Friday, 20 May 2011

♥ JODOH & CINTA ♥

memandangkan mata yg berada di hadapan muka masih lagi x mmpu utk memejamkan dirinya, aku mengambil keputusan ni utk menulis entri yg baru utk SI HITAM PUTIH ni, kali ni aku nk mengambil sedikit kata2 pujangga yg aku selalu dengar selama ni iaitu  "Wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk kiri lelaki, dekat di hati untuk disayangi dan dilindungi, bukannya di kepala untuk dijunjung bukan juga di kaki untuk dikasari " .... lebih kurg cmni la dia punya kata2 pujangga tu :)


ketika aku nk menulis entri ni, tiba2 titisan mutiara mulai turun ke bumi Jerantut ini, dan semakin lama semakin lebat ia menuruni utk mengimbangi suhu panas sepanjang petang semalam.... hujan ni jgak seolah2 seperti sedang MENYETUJUI apa yg sedang dibangkitkan dlam entri aku kali ni....mmg benar kaum wanita mmg dri tulang rusuk kiri seorg lelaki, dan tulang rusuk seorg lelaki mmg sejak azali lagi mempunyai kekurangan tulang rusuk di bahagian kiri...persoalannya, adakah kedua2 insan ini tahu dimana tercampak atau beradanya sang pemilik tulang rusuk mereka atau siapakah yg menjadi pelengkap bagi tulang rusuk kiri mereka??? adakah pemilik atau pelengkap mereka ini berada jauh sehingga ke negeri Barat atau mungkin jarak rumah sang pemilik & pelengkap tulang rusuk kiri ini cuma kira2 sekangkang kera sahaja jauhnya??? siapa tahu sbb ini semua berkaitan dgn takdir & jodoh oleh Allah :)


ada jgak yg pada usia mudanya mereka berkenalan & putus tunang seterusnya masing2 meneruskan kehidupan mereka dgn insan lain, akhirnya ditakdirkan ALLAH mmg ada jodoh diantara mereka walaupun mereka sudah pun menjangkau usia 'emas' seperti yg berlaku di Perak (klik sini, sini) dan juga ada kisah yg mungkin popular di Malaysia, kisah seorg nenek yg berusia 107 tahun dri Terengganu berkahwin dgn pemuda yg bleh dikategorikan berpangkat cucu dgnnya ialah pemuda yg berusia 37 tahun tpi sayang pemuda ini pernah terlibat dlm satu kes penyalahgunaan dadah thun lpas & trpaksa nenek ini tinggal berseorgan lagi... ini lah KISAH JODOH yg barangkali nampak aneh tpi semuanya sudah mmg TERTULIS



andai kata jika seorg lelaki sedang mula memikirkan tentang permulaan dimensi bru dalam kehidupan mereka, pasti mereka akan terasa sesak & takut krana akan memegang satu amanah & tanggungjawab yg berat sebagai ketua keluarga, aku percaya mereka pasti akan mula memikirkan bagaimanakah cara utk membahagiakan, menjaga isteri & mula memikirkan tentang didikan utk anak2 disamping dunia yg semakin mencabar ni selain mencari nafkah yg secukupnya utk mereka...sbb itu klu kita perhatikan umur ideal bagi seorg lelaki jika berkahwin ialah dlm lingkungan 24- 28 thun, dan paling terlewat mungkin dlm umur 34 thun krana mereka mahu mmperkukuhkan ekonomi sebelum masuk ke dunia baru & berjawatan sebagai seorg pemimpin keluarga... cuba bayangkan jika teman wanita lelaki yg berkahwin lewat ini tua 2,3 tahun dri sang jejaka, pasti mereka tidak dpt bersabar lagi..tpi jika sudah jodoh, walau terasa lambat tpi ttap akan menunggu :)






apakah agaknya cabaran yg bakal dihadapi seorg lelaki jika ingin mendirikan rumah tangga 10 tahun akan dtg....di dlam kepala aku sudah membayangkan kos sara hidup yg semakin lama semakin tinggi, mungkin wang hantaran mencecah sehingga RM 60000 & ke atas ;D , mungkinkah tiada lagi adat2 merewang, gotong royong semasa kenduri & mungkin lebih banyak lagi cabaran yg akan dihadapi di masa2 akan dtg.... oh, inilah cabaran masa depan :)




mungkin klu ada yg mmbaca entri kali ni terasa pelik dgn tulisan aku yg sikit2 merapu merepek ni, tpi seperti mana yg aku coretkan di entri ini , cabaran masa depan kita x dpt bayangkan apa yg terjadi sehingga kita melalui saat2 itu... dan semalam seorg blogger, 'telordibasuh' telah meninggalkan dunia buat selama2nya dan entri terakhirnya mengenai anaknya bermain2 penampar dgn bapa...walaupun aku x pernah dgr nama blog ni sbb msih bru dlm dunia blog & bliau meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru2, bliau bru berusia 25 thun, moga rohnya ditempatkn dikalangan org2 beriman & dicucuri rahmat...AMIN






apa2 pun kpada smua, mati akan dtg bila2 masa... walaupun dlm keadaan sihat tpi bila AJAL dtg menjemput kita pasti x dpt menghalangnya...tringat aku tulisan seorg blogger,dia mengatakan andai beliau tiada lg, siapa agaknya yg akan menjaga blognya, dan aku juga terfikir cuma aku saja yg mengendalikan SI HITAM PUTIH ini, jika aku pergi, mungkin SI HITAM PUTIH cuma tinggal sejarah dan entri mengenai telordibasuh ditulis oleh rakan serumahnya (klik sini)



dan kata2 terakhir hari ni, "Melayari bahtera perkahwinan bukan utk sehari dua tpi utk KEKAL SELAMANYA" :)



*entri ni jgak ada sikit kaitan dgn entri sini...SEMOGA BERBAHAGIA SELALU SEMUA, ANDA SUMBER INSPIRASI & SAYA CINTAKAN ANDA SEMUA!!!!




                                         cinta itu buta & x kenal erti usia 


                       KETEMU LAGI!!!!;D

2 comments: