Friday 30 November 2012

cerekarita gila sang penjahit jiwa

setiap daripada jahitan yang dahulunya dibuat semakin lama semakin tertetas... padahal ianya sudah menggunakan benang yang berkualiti tinggi untuk menutupi rongga-rongga yang terbuka itu...nampaknya sudah jelas kemungkinan akan terkoyak semula sehingga terpaksa mencari akal yang terbaik untuk mengembalikannya pada bentuk yang terasal.

semuanya terpaksa diteruskan untuk menutupi segala ruang yang bakal terbuka... kerana andai kata jahitan itu terbuka, akan sampai satu tika habis isinya akan berteraburan sehingga bila-bila.

ianya juga bukan kerana takut akan kewujudan dengan bayang-bayang yang ada kerana bayang tersebut akan sentiasa mengikuti walaupun ia tidak diberikan sebarang permisi.... berkemungkinan juga ia bakal menjadi satu makhluk yang amat menyeramkan andai tidak berjaga-jaga dengan kehadirannya dan setiap pergerakan akan diteliti untuk mengelakkan diri untuk terus menjadi mangsa pengacauannya. 

tidak dilupakan juga, setiap daripada jahitan itu ada seninya yang tersendiri, ianya juga bergantung pada sang penjahit untuk memilih cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. kini tiba masa untuk tidak terus menerus bergerak ke hadapan andai kata masih ada yang menjadi halangan. 

sebenarnya ianya juga bergantung samada berterusan untuk menjadi patung cendana atau menjadi satu patung yang diisikan tenaga untuk berlawan semula dan semuanya terpulang kepada sang penjahit untuk menampal atau mengikat semula apa yang terbuka supaya ianya tidak terus terluka dan berkemungkinan menjadi seakan-akan menggila. semoga takkan ada yang terus meluka sehingga bila-bila.

P.S : tulisan ini tiada kaitan siapa-siapa kerana ianya cuma satu cerekarita rekaan dan tiada subjek yang terlibat dalam kehidupan hitam putih ini :)

Saturday 24 November 2012

rasa jiwa


aku menulis semula bukan untuk mencari publisiti atau mendapat nama... semua ini adalah kerana luahan rasa dari dalam jiwa.... semua yang pernah dinukilkan di sini ditulis menggunakan hati, digarapkan menjadi satu lembaran bukan untuk mendapat pujian tetapi ianya merupakan satu kepuasan... tidak kisah akan berapa jumlah pageview yang diterima, semuanya adalah sampingan sahaja

semakin hari terasa semakin sakit... sakit yang bagaikan tidak dapat diubati lagi, semuanya telah bercampur-baur menjadi satu.... apakah maknanya semua ini dan aku juga semakin jarang ke sini... aku juga cuma mampu untuk membawa di saat aku terasa rindu dengan si Hitam Putih aku...ini jugalah mungkin nyawa kedua aku, jika tiada dia mungkin tiada lagi peneman ini... aku bukanlah terlalu sepi, aku bukanlah terlalu menyendiri cuma aku adalah yang semakin hari semakin mencari identiti sendiri untuk bekalan di kemudian hari

kini, aku mungkin akan mengerti seluruh perasaan di hati jangan terus dipaksa lagi... jiwa mungkin akan berada dalam keadaan yang paling bahaya andai tiada masa untuk terus dijaga.... semoga keadaan akan menjadi seperti sediakala dan aku juga mungkin akan terus berahsia danjuga berteka teki dengan apa yang ada disebalik jasad aku, pengalaman jiwa aku selama berkehidupan sepanjang 21 tahun ini

P.S = aku akan terus merindui saat-saat dulu, saat kini dan masa hadapan.... kadang-kadang aku merindui kehidupan yang aku tinggalkan demi untuk kasih aku akan semua orang... semoga aku akan berjaya untuk terus dengan kehidupan ini dan belajar dari pengalaman sendiri, pengalaman orang lain dan sentiasa meletakkan diri dalam situasi andai berapa di tempat orang yang menghadapi, mampukah aku untuk terus bertahan.... semoga semuanya terus berjaya dan aku amat menyayanginya semua

Saturday 10 November 2012

titisan satu tulisan

waktu sudah memasuki pukul 4.44 pagi dan aku masih tak mampu melelapkan mata di saat ini.... berbagai-bagai perkara mulai memasuki benak pemikiran aku, peristiwa yang berlaku genap 5 tahun lepas mula menerjah semula dalam ingatan... aku membayangkan ianya hanyalah cuma datang dari dalam mimpi aku tapi rupa-rupanya itu adalah kenyataan yang sebenar-benarnya, jiwa aku mula membangkitkan semula semua persoalan mengapa perlu diingati semula kisah yang mula berkulat dalam fail pemikiran aku yang dulu

aku cuba untuk melupakan kisah itu dan aku berjaya... tapi sejak akhir-akhir ini, ingatan itu datang semula walaupun cuma kadang-kadang dan aku bernasib baik pemikiran ini tidak mengganggu urusan seharian aku hingga ke saat ini.... semoga ianya terus tak akan mengganggu hidup aku di masa akan datang.... selamat tinggal kenangan, selamat datang impian yang akan datang.... bak kata orang tua-tua, bangkai kuman boleh disimpan, bangkai gajah takkan mampu untuk disorok.... semoga aku berjaya dengan usaha aku yang telah dan akan dimulakan dengan langkah menuju ke hadapan dan hanya sekali-sekali menoleh ke belakang untuk belajar dari kesilapan dan pengalaman yang lampau :)

 

Thursday 1 November 2012

sahabat, tenanglah kau di sana

setelah lebih dua bulan aku tak menjengahkan 'kepala' di dalam si Hitam Putih ini, akhirnya aku berjaya kembali semula untuk membuang segala sawang-sawang yang mulai melekat di sini.

dan bila dihitungkan dengan bilangan hari semenjak tulisan yang terakhir aku bersempena dengan hari raya Aidilfitri dan ulang tahun ke 21 tahun bagi diri aku yang lepas, aku sudah lama tidak menjenguk ke sini... aku juga telah melalui dimensi baru dalam kehidupan dan selepas ini, boleh dikatakan juga aku tiada masa untuk memikirkan apa yang terbaik untuk si Hitam Putih ini dek kerana komitmen yang terpaksa aku bahagikan demi kehidupan masa depan aku yang akan mendatang

sebenarnya, banyak yang aku ingin coretkan di sini dan saat ini ketika aku sedang memikirkan apa yang terbaik untuk kerja-kerja yang menimbun di saat aku belum lagi memulakannya, adalah lebih baik aku menulis di sini untuk mendapatkan lebih idea

sepanjang melalui ranjau di bulan September dan Oktober ini, berbagai-bagai situasi yang aku dah hadapi, dan antaranya ialah kisah yang paling memilukan bagi aku di mana sahabat karib aku di waktu persekolahan menengah dulu telah meninggalkan aku dan rakan-rakan buat selama-lamanya... pemergian dia pada usia muda dan di saat kami semua tiada di sisi amat mengejutkan kami semua kerana lebih 2 tahun kami tak berjumpa sejak masing-masing mulai meninggalkan bangku persekolahan.

amat menyedihkan lagi, bila aku melihat gambar keadaan motorsikal yang ditunggangnya pada hari kejadian cukup membuatkan hati bertambah sayu dan aku amat terkejut bila dikhabarkan dengan panggilan telefon ketika aku sedang melelapkan mata yang mengatakan bahawa dia telah meninggalkan kami buat selama-lamanya

dan ketika itulah segala kenangan bersama dia mulai bertempiaran di dalam kotak fikiran aku dan sehingga sekarang setiap kali aku memandang bungkusan nasi lemak pasti aku akan teringat setiap kenangan yang aku lalui bersama dia, setiap kali kepulangan aku dari bandar Temerloh atau untuk kemana-mana, aku pasti akan melalui kawasan rumahnya dan aku dapat melihat betapa suramnya keadaan rumahnya selepas ketiadaan dia ....sehingga ke waktu nukilan ini dicoretkan, aku masih tidak berkesempatan untuk melawat keluarga dan tempat istirehat dia buat selamanya

bagi aku, dia adalah seorang yang kuat mencari rezeki dan aku akan menggunakan semangat yang ada pada diri dia selama ini untuk dijadikan inspirasi aku untuk berjaya dan aku akan tujukan setiap dari usaha aku adalah berinspirasikan kehidupan dia

Lan, sungguh aku amat merindui setiap detik silam bersama kau....setiap kali aku teringatkan kau, pasti aku doakan kau semoga sentiasa tenang di sana...insyaALLAH, satu hari nanti kita akan berjumpa jua...semoga roh dicucuri rahmat oleh-NYA...AMIN


P.S : hari ini genap usia setahun anak saudara perempuan, Iman Az-Zahra binti Mohd Tarmizi yang lahir pada tarikh 01/11/11 bersamaan pukul 4:44 petang, dan pada malam tersebut juga berlakunya tragedi kemalangan 'patah tangan' sahabat baik aku sendiri sehingga terpaksa dibedah untuk dimasukkan besi oleh dan aku pasti dia tak akan lupa kejadian ini dan aku sendiri takkan melupakan tarikh sampai bila-bila kerana pada tarikh itu dua kali aku ke hospital...oh, sungguh aku tak sangka sungguh pantas waktu berjalan dan aku sentiasa mengejar waktu untuk melakukan sesuatu dan pada saat ini aku sentiasa merindui sesuatu yang aku merasakan telah lama hilang dalam hidup aku...semoga aku berjaya menghadapinya..AMIN