Saturday 10 October 2015

kembali semula setelah lama menyepi dan mungkin tak akan kembali lagi

jika dihitung semula kiraan waktu, lebih dua tahun aku tidak mengemaskini apa yang pernah dilalui dalm hidup aku sepanjang September 2013 sehingga ke bulan September tahun ini... bukan kerana apa namun aku tidak mempunyai terlalu banyak idea untuk menulis semula.

kini setelah mendapat kekuatan, aku perlu memaksa diri untuk walaupun sedikit tentang apa yang dilalui yang dilalui sepanjang tempoh tersebut.... semakin lama semakin nampak koyak pada jahitan yang dulu, semakin lama semakin melebar dan pada saat ketika papan kekunci ini disuakan, sudah beberapa kali aku menekan kunci 'backspace' seterusnya mengalami penyakit paling pedih iaitu sindrom menulis, padam, menulis dan padam.

segala kenangan yang pernah dilalui dan 'kejadian' yang paling tak dijangka berlaku ketika post ini dipublish pada umum akan dipadamkan buat selama-lamanya di dalam memori kerana dia kini sudah memulakan kehidupan baru yang bakal menenangkan terus jiwanya.

aku tidak berniat untuk mengadu nasib di dalam si Hitam Putih ini, namun inilah hakikat pahit yang harus ditelan...berusaha untuk naik ke atas, namun tergelincir di pertengahan jalan

tak akan mungkin aku dapat berkongsi apa yang terjadi namun itulah hakikat yang sebenarnya kerana seolah-olah tidak mempunyai langsung rasa dengan kepedihan yang paling teruk aku lalui

dan tanpa isi cerita yang benar-benar bersiri, tidak keterlaluan untuk aku tuliskan mengatakan bahawa aku mungkin tak akan kembali menulis di sini selagi koyak yang dirasai tidak sembuh sepenuhnya... berkemungkinan juga hari-hari yang bakal dilalui nanti akan terus berubah seluruh dimensi

ianya boleh diibaratkan seperti belon yang menggelembung dipenuhi air dan menanti untuk meletup dengan kuat pada bila-bila masa sahaja... jangan lupa juga supaya jagalah dengan baik kerana hatinya itu terlalu rapuh dan mudah berkecai

buat kali terakhirnya, terima kasih untuk segala kenangan, semoga berbahagia dan maafkan aku andai ada tersilap langkah suatu dulu... ternyata aku terpaksa menulis walaupun amat pedih untuk dilalui dan benar ada yang mengatakan bahawa inilah sebenarnya kejadian pahit 'Tragedi Oktober'



P.S : miss my blood brother....harap kita berjumpa semula satu hari nanti, my blood brother hadir untuk berkongsi sejumlah kebahagiaan,kedukaan yang kita pernah lalui dan menghadapinya bersama-sama ...maaf buat kali terakhir juga kerana telah melahirkan dan mengembalikan semula perasaan ini 

#hilangdalamramai #hilangdalamdamai
 

Wednesday 7 August 2013

harapan ramadan

sedar tak sedar, hari ini dah masuk hari yang terakhir umat Islam berpuasa dan kita akan juga berpisah dengan bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak..... dan ketika aku menulis untuk ini, sudah masuk untuk waktu Imsak yang terakhir tahun 1434H bersamaan dengan 2013M.

di sini, keadaan jalan raya semakin sibuk saat ini, peniaga-peniaga mula melancarkan serangan bertubi-tubi untuk melariskan jualan mereka tidak kira jualan makanan, pakaian dan sebagainya... dan kepada semua yang ingin pulang ke kampung untuk berhari raya, berhati-hati di jalan raya dan pandu berhemah diucapkan kerana malang tidak pernah berbau dan mengenal siapakah pemangsanya.

aku tak tahulah sama ada hari raya pada tahun ini akan memberi sejuta makna pada aku mahupun akan berpotensi untuk meninggalkan memori yang paling aku tak nak ingat buat selama-lamanya sebab aku rasa tahun ni tahun yang paling banyak memberikan kesan pada hidup aku

suku pertama tahun ni aku dapat rasakan kehidupan aku sedikit jatuh yang aku sendiri tak perasan... tapi syukurlah keadaan ni dah mula berubah bila masuk suku yang kedua sebab aku mula cari balik punca apa yang aku hilang sebelum ini.. dan aku rasa apa yang hilang pada diri aku ni adalah punca daripada salah aku sendiri, bukan atas faktor orang lain

dalam permasalahan aku ini tak ada sesiapa pun yang terlibat, semuanya salah dalam diri aku sendiri.... dan aku berharap kalau ada kesempatan aku mahu memperbetulkan semula semua kekhilafan supaya tak bertambah teruk nanti, mungkin juga aku perlukan semangat dan kekuatan inspirasi untuk menghadapi hari-hari mendatang ini... terima kasih buat semua sahabat yang memahami diri yang mungkin terlalu rumit ini.

semoga harapan pada Ramadan kali ini membawa makna yang sebaik-baiknya dan amalan yang dilakukan pada Ramadan kali ini mendapat syafaat daripada Allah S.W.T.

kepada semua, aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri aku dan aku berharap andai ada silap dan salah aku, ampun maaf diucapkan.


akhir kata, semoga kita semua akan diketemukan semula bulan Ramadhan di tahun 1435H/2014 M pula....insyaALLAH :)


P.S :  "kadang-kadang aku tenggelam dalam prinsip yang dicipta aku sendiri"


    

Saturday 4 May 2013

permulaan semula

it's been long time aku tak menjengah ke sini dan entri paling last yang aku tulis pun pasal bermulanya cuti panjang untuk semester lepas, oh sungguh lama betul kiraan masa tu kalau dihitungkan semula

aku pun taknak tulis panjang-panjang sangat, aku saja nak lepas geram buang penyakit gatal-gatal dah lama tak menjengah sini

sebenarnya, banyak yang nak dikongsi dalam ni tapi memandangkan keadaan yang agak tak mengizinkan sekarang saat ni, aku cuba jadikan ni titik untuk aku bermula semula

dalam sepanjang aku tak menulis dalam ni, boleh dikatakan kehidupan aku bermula dengan agak perlahan, seperlahan-lahannya dan hanya selepas separuh kedua pertiga ni, barulah aku dapat rasa instinct untuk menuju ke permulaan 'pemanasan cerita' (klimaks) ...tapi itupun aku baru dapat sikit, entah-entah lagi dua tiga hari hilanglah rasa tu.

tapi jatuh tersungkur,jatuh dengan teruk, luka berdarah-darah tu semua mainan biasa.... kalau tak kuat, dah lama dah mati aku rasa... 

apa-apa pun semoga permulaan semula ni aku berjaya dan bila aku dah rasa sedia lepas tu ada sedikit gila, berkemungkinan aku akan cerita apa yang aku rasa :D

"share is better but keep it is more better" 

mood waktu sekarang = CUTI, CUTI dan CUTI

Saturday 12 January 2013

pengakhiran episod ketiga

tepat 5.45 petang di hari Jumaat yang indah bersamaan 11 Januari, tamatlah sudah semua kegusaran di wajah rakan-rakan sekelas aku kerana secara simbolik ia juga menandakan bahawa cuti semester telah bermula .

apa yang aku lalui sepanjang empat bulan ini sedikit sebanyak telah berjaya mematangkan aku dan tahu apa makna kehidupan disini... segala kenangan yang terjadi sepanjang semester ini tak kira pahit, manis, masin, tawar, masam semuanya akan sentiasa terletak dalam kotak pemikiran aku dan tak akan dilupakan sampai bila-bila.

apa-apa pun, semoga pengakhiran episod ketiga ini akan berterusan kemanisannya dan akan bersambung di episod yang keempat kira-kira dua bulan dari sekarang... semoga sepanjang tempoh bercuti nanti, masing-masing sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera

SELAMAT TINGGAL KALIAN. SEMOGA KETEMU LAGI DI MASA AKAN DATANG.

Monday 31 December 2012

selamat tinggal kenangan '12, selamat datang impian '13


tinggal kurang 24 jam dari sekarang, tahun 2012 akan meninggalkan memorinya buat selama-lamanya dan tak akan kembali lagi.

sepanjang tahun 2012 ini berlalu, banyak yang dah telah ditempuhi.... aku mungkin bernasib baik kerana lebih banyak manis yang dilalui berbanding yang pahit... antara peristiwa/kejadian yang tak mungkin aku lupakan sepanjang kehidupan aku di dunia ini ialah buat ke sekian kalinya hari kelahiran aku jatuh pada hari terakhir orang berpuasa dalam bulan Ramadhan dan keesokkannya pula bulan Syawal telah menjelma, aku percaya tak semua orang dalam dunia ini akan mengalami peristiwa sebegini & mungkin ini rezeki aku

dalam menyambut setiap kegembiraan, pastinya akan terselit suatu kesedihan di mana sahabat karib aku semasa di bangku persekolahan dulu dah pergi meninggalkan aku dan rakan-rakan lain buat selamanya, aku tak menyangka pemergiannya secepat ini selepas lebih dua tahun aku tak bersua muka dengan dia dan aku menerima kehilangan dia dengan rela hati kerana aku tahu Tuhan lebih menyayangi dia.... apa yang menyedihkan semasa hari pengkebumian jenazah arwah, tiada seorang pun dari rakan-rakan aku ada kerana semasa hari pemergiannya, masing-masing berada amat jauh dan kekangan waktu menjadi punca kami untuk menghadiri pengkebumiannya

aku masih tak dapat mencari waktu untuk menziarahi pusara abadinya, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dia di sana.... aku dedikasikan sepanjang usaha dan kejayaan aku waktu diploma dulu istimewa kepada dia kerana memberikan aku semangat di waktu aku tersungkur satu masa dulu...

sejujurnya, kenangan tahun 2012 ni aku nak simpan seketat-ketatnya dan banyak yang aku tak mahu aku ingat melainkan yang manis pernah aku lalui selama ini... aku mengharapkan 2013 ini akan menjanjikan kebaikan kepada diri aku dan orang sekeliling aku... mungkin aku bukan seorang yang terlalu berani tapi aku tahu mungkin masa dan keadaan di sekeliling aku akan mempengaruhi dan menentukan kemana hala tuju kehidupan aku selama ini.... 

biarlah masa yang menentukan dan aku mungkin hanya mampu menzahirkan apa yang aku rasa & alami mungkin cuma di sini.... terima kasih pemberi semangat dan semoga tahun 2013 akan membawa sinar dan lebih banyak impian yang akan dicapai berbanding tahun-tahun kebelakangan ini dan aku akan berusaha untuk bersemangat, diberi kesihatan yang kuat dan seterusnya berjaya untuk menempuh sehingga ke hari terakhir bagi 2013 nanti



Friday 30 November 2012

cerekarita gila sang penjahit jiwa

setiap daripada jahitan yang dahulunya dibuat semakin lama semakin tertetas... padahal ianya sudah menggunakan benang yang berkualiti tinggi untuk menutupi rongga-rongga yang terbuka itu...nampaknya sudah jelas kemungkinan akan terkoyak semula sehingga terpaksa mencari akal yang terbaik untuk mengembalikannya pada bentuk yang terasal.

semuanya terpaksa diteruskan untuk menutupi segala ruang yang bakal terbuka... kerana andai kata jahitan itu terbuka, akan sampai satu tika habis isinya akan berteraburan sehingga bila-bila.

ianya juga bukan kerana takut akan kewujudan dengan bayang-bayang yang ada kerana bayang tersebut akan sentiasa mengikuti walaupun ia tidak diberikan sebarang permisi.... berkemungkinan juga ia bakal menjadi satu makhluk yang amat menyeramkan andai tidak berjaga-jaga dengan kehadirannya dan setiap pergerakan akan diteliti untuk mengelakkan diri untuk terus menjadi mangsa pengacauannya. 

tidak dilupakan juga, setiap daripada jahitan itu ada seninya yang tersendiri, ianya juga bergantung pada sang penjahit untuk memilih cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. kini tiba masa untuk tidak terus menerus bergerak ke hadapan andai kata masih ada yang menjadi halangan. 

sebenarnya ianya juga bergantung samada berterusan untuk menjadi patung cendana atau menjadi satu patung yang diisikan tenaga untuk berlawan semula dan semuanya terpulang kepada sang penjahit untuk menampal atau mengikat semula apa yang terbuka supaya ianya tidak terus terluka dan berkemungkinan menjadi seakan-akan menggila. semoga takkan ada yang terus meluka sehingga bila-bila.

P.S : tulisan ini tiada kaitan siapa-siapa kerana ianya cuma satu cerekarita rekaan dan tiada subjek yang terlibat dalam kehidupan hitam putih ini :)

Saturday 24 November 2012

rasa jiwa


aku menulis semula bukan untuk mencari publisiti atau mendapat nama... semua ini adalah kerana luahan rasa dari dalam jiwa.... semua yang pernah dinukilkan di sini ditulis menggunakan hati, digarapkan menjadi satu lembaran bukan untuk mendapat pujian tetapi ianya merupakan satu kepuasan... tidak kisah akan berapa jumlah pageview yang diterima, semuanya adalah sampingan sahaja

semakin hari terasa semakin sakit... sakit yang bagaikan tidak dapat diubati lagi, semuanya telah bercampur-baur menjadi satu.... apakah maknanya semua ini dan aku juga semakin jarang ke sini... aku juga cuma mampu untuk membawa di saat aku terasa rindu dengan si Hitam Putih aku...ini jugalah mungkin nyawa kedua aku, jika tiada dia mungkin tiada lagi peneman ini... aku bukanlah terlalu sepi, aku bukanlah terlalu menyendiri cuma aku adalah yang semakin hari semakin mencari identiti sendiri untuk bekalan di kemudian hari

kini, aku mungkin akan mengerti seluruh perasaan di hati jangan terus dipaksa lagi... jiwa mungkin akan berada dalam keadaan yang paling bahaya andai tiada masa untuk terus dijaga.... semoga keadaan akan menjadi seperti sediakala dan aku juga mungkin akan terus berahsia danjuga berteka teki dengan apa yang ada disebalik jasad aku, pengalaman jiwa aku selama berkehidupan sepanjang 21 tahun ini

P.S = aku akan terus merindui saat-saat dulu, saat kini dan masa hadapan.... kadang-kadang aku merindui kehidupan yang aku tinggalkan demi untuk kasih aku akan semua orang... semoga aku akan berjaya untuk terus dengan kehidupan ini dan belajar dari pengalaman sendiri, pengalaman orang lain dan sentiasa meletakkan diri dalam situasi andai berapa di tempat orang yang menghadapi, mampukah aku untuk terus bertahan.... semoga semuanya terus berjaya dan aku amat menyayanginya semua

Saturday 10 November 2012

titisan satu tulisan

waktu sudah memasuki pukul 4.44 pagi dan aku masih tak mampu melelapkan mata di saat ini.... berbagai-bagai perkara mulai memasuki benak pemikiran aku, peristiwa yang berlaku genap 5 tahun lepas mula menerjah semula dalam ingatan... aku membayangkan ianya hanyalah cuma datang dari dalam mimpi aku tapi rupa-rupanya itu adalah kenyataan yang sebenar-benarnya, jiwa aku mula membangkitkan semula semua persoalan mengapa perlu diingati semula kisah yang mula berkulat dalam fail pemikiran aku yang dulu

aku cuba untuk melupakan kisah itu dan aku berjaya... tapi sejak akhir-akhir ini, ingatan itu datang semula walaupun cuma kadang-kadang dan aku bernasib baik pemikiran ini tidak mengganggu urusan seharian aku hingga ke saat ini.... semoga ianya terus tak akan mengganggu hidup aku di masa akan datang.... selamat tinggal kenangan, selamat datang impian yang akan datang.... bak kata orang tua-tua, bangkai kuman boleh disimpan, bangkai gajah takkan mampu untuk disorok.... semoga aku berjaya dengan usaha aku yang telah dan akan dimulakan dengan langkah menuju ke hadapan dan hanya sekali-sekali menoleh ke belakang untuk belajar dari kesilapan dan pengalaman yang lampau :)

 

Thursday 1 November 2012

sahabat, tenanglah kau di sana

setelah lebih dua bulan aku tak menjengahkan 'kepala' di dalam si Hitam Putih ini, akhirnya aku berjaya kembali semula untuk membuang segala sawang-sawang yang mulai melekat di sini.

dan bila dihitungkan dengan bilangan hari semenjak tulisan yang terakhir aku bersempena dengan hari raya Aidilfitri dan ulang tahun ke 21 tahun bagi diri aku yang lepas, aku sudah lama tidak menjenguk ke sini... aku juga telah melalui dimensi baru dalam kehidupan dan selepas ini, boleh dikatakan juga aku tiada masa untuk memikirkan apa yang terbaik untuk si Hitam Putih ini dek kerana komitmen yang terpaksa aku bahagikan demi kehidupan masa depan aku yang akan mendatang

sebenarnya, banyak yang aku ingin coretkan di sini dan saat ini ketika aku sedang memikirkan apa yang terbaik untuk kerja-kerja yang menimbun di saat aku belum lagi memulakannya, adalah lebih baik aku menulis di sini untuk mendapatkan lebih idea

sepanjang melalui ranjau di bulan September dan Oktober ini, berbagai-bagai situasi yang aku dah hadapi, dan antaranya ialah kisah yang paling memilukan bagi aku di mana sahabat karib aku di waktu persekolahan menengah dulu telah meninggalkan aku dan rakan-rakan buat selama-lamanya... pemergian dia pada usia muda dan di saat kami semua tiada di sisi amat mengejutkan kami semua kerana lebih 2 tahun kami tak berjumpa sejak masing-masing mulai meninggalkan bangku persekolahan.

amat menyedihkan lagi, bila aku melihat gambar keadaan motorsikal yang ditunggangnya pada hari kejadian cukup membuatkan hati bertambah sayu dan aku amat terkejut bila dikhabarkan dengan panggilan telefon ketika aku sedang melelapkan mata yang mengatakan bahawa dia telah meninggalkan kami buat selama-lamanya

dan ketika itulah segala kenangan bersama dia mulai bertempiaran di dalam kotak fikiran aku dan sehingga sekarang setiap kali aku memandang bungkusan nasi lemak pasti aku akan teringat setiap kenangan yang aku lalui bersama dia, setiap kali kepulangan aku dari bandar Temerloh atau untuk kemana-mana, aku pasti akan melalui kawasan rumahnya dan aku dapat melihat betapa suramnya keadaan rumahnya selepas ketiadaan dia ....sehingga ke waktu nukilan ini dicoretkan, aku masih tidak berkesempatan untuk melawat keluarga dan tempat istirehat dia buat selamanya

bagi aku, dia adalah seorang yang kuat mencari rezeki dan aku akan menggunakan semangat yang ada pada diri dia selama ini untuk dijadikan inspirasi aku untuk berjaya dan aku akan tujukan setiap dari usaha aku adalah berinspirasikan kehidupan dia

Lan, sungguh aku amat merindui setiap detik silam bersama kau....setiap kali aku teringatkan kau, pasti aku doakan kau semoga sentiasa tenang di sana...insyaALLAH, satu hari nanti kita akan berjumpa jua...semoga roh dicucuri rahmat oleh-NYA...AMIN


P.S : hari ini genap usia setahun anak saudara perempuan, Iman Az-Zahra binti Mohd Tarmizi yang lahir pada tarikh 01/11/11 bersamaan pukul 4:44 petang, dan pada malam tersebut juga berlakunya tragedi kemalangan 'patah tangan' sahabat baik aku sendiri sehingga terpaksa dibedah untuk dimasukkan besi oleh dan aku pasti dia tak akan lupa kejadian ini dan aku sendiri takkan melupakan tarikh sampai bila-bila kerana pada tarikh itu dua kali aku ke hospital...oh, sungguh aku tak sangka sungguh pantas waktu berjalan dan aku sentiasa mengejar waktu untuk melakukan sesuatu dan pada saat ini aku sentiasa merindui sesuatu yang aku merasakan telah lama hilang dalam hidup aku...semoga aku berjaya menghadapinya..AMIN


Saturday 18 August 2012

nukilan pertama usia dua puluh satu tahun dan hari terakhir Ramadhan 1433H

alhamdulillah, Allah memanjangkan usia aku untuk terus merasai nikmat yg dikurniakan -Nya dan hari ini umur aku genap 21 tahun.... sedar tak sedar dah dua puluh satu tahun usia aku dan bermacam-macam peristiwa, kejadian dan pengalaman terjadi kepada aku sepanjang kehidupan ini


sedar tak sedar jugak, umat Islam akan juga berpisah jua dengan bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak..... dan ketika aku menulis untuk si Hitam Putih ini, sudah kira-kira masuk untuk waktu Imsak yang terakhir tahun 1433H bersamaan dengan 2012M 

aku langsung tak menyangka yang tarikh ulang tahun aku jatuh pada hari Ramadhan yang terakhir dan aku tak dapat berbohong kepada diri sendiri untuk mengatakan bahawa aku akan terus merindui bulan Ramadhan dan aku sentiasa berdoa untuk terus sihat, dipanjangkan usia dan akan bertemu semula Ramadhan di tahun yang akan datang

keadaan jalan raya semakin sibuk saat ini, peniaga-peniaga mula melancarkan serangan bertubi-tubi untuk melariskan jualan mereka tidak kira makanan, pakaian dan sebagainya...dan kepada yang ingin pulang ke kampung untuk berhari raya, hati-hati dijalan raya dan pandu berhemah diucapkan kerana malang tidak pernah berbau dan mengenal siapakah pemangsanya

kepada semua, aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri aku dan aku berharap andai ada silap dan salah aku, ampun maaf diucapkan.... 

akhir kata, semoga kita semua akan diketemukan semula bulan Ramadhan di tahun 1434H/2013 M pula....insyaALLAH :)


P.S : kepada semua yang mendoakan kesejahteraan aku, aku amat amat amat menghargai doa kalian dan semoga Allah merahmati kalian semua dan aku mendoakan yang terbaik untuk kalian...AMIN :)