Saturday 21 July 2012

ku bertemu semula denganmu, wahai Ramadhan

salam buat semua.... ketika artikel ini ditulis, jam telah menunjukkan pukul 1.05 pagi dan semua umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia sedang bersiap sedia tidur awal hari ini untuk menyambut sahur yang pertama pada pagi ini, dan aku sebagai seorang yang 'susah' nak tidur mengambil kesempatan ini untuk membuat entri baru dalam si Hitam Putih ni :)


aku amat bersyukur kerana Allah S.W.T masih memperkenankan aku untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini dan sebenarnya pada hari ini, aku dapat merasakan seolah-olah dah masuk 1 Syawal kerana apa yang aku dapat perhatikan sepanjang hari semalam (hari Jumaat), jalan raya di sekitar kawasan aku ini amat sibuk  dengan kenderaan yang lalu lalang dan keadaan sesak pada waktu puncak idengan orang ramai sibuk membeli barang keperluan di pasar.... kaum ibu juga tak ketinggalan untuk berkesempatan ke gudang-gudang kain yang sekarang  ada potongan diskaun sehingga ke angka 50 peratus, dan pastinya mereka akan menjadi rambang mata memilih kain yang terbaik untuk digayakan nanti.... dan keadaan yang meriah ini seolah-olah akan menyambut hari raya pada hari esok, walhal hari ini baru kita akan menjengah ke bulan Ramadhan.


tahun ini juga buat sekian kalinya, aku menyambut bulan puasa di rumah secara penuh selepas tiga tahun aku berpuasa di rantau orang.... tapi aku tetap merindui pengalaman berpuasa, bersahur bersama rakan-rakan sekelas, rakan sekursus, rakan serumah dan juga orang yang pernah berada dekat dengan hati ;D .... semua itu hanya menjadi kenangan yang terindah kerana mereka telah membawa haluan masing-masing untuk menempuh hari yang mendatang.


tak ketinggalan, dua hari yang lepas iaitu hari Khamis aku menghadiri satu majlis makan-makan sebelum menyambut bulan yang mulia ini.... aku bertemu semula dengan kawan baik aku yang aku amat rindui, yang hampir setahun aku tak berjumpa dan kami berkongsi cerita  bermula dari zaman sekolah itu hingga ke cerita peribadi masing-masing dan ketika itu aku tak terasa masa amat pantas berlalu dan sedar tak sedar hingga ke lewat pagi kami bercerita dan apa yang peliknya kami tak surut untuk berkongsi cerita walhal cerita itu mungkin di ulang-ulang banyak kali sebelum ini :) .... apa yang terjadi kepada aku pada malam itu, aku  merasakan seolah-olah ada satu sambaran elektrik terus terkena ke hati aku, dan pada masa itu juga aku tak mampu untuk mengelak dari terus bertahan dan terus jadi lemah tak berdaya dan mungkin ke saat ini aku masih berasa sebegitu padahal dah hampir dua hari kejadian itu berlaku, dan berharap perkara ini tak akan berterusan kepada aku lagi :)


apa-apa pun jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan baik yang menjemput aku untuk bersama-sama 'memeriahkan' majlis mereka dan tak dilupakan juga kepada salah seorang rakan seperjuangan yang 'membawa' aku kerana tanpa dia aku mungkin terpaksa menghayunkan kaki untuk ke sana :)

 
tinta terakhir dari penulisan ini, semoga semua daripada kita akan memanfaatkan bulan yang penuh mulia ini dengan memperkayakan lagi ibadah yang ikhlas khususnya kepada Allah S.W.T kerana kita tak akan tahu adakah kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan :)


SELAMAT BERSAHUR dan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK


P.S : jangan lupa bangun sahur dan aku berasa berdebar untuk memulakan puasa pada tahun ini dan aku berharap penyakit 'hati' yang melanda aku semenjak berapa hari yang lepas ini dapat disembuhkan semula dan aku juga akan berusaha untuk memenuhi solat Tarawih kerana aku terlepas tarawih pertama malam tadi atas sebab yang dapat dielakkan...semoga amalan kita diterima Allah S.W.T.... AMIN :)