Saturday 31 December 2011

selamat tinggal kawanku, encik 2011

setelah hampir sebulan dua puluh satu hari aku tak menjenguk ke si Hitam Putih ini, akhirnya berjaya juga aku menerobos masuk setelah begitu lama aku menjadi sepi seperti ini.... sedar tak sedar tinggal berapa jam lagi untuk meninggalkan tahun 2011 yang penuh mencabar dan juga dugaan ini

kalau dikembalikan semula semua memori yang pernah aku lalui sepanjang tahun ini semuanya ada ceritanya yang tersendiri, yang mana kisahnya begitu pedih utk aku rasa, aku buang dan campakkannya sejauh-jauh hingga terluput habis dari ingatan.... kisah satu dimensi yang berbeza dari perspektif hidup yang aku sendiri tak pernah terfikir untuk lalui selama ini juga telah membuatkan pandangan kehidupan aku jauh lebih berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini

apa-apa pun semoga tahun baru 2012 Masihi ini akan memberikan dan menjanjikan satu pencapaian yang istimewa utk diri aku dan semoga tahun 2012 ini menjadi pemangkin semangat untuk aku terus maju... SEMOGA TAHUN 2012 menjanjikan kebaikkan kepada semua dan aku seolah-olah tidak sabar untuk melaluinya

SELAMAT TINGGAL 2011, aku takkan temui kamu lagi
SELAMAT DATANG 2012 ;D


&
SELAMAT BERJAYA SEMUA ;D 

P.S : 31 Disember juga adalah ulang tahun salah seorang kawan baik aku, Shahrul Azren a.k.a Mail Perut Lambung, SELAMAT HARI JADI dengan ucapan semoga berbahagia dan teruskan berjaya untuk masa depan ....HIDUP MAIL ;D


sincerely nya secara ikhlas ucapan khas dari Yien a.k.a Botok (sebutan = Botak ) *aku la tu ;D