Thursday 31 March 2011

coretan sebuah kemungkinan

salam entri yg ke-20...dan, secara tiba2 diri ini terfikir bgaimanakah agaknya klu kita hnya diberikan masa hnya 24 jam shaja lg utk hidup di dunia yg smakin berusia ini....smpatkah kita menginsafi diri, memohon ampun terutama sekali mak ayah, kawan2, sedara mara atau kpada sesiapa pun yg kita buat slah kpada dia...jika kita bersalah mahukah mereka mmperkenankn permohonan maaf kita...klu aku, andai ditakdirkn hnya tinggal 24 jam utk bernafas di muka bumi Allah yg smakin berusia ini, akan aku kumpulkan smua drpd mereka, aku akan peluk mereka sorg demi sorg & meminta keizinan mreka utk memaafkan kesalahan aku krana mungkin aku pernah brbuat slah dgn mreka...kedua,akan ku brjumpa dgn org yg mungkin aku sayangi dan aku akan mengatakn kpada dia bhawa x perlu ditangisi pemergian aku & aku akan katakn kpada dia yg aku btul2 sygkn dia wlaupun kita xkn brjumpa lg....carilah pengganti & jgn ditangisi,jika terasa rindu kpadaku dtglah menziarahi ke pusaraku utk mengubati rindumu itu...dan klu dizinkn Tuhan, aku inginkn kau laksanakan & realisasikn impian aku yg x mngkin x prnah trcapai dulu...


kpada sahabat2 smua, aku akan memohon utk menghalalkn sgala aku yg ambik dri mereka dan akan aku maafkn sgala kesalahan & kesilapan mereka kpada aku, kalau ada...jika aku tahu yg aku apa masa hnya 24 jam lg, aku akan melakukn berbagai kebaikan sbagai persediaan utk brtemu dgn Tuhan... semua ni bukan main2 sbb kita x tau lg apa yg akan berlaku hari esk, bahagia hri ni x smestinya sehingga esk, duka hri ni x mungkin utk slamany, mngkin esknya dpt mnemukan bahagia...yang hidup pasti mati,itulah yg paling harus diingati...


                                        KETEMU LAGI ;D

Wednesday 30 March 2011

6 tanda sebelum....

tiada agenda utk hari ini & hnya cuma menunggu utk waktu malam pnya agenda = PPKP..secara sejarahnya spnjg PPKP diadakan, x prnah diadakan hari bekerja...selalunya akan diadakan hri cuti, ini berikutan ketidak adaan waktu utk Datuk REKTOR ( dlunya dikenali Datuk Pengarah Kampus) utk bersama kami & hnya mlm ini saja kesempatannya...ok, berbalik pada kisah asal, ada satu info yg aku nk kongsi dlm entri yg ke 19 ni...tentang tanda2 mati, smua org hidup pasti akan mati & alangkah bgusnya klu kita dpt tahu tnda2 ini, pasti kita akan mmpersiapkn amalkan kita utk bertemu sang PENCIPTA...
INI DIA



Tanda Pertama

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar . Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 Hari

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 Hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



semoga kita dpt maklumat & dri entri ini....Rasullullah S.A.W prnah bersabda: "Sebarkan ajaranku wlaupun sepotong ayat". mood pada hri ini, waktu ini, saat ini: terasa sdikit addicted kpada satu lagu yg brnama Wonderful Tonight slpas di 'suggest' oleh sorg hamba Allah...feeling btul lagu tu... terima kasih tau ;D
apa2 pun,


                                         KETEMU LAGI ;D

Tuesday 29 March 2011

10 ciri & masih lagi :)

satu presentation dah settle cuma tinggal lagi empat....minggu dpan antara minggu2 yg paling sbuk, smua kerja akan di SUBMIT & slepas tu boleh la berehat skit utk final yg secara roughly jadualnya dh appear dlm student portal...x dilupakan jgak pre register course dh bermula dri tarikh semalam (28hb) smpai 15 April... so kne cepat2 la pre register course tu....entri hari ni brbeza skit & ini masih lagi psal lelaki tpi ada skit ke arah unsur2 utk mencari calon lelaki yang baik & sesuai utk dijadikan suami kpada sorg wanita (xkn lelaki plak nk cari calon suami kn) ;D






INI DIA!!!!




  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
  11.  
     
 aku berharap yg aku mmpu jadi seorg calon suami yg sebegini baik...AMIN...



                                   KETEMU LAGI ;D 

Monday 28 March 2011

bila hati sang KUMBANG diulit CINTA

salam entri ke-17, hari & minggu yg full of colour...nk dkt penghujung semester mmg byk kerja yg nk disettlekan...smbil2 rajin cari kerja2 tu scara x langsung aku cari la jgak bahan utk entri blog yg amat disayangi ini :) ....entri kli ni lbih kurg sama & ada sikit prsamaan dgn entri yg psal 23 ciri2 org yg jatuh cinta & 20 yg disorok oleh lelaki yg prempuan x tau... tpi kli ni skopnya lbih jelas lg....23 perkara lelaki buat bila dh jatuh cinta dgn wanita...sebnarnya bkn lah aku seorg yg jiwang tpi entri ini kebyakannya utk pengeahuan am sje, sekali gus scara x lngsung kita bleh blajar & prasan ataupun dlm bhasa pling mudah jdi mesin pengesan yg hbat dlm hal2 cmni...skrg ni pun aku sdang berusaha nk cari ciri2 bila prempuan jatuh cinta...bru la adil kn??



ok la...INI DIA tntang hati diulit cinta :)




1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
 
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum seratus peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.


dan ayat yg mngkin bermakna bg aku ialah nombor 23 & aku sgt stuju dgn penyataan tu sbb air mata lelaki sgt mahal utk didagangkan & bkn senang utk diperdagangkan...kata2 terakhir hri : " hadirnya sang MENTARI x semestinya mmbawa SERIBU KEGEMBIRAAN & hadirnya sang MUTIARA x semestinya mmbawa SERIBU KEDUKAAN....



                                KETEMU LAGI ;D

Saturday 26 March 2011

secebis coretan kenangan lampau

sedar x sedar ini entri yg ke 15, so, scara x disangka2 entri utk blog ini dh mncecah ke angka yg bleh dianggap sbagai sedikit keramat wlaupun x brapa nk keramat sbnarnya...bilangan pengunjung ke blog ni jgak hmpir2 mncecah 500 org wlaupun x smpai lg...trima ksih jgak kpada yg sudi singgah ke teratak yg usang ini utk mmbaca entri2 yg x seberapa dlm ni :) ... tiba2 bangun pagi tdi (x pagi sgt pun sbnarnya) , tringat zaman2 skolah dlu, ceh...cmne plak memori lama ter'recall' balik zaman lampau tu, dh la video yg ada ngn diorg mse form 5 dlu pun entah lpas ke mana, gmbar utk majalah skolah pun ada stakat smpi form 4 pun ntah kmana ...form 5, time aku nk famous brgmbar dlm majalah skolah pun x dpt sbb thun tu majalah skolah x kluar, klu x ter'famous' aku skjap sbb aku ada pgang jawatan pengerusi x trlatih utk persatuan pingpong,hahhaha ;D ...spanjang aku skolah, x pnah pun aku jdi pengawas skolah mahupun pengawas pusat sumber, pling koman pun dlu,aku pgang jawatan ketua kelas, tu pun sbb dh xde calon lain yg sesuai sbb aku dlm klas aku mse form 4 tu ada berapa kerat je yg pkai bju putih...serius wei x ske btul aku jwatan ketua klas nih,apa2 problem bdak ponteng klas ke apa ,aku yg kne, ada stu kenangan yg x dpt dilupakn, aku trpaksa meleraikn pergaduhan di antara bdk prempuan A dgn bdk lelaki B(dua2 bkn nama sbnar), dua2 bdk klas aku beb siap main tendang2 wei pening skjap aku dlu,hahahaha...ceh, x pe la ni pengalaman zaman lampau aku yg mngkin bleh aku ceritakn kt anak ngn cucu aku nnti (ada cucu ke,hahahaha) :) ...



jugak spnjang skolah dlu pun aku x pnah dduk menghinggap dduk asrama kcuali la ada program yg mmbabitkn kne dduk kt asrama tu, dan ketahuilah warden asrama yg aku prnah mnghinggap & menyelinap msuk utk lpak skjap kt situ & asrama skolah aku ni dlu bleh dianggap asrama yg tercantik sbb klu nk ke bilik air cme bberapa langkah je dri katil...mknanya bilik air di dlm dua bilik yg bercantum ( btul ke nih??? ;) ) ..ah abaikn je la...ok ckup dgn crita asrama ngn jawatan aku dlu...skg aku nk crita skit2 kisah aku mse form 5 dlu tpi x spnuhnya la, klu x bleh buat stu novel yg tebalnya 368 muka surat,hohoho...mse aku form 5 tu boleh diibaratkn thun kejatuhan utk result SPM sbb x rmai yg cerdik pandai yg tinggal kt skolah aku 2, yg pndai2 kebykkannya dh kluar dri skolah...eh aku tergolong dlm kalangan org yg pndai jgak ke???hahahaha... thun 2008 tu jgak la mngkin thun kesedihan bagi aku sbb thun tu atuk kesyangan belah mak aku meninggal sbb skit buah pinggang &  tiga hri lepas atuk aku meninggal tu, pak cik aku yg kt Bahau plak meninggal sakit jantung, pdahal masa malam ke 2 tahlil atuk aku tu, aku bru jmpa & bersalam dgn dia,aku ingat lg time ayah aku pnggil aku kt skolah, aku btul2 terkejut sbb dia mninggal mengejut cm2...x lama lpas tu,lbih kurg 3 minggu, pak cik blah ayah aku plak meninggal accident mse dri pjlanan pulang dri tmpt keja nk blik ke rmah, tmpt kemalangan arwah dlu mmg tmpt slalu terjadi accident, tmpt yg gelap x brlampu & tmpt lembu melintas wktu mlm yg bleh mnyebabkn org x prasan...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh pakcik & atuk aku....



ok berbalik smula ke cerita skolah aku dliu, sbnarnya aku prnah ter'involve' dlm stu kancah ke'salahfaham'an yg skit sbyk menjtuhkn reputasi,kredibiliti aku dlu *ceh,hahahahaha... ok critanya brmula di mana, aku x psal2 kne marah oleh plajar T sbb mngkin aku dianggap nk memasuk line pelajar P (dua2 bkn nama sbnar) , hey what the hell of this drama,hahahaha....klu difikirkn smula, lucu beb drama time zaman bdk2 ni, lpas pada tu dia dgn aku trus x berbaik tpi alhamdulillah, skrg ni hubungan kami dh bersih smula sbb aku guna pendekatan buang yg HITAM, ambik yg PUTIH...eh??? :) ...tpi aku dh lama x jmpa dia, dia pun mngkin dh tukar nombor kot, dgr crita dia nk tunang..eh ye ke???ke aku yg buat gosip liar,hahahaha...ok klu nk dikira bdk llaki klas aku dlu ada puak pemberontak & pihak kerajaan, 14 org lelaki...6 org pihak kerajaan, 5 org puak pmberontak, 3 org ahli bebas, x mnyokong mana pihak ngn puak :)...puak pemberontak akan buat bising dlm klas even time ada cikgu skali pun, pihak kerajaan plak golongan yg baik time cikgu ajar, serius sokmo gayanya...aku??? confirm2 la puak pemberontak sbb aku plak 2nd jeneral perang,hahahaha...tpi aku jnis passive je la sbb aku jeneral yg buat taktik, teknik & strategik,time bising2, time diam2 la...hahahaha...aku dlu pun ada along, angah & bongsu..aku confirm2 la bngsu, klu slah sorg dri kteorg xde, mmg dunia di dlm klas kan jdi senyap seketika sperti garuda melanggar kelas,amat bosan jdinya sbb mana2 msti bertiga,hahahahaha... aduh, klu nk crita smua ni, x ckup muka buku, kne tmbah muka surat bru...ok la...see again for next entry and i love the moment with all of u guys, cuti nnti kita jmpa smula...buat persidangan,hahahaha...mood hri ni,saat ini, waktu ini : sedikit bercelaru, sdah dua hri x mnentu mngkin akibat funfair yg ditutup hri tu...bru nk main air tin..OK TALIK...BILU, LINDUUUU,hahaahaha ;D







INI DIA zaman KETIDAKSTABILAN, KESERABUTAN, KEBINGUNGAN, dan keKURUSan ;D






* dlu kulit sdikit gelap krana x pndai cuci muka dgn btul & dri sni bleh dilihat sedikit kekurusan muka, bdan yg dlu hnya 45 & kini mncecah 57,58kg...hahhahahaha ;D






kata2 terakhir :  "Hargailah saat2 indah bersama mereka & dia krana saat2 itu mungkin xkn berulang kembali" :)



                             KETEMU LAGI ;D
 



Friday 25 March 2011

20 disorok sang KUMBANG & jarang si ORKED ketahui

sekali lagi, post yg ada bg sikit knowledge...yg ni pun dpt time cari2 dlm majalah EH! bulan Januari (Sazzy Falak jdi cover page)... cm menarik je nk post ;D




INI DIA!!!!


  1.  Lelaki boleh menyukai anda dalam masa seminit dan kemudian melupakan anda.
  2. Jika lelaki mengatakan gagal memahami anda, ia membawa firasat bahawa anda tidak berfikir seperti cara dia berfikir.
  3. “Awak buat apa?”atau “Awak dah makan?” adalah antara soalan lazim lelaki membuka bicara di talian bagi mengurangkan rasa gementar.
  4. Lelaki akan berpeleseran seharian tetapi hanya memikirkan wanita yang dicintai sebelum tidur.
  5. Lelaki benci bila wanita berbicara tentang mantan teman lelaki.
  6. Lelaki sebenarnya suka membicarakan pelbagai perkara dengan wanita, lelaki juga punya tabiat suka mengumpulkan semangat, keyakinan dan keberanian untuk menyatakannya. Dan akhirnya dibiarkan berlalu.
  7. Usaha lelaki akan berganda bagi meraih cinta wanita yang enggan melayan mereka. Tetapi adalah sangat berat dan tercabar bagi lelaki untuk menerima kekalahan atau penolakan.
  8. Memberi pesanan tidak lengkap kepada lelaki membuatkan mereka terjun kepada kesimpulan yang jauh tersasar daripada apa yang anda maksudkan.
  9. Lelaki suka jika tangan mereka disentuh.
  10. Lelaki sangat licik dan nakal kala berpeleseran tetapi akan gugup, kaku dan tidak keruan bila berdepan dengan wanita idamannya.
  11. Jika wanita mengatakan ‘tidak’, ia seakan arahan kepada lelaki; ‘sila cuba lagi’. Lelaki tidak pantas putus asa jika keinginannya kurang berjaya.
  12. Adalah langkah baik jika anda menguji keikhlasan lelaki tetapi usah terus-terusan mengujinya dalam tempoh yang panjang.
  13. Lelaki tertarik kepada wanita cantik tetapi ada kalanya sekadar suka melihat bukan minat untuk mendekati.
  14. Jika lelaki meminta bantuan kepada sahabat (bertentangan gender) anda berkaitan hubungan cinta, pasti diakhiri dengan rasa tertarik kepada sahabat anda sendiri.
  15. Lelaki hanya selesa meminta pandangan dan nasihat daripada lelaki manakala wanita hanyalah sekadar tempat mereka meluahkan rasa.
  16. Lelaki yang mengusik anda adalah lelaki yang menyukai anda.
  17. Membeli-belah bagi lelaki tidak mengujakan seperti aktiviti sukan.
  18. Lelaki yang serius dengan hubungan akan menjadi lelaki yang sangat possessive.
  19. Lelaki umpama harimau di kalangan teman-teman dan keluarga tetapi manja seperti kucing bila bersama wanita yang dicintai.
  20. Kala lelaki berlagak tenang dalam situasi cemas atau tegang, perhatikan sama ada mereka berpeluh atau tidak. Inilah cara terbaik mengesan rasa gementar lelaki.


*yg wrna kuning tu mmg automatically di 'highlight' .... sebnarnya x smua lelaki cmni,ni utk sekadar suka-suka...just for knowledge...apa2 pun SELAMAT MENG'ENTRI' ;D



                                    KETEMU LAGI ;D

Thursday 24 March 2011

75 nama sebenar artis HOLLYWOOD

ini dia rupanya2 nama sebenar artis HOLLYWOOD...nk jgak pkai nama famous rupanya ;D




1. Carlos Irwin Estevez menjadi CHARLIE SEEN

2. Troyal Garth Brooks menjadi GARTH BROOKS

3. Nicholas Coppola menjadi NICHOLAS CAGE

4. Reginald Dwight menjadi ELTON JOHN

5. Farrokh Bulsara menjadi FREEDY MERCURY

6. Jerome Silberman menjadi GENE WILDER

7. Georgios Panaylotou menjadi GEORGE MICHAEL

8. Margaret Hyra menjadi MEG RYAN 

9. Natalie Hershlag menjadi NATALIE PORTMAN

10. Enrique Morales menjadi RICKY MARTIN

11. Steveland Judkins menjadi STEVIE WONDER

12. Eldrick Woods menjadi TIGER WOODS

13. Caryn Johnson menjadi WHOOPI GOLDBERG

14. Allen Konigsberg menjadi WOODY ALLEN

15. Myra Amos menjadi TORI AMOS
16. Marco Antonio MuƱiz menjadi MARC ANTHONY

17. Julia Elizabeth Wells menjadi JULIE ANDREWS

18. Jose Antonio Dominguez Bandera menjadi ANTONIO BANDERAS

19. Patricia Andrzejewski menjadi PAT BENATAR

20. Anthony Dominick Benedetto menjadi TONY BENNETT

21. John Bongiovi menjadi JON BON JOVI

22. David Robert Jones menjadi DAVID BOWIE

23. Christie Lee Hudson menjadi CHRISTIE BRINKLEY

24. Levardis Robert Martyn Burton Jr. menjadi LEVAR BURTON

25. Maurice Joseph Micklewhite menjadi MICHAEL CAINE

26. Kong-Sang Chan menjadi JACKIE CHAN
27. Cornelius Chase menjadi CHEVY CHASE

28. Virginia Hensley menjadi PATSY CLINE

29. Pierino Como menjadi PERRY COMO

30. Vincent Damon Furnier menjadi ALICE COOPER

31. Declan Patrick McManus menjadi ELVIS COSTELLO

32. Destiny Hope Cyrus menjadi MILEY CYRUS

33. Jacob Cohen menjadi RODNEY DANGER FIELD

34. Anthony Iadanza menjadi TONY LADANZA

35. Amanda Lee Rogers menjadi PORTIA DE ROSS

36. Henry John Deutschendorf Jr. menjadi JOHN DENVER

37. Issur Danielovitch Demsky menjadi KIRK DOUGLAS

38. Robert Allen Zimmerman menjadi BOB DYLAN

39. Jennifer Mary Butala menjadi JENNA ELFMAN

40. Hannah Fanning menjadi DAKOTA FANNING

41. Elizabeth Stamatina Fey menjadi TINA FEY

42. Alicia Christian Foster menjadi JODIE FOSTER

43. Eric Bishop menjadi JAMIE FOXX

44. Frances Ethel Gumm menjadi JUDY GARLAND

45. Kathryn Lee Epstein menjadi KATHRYN LEE GRIFFORD

46. Audrey Ruston menjadi AUDEY HEPBURN

47. Audrey Faith Perry menjadi FAITH HILL

48. Eleanora Fagan menjadi BILLIE HOLLIDAY

49. William Michael Albert Broad menjadi BILLIE IDOL

50. Jamesetta Hawkins menjadi ETTA JAMES

51. Diana Judd menjadi NAOMI JUDD

52. Christina Claire Ciminella menjadi Wynonna Ellen Judd

53. Alicia Cook menjadi ALICIA KEYS  

54. Lawrence Harvey Zeiger menajadi LARRY KING

55. Christopher Ashton Kutcher menjadi ASHTON KUTCHER

56. Shelton Lee menjadi SPIKE LEE

57. Courtney Michelle Harrison menjadi COURTNEY LOVE

58. Barry Pincus menjadi BARRY MANILOW

59. Bret Sychak menjadi BRET MICHAEL

60. Lea Michele Sarfati menjadi LEA MICHELE

61. Roberta Joan Anderson menjadi JONY MITCHEL

62. Demetria Gene Guynes menjadi DEMI MOORE

63. Carlos Ray Norris menjadi CHUCK NORRIS

64. Olive May Osmond menjadi NEE DAVIS

65. Katheryn Elizabeth Hudson menjadi KATY PERRY

66. Coy Luther Perry III menjadi LUKE PERRY

67. River Bottom menjadi RIVER PHOENIX

68. Joan Alexandra Molinsky menjadi JOAN RIVERS 

69. Philip Rourke Jr. menjadi MICKEY ROURKE

70. Winona Laura Horowitz menjadi WINONA RYDER

71. Eileen Regina Edwards menjadi SHANIA TWAIN

72. Steven Tallarico menjadi STEVEN TYLER (Vokalis Aerosmith)

73. Susan Alexandra Weaver menjadi SIGOURNEY WEAVER

74. Jo Tejada menjadi JOHN SCADA

75. Walter Willis menjadi BRUCE WILLIS









* sumber = yg boleh dipercayai... :)
 
                                         KETEMU LAGI!!!! ;D

Tuesday 22 March 2011

result SPM oh result SPM

setelah hmpir 3 bulan menunggu, calon2 yg mnduduki SPM thun lpas akhirnya akan ditemukn dgn bakal 'kekasih' hati mereka iaitu RESULT SPM....secara x langsung tiba2 aku tringat waktu aku ambik result SPM dulu, waktu tu result SPM sekolah aku diibaratkn 'BIG DISASTER' sbb x rmai yg dapat byk A1,A2... thun 2008 jgak diibaratkn sebagai tahun kesedihan utk result SPM kt sekolah lama aku dulu, result yg aku peroleh dulu bleh diibaratkn sbgai ala2 kadar atau hmpir2 x ckup mkn....waktu tu pihak kementerian still lg guna gred A1, A2 smpi 9G,tpi brmula thun 2009, Kementerian Pelajaran dh ubah sistem permakhan kpada A+, A, A- smpi G...nmpk perubahan gred utk exam makin senang utk diingati & mnyenangkn pelajar utk ingat gred diorg...lagi stu nasihat aku kpada calon SPM yg nk ambik result  kt sekolah esk tu, bgun awal pagi, jgn lupa sebelum prgi ambik result tu mntk dlu restu, berkat dri mak ngn ayah,ambik result dgn tenang...bila dh settle ambik result tu, korg dh bleh mula fikir masa depan korg, ke mana hala tuju hidup korg lpas dpt result...yg mana2 nk jdi cikgu, bleh online ke pengambilan maktab, yg mana nk sambung pengajian dlm diploma, matrik...bleh isi borg UPU utk sesi ke dua... pilih kursus yg btul2 korg minat & mmpu BAWAK n jgn lupa berbincang dgn family tntang kursus yg korg nk ambik 2, mntak restu diorg... dan bagi aku MASA DEPAN KORG AKAN BERMULA selepas DAPAT RESULT SPM & korg akan nmpk mana hala tuju korg slepas 2, ke kiri atau ke kanan... apa2 pun SELAMAT MENGAMBIL RESULT SPM kpada smua calon SPM 2010...semoga mendapat kejayaan sebagaimana yg diimpikan...SEMOGA BERJUMPA KORG KAT UNIVERSITI BULAN SEPTEMBER nnti... AMIN :)




            kata-kata terakhir hari ni : "KEJAYAAN TAKKAN DATANG BERGOLEK TAPI IA PERLU DICARI & DIGALI SENDIRI DGN PENUH KEAZAMAN" ;D


KETEMU LAGI ;D


                         

Monday 21 March 2011

20 perkara 'JANGAN'

knape pkai lagu crita song from a secret garden utk blog ??? byk sbb sbnarnya tpi salah stu sbb ialah nk menaikkan mood yg sedikit ala- ala feeling & mngikut tema entri yg di'post' hri tu...tpi byknya bkan mngikut tema sgt tpi feeling waktu tu...contohnya klu feeling2 nk jadi 'Merong Mahawangsa', lgu Sedetik Lebih akan diambik,hohohoho ;D ....klu nk feeling2 nk jdi hero drama, lgu Your My Everything plak yg di 'embed'...klu nk metal yg ala2 jiwang skit, embed lgu Dear God- Avenged Sevenfold...bnde ni akan berulang2 di'embed' smpai la bila2 kot :)

ok, berbalik agenda asal.... entrinya lbih kurg cm entry smlm jgak tpi kli ni ada beza skit, klu yg smlm ada psal tanda2 awal 'Kumbang ngn Orked' tpi hri ni entrinya tntang 'JANGAN' ...apa yg 'JANGAN tu???






INI DIA 20 'JANGAN' yg dh dijumpai beberapa hri lpas :)


Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Di bawah ini terdapat 20 perkara JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar.

Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati di antara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH

1) Jangan sengaja lewatkan solat.  Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

2) Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau2 terbawa keluar  najis, mengotori seluruh rumah kita

3) Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan

4) Jangan biarkan pinggan mangkuk yang  telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan

5) Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6) Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan

7) Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan

8) Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan

9) Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa

10) Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya

11) Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa

12) Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah

13) Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia

14) Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula

15) Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita

16) Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17) Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita

18)  Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan  ALLAH

19) Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

20) Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan  kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya

                                                   
                                  TAMAT


apa yg diceritakan sedikit dlm entri ni bleh dipercayai...smoga kita dpt mengamalkannya wlaupun aku sendri ada lakukan sikit 'JANGAN' tu...eh, tiba2 plak aku tringat secebis gurindam dlm Hikayat Merong Mahawangsa... "Bila dua jasad bersatu, hidup mati jdi BERSAMA"... smpai skrg 8 perkataan ni melekat kt dlm kepala & ini entri aku yg ke-10 :)...mood sy utk hri ni, ptg ni, dan saat ini: RINDU kt awk la,hohhohoho ;D


                      

                                         KETEMU LAGI!!!! ;D

Sunday 20 March 2011

23 bunga-bunga awal cinta (Kumbang & Orked)

SELAMAT HARI AHAD!!!! ;D



cuaca yg sedikit sejuk & lembab krana mutiara putih mnyebabkn mata mengantuk smula wlaupun bgun sedikit lewat...perghhh, best btul klu tido nih :) ...lpas bgun tdo trus tgk TV, ada berita ttntang kpal perang Amerika ngn Britain serang Libya guna 112 peluru Tomahawk...wow, amat mnggilakan!!! rmai yg mati dlm serangan tu..ulama, wanita, kanak2 yg jdi korban dlm srangan tu...aduh, apa nk jadi dunia skrg ni...apa2 pun moga2 xde lg serangan tu...

ok berbalik pada asal, tgh2 aku cri search psal assignment skit smlm, tbe2 aku ada trnmpak 23 fakta,auta  tntang ciri2 org yg mncintai kita...cm mnarik je kan...aku apa lg copy la note yg 'ala-ala' fakta nih...hohoho ;D


INI DIA!!!



1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
                                                   
                                          TAMAT!!!!
                                                                               
* ini hnya sekadar utk mnambah pengetahuan,rsenya dh rmai kot yg tau psal ni...klu trlalu pcaya pun x bleh jgak,parah wooo...sbb klu dh seseorg tu mmg cintakn seorg insan yg lain dia x kn pnah nk mengkhianati cinta yg diberikan, malah cinta tu makin dihargai :)



                

                                 KETEMU LAGI!!!! ;D


Saturday 19 March 2011

tanpa yg atas, tiada yg bawah

secara kasarnya, sdah sminggu aku  mnjadi seorg BLOGGER...trikhnya 13/03/11 lbih kurg pkul 11.44 am...amat cantik kn??? kombinasi nombor double 11 :) ...agenda utk hri ni tiada, cuma ada sedikit 'preparation' utk mnyambut family Zaidi nk melawat anakanda kesayangan mereka hri ni...dri smlam lagi, aku asyik tringat & dgr lgu Sedetik Lebih, Sungai Lui, Dear God, How Deep Is Your Love, I Don't Want To Talk About It, All By MySelf...lagu2 tu ada maksud yg mndalam kot sbb tu la aku jdi cmni :) ...klu la aku ada duit, byk idea nnti aku ingat nk buat lgu khas utk dia, aku ngn mmber2...perghhh, dh tau nk tulis apa lgi la...yg ni je la yg aku mmpu berikan, kenangan zaman lampau yg dh lama berlalu & sentiasa akan diingati ;D



                                                                          * crystal of my life (all of YOU) *  




 kata2 terakhir hari ni : "secebis IMPIAN mmpu mnghadirkan sebuah pengorbanan...sebuah PENGORBANAN mmpu melahirkan sebuah KEJAYAAN ;D

                              KETEMU LAGI!!!! ;D

 

Friday 18 March 2011

sinar sang suria gambaran sebuah jiwa

secara tiba2, diri ini teringat tntang apakah inspirasi di kala sunyi & di kala waktu berjauhan 
dgn kluarga... secara jujurnya hati ini amat tertarik dgn pemandangan di waktu 

senjakala...sejak dri dlu lagi, jiwa ini seolah2 sdah tertanam dgn minat utk melihat 

matahari terbenam di kala remang2 senja & ianya ada stu tarikan yg mnyebabkn hati ini mnjadi tenang & secara tiba2 smua kenangan lampau, x kira di yg 

baru,lampau,pahit,kelat,manis,tawar & segala2nya berbaur campur mnjadi satu ketika 
itu...
dan org tua pernah berkata, di kala remang2 senja menjelang waktu Maghrib ketika itu syaitan sedang berkeliaran dan anak2 muda, kanak2 ketika itu smuanya sdah brada di rmah mnjelang waktu maghrib krana tkut disorok hantu...skrg zaman telah berubah, anak2 muda tidak lg sperti dahulu, krana tuntutan kerja mreka terpaksa pulang di kala senja & mungkin mreka sdah tidak prcaya lg kejadian 'sorok-menyorok' ini... senja di kala matahari terbenam dan jiwa seolah2 x dpt dipisahkn lagi ;D



                                            
                          
pemandangan dr atas kolej nadim/jebat senja smentara mnunggu utk final 28/10....utk lbih byk lg klik sini,sini,lagi sini,






                   *mereka la sumber inspirasi sy yg sbnar
             (abaikn mata mngntuk & rmbut terjatuh sy k) :)    




                  dan sebenarnya ANDA SEMUALAH INSPIRASI SAYA!!!!
                                               
                      KETEMU LAGI!!!! ;D