, hari ini adalah PERJUANGAN

alhamdulillah, dah 17 hari aku menempuhi bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ni dgn jayanya.... dan semalam, hari Selasa, satu lagi sejarah dah tertempa dlm hidup aku dan juga rakan sekelas aku :)


kelas aku ,kelas 5B dgn kerjasama rakan sekursus dari kelas lain iaitu 5A dgn 5E dah berjaya menyelesaikan event utk subject Event Management iaitu Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat IPT dari Melaka.... bagi aku, tema ni amat sesuai memandangkan skrg adalah bulan menyambut Ramadhan Al- Mubarak & tepat pada masanya...aku plak memegang jawatan penjaga parking merangkap pengawal lalulintas walaupun lalulintas x sibuk pun waktu tu atau dlm bahasa halusnya BIRO DISIPLIN & KESELAMATAN :)


alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar & lecturer aku Madam Hanem pun gembira dgn kejayaan ni, tentang makan x pyah cerita la siap ada special menu lagi, KAMBING GOLEK....apa2 pun dari majlis sebegini dpt disaksikan kemesraan antara satu sama lain walupun sekursus tpi jarang berjumpa melainkan kalau datang dari kolej kediaman yg sama....semuanya ada hikmah & aku mengharapkan mungkin lepas ni ada di kalangan student yg akan merindui suasana event ni lagi...


ini dia gmbar2 selepas tamat event semalam :)












                                                 Farid, si abg bunga ;D



                            suasana praktis dalam upacara akad nikah *konon2 nya ;D




                              saya satu dan mereka berempat :)








kepada semua yg terlibat, tahniah aku ucapkan sbb kita berjaya menyelesaikan satu majlis yg begitu inidah di bulan Ramadhan yg mulia ini...semua yg terjadi ada hikmahnya & event ini jgak dpt menyatukan insan2 yg selama ini tidak dikenali sehingga menjadi seperti salah seorg di kalangan mereka sendiri.... apa2 pun aku mengharapkan ini akan berkekalan selamanya dan mmg benar semalam sudah menjadi SEJARAH juga KENANGAN & hari ini akan timbulnya satu perjuangan :)






P.S : nombor utk sesuatu telah berubah & minggu dpan adalah minggu hampir bercuti (pre-holiday) ...selamat menghabiskan sisa-sisa hari dlm bulan Ramadhan yg penuh barakah ini...selamat berpuasa, selamat bersahur,selamat berbuka puasa & jgn lupa baca niat puasa.... jgn main mercun nnti raya x cukup jari ;D

Wednesday 10 August 2011

kembalinya utk coretan hari ke 10 Ramadhan 1432 Hijrah :)

oh sedar x sedar dh msuk hari yg kesepuluh kita semua berpuasa dlm bulan Ramadan yg mulia ni.... sebenarnya aku rasa mcm x percaya lg skrg ni dh ada dlm bulan puasa, bayangkan setiap hari aku terpaksa menghadap kelas yg rata2 nya habis lebih kurg pukul 7 mlm, mana yg sempat mungkin akan masak kt rumah, tpi strategi yg terbaik adalah klau btul2 nk makan kt rumah, sebelum pergi klas tu bleh la masak nasi, tinggalkan & pergi ke kelas :)

apa2 pun, ini entri yg pertama aku utk bulan Ogos yg tercinta ni :) ....sebenarnya mcm yg aku tulis sebelum2 ni, bkan aku malas nk menaip & menggerak2 kan jari jemari dlm Si Hitam Putih ni tapi kekangan waktu yg terpaksa membataskan aku.... dan aku x lupakan jgak bulan Ogos yg tercinta ni antara bulan yg tersibuk utk aku & bdak2 kelas aku * aku punya rasa la :)

apa2 pun, lepas ni aku janji aku akan cuba kembali semula utk menulis di dalam ni setelah aku puas me rehat2 jari jemari apa salahnya aku menulis semula di sini ;D.... sekali lagi, aku nk titipkan di sini walaupun dh sedikit terlambat, aku tetap nk ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh muslimin & muslimat yg berada kt mana2 tempat di dunia ni.... semoga ibadat puasa kita semua diterima & diberkati Allah S.W.T .... AMIN


P.S : next event is BIGGEST DAY??? OK ;D