Saturday 30 April 2011

penutupan dgn JAYANYA di sebalik KESEDIHAN

alhamdulillah, akhirnya semalam aku berjaya pulang ke rumah dgn jayanya *eh brapa byk jaya ni??? ;D  dan kpulangan aku ini bersama Zhazrizal Bone a.k.a EJ (thank sbb ajak aku balik skali ngn ko ;D ) telah disambut oleh akak aku ngn suami dia *thank sbb ambik aku kt sana :) dan sesampai aku kt mahligai impian ni, aku terkena kejutan lagi....segala penat lelah spanjang kepenatan perjalanan dri Melaka ke Pahang blum hilang, hari ni aku dibawa pula ke ibu negeri cuma utk mencari jalan ke arah sesuatu & aku dpt mencari inspirasi utk menulis entri hari ini spanjang berada di TC :) ... dan selama 10 hari, 5 kertas soalan yg selesai dijawab & bg aku kertas yg paling ssah dan time menjawab soalan yg bleh mnyebabkan otak jadi terbalik, kepala berpusing persis sang burung hantu ialah paper ECO & aku pasti rmai yg x dpt sgt nk jawab soalan exam tu sbb mmg sgt POWER soalannya dan itu yg mmpu aku tuturkan bila berbicara semula mengenai soalan tu.


ckup la dgn kisah exam yg sedikit memeningkan tu :) ....secara rasminya kisah suka, duka, pahit, maung & segala2 rasa dah dilalui sepanjang semester 4 ni & ianya dh diakhiri dgn final exam....secara x perasannya entri ni ada related skit dgn yg ni ---> (klik sini) 


spanjang semester ni, byk kenangan yg bakal tersimpan dgn baik dlm memori...kisah rumah sewa, kisah jiran rumah sewa yg sedikit 'undercover' ,kisah akak2 dpn rumah sewa yg perangainya ala2 kteorg jgak sedikit sebanyak dh mewarnai kisah utk semester ni....kisah perkenalan bersama mereka ini juga hnya bermula cuma dgn raket & bulu tangkis... x tersangka kisah ini juga melarat sehingga seorg drpa meraka tersesat di PANTAI (sori kak, jgn mrah ;D) ....antara x dilupakan jgak kisah di Kg. Ibol atas jemputan seorg lagi akak jiran dan kisah terpendam yg x terlepas jgak dpt disaksikn spanjang perkenalan ni....opppssss, ini cuma 'mukadimah' utk kisah mereka & aku akan menulis 'special entri' kisah sepanjang perkenalan dgn mereka selama tiga bulan....  dan biarlah ini kejutan yg x terkejut buat mereka2 yg bakal dirindui :)






                                     KETEMU LAGI!!!!;D

Friday 29 April 2011

30 PETANDA dari si ORKED kpada sang KUMBANG

tanpa berfikir dgn lbih jauh lagi smbil kpala msih basah ditimpa minyak rmbut & berbagai2 lagi case studynya...& smbil meng'online' FB hari ni, aku terjumpa lg post psal ciri2 wanita, brapa byk psal wanita ek??? hahahaha.... ok la utk mengurangkan bebelan yg x brapa penting ni, ni dia senarai 30 petanda bila si ORKED mula jatuh cinta kpada sang KUMBANG...




1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



wow!!!!klu la aku, aku x mmpu la nk jdi cmni bknnya berani sgt pun...lutut pun mau terketar2 bleh tertanggal skru, silap2 kne gnti lutut palsu,hahahaha...apa2 pun ni lagi general knowledge yg aku dpt lpas last post yg smlam tu (klik sini).... apa2 pun doakn la smua kejayaan aku utk menjawab last paper esk, lpas tu aku akan naik flight utk pulang ke tmpt asal....aku xkn dpt lupakan kalian smua...penderauan darah aku telah berlaku, adrenalin mulai memuncak & setiap butir bicara sudah pasti hmpir x sempurna & x terhingga....mlm ni adalah mlm terakhir di Dimensi yg tercinta ini & aku akan bersatu smula dgn kisah hidup di pentas & pelakon yg berbeza,kawasannya & sosiobudayanya yg berlainan dari yg biasa .... :)




                                       KETEMU LAGI!!!!;D

Thursday 28 April 2011

20 kelakuan sang KUMBANG yg x disenangi si ORKED

OH!!!!cuma perkataan ni yg mmpu utk dikluarkan saat ini & ketika ini.... login je FB mlm ni, trus je tercatuk status update yg dikira 'HOT STATUS' & perkataan kedua yg terkeluar dari bibir yg x se'mungil & seksi bak Angelina Jolie, WOW!!! knpe perkataan WOW??? mana la aku tau waktu tu nk kuar perkataan cmtu...

ok la berbalik pada pencarian aku sebelum berjalan sekitar MELAKA ngn lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka kt Ayer Keroh tu, sempat la aku cari entri yg bleh gain new general knowledge kt segelintir atau kpada smua kaum Adam kt serata dunia trmasuk aku kot....



INI DIA PENCARIANNYA ;D



1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?


5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!



ni la dia pencarian aku tdi, ada jgak la general knowledge utk kita, kiranya ni bleh la nk mmbantu kaum Adam kt luar sana yg baca blog aku ni....yg ni pun aku ambik jadikan pengalaman ngn iktibar.... :) ....ble dh jdi cmni, aku dh READY utk berubah ;D....apa2 pun kpada smua x kira sang KUMBANG atau si ORKED "Cintai & kahwinilah insan yg amat mencintai & menyayangi diri anda sepenuh hati & bkan berkahwin dgn insan yg paling anda cintai, kelak mungkin menanggung bisa sengsara"...fahami bait2 ini & translate la dgn cara yg tersendiri *ayat ni aku olah smula, amat manis bait ini.


                                                      

                                     KETEMU LAGI!!!!;D


Tuesday 26 April 2011

tinggal 3 hari utk LUAH, MELUAH & TERLUAH

HOORAY!!!!!! tinggal satu paper lagi iaitu paper Ekonomi jumaat ni.... hari tu bersamaan dgn hari perkahwinan Prince William dgn pasangan dia (Princess) Kate Middleton *prkataan Princess ltak dlm kurungan sbb Jumaat ni bru btul2 jadi Princess :) .....perkahwinan putera ngn rakyat biasa ni disiarkan secara langsung & ekslusif pkul 2.30 jumaat nnti kt NTV7...wow, mega la perkahwinan pasangan ni :) ...klu aku bkal putera england pun msti ada secara live jgak kn *berangan skjap ;D....

             nice la....klu aku jadi Prince ni lagi best kn...hehehehe ;D




meneruskan penulisan lagi, aku sebnarnya ada rasa berbelah bagi, sedih & gembira....sedih nk meninggalkn semester 4 yg byk kenangan n rasa gembira sbb nk balik rmah....katanya mse aku call diorg ari 2, aku akan mengalami 'kejutan budaya' bila balik nnti, maklumlah dh genap dua bulan kot aku menetap kt Melaka Bandaraya Bersejarah ni, mne la tau dh ada byk pembangunan baru kt tmpt aku tu...mse blik cuti blan dua lpas pun,aku dh nk tersesat dlm bandar....tmpt yg xde lampu isyarat, roundabout tbe2 je dh terpacak, terbina kt situ....mne la aku tau smua tu...apa2 pun aku mmg dh rse cm rmah aku tu dh dkt je dgn jasad aku ni....bleh dikatakan jasad di Melaka, roh di Jerantut....hehehehe ;D


apa2 pun kpada smua, jgn pkirkan psal cuti lagi....mari kita sama2 cari dan siap2 kn senjata simpanan kita iaitu KALKULATOR utk kira-kira nombor nnti...apa2 pun kpada smua.... berjumpa lagi & kata2 terakhir aku "akanku bawa kejayaan ini dari planet Utarid shingga ke planet Pluto & x lupa pada bulan,bintang & matahari krana sudi menemani diri ini" ;D


P.S  = aku nk jadi CINDERELLA bleh x??? eh btul ke nih ;D
                                         

                                 KETEMU LAGI!!!!;D

Monday 25 April 2011

secoret sang si HITAM PUTIH

wow!!!! x sangka secara aktifnya aku msih lagi bernafas & mmpu lagi utk menari2 kan jari jemari utk menulis entri yg terbaru dlm HITAM PUTIH ni.. knapa aku memilih nama blog aku ni HITAM PUTIH WARNA KEHIDUPAN???? ada byk sbb sbnarnya tpi penyebabnya utamanya ialah aku mmbayangkan di dalam dunia ni, x semuanya kita dpt yg bersih,yg putih tu secantik fizikalnya itu BAGUS & x semestinya yg HITAM tu buruk,x cantik & seburuk fizikalnya, msing2 ada kelebihan dgn kekurangan masing2, sbb tu la tagline pun dihujungnya ada perkataan 'SALING MELENGKAPI DAN MEMAHAMI :) 


psal URL tu plak (kisahkasihkesah) tu gabungan dripada perkataan KISAH,KASIH & KELUH KESAH.... segala kisah, cerita tntang kasih (bkn kekasih) & keluhan di hati akan tertulis tpi aku kne tapis cari penulisan supaya nampak lbih 'clean' & suci murni sbb aku ada 'gatekeeper' yg x berbayar a.k.a pemerhati dari jauh yg sntiasa memerhatikan setiap penulisan aku sesuai atau tidak utk dipublish...sedangkan sebagai seorg Citizen Journalism *ceh, trpengaruh dgn Modern Issue yg aku jawab tdi ;D , sptutnya xde gatekeeper sbnarnya tpi cmne aku bleh ada?? pelik aku :) ... apa pun bkn ni yg aku nk cerita sbnarnya, aku nk tulis pasal stu lagu yg mmpu menunggang, menanggung & menumpahkan setompok mutiara di mata :) 


lagu ni pun aku baru dgr full version dia mse Mentor kt TV3 tu, aku pun apa lagi, cri la tjuk lagunya...akhirnya dpt jgak mencarinya, tjuk lagunya Ku Berjanji Kerna Cinta nyanyian Anuar Zain, ni dia antara lgu yg bleh jdi favorite aku slepas lagu Sedetik Lebih kot :)

ni dia liriknya ---->   
                                                Ku Berjanji Kerna Cinta


Ku menunggu getar hatiku
Anganku hanya untukmu
‘Tuk bersama selamanya
Kita berdua
Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Chorus
Ku berjanji kerna cintaku
Ku berharap kerna kasihmu
Selamanya dan tak akan pernah berpisah
Sampaikan nanti
Kau selalu mengisi hariku
Dengan canda dan tawamu
Ku rasakan bahagiaku
Untukmu selalu

Ulang Chorus
Meraihmu menggapaimu
(Ku berjanji kerna cinta)
Kerna cinta
(Ku berharap kerna kasih)
Kerna kasih

Ulang Chorus
Pernah berpisah
Sampaikan nanti


klu nk dgr lagu ni version best bleh la download kat sini , klu malas nk download bleh la dgr trus kat sini


apa2 pun ni bkn entri jiwang, psal lagu jiwang ke apa tpi lirik dia ni btul2 menyentuh jiwa (klu nk ckp aku jiwang, ksah plak aku ;D )...tpi seriously kne dgr lagu ni wlupun x wajib :) 

ada sedikit gmbar utk pencuci-cuci mata ;D



                                       gambar hiasan saja ;D


selamat berehat, berstudy &&&

                                   KETEMU LAGI!!!! ;D

Sunday 24 April 2011

kisah aku & si TUALA KECIL

alhamdulillah, dalam masa 5 hari, 3 paper final exam, ini bermakna msih tinggal lg 2 paper dan smuanya akan dibereskan hari Jumaat ini....secara x sedar 5 hari jgak la aku x meng'update', dh berhabuk nmpknya blog yg sedikit usang ni.... ;D


x nk mmbuang masa aku cuma nk tulis tntang apa yg aku x sdar psal diri aku selama ni, rpenya2 aku x bleh hidup klau xde SAPU TANGAN...mngkin sedikit ala2 kebudak2 kan tpi pkara ni mmg btul2 trjadi kt aku, bru smlam aku sedar pasal ni :) .....pdahal sapu tangan tu bkannya aku guna sgt pun, kadang2 cuma jadi pemenuh & penyemak poket belah kanan je :) ...mmg mse kecik dlu smenjak darjah 1 aku dibekalkn kain tuala kecik ni utk mengelap apa2 yg x ptut dimuka atau tmpat2 yg berdekat dgnnya ,hahaha ;D .... smpai skrg pun klu cri mana2 seluar aku pun msti trjumpa sapu tangan, lagi stu sbb lpas mkan klu kedai mkn tu xde tisu, bleh la aku gunakan dia, bru la ada function skit...hehehehe..... tpi sapu tangan ni xkn dibuat utk mengeluarkan 'hembusan di kala selsema', baik guna tisu, pakai & trus buang kan :)




sapu tangan yg paling best adalah sapu tangan kenduri, confirm2 la aku yg jadi pengguna pertama beliau tersebut...apa2 pun kpada smua, bermula hari ni marilah kita beralih arah utk menggunakan SAPU TANGAN...hidup SAPU TANGAN ;D



                               lawa la warna sapu tangan ni ;D

                                    gulungan sapu tangan kenduri yg cantik ;D




 


sebelum mengakhiri entri hari ni, aku nk recall balik kata2 yg aku dpat hari tu, mse bila ntah aku pun dh lupa.... ini dia --->  "API KEBAHAGIAAN yg BERSEMARAK jgn dicurahkan dgn AIR PEMISAHAN, biarkan ianya trus MEKAR BERNYALA" ;D




satu lagi, ni dia link utk lagu yg sedikit menyentuh jiwa bagi aku.... ini dan setrusnya ini
 *yg stu lagi tu msti pnah dgr lgunya tu :)


                                        KETEMU LAGI!!!!;D

Wednesday 20 April 2011

sang MIMPI menganggu lagi ;D

wow, termmpi lagi ;D...dan ia masih lagi menganggu peniduran aku malam tdi disaat utk mengingati apa yg nk dijwab hari ni, esk ada paper lagi...alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar tdi, aku pun bleh menjwab soalan tdi tu wlaupun pada mulanya mata terasa berat utk menyambung tidur tatkala masa menjawab peperiksaan tdi hujan trun dgn lebatnya membasahi muka bumi ALLAH S.W.T ini... sekejap lagi nk smbung smula study utk paper yg sterusnya esk, paper BROADCAST...


smbung smula kisah mimpi smlam, aku berjaya lagi mmpi utk buat sebuah novel, eh gila ke apa...time2 cmni la nk dpt idea,hahahahaha...wow x dpt dibayangkan klu aku btul2 jadi seorg penulis novel, apa plak nama pena utk aku ek, pndai ke aku menulis???menulis esei pun terkial2,hahahaha...apa2 pun yg nk jawab exam esk tu (termasuk aku), marilah study utk esk....29hb bru bleh berfoya2 sbb paper habis hri2...apa2 pun GOOD LUCK sekali lagi buat smua ;D


                                    KETEMU LAGI!!!!;D

Tuesday 19 April 2011

satu & sebuah mimpi

Assalamualaikum W.B.T....dan ini antara entri yg terpendek sblum menyambung smula peng'studi'an utk first paper esk, paper Publishing...hrap2 apa yg dibaca ni dpt diaplikasikan dgn baik hari esk...AMIN.. tnpa mmbunag masa aku cuma nk tulis yg aku tetiba dpt mmpi yg aku akan mmbuat satu novel psal pengalaman yg aku prnah lalui dlu...eh apa ni??? apa2 pun aku hrap bnda ni akan jdi kenyataan satu hari nnti ble aku dh btul2 ada idea nk buat novel ;D....lagi satu nk buat novel bukannya senang, kne btul2 pndai main bahasa,ayat2 kne cantik, indah & sedap dibaca...nama pena plak???apa ek??? nnti la pkir ;D...apa2 pun kpada yg nk jwab exam esk, jgn lupa sediakn kelegkapan yg secukupnya utk jawab esk, 'berperanglah' pkai mata pena dgn sebaik2nya termasuklah aku, baca doa sblum msuk dewan exam, baca Bismillah sblum bkak kertas soalan :).... 

ok, rasanya dh mengarut sgt ni ,sblum aku mnutup tutur kata bicara, aku nk kongsi lagu yg tiba2 termasuk dlm kpala aku ni, ganggu je la ;D



INI DIA --->  KLIK LA SINI, KALAU NAK DENGAR ;D 




apa2 pun kepada semua, kita


                             KETEMU LAGI!!!!;D

Monday 18 April 2011

andai seorg LELAKI tahu....

x nk berkata dgn lbih pnjg panjang lagi, aku cuma nk menulis n menge'post' apa yg mungkin aku x pernah tau slama ni pasal seorg PEREMPUAN...aku x tau la penyataan ni benar ke x, sbb slama ni aku x la kaji sgt psal ni ;D


INI DIA!!!!



Andai lelaki tahu.... Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu.... Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu.... Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu.... Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu.... Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu.... Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu.... Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu.... Apabila perempuan jarang mengatakan ‘I love U’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu.... Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu.... Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu.... Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu....Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu.... Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



mungkin hmpir keseluruhan dlm 13 penyataan ni adalah FAKTA...apa pun sbgai seorg LELAKI, aku pun nk tau jgak psal hati seorg PEREMPUAN ni....



                                    
                    KETEMU LAGI!!!! ;D 

Sunday 17 April 2011

secebisan kenangan yang BERLALU....

dan seperti yg dijanjikan dlm dua entri yg lpas, aku akan menulis pasal KAMPUNG IBOL, ULU BENDUL,KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN...wow so happening,hahaha ;D ....pemergian kami ke sana adalah atas jemputan oleh Kak Ayu utk melawat kampung halamannya...'delegasi' kami diketuai oleh EJ dan diikuti oleh org2 kanannya iaitu Zaidi, Farid, Kak Yam & trmasuklah aku.... smentara tu pasukan red corner (hahahaha) plak dibarisi oleh pmandu waja yg nk terbalik, Kak Jirah, Kak Ayu & kak Yoya ;D ...perjalanan hari tu bermula pkul 6 ptg & secara kasarnya kami smua smpai kt kampung yg diberi nama Kg Ibol tu lbih kurg pkul 8.30 mlm.....


setelah siap mengemas rumah & sbagainya, kami berehat2 utk meneruskan agenda yg strusnya....breakfast kt McD di waktu mnunjuk hmpir pkul 4 pagi :) .... dan setelah agenda di McD diselesaikan, tiba la masanya agenda utk bermandi manda di Air Terjun Ulu Bendul (x jmpa la air terjun 2 kt mne :) ) & di sini la nyawa 'handphone' aku hmpir diragut krana kecuaian handphone tu sendiri... eh??? ;D  .... setelah siap & puas berjimba2 kat situ, agenda utk waktu mlam ditruskan lagi dgn sesi pembakaran ayam & ikan yg dipilih oleh aku sblum smpai di Ibol kt pasaraya yg diberi nama Zemart (pndai jgak aku pilih ikan tu kan ;D)... & ayam dan ikan tu di'marinate oleh Zaidi ...selesai malam tu, msing2 dh trasa bsan & mulalah terkeluarnya permainan Kamil Kata la, ABC la, open the helmet la, api bomba & telinga tertarik utk mengisi mlm2 yg tenang ngan sunyi kt kmpung ni....
  
                         

 

  ikan & ayam yg dibakar ;D

esoknya plak, skali lagi aku seolah merasa smula apa yg aku prnah hilang slama ni, walaupun rmah tu cuma kt tepi jalan besar tpi msih terasa kampungnya tu, dpt jgak mrasa buah kelapa muda yg kne petik sendiri 2, nsib baik pkknya rendah je ...walaupun aku kupas kelapa tu smpai melekit, 'belengas' stu badan sbb air buah kelapa tu memercik dgn pnuh kuat....janji aku dpt kupas dgn pnuh berjaya...hahahaha...



                                  rumah yg didiami selama 3 hari 2 malam



                                      Istana Seri Menanti




             bertujuh di hadapan Istana Seri Menanti *EJ xde la plak ;D
                                        

seblum kembali smula ke Melaka, smpat la kteorg smua ke Istana Seri Menanti, org kata klu dh dtg ke Kuala Pilah ni, klu x pegi istana lama ni seolah2 x lengkap la perjalanan ke sini...tpi sayangnya x dpt la nk tngkap gmbar kt dlm istana bersejarah yg x mnggunakan paku tu sbb kamera x dibnarkan msuk & tngkap gmbar dlm tu...dan slepas tu perjalanan diteruskan ke SEREMBAN dan setrusnya pulang ke rumah masing2.... :)



apa2 pun aku secara peribadinya, nk mengucapkn terima kasih kt Kak Ayu sekluarga sbb sudi jemput kteorg balik kmpg, rasa suasana kmpung utk org yg dh x brapa nk ada kampung cm aku ni ;D....agak2nya bila la akan kembalikn smula momen2 yg indah cmni ;D...sbnarnya byk lagi yg nk ditulis, ni cuma ringkasannya saja... dan kata2 terakhir hri ni ialah "yang indah xkn slalu hadir & ia akan sentiasa bermain2 di lubuk pemikiran ktika diri dlm kesunyian"...




                     
                    KETEMU LAGI!!!!;D
 

Friday 15 April 2011

secoretan BAB ke - 4 ;D

alhamdulilah...secara rasminya, kisah suka duka spanjang 'BAB KE-4' ditutup wlaupun msih blum dilengkapi dgn pcutan trakhir,FINAL EXAM...dan jgak x dilupakan MANIS, MASIN, TAWAR & PAHIT spanjang semester ini... x kira smasa pmbelajaran dlm kelas, mse buat assignment & discussion, mse print assignment, time presentation & sebagainya smua mahu diletakkan di dlm stu tempat di bekas yg bernama LIPATAN SEJARAH...apa yg berlaku & terjadi mungkin pasti x dpt diulang & dikembalikan smula :)....apa2 pun biarlah smua itu mnjdi kenangan buat smua...dan mlm tdinya juga dh bermula FINAL TEST utk Publication & secara kasarnya msih tinggal lagi 5 paper yg nk disettelkn sblum menghadapi PERCUTIAN slama TIGA MINGGU...


dan hari ni jugak bermulanya STUDY WEEK (bkn study week sbnarnya, nama STUDY DAY sbb 5 hari je cutinya ;) ) ... tambahannya plak hari ni negeri Melaka bercuti brsempena dgn Cuti Pengisytiharan Melaka sbagai Bandaraya Bersejarah, hidup negeri Melaka,hehehehe....dan FINAL EXAM secara rasminya brmula 20hb ni....apa2 pun kpada smua, skali lgi aku nasihatkn kpada yg nk ambik exam termasuklah aku nnti tu sila jaga diri kesemuanya, mne yg balik rmah tu, hati2 di jalan raya, selamat berstudy smua...not very hard, but smart (btul ke grammar ni ;D )  ....SEMOGA SEMUA DRPD KITA MENCAPAI KEJAYAAN YG CEMERLANG....AMIN

kata2 terakhir hri ni  "Sukar utk mendapatkan & sgt payah utk dilepaskan".... spe2 yg faham ngn tau mksud disebalik ayat ni bleh la dikira HEBAT  ;D... spe2 yg x brapa jelas & x mngerti sgt mksud ayat ni bleh la 'interprete' mlalui pemahaman kalian sendri....mood ketika ini, saat ini = CINTA TERAKHIR: AIMAN & sbnarnya aku sendiri dh jdi sedikit pelik, x tau sbb apa jdi cmni smenjak dua menjak ni...jgn jdi langsung x btul sudah...hahahaha ;D 


APA2 PUN,




                                      KETEMU LAGI!!!!;D

Wednesday 13 April 2011

setelah SEPURNAMA

sedar x sedar hari ni (13/04) dh sebulan aku memasuki dunia blogger ni...dgn hnya brbekalkan jari jemari anugerah dri Allah S.W.T yg menari2 semasa menulis entri2 yg terbaru, stakat ni aku berhasil menge'post' sbnyak 27 entri...satu jumlah yg besar bg aku seseorg yg baru dlm dunia blogger ni...kehadiran aku dlm dunia blogger ni pun bkn la disengajakan,org kampung aku ckp 'accidentally' ...yg punca aku trtarik dgn dunia ni pun sbb di 'influence' oleh mreka2 ;D (klik sini) 






sedar x sedar jgak, hingga ke saat ini...dh 878 (cantik nombor ni ;D) yg klik jdi pageviewer aku...paling byak yg diklik entri yg ni ;D (di sini) .... yg pageviewer aku pnya blog ni termasuklah org dri US, Japan, Hungary, Germany ngn Denmark... biar btul diorg ni pandai baca bahasa Melayu tulisan aku ;D... mngkin diorg main klik je kot ;D ....apa2 pun, yg sudi jdi follower ngn pembaca tegar (ada ke ;D) blog aku ni, trima ksih aku ucapkan & aku mencuba utk tdak akan berhenti menulis sehinnga aku x bernafas lagi di muka bumi Allah S.W.T ini... 






mnggu ni minggu yg padat sebelum ke minggu Final Exam, mlm ni ada test ECO la plak ;D  ptg esk last presentation utk sem ni & sblah mlm plak ada final test for Publication Production... dan Rabu mnggu dpan bermula pengakhiran sbuah penantian = FINAL EXAM... 
kpada smua trmasuk saya, sila jaga diri, jaga kesihatan sblum menghadap encik Final Exam....apa2 pun aku mendoakn smua kita memperoleh kecemerlangan yg jitu di final result nnti ;D...ALL THE BEST smua ;D






                                        KETEMU LAGI!!!!;D








                                           

Saturday 9 April 2011

keHILANGAN yang telah KEMBALI walau cuma SEKETIKA




 keseronokan yg x dpt digmbarkan bila aku dpt smula apa yg prnah aku hilang slama ni...trima kasih FAMILY DAY 2011 sbb kembalikan kegembiraan aku wlaupun cme jadi keeper je ;D

















tiga gambar kt atas ni plak, mse aku join main galah pnajang....terer jgak aku main permainan ni wlaupun last aku main mse darjah 6 dlu ;D...tempat aku pnggil prmainan ni 'MILO' ....gmbar yg kedua tu plak aku kne kepung ngn makcik, pakcik aku,3 org plak tu yg kepung....confirm2 la x lpas nk lari...yg gmbar last tu plak aku dh x sempat lari dan aku dicuit & akhirnya klah :) ...psal kalah menang tu aku x ksah, yg pnting aku jadi ayam tambatan, org harapan utk kemenangan & keseronokan tu,hahahahaha ;D ...keadaan waktu tu sgt menyerabutkan bagi aku, gmbar2 tu pun dh gmbarkn keadaan aku... :)











gambar ni aku ambik mse pkul 11.34 pg, scara spesifiknya....nmpk cm waktu senja tpi mmg itu la motifnya aku ltak kamera aku waktu tu white balancenya dlm keadaan CLOUDY sbb aku nk nmpkkn mood senja a.k.a sunset tu dlm keadaan yg lbih real...lbih2 lg ada gmbar seorg hamba Allah kbetulan lalu kt situ...keadaan laut waktu pagi tu plak sgt tenang & x setenang hati aku ketika itu...aku mmg skekn gmbar matahari terbenam sbb gmbar matahari terbenam ada 1001 cerita dlmnya...klu nk bg aku crita, x kn dpt diceritakn spenuhnya sbb perasaan tu dtg scara x dipaksa...






akhir skali, aku berterima kasih kpada kawan2 aku terutamanya kawan2 serumah aku... EJ, Farid, Zaidi, Sayor a.k.a Ashraf Oshin ngn Iqram a.k.a Kak Yam sbb sentiasa bersama aku walaupun senang ngn susah...kpada akak2 dpan rumah terutama Kak Jirah, Kak Ayu, Kak Una ngn Kak Yoya, selamat menghabiskn masa2 terakhir semester ni dgn kluar hang-out bersama2 kita org wlaupun dh nk final,hahahahaha...selamat men'grad'kan diri tau...kteorg xnk jumpa lg korg sem dpan tau.. :)




pada kawan2 aku yg kat Pahang plak, terutama Hazif, Azrien, Fendi, Shahrul, Qalid, Sharif, Alif ngn smua2 kawan2 kt sana... cuti sem ni kita jmpa lagi ,wlupun cuti aku pendek je




last sekali, aku nk ucapkn SELAMAT HARI JADI yg ke-49 UTK MAK AKU, SHARIPAH BINTI MAT ISA, MOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI... TERIMA KASIH KERANA MELAHIRKAN DAN MENDIDIK SAYA MENJADI MANUSIA YG BERGUNA...aku x hampakn harapan mu oh mak :) ....mak aku akan sambut ulang tahunnya tepat pkul 12 mlm ni, 10/4 :) ...birthday dia sama ngn makcik aku, MAK LIN :) ... 




apa2 pun, aku akan critakn lagi keseronokan aku yg kedua, iaitu kenangan indah di KAMPUNG IBOL,ULU BENDUL....kampung kak Ayu di entri akan dtg,insyaALLAH...SEKIAN;D


P.S : masa entri ni ditulis, air mata hmpir tertumpah,sebak didada dan x smpat nk mengalir...nasib baik cover dgn pnuh cepat,hahaha ;D

                     
                   KETEMU LAGI!!!! ;D 





Friday 8 April 2011

CANTIK seorang LELAKI , GAGAH seorang WANITA

cantik utk lelaki & gagah utk prempuan?? ada ke?? dgr cm plik je tpi ini la realiti yg aku dpt bila aku ada baca entri satu website ni....dgrnya mcm mengarut tpi dh boleh diterima bila aku dh baca keseluruhan segala mnde yg trkandung dlm entri tu...


INI DIA!!!


Lelaki yg dimaksudkan cantik dalam entri tu ialah : 


  1. Lelaki yg mampu mengeluarkn & mengalirkan air mata utk ingatan
  2. Lelaki yang sedia menerima segala teguran
  3. Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun (slalunya org mcm ni bila dia dikecewakn utk sesuatu perkara yg mngkin bleh mnjatuhkn dia, dia boleh terima & balas balik dgn kebaikan, slain tu golongan yg cmni jgak orgnya jnis tabah hatinya, aku sendiri pun x mmpu nk jadi cmni :) )
  4. Lelaki yg tenang & lapang dada... x menggelabah klu ditimpa masalah :)
  5. Lelaki yg berbaik sangka
  6. Lelaki yg x pernah berptus asa wlaupun ditimpa dugaan & sebagainya 




 kegagahan bg seorg PEREMPUAN :


  1. Perempuan yg tahan menerima sebuah kehilangan
  2. Perempuan yg yg tkut pada kmiskinan
  3. Perempuan yg tabah mnanggung kerinduan setelah ditinggalkan(selalunya ini utk pasangan yg berkahwin & ditinggalkn suami mungkin kerana tuntutan kerja & mencari rzeki yg halal utk isteri & anak2 :) )
  4. Perempuan yg x tidak mminta-minta agar dipenuhi segala keinginan (golongan perempuan sebegini mereka sgt memahami suami mreka bila mereka mminta sesuatu dri suami & x dpt ditunaikn, dan mereka x memberontak2 & mengungkit...



kecantikan lelaki berdiri dri kemuliaan HATI...seluruh kecantikan yg ada pada Rasullullah S.A.W adalah KECANTIKAN SEMPURNA BAGI SEORG LELAKI.


kegagahan perempuan plak berdiri di atas TEGUH IMAN...seluruh kegagahan yg ada pada Siti Khadijah adalah KEGAGAHAN SEMPURNA BAGI SEORG PEREMPUAN...


sejujurnya aku sendiri pun x ada kecantikan sebagaimana yg dinyatakn tdi...aku mngkin x mmpu nk berikan MADU slepas aku terkena RACUN kot... ssah utk menjadi yg terlalu berbaik sangka, seorg yg tenang & sentiasa berlapang dada, aku pun bkanla seorg yg baik manapun, manusia yg selalu melakukan kesilapan...baik golongan lelaki ataupun perempuan, mari la kita sama2 menuju KECANTIKAN & KEGAGAHAN INI sehingga kita mampu...


kata2 terakhir hari ini : "manusia mngkin akan berpisah krana RINDU & bertemu krana HATI...cuma MASA yg menentukan SEGALA-GALANYA" :)




salam entri ke- 26 ;D






                                           KETEMU LAGI ;D