Sunday, 22 May 2011

sekalung doa utk mangsa TRAGEDI

telah berganjak ke hari yg baru, terasa semakin pantas dgn masa yg digunakan dgn sebaik2 nya spanjang aku bercuti sebulan ni...terasa seperti malas nk balik ke Melaka tpi apakan daya, hakikat ini yg terpaksa ditelan krana cuma tinggal lebih kurg 1 tahun atau cuma 2 semester sahaja lagi utk menamatkan tempoh pengajian ni... oleh kerana kalendar pengajian telah diubah memaksa aku menikmati cuti yg sesingkat ini, dan inilah yg terpaksa ditempuh :)


semalam, bersamaan dgn hari Sabtu...Malaysia sekali lagi dikejutkan dgn kejadian tanah runtuh yg membabitkan rumah anak yatim dkt Ulu Langat,Selangor...mengikut Berita Terkini pkul 11 mlm kt TV3 tdi, seramai 25 org mangsa...18 org dah dijumpai, 9 terselamat & 9 lagi meninggal dunia... 8 org lagi belum dijumpai, aku mendoakan smoga kelapan-lapan yg blum dijumpai tu berada dlm keadaan yg selamat :) 

kejadian tanah runtuh pertama yg berlaku kira2 18thun yg lpas, dkt Highland Tower...mse tu aku kecik lagi, walau masa tu aku msih kecik lagi tpi aku ada tgk rentetan peristiwa hitam Highland Tower yg terjadi 11 Disember 1993 tu dkt History Channel mengatakan ada aliran air bawah bangunan yg menyebabkan Blok 1 menjadi runtuh...bleh dikatakan 'darurat' waktu tu...pakar2 dri luar negara termasuklah Singapura, Perancis dgn Jepun dtg membantu utk mencari mangsa yg tertimbus dlm bangunan yg runtuh.... selepas 15 thun, 30 November 2008, terjadi plak kejadian yg menimpa keluarga yg rumahnya terletak Ulu Yam, Selangor.... dlm kejadian pkul 5.30 pagi tu, 2 org anak perempuan juruterbang Firefly meninggal dunia akibat kejadian tu...semasa kejadian tu berlaku, 2 org anak perempuannya tidur di bilik belakang & terperangkap sblum smpat menyelamatkan diri

x lama lpas tu lbih kurg seminggu, kejadian tanah runtuh berlaku dkt Bukit Antarabangsa yg mengorbankan 4 org, & 93 org berjaya diselamatkan....dan hari semalam berlaku lagi kejadian tanah runtuh dkat Ulu Langat, Selangor...aku dpt membayangkan perasaan keluarga atau waris trdekat anak2 yatim tu, terasa seolah2 aku juga ada kaitan dgn mangsa2 tu & ada anak2 yatim tu dlm lingkungan 8 thun & mungkin inilah ujian Allah kpada anak2 yatim tu utk menempuh hidup yg mencabar di masa akan dtg...aku jgak terfikir bgaimana klu kejadian ni terjadi pada kawan2 kita, saudara mara, adik beradik atau mak ayah kita, mmpukah kita menerima suratan takdir ni??? :)


sebnarnya aku masih mmbayangkan knpa kejadian tanah runtuh ni selalu berlaku dkt kwasan lereng2 bukit....mungkin kawasan2 lereng bukit x sesuai utk pembangunan & memandangkan utk membina sebuah taman perumahan mungkin sebuah hutan ptut dikorbankan...sbgaimana yg kita tahu, hutan la jadi tempat tadahan air hujan & klu bukit ditarah utk pembangunan, pasti pokok2 ditebang & air hujan pasti akan mengalir ke bawah jika tempat berbukit-bukau itu digondol.... antara faktor lain plak, knapa kawasan berdekatan lereng bukit x sesuai utk kwasan pembangunan ialah faktor cuaca...selalunya negara kita akan mengalami musim tengkujuh dri bulan November hingga Januari & hujan akan trun x kira masa & tnpa henti setiap hari, kebarangkalian struktur tanah menjadi lembut krana air hujan tanpa henti telah melembutkan tanah & ia akan menyenangkan lagi gelongsoran tanah utk berlaku... 


klu boleh kita mungkin terpaksa elakkan kwasan lereng bukit ditarah utk pembangunan krana boleh dikhuatiri kejadian tanah runtuh ni akan berlaku tpi mungkin kejadian ini boleh jdi iktibar utk kita smua, mungkin terpaksa guna kaedah bak kata pepatah 'mencegah lebih baik dri mengubati' & utk berkata2 memanglah mudah tpi utk MELAKSANAKANNYA cukup susah...apa2 pun pihak kerajaan & rakyat boleh bersama2 bergabung tenaga utk mncari penyelesaian dlm masalah ini.... dan mengharapkan kejadian tanah runtuh ini x akan berlaku lagi




apa2 pun kpada waris2 yg kehilangan saudara mara mereka dlm kejadian kt Ulu Langat ni, takziah diucapkan dan semoga roh anak2 yatim yg menjadi mangsa tragedi ini dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org yg beriman.... kpada semua mangsa2 kejadian tanah runtuh Highland Tower, Ulu Yam & Bukit Antarabangsa yg telah meninggal, Al-Fatihah disedekahkan & semoga roh dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan org yg beriman.... AMIN




sumber utk entri ni : sini, sini, sini, sini & sini






                                          

No comments:

Post a Comment