Monday, 30 May 2011

selepas dua hari

sesampainya aku dkt Alor Gajah,Melaka yg tercinta ini Sabtu lpas, sehingga ke hari ini bru aku dpt meng'update' Si Hitam Putih ni...bkn apa perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah itu sedikit sebanyak membantu utk memenatkan otak aku, ditambah pulak dgn hati yg masih lagi berada di rumah waktu itu padahal jasad aku btul2 dah berada di dalam bas & alhamdulillah, perasaan seolah-olah jasad terasa masih terawang- awang di rumah sedikit sebanyak dpt dikurangkan dan insyaallah, perasaan ini akan hilang sedikit demi sedikit x lama lagi walaupun terpaksa mengambil masa yg lama utk menghilangkannya


sebenarnya, dlm fikiran aku ini masih terbayang2 tatkala bila aku memandang anak2 kecil yg seusia dari 7 bulan hingga 4 tahun bergembira, meniarap, merangkap, berlari-lari ke sana ke mari tanpa memikirkan masalah di dalam hidup, aku jadi seronok sambil membayangkan kalau aku masih di usia seperti mereka dan x perlu utk memikirkan masalah yg berat, senyuman mereka sungguh ikhlas tatkala di'agah' oleh ibu bapa ataupun sesiapa jua..kadang2 juga aku sperti meletakkan diri aku dalam diri mereka tatkala melihat mereka berseronok tanpa memikirkan masalah yg mendatang setiap hari :)

setiap org pasti sudah melalui masa2 yg mungkin boleh dianggap 'emas' itu, x akan mungkinlah seorg manusia lahir & terus menjadi dewasa....setiap hidup kita telah diaturkan dgn kitaran sejak dari dlm rahim ibu, lahir menjadi seorg bayi, kanak-kanak, remaja yg mula mencari erti hiudp, org dewasa yg berkerjaya, warga emas yg sudah pencen & akhirnya menghadap Ilahi dgn amalan2 yg dilakukan & ilmu2 yg diperoleh sepanjang hidup di dunia... 

benarlah, hidup kita ini terlalu singkat... kita disambut semasa lahir dgn AZAN & IQAMAT dan kehidupan kita diakhiri dgn SOLAT... semoga apa yg dilakukan kita setiap hari mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T... hidup ini x selalunya CERAH dan kadang2 GELAP juga ada untuk mewarnai kehidupan seharian kita, semoga kita semua berjaya menghadapi sisa-sisa kehidupan di hari2 yg mendatang ini...AMIN


P.S = letih aku bangun awal pagi tadi sbb first class utk semester ni terCANCEL la plak,hehehehehe...PEACE!!! ;D

Friday, 27 May 2011

setitis coretan sebelum pulang :)

tinggal x sampai 24 jam lagi utk 'berehat-rehat' buat kali terakhir sempena cuti semester ini, akan kembali smula ke sana utk meneruskan kehidupan yg serba mencabar utk semester akan datang :) .... x puas sebenarnya cuma bercuti selama sebulan * x smpai sebulan pun sebenarnya, tpi aku perasan ada sedikit perubahan yg dkt sini, ada jgak benda yg lama x berubah & mungkin tak kan langsung pernah berubah


apa2 pun , segala apa peristiwa pahit yg berlaku sepanjang semester lepas atau sepanjang aku ada kt sini, mahu dilupakan sedikit demi sedikit walaupun payah.... sebenarnya perasaan yang sama selalu muncul dlm benak fikiran aku ni setiap kali aku bergerak utk berubah tempat.... aku terpaksa ambik inisiatif merubah semula apa yg aku lakukan sepanjang aku kt sini supaya aku x terkejut bila dh balik smula nnti, tiada lagi istilah keluar setiap malam bagaikan ketua kampung mencari anak buah, ataupun menjadi seorg burung hantu yg berjalan lewat malam tatkala insan lain sedang nyenyak tidur...semoga aku berjaya utk mengurangkan tabiat2 mcm ni nnti ;D

apa2 pun kpada teman2 seperjuangan, selamat bertemu kembali di 'trek' yg paling sukar utk SEMESTER ni, aku doakan kita semua berjaya menghadapi perjalanan yg mencabar & berliku ini :)

Thursday, 26 May 2011

hikmah di sebalik sebuah kejadian

percaya atau x, boleh dikatakan hmpir setiap drpd kita pernah ada 'Bad Day' yg tersendiri...bayangkan pernah x terjadi dalam masa sehari dlm kehidupan awak, awak & awak, boleh dikatakan ada saja benda2 yg x elok yg berlaku sepanjang seharian tu.... contohnya, tengah2 berjalan tiba2 kasut terpijak tahi kucing, ada lain2 kes terpencil pulak boleh tergelincir smpai nk tergolek, padahal jalan punya la control takut terjatuh...bayangkan kalau kejadian ini terjadi masa ada kt tempat yg ramai org contohnya pasar malam, mesti malu gila kan masa tu, tpi nk buat mcm mana bnda nk terjadi...btul x????

bagi aku, kadang2 'Bad Day' ni boleh jadi bila fikiran menerewang x tentu hala, kepala berserabut sbb nk memikirkan byk benda prlu dilunaskan, itulah salah satu faktornya...bayangkan kita terpaksa menempuh kehidupan seharian yg penuh dugaan yg pelik gara2 gangguan fikiran yg sementara macam ni, oh memang pedih smpai kan mood yg ceria bertukar jadi muram durjana....

mmg benar kata pepatah lama, 'ku sangkakan panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari.... dari pepatah lama ni pun kita dah dpt tahu yg kehidupan ini x selalunya kita bergembira, berbahagia sbb untuk membina tembok bahagia, pastinya ada cabaran dan dukanya... jgn risau walau cabaran & dugaan dtg menimpa2 percayalah pasti ada cahaya di hujung terowong :)

sebenarnya hidup akan terasa amat,amat,amat RUGI bila melepaskan peluang yg ada di depan mata yg secara terang-terangnya & sejelas-jelasnya mampu utk digapai...tapi kerana satu KEBODOHAN dan mengambil pendekatan utk LAMBAT,LEMBAB & LANGSUNG tak  bertindak, peluang yang ada di depan mata tersia2 begitu sahaja sehinggalah diri mula terasa menyesal dgn sikap yg negatif ni sehingga konon-kononnya mahu utk menunggu peluang kedua...eh gila ke apa, mmg btul2 keajaiban la kalau btul2 ada PELUANG KEDUA tu, bagus la tpi kalau masih guna jgak pendekatan yg '3L' tu maknanya memang betul2 dh tergolong dlm kelompok yg !@#^& cpat2 la register kan diri tu,hehehehe :)


apa2 pun walau diri rasa terasa sangat,sangat,sangat jatuh dan terasa seolah2 payah utk bangun semula hingga terpaksa dipapah, cuba utk berfikir POSITIF...mmg SANGAT sakit bila betul2 terjatuh & tiada yg menyambut, biarkan perasaan itu menguasai utk sementara & utk meredakannya ,cuba melawan perasaan sakit tu dgn perasaan yg POSITIF dgn memujuk hati sendiri dgn kata2 yg menaikkan semangat semula, tpi jika kaedah ini juga x terhasil, cari lah kawan2 yg memahami, atau pernah mengalami sendiri masalah ini, ceritakan dri A smpai Z tentang masalah yg dihadapi tu... andai kata jika terlalu memendam & menyimpan perasaan yg negatif ini, pasti ada sesuatu perkara yg di luar jangkaan akan berlaku...jdi kpada yg mengalami masalah sebegini buat masa ini, bertindaklah dgn cepat sebelum merebak & melarat dgn lebih teruk lagi... :)


mmg pedih bila apa yg dijangka x tercapai, dan sehingga terkeluar kata2 'harapan setinggi gunung berderai menjadi DEBU' .... kpada yg mengalami, PUJUKLAH HATI, jgn ditangisi.... kehidupan ni masih panjang lagi, byk onak duri yg terpaksa diharungi spanjang ranjau berduri & ada hikmahnya disebalik sesuatu peristiwa...sebelum terlupa, bercakap pasal hikmah, kejadian tanah runtuh yg berlaku dkt ULU LANGAT Sabtu lpas walaupun meragut hampir 12 org anak2 yatim tpi kejadian ini jugak dah berjaya menyatukan semula hubungan seorg anak yg berumur 13 thun dgn ibunya.... walaupun si ibu x pernah berjumpa dgn anaknya sepanjang 13 thun umur anaknya, tpi ibunya tetap menyayangi & mencari anaknya yg dilahirkan walaupun dri kecil krana naluri keibuannya kuat sehingga terjadinya tragedi ini.... 

walaupun kejadian ini dianggap musibah tetapi setiap musibah, ujian yg diturunkan ALLAH pasti ada HIKMAHNYA & ini lah salah satu contohnya, menemukan dua insan yg terpisah sekian lama, bayangkan kalau tragedi ini x terjadi, berkemungkinan juga ibunya pasti x menemui lagi anaknya yg dicari selama ini....mmg benar amat cantik aturan dari TUHAN... dan itu setiap apa yg diANUGERAHKAN Allah kpada aku, aku sangat2 bersyukur.... dan setiap berlaku kepada aku selepas ini, aku akan cuba utk MEM'POSITIF'KANNYA :)


                                                           * hiasan semata :)



buangkan sejauh-jauhnya PAHIT, kembalikan sang MANIS (memujuk HATI ;D ) *actually, from last night, "i live in the long SIGH" *ohhhhh

Wednesday, 25 May 2011

MOOD mempengaruhi sebuah tulisan???

kadang2 cuma melalui penulisan, kita dh dpt agak, dpt tahu mood penulis tu sebenarnya....klu seseorg itu seorg pembaca yg tegar & hebat, x kisah la novel, majalah, blog atau sebagainya, dia boleh tahu & detect perasaan sebenar penulis terutama skali penulis blog.... mmg bnar ada seseorg prnah beritahu aku, utk menulis dlm blog kita perlukan PENULISAN YG JUJUR DARI DALAM HATI & aku amat, amat, amat MENYETUJUI kata2 ni :)


manusia.... manusia amat pandai MENYEMBUNYIKAN rasa PILU yg hadir di dalam JIWA & menggantikannya dgn GEMBIRA tpi sebenarnya ramai disekelilingnya perasan akan perubahan yg berlaku pada individu itu sendiri, contohnya melalui dari riak wajahnya tatkala rasa PEDIH dtg melanda, walaupun cuba utk menyembunyikan perasaan itu dgn senyuman yg jelas2 nmpk tawarnya, pastinya insan lain akan tertangkap dgn apa yg ditunjukkan walaupun x dibicarakan dgn suara tpi BERJAYA dibicara dgn HATI & gerak tubuh :)

walaupun jiwa mereka merana tpi mereka x pernah menghampa kerana bagi mereka, perasaan diri sendiri x terlalu diutamakan tpi yg penting jiwa & perasaan ORG LAIN biar disenangkan...ada paham x dgn ayat aku ni??? klu ada paham sikit2 bagus la,hehehehe

sebenarnya, aku terasa susah utk menggapai tpi aku tetap bersyukur sekurangnya2 aku BERSIH dri segala KEKOTORAN itu....bg aku, pedih x perlu dinampak, biar manis dtg mengganti tpi walaupun pedih tersembunyi, ia tetap TERASA :) *mse tulis ni MOOD aku ok, x ada serabut,pedih apa pun (padahal ada rasa lain sebaliknya,hahahaha)


P.S : lagi 2 hari nk tinggalkan sisa & baki di sini...OH *mengeluh dlm gembira :)

Tuesday, 24 May 2011

episod yang TER 'RINGKAS'

kalau selalu bnda ni terjadi dkt aku tiap2 hari, boleh lemah dibuatnya.....pedih, faktor utama yg slalu & boleh dikaitkan dgn perkataan LEMAH...knpa aku menulis cmni??? bkn, bkn aku menulis krana telah 'BERJAYA' menghadapi satu KESEDIHAN tpi aku menulis kerana terpaksa utk menjadi seorg pelakon yg tak berbayar utk drama yg tiada skrip & pengarah *itu saja yg mampu diperkatakan saat ini.... andai aku boleh & mampu menggapai langit utk mencapai sejuta bintang, sejujurnya semua bintang2 tu akan aku kutip & hadiahkan kesemuanya kpada kau...pasti ini jgak aku akan lakukan semata-mata demi sebuah KEBAHAGIAAN hidup kau


tpi, sebenarnya aku x mmpu jadi seseorg yg sama dgn apa yg kau pinta,kita mana ada sama & biarkan ini terhenti setakat sini je, aku harap kau trus BERJAYA & teruskan USAHA...*tapi aku xkn pernah MENGALAH :)

P.S : mungkin ini entri yg paling buruk spanjang kewujudan HItam Putih....ditulis utk menerangkan sebuah KECELARUAN dan membersihkan sebuah KE'KAKU'AN *saya tak berbakat dlm bidang NASIHAT-MENASIHATI ni :)

Monday, 23 May 2011

mensyukuri NIKMAT yang diberi TUHAN

entri ini dibuat mmandangkan mata masih x mau ditutupi, nak pegi nyanyi kt karaoke box a.k.a K-Box x bebukak plak memalam buta cmni, lgpun suara pagi2 sejuk lpas hujan ni mana la sama dgn suara ptg semalam time aku karaoke tu, btul x????hahahaha.... tiba2 aku dpat idea nk menulis entri kali ni.....tiba2 aku teringat plak dgn pakcik yg letak bekas dpan 'keyboard' smbil mnyanyi tu, suara diorg sedap la jgak, lemak merdu walaupun diorg golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), aku pun rasa kagum dgn kelebihan diorg tu :).... tpi ada satu hari tu aku btul2 rasa tersentuh dgn seorg pakcik tu... mse aku ada dkt sebuah pasaraya kt Melaka, pakcik tu dduk btul2 dpan pasaraya tu dgn adanya keyboard dgn bekas duit di depannya tpi waktu tu aku tgk dia tgh tertidur nyenyak dgn mulut sedikit terbukak *aku menulis ni bkn la niat utk mengutuk pakcik tu


tpi tiba2 perasaan jdi luluh dgn tiba2, waktu tu jgak aku rasa cm nk terkeluar air mata...aku sebnarnya x bleh tgk pakcik yg tengah tidur dgn mulut terbukak tu, hati aku tiba2 jadi pedih, sayu....aku mmbayangkan bagaimana kepenatan pakcik ni seharian mencari rezeki yg halal utk anak & isteri dia  *klu blum kahwin, utk menampung hidup sehari2 & aku jgak membayangkan klu la yg pakcik tu ayah kandung aku, apakah perasaan aku waktu tu...malu, sedih, pedih ??? oh, sebenarnya aku x mmpu membayangkan klu2 ini ditakdirkan berlaku kepada diri aku sendiri :'( .... aku pun sebenarnya x tau knpa sejak akhir2 ni, hati aku jenis mudah jdi sebak & mmpu kluarkan air mata dgn secara tiba2 walaupun skit,hehehehe....eh, xkn plak aku ni CENGENG bak kata Jirah Amil :) ... x mungkin la plak aku bleh jdi cmni, selama ni x pernah jdi pun :) sebnarnya bagi aku mungkin ni terjadi sbb byk benda2 sedih yg aku alami kot, sbb tu aku ada perasaan lahir scara tiba2 ni *ada ke cmtu




apa yg aku nk ambik iktibar kt sni, mungkin jgak bleh jdi panduan kt pembaca2 aku ni *ada ke pembaca,hehehe.... kita mensyukurilah semua nikmat yg TUHAN bagi kt kita selama ni, penglihatan,kesihatan yg baik , anggota badan yg sihat & sebagainya.... aku walaupun rabun hingga terpaksa guna cermin mata tpi aku ttap bersyukur & aku anggap ni ujian dri Allah, serupa jgak gn ketinggian, aku tau aku bukan la seorg yg tinggi tpi aku bersyukur skurang2nya aku ada ketinggian 'standard' bg org Malaysia :) , tpi klu aku prempuan msti aku dh kategori tinggi kan,hahahaha??? :) .....nmpknya susah la nk cari pasangan hidup ni, sbb x tinggi sgt...terpkasa la cari isteri yg kecik2 je bru nmpk sesuai...byangkan klu bakal bini aku tu tinggi, dh aku kne beli kasut GIRAFFE yg bg nmpk tinggi tu...time tu, bleh la aku feeling2 TOM CRUISE dgn KATIE HOLMES sbb Tom Cruise rendah orgnya :)...so masa dia kahwin tu, Holmes terpaksa pkai ksut yg x tinggi,flat bru nmpk sama tinggi ngn si Cruise ni, Cruise ni plak pkai kasut yg tapak tinggi skit,adil bukan...hehehehe




klu kt Malaysia ni, legenda rock a.k.a Pengetua AF9, Amy Search adalah salah seorg yg mempunyai nasib yg lbih kurg serupa dgn Cruise, tpi aku pernah dgr org tua2 ckp klu isteri lagi tinggi dari suami maknanya murah rezeki...oh btul ke tu???hehehehe... apapun, kita sebagai manusia knelah bersyukur dgn apa yg kita ada selama ni...x ada seorg pun manusia yg sempurna dlm dunia ni, semua ada kelebihan ngn kekurangan.... mmg cantik aturan Tuhan,semuanya saling melengkapi....org yg tinggi perlukan org yg rendah hinggakan ada page kt Facebook yg kata 'every tall person need a short best friend' ...nmpk kan??? smuanya saling melengkapi.... lagi satu aku selalu jgak org cakap jgn terlalu ujub dgn diri, apa yg kita ada hari ni smuanya hanyalah PINJAMAN semata2 , bila sekali TUHAN dah tarik semula nikmat yg DIA bagi kt kita dlu, dah HILANG bru la mula nk BERSYUKUR, rasa MENYESAL dgn kekhilafan yg berlaku dlu....pastu ada lagi, jgn la kita sesuka menghina seseorg tu atas kekurangan yg ada kt diri dia, sekali kita hina dia bermakna kita MENGHINA kejadian & ciptaan TUHAN tpi aku kadang2 terlupa jgak bnda ni, nasib baik la ada org ingatkan aku biar x terus terhanyut... x reti ckp huruf R ke ,S ke, C ke tu perkara biasa la...mungkin smua org ada mengalaminya, kadang2 org x sedar, x perasan pun yg kita ada kekurangan dlm menyebut huruf2 tu....

sebenarnya unik apa jadi org yg sedikit pelat ckp huruf2 ni, x percaya tgk pelakon cantik, Lisa Surihani yg sedikit pelat huruf R dlm bahasa Melayu, tpi bila dia ckp dlm English xde pun dgr bunyi pelat dia tu,nmpk comel je,hehhehe....lagi satu org yg pelat huruf R ni lagi senang belajar bahasa Perancis kot,hehehehe....anggaplah kekurangan pelat sebutan huruf tu sebagai UNIK & COMEL :)



aku menulis ni berdasarkan pengalaman & ni jgak sebagai PERINGATAN kt aku ngn semua org, jgn la kita rasa rendah diri dgn kekurangan yg ada pada diri tu, jadikan KEKURANGAN tu sebagai satu KELEBIHAN.... kekurangan tu jgak sebagai KEUNIKAN & KECOMELAN.... akhir sekali klu dh seseorg tu mmg seorg yg PENCINTA SEJATI & SAYANG MATI-MATIAN kat pasangannya tu, dia akan terima SEMUA KEKURANGAN, KEUNIKAN & KECOMELAN pasangannya...PERCAYALAH!!!! ;D



P.S : BERSYUKUR DGN APA YG DIPEROLEH SELAMA NI :)

Sunday, 22 May 2011

sekalung doa utk mangsa TRAGEDI

telah berganjak ke hari yg baru, terasa semakin pantas dgn masa yg digunakan dgn sebaik2 nya spanjang aku bercuti sebulan ni...terasa seperti malas nk balik ke Melaka tpi apakan daya, hakikat ini yg terpaksa ditelan krana cuma tinggal lebih kurg 1 tahun atau cuma 2 semester sahaja lagi utk menamatkan tempoh pengajian ni... oleh kerana kalendar pengajian telah diubah memaksa aku menikmati cuti yg sesingkat ini, dan inilah yg terpaksa ditempuh :)


semalam, bersamaan dgn hari Sabtu...Malaysia sekali lagi dikejutkan dgn kejadian tanah runtuh yg membabitkan rumah anak yatim dkt Ulu Langat,Selangor...mengikut Berita Terkini pkul 11 mlm kt TV3 tdi, seramai 25 org mangsa...18 org dah dijumpai, 9 terselamat & 9 lagi meninggal dunia... 8 org lagi belum dijumpai, aku mendoakan smoga kelapan-lapan yg blum dijumpai tu berada dlm keadaan yg selamat :) 

kejadian tanah runtuh pertama yg berlaku kira2 18thun yg lpas, dkt Highland Tower...mse tu aku kecik lagi, walau masa tu aku msih kecik lagi tpi aku ada tgk rentetan peristiwa hitam Highland Tower yg terjadi 11 Disember 1993 tu dkt History Channel mengatakan ada aliran air bawah bangunan yg menyebabkan Blok 1 menjadi runtuh...bleh dikatakan 'darurat' waktu tu...pakar2 dri luar negara termasuklah Singapura, Perancis dgn Jepun dtg membantu utk mencari mangsa yg tertimbus dlm bangunan yg runtuh.... selepas 15 thun, 30 November 2008, terjadi plak kejadian yg menimpa keluarga yg rumahnya terletak Ulu Yam, Selangor.... dlm kejadian pkul 5.30 pagi tu, 2 org anak perempuan juruterbang Firefly meninggal dunia akibat kejadian tu...semasa kejadian tu berlaku, 2 org anak perempuannya tidur di bilik belakang & terperangkap sblum smpat menyelamatkan diri

x lama lpas tu lbih kurg seminggu, kejadian tanah runtuh berlaku dkt Bukit Antarabangsa yg mengorbankan 4 org, & 93 org berjaya diselamatkan....dan hari semalam berlaku lagi kejadian tanah runtuh dkat Ulu Langat, Selangor...aku dpt membayangkan perasaan keluarga atau waris trdekat anak2 yatim tu, terasa seolah2 aku juga ada kaitan dgn mangsa2 tu & ada anak2 yatim tu dlm lingkungan 8 thun & mungkin inilah ujian Allah kpada anak2 yatim tu utk menempuh hidup yg mencabar di masa akan dtg...aku jgak terfikir bgaimana klu kejadian ni terjadi pada kawan2 kita, saudara mara, adik beradik atau mak ayah kita, mmpukah kita menerima suratan takdir ni??? :)


sebnarnya aku masih mmbayangkan knpa kejadian tanah runtuh ni selalu berlaku dkt kwasan lereng2 bukit....mungkin kawasan2 lereng bukit x sesuai utk pembangunan & memandangkan utk membina sebuah taman perumahan mungkin sebuah hutan ptut dikorbankan...sbgaimana yg kita tahu, hutan la jadi tempat tadahan air hujan & klu bukit ditarah utk pembangunan, pasti pokok2 ditebang & air hujan pasti akan mengalir ke bawah jika tempat berbukit-bukau itu digondol.... antara faktor lain plak, knapa kawasan berdekatan lereng bukit x sesuai utk kwasan pembangunan ialah faktor cuaca...selalunya negara kita akan mengalami musim tengkujuh dri bulan November hingga Januari & hujan akan trun x kira masa & tnpa henti setiap hari, kebarangkalian struktur tanah menjadi lembut krana air hujan tanpa henti telah melembutkan tanah & ia akan menyenangkan lagi gelongsoran tanah utk berlaku... 


klu boleh kita mungkin terpaksa elakkan kwasan lereng bukit ditarah utk pembangunan krana boleh dikhuatiri kejadian tanah runtuh ni akan berlaku tpi mungkin kejadian ini boleh jdi iktibar utk kita smua, mungkin terpaksa guna kaedah bak kata pepatah 'mencegah lebih baik dri mengubati' & utk berkata2 memanglah mudah tpi utk MELAKSANAKANNYA cukup susah...apa2 pun pihak kerajaan & rakyat boleh bersama2 bergabung tenaga utk mncari penyelesaian dlm masalah ini.... dan mengharapkan kejadian tanah runtuh ini x akan berlaku lagi




apa2 pun kpada waris2 yg kehilangan saudara mara mereka dlm kejadian kt Ulu Langat ni, takziah diucapkan dan semoga roh anak2 yatim yg menjadi mangsa tragedi ini dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org yg beriman.... kpada semua mangsa2 kejadian tanah runtuh Highland Tower, Ulu Yam & Bukit Antarabangsa yg telah meninggal, Al-Fatihah disedekahkan & semoga roh dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan org yg beriman.... AMIN




sumber utk entri ni : sini, sini, sini, sini & sini






                                          

Saturday, 21 May 2011

corat coret sebuah NUKILAN :)

kpada pelajar2 semester bru, semester satu yg berjaya & berpeluang msuk ke IPTA, selamat datang diucapkan terutama pelajar2 bru UiTM yang akan bermula mendaftarkan diri sebagai pelajar hari ni, Sabtu bersamaan 21hb....semoga anda smua dpt menempuh hari2 sebagai pelajar baru & menghadiri Minggu Destini Siswa (MDS) dgn jayanya *dlu dipanggil Minggu Mesra Siswa (MMS) 


aku mendoakan korg x berhenti belajar cuma separuh jalan.... kenanglah penat lelah mak ayah yg bertungkus lumus bersusah payah hingga mungkin terpaksa mengambil cuti semata-mata ingin melihat anak mereka berjaya....pelajar2 yg dpt tawaran belajar di IPTA selain dri UiTM, apa yg aku tahu, diorg akan mula mendaftarkan diri 1hb Jun ni


mengikut page Facebook Naib Canselor UiTM,  Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (klik sini) "sebarang pertukaran kampus atau course akan DIBEKUKAN sbb kos yang terpaksa ditanggung oleh UiTM & Kerajaan untuk seorang pelajar yg membuat pertukaran melibatkan kos sebanyak RM15-20 ribu seorang pelajar & kerajaan trpksa mnanggung subsidi ratusan ribu ringgit setiap semester. Penukaran menganggu sistem penempatan & kuliah. Persaingan kemasukan ke UiTM tinggi & tempat sangat terhad". (mngikut apa yg ditulis oleh beliau)


aku sebenarnya amat2 bersetuju dgn keputusan, dan ada satu post tntang seorg bakal pelajar yg menulis mengenai course yg ditawarkan kpada beliau ttpi x berminat, Dato VC cuba membalas pertanyaan tersebut dgn mengatakan x perlu terima tawaran jika x berminat dri situ kita dah dpt tahu yg pelajar perlu fikir semasak-masaknya dlm memilih course.... jgn berhenti separuh jalan krana dia luar sana masih ada lagi yg menginginkan utk menikmati pelajaran & juga mengubah nasib diri melalui pendidikan cuma kurg bernasib baik...BERSYUKURLAH :)


apa2 pun kpada smua bakal pelajar yg akan mendaftar hari ni & 1hb nnti, nikmatilah 3 thun yg mendatang ini dgn jayanya...aku pun sama jgak :) ...aku sentiasa berdoa yg aku dan juga rakan seperjuangan agar sentiasa berada dlam keadaan sihat sentiasa & berjaya utk mendapat diploma tepat pada waktunya..AMIN


*entri ni ada sikit kesinambungan dri yg ni (sini)


                                            KETEMU LAGI!!!!;D

Friday, 20 May 2011

♥ JODOH & CINTA ♥

memandangkan mata yg berada di hadapan muka masih lagi x mmpu utk memejamkan dirinya, aku mengambil keputusan ni utk menulis entri yg baru utk SI HITAM PUTIH ni, kali ni aku nk mengambil sedikit kata2 pujangga yg aku selalu dengar selama ni iaitu  "Wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk kiri lelaki, dekat di hati untuk disayangi dan dilindungi, bukannya di kepala untuk dijunjung bukan juga di kaki untuk dikasari " .... lebih kurg cmni la dia punya kata2 pujangga tu :)


ketika aku nk menulis entri ni, tiba2 titisan mutiara mulai turun ke bumi Jerantut ini, dan semakin lama semakin lebat ia menuruni utk mengimbangi suhu panas sepanjang petang semalam.... hujan ni jgak seolah2 seperti sedang MENYETUJUI apa yg sedang dibangkitkan dlam entri aku kali ni....mmg benar kaum wanita mmg dri tulang rusuk kiri seorg lelaki, dan tulang rusuk seorg lelaki mmg sejak azali lagi mempunyai kekurangan tulang rusuk di bahagian kiri...persoalannya, adakah kedua2 insan ini tahu dimana tercampak atau beradanya sang pemilik tulang rusuk mereka atau siapakah yg menjadi pelengkap bagi tulang rusuk kiri mereka??? adakah pemilik atau pelengkap mereka ini berada jauh sehingga ke negeri Barat atau mungkin jarak rumah sang pemilik & pelengkap tulang rusuk kiri ini cuma kira2 sekangkang kera sahaja jauhnya??? siapa tahu sbb ini semua berkaitan dgn takdir & jodoh oleh Allah :)


ada jgak yg pada usia mudanya mereka berkenalan & putus tunang seterusnya masing2 meneruskan kehidupan mereka dgn insan lain, akhirnya ditakdirkan ALLAH mmg ada jodoh diantara mereka walaupun mereka sudah pun menjangkau usia 'emas' seperti yg berlaku di Perak (klik sini, sini) dan juga ada kisah yg mungkin popular di Malaysia, kisah seorg nenek yg berusia 107 tahun dri Terengganu berkahwin dgn pemuda yg bleh dikategorikan berpangkat cucu dgnnya ialah pemuda yg berusia 37 tahun tpi sayang pemuda ini pernah terlibat dlm satu kes penyalahgunaan dadah thun lpas & trpaksa nenek ini tinggal berseorgan lagi... ini lah KISAH JODOH yg barangkali nampak aneh tpi semuanya sudah mmg TERTULIS



andai kata jika seorg lelaki sedang mula memikirkan tentang permulaan dimensi bru dalam kehidupan mereka, pasti mereka akan terasa sesak & takut krana akan memegang satu amanah & tanggungjawab yg berat sebagai ketua keluarga, aku percaya mereka pasti akan mula memikirkan bagaimanakah cara utk membahagiakan, menjaga isteri & mula memikirkan tentang didikan utk anak2 disamping dunia yg semakin mencabar ni selain mencari nafkah yg secukupnya utk mereka...sbb itu klu kita perhatikan umur ideal bagi seorg lelaki jika berkahwin ialah dlm lingkungan 24- 28 thun, dan paling terlewat mungkin dlm umur 34 thun krana mereka mahu mmperkukuhkan ekonomi sebelum masuk ke dunia baru & berjawatan sebagai seorg pemimpin keluarga... cuba bayangkan jika teman wanita lelaki yg berkahwin lewat ini tua 2,3 tahun dri sang jejaka, pasti mereka tidak dpt bersabar lagi..tpi jika sudah jodoh, walau terasa lambat tpi ttap akan menunggu :)






apakah agaknya cabaran yg bakal dihadapi seorg lelaki jika ingin mendirikan rumah tangga 10 tahun akan dtg....di dlam kepala aku sudah membayangkan kos sara hidup yg semakin lama semakin tinggi, mungkin wang hantaran mencecah sehingga RM 60000 & ke atas ;D , mungkinkah tiada lagi adat2 merewang, gotong royong semasa kenduri & mungkin lebih banyak lagi cabaran yg akan dihadapi di masa2 akan dtg.... oh, inilah cabaran masa depan :)




mungkin klu ada yg mmbaca entri kali ni terasa pelik dgn tulisan aku yg sikit2 merapu merepek ni, tpi seperti mana yg aku coretkan di entri ini , cabaran masa depan kita x dpt bayangkan apa yg terjadi sehingga kita melalui saat2 itu... dan semalam seorg blogger, 'telordibasuh' telah meninggalkan dunia buat selama2nya dan entri terakhirnya mengenai anaknya bermain2 penampar dgn bapa...walaupun aku x pernah dgr nama blog ni sbb msih bru dlm dunia blog & bliau meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru2, bliau bru berusia 25 thun, moga rohnya ditempatkn dikalangan org2 beriman & dicucuri rahmat...AMIN






apa2 pun kpada smua, mati akan dtg bila2 masa... walaupun dlm keadaan sihat tpi bila AJAL dtg menjemput kita pasti x dpt menghalangnya...tringat aku tulisan seorg blogger,dia mengatakan andai beliau tiada lg, siapa agaknya yg akan menjaga blognya, dan aku juga terfikir cuma aku saja yg mengendalikan SI HITAM PUTIH ini, jika aku pergi, mungkin SI HITAM PUTIH cuma tinggal sejarah dan entri mengenai telordibasuh ditulis oleh rakan serumahnya (klik sini)



dan kata2 terakhir hari ni, "Melayari bahtera perkahwinan bukan utk sehari dua tpi utk KEKAL SELAMANYA" :)



*entri ni jgak ada sikit kaitan dgn entri sini...SEMOGA BERBAHAGIA SELALU SEMUA, ANDA SUMBER INSPIRASI & SAYA CINTAKAN ANDA SEMUA!!!!




                                         cinta itu buta & x kenal erti usia 


                       KETEMU LAGI!!!!;D

Thursday, 19 May 2011

andai muncul PELUANG yang KEDUA

andai diberikan peluang sekali lagi tentang kisah ini, pasti semuanya akan aku berusaha semula utk lakukan dgn sebaik mungkin, smuanya akan diperbaiki dgn elok supaya nampak cantik & kemas di mata sendiri & org lain.... genggaman tangan pasti dikatup dgn SERAPAT- RAPATNYA biar tiada satu pun yg dpt menjadi penghalang walaupun yg mahu menjadi penghalang itu cuma satu ZARAH yg x pernah mendatangkan bahaya kpada apa yg ada digenggaman tangan itu


adakah usaha selama ni x pernah berhasil gara2 kurangnya DOA kpada MAHA PENCIPTA setelah berhempas pulas berusaha dgn pnuh gigihnya??? mungkin tidak sama sekali krana selalunya setiap INSAN akan memohon PERTOLONGAN dripada YANG MAHA ESA terutama bila dlm berada keadaan atau situasi & ujian yg tidak dpt ditanggung oleh diri... walau mungkin ada sesetengah insan pasti akan mengatakan "bila dah susah bru nk ingat Tuhan" tpi sebenarnya ALLAH amat menyukai org yg memohon kepada-NYA apabila dlm kesusahan drpd insan yg terus menyombong kepada-NYA walaupun sudah ditimpa ujian kpada diri...tpi DIA xkn pernah menguji seseorg hambanya sehingga tidak termampu utk ditanggung dan DIA juga mahu menguji sejauh mana KEIMANAN seorg hambanya dlm menghadapi ujian dari NYA




doa yg dimakbulkan juga mungkin boleh dikategorikan kpada beberapa ciri, mungkin jgak prnah berlaku pada kita dlu....


INI DIA


  1. ada org yg berdoa, segera dimakbulkan doanya oleh Allah
  2. ada doa yg ditunda sesuai dgn kegunaan dan kemantapanya
  3. ada jgak doa yg dialihkan contohnya terhindar seseorg atau sesiapa yg berkaitan, ahli keluarga dari bahaya, kerugian, bencana, fitnah ataupun kematian ...contohnya di sini kemalangan jalan raya di mana kereta yg terbabit dlm kemalangan habis musnah,hancur akibat kemalangan ttpi individu yg terbabit cuma luka ringan seperti luka terhiris pisau *pernah berlaku
  4. ada doa org yg berharap mendapat kekayaan yg melimpah ruah, tpi Allah mengurniakan mereka anak yg soleh krana mungkin mreka akan menjadi lupa daratan jika dilimpahi harta dan kekayaan yg melimpah ruah
  5. ada yg berdoa meminta kedudukan atau pangkat tpi Allah mengalihkan kpada mnjadi org yg berilmu pengetahuan krana jika mmpunyai pangkat yg tinggi akan menimbulkan kesombongan dlam diri mereka
  6. ada org yg ditimpa kesusahan & tiada org yg ingin membantunya, ttapi Allah dtgkan pertolongan-NYA melalui org lain tanpa disangka-sangka *pasti ada yg pernah melalui situasi ni termasuk la aku :)







aku rasa pasti kita smua pernah alami paling kurang pun dua ciri yg dlam ke'makbul'an doa dari NYA... apa2 pun kalau tiada usaha & cuma doa semata2 pasti x tercapai jua sbuah impian utk sesuatu yg kita inginkan... kata-kata terakhir hari ini, "pintu utk masuk ke dalam rumah seperti sudah tertutup kpada semua insan & mungkin hanya ada seorg saja yg insan mempunyai KUNCI & mampu utk memasuki ke dalamnya utk bertemu dgn PEMILIK HATI".... :)


*mengharapkan semua insan mendapat peluang kedua utk mmperbaiki diri drpd KESILAPAN yg LAMPAU dan seandainya mereka tahu masa itu mahu diulang lagi, pasti SEMUANYA akan BERUBAH, skrip kehidupan menjadi bebeza jalan cerita & plotnya, secara pastinya peluang sebegini rupa TAK AKAN PERNAH DIPERSIA-SIAKAN LAGI....




                               KETEMU LAGI!!!!;D

Wednesday, 18 May 2011

kisah kemungkinan MASA KEHADAPAN

ketika entri ini ditulis, aku sebenarnya seperti sedang berjuang demi mndapatkan sbuah kebahagiaan dan juga KEMERDEKAAN utk diri sendiri *padahal xde buat kerja apa pun :) 

sebenarnya aku ada belajar sesuatu hari ni, tentang masa dpan aku kot :)...scara tiba2 x disangka, aku mula terfikir andai aku menjadi suami dan sekaligus menjadi seorg bapa anak2 aku, mmpukah aku mendidik diorg dalam zaman yg pada waktu itu sangat2 mencabar & sgt2 dlm keadaan yg modenisasi...mampukah aku memberikan didikan agama yg secukupnya kpd diorg waktu itu??? secara x langsung aku dah dpt mmbayangkan apa yg akan berlaku dlm masa 8 hingga 10 tahun akan dtg....pada waktu itu mungkin didikan agama smakin berkurang *mungkin ye, kalau pegi skolah pun mngkin x pyah bawak beg k, ntah2 pkai imbasan badan je klu cikgu nk ambik kedatangan....silap2 nnti bkn cikgu yg mengajar murid2 tpi smuanya dh guna robot :)




sepanjang pemerhatian aku wktu skolah dlu smpai skrg, bdk2 skolah skrg ni sedikit manja....x ada niat pun nk salahkan ibu bapa atau cikgu tpi byangkan klu zaman dlu, cikgu siap mak ayah beri 'bekal' rotan utk mengajar malah mendidik anak2 diorg jadi manusia yg berguna skarang.... kalau dulu mengikut pengalaman yg diceritakan kpada aku, klu cikgu yg garang tu pkai kasut tumit dari jauh dh bunyi tapak kasut dia....kelas yg bising, huru hara tu boleh bertukar jadi senyap seolah2 ada garuda yg melanggar kelas....lagi satu zaman dulu, siap ada public caning lagi, hukuman rotan di khalayak ramai...kalau la hukuman tu ada lagi skrg ni, confirm2 la x ada budak yg buat jahat kat skolah, siapa nk kena rotan kt dpan awek2 kt skolah...malu woo,hahahaha ;D


aku plak spanjang skolah dlu, ayah aku siap ckp lagi klu aku ada buat salah dia sruh je cikgu aku rotan aku, perghhh...mula2 mmg la rasa cm nk marah je tpi percayalah aku rasa mungkin rmai yg akan setuju klu aku ckp, pasti ada bkas2 pelajar yg akan berterima kasih kpada cikgu yg pernah menghukum diorg dlu sbb diorg tau cikgu mendidik bukan membenci :) ...berbalik pada kisah yg aku bangkitkan mula2 tdi, aku dh membayangkan cabaran utk mendidik anak 10 tahun akan dtg, mampukah aku mendidik diorg menjadi insan yg berguna...memang benar kata pepatah org lama, "melentur buluh biarlah drpd rebungnya, mendidik anak biarlah drpd kecil sbb jikalau bila anak dh besar bru nk mendidik dgn btul, alamatnya mmg dh terlmbat utk anak...apa salahnya nk mendidik anak mungkin terpaksa menggunakan rotan tpi bukan dgn niat utk mendera sang anak...




mmg la klu difikirkan lambat lagi utk memikirkan hingga ke tahap ini, tpi dgn keadaan dunia yg ke arah modenisasi ni, aku pun tiba2 secara x sengaja memikirkan cabaran di masa dunia akan dtg kpada generasi baru...semoga kita semua mampu & berjaya utk mendidik anak2 kita ke arah insan yg kehidupannya cemerlang, gemilang malah terbilang satu hari nnti..AMIN :)




*sebnarnya aku nk mintak maaf kt seseorg sbb masa mandi sungai hri tu aku ada terbaling seketul air batu besar duit lima puluh sen  btul2 kt belakang kpada dia, kbtulan plak time dia lalu tu aku tgh baling tu,hahahaha....dh sakit kpala dia :)




*sepanjang cuti ni jgak aku jrang melekat kt rumah, sibuk jadi PENYEPIT,hahahaha ;D ....OH!!! cuti tinggal lebih kurg 10 hari je lagi :(









                     gambar hari ni, kat mana ntah dgn si budak Azrin Danial tu :)


P.S : secara jujurnya spanjang cuti ni, aku sentiasa berselekeh, ye la dh la bgun tido lewat, mandi pun lewat :) ....sbnarnya ni gmbar ptg tdi kt tngga menuju kejayaan,hahahaha....bru shaved ni, klu x muka cm org 38.7 thun , ada anak 8... SELAMAT BERCUTI SEMUA :)




                                     KETEMU LAGI!!!! ;D

Monday, 16 May 2011

setelah DUA PURNAMA di dalam DUNIA

alhamdulillah...secara rasminya 13hb lpas brsamaan dgn hari Jumaat lpas, dah genap dua bulan usia 'baby' pertama aku sayang ni.... x sangka dh dua bulan umur dia :) kisah suka, duka, pahit, manis, sedih aku smua aku cerita kat dia ni... klu la dia ni, xpernah wujud dlm kamus kehidupan aku , kt mana lagi la yg aku nk cerita kisah aku walaupun sedikit merapu ni, xkan la aku nk cerita kt member2 aku plak psal kisah mengarut aku, kang x pasal2 makan tayar motor,hahahahaha ;D .... sebenarnya aku nk post entri ni Jumaat lpas, tpi BLOGGER tgh buat maintainance, malam sebelum tu ok je, tgk2 ptg tu aku dh x bleh nk login... dh la aku punya entri yg pasal kisah seorg kidal tu dia simpan sekejap aku ingat dh terdelete entri tu, nasib baik la dia 'restore' smula, penat wei tulis panjang2 tu...dh la buat yg terbaik,hahahahaha ;D

hari semalam A.K.A hari Ahad, tgh syok2 aku tido smpai pkul 12, tiba2 ayah aku kejut aku nk ajak mandi sungai atas ajakan makcik aku yg dduk kt Jengka tu, mula2 aku xnk pegi sbb mengenangkan aku kepenatan tido lewat malam tu,hahahaha... tpi memikirkan smula atas faktor2 tertentu, aku pun bersetuju la nk pergi jgak, walaupun sedikit kepenatan (nasib baik smpat bsuh muka,hahahaha) :) ....selepas dua minggu aku x pergi mandi sungai ni, aku tgk air sungai makin tohor (cetek) sbb hujan trun sekejap2 dan air sungainya semakin menyurut... tpi permandian kami terganggu dek kerana hujan yg renyai2 yg smakin melebat & trpaksa mnghentikan permandian sungai, walaupun air sungai tmpat permandian ni sangat tenang, tpi ada seorg pakcik aku amat tkut dgn kehadiran 'kepala air'...

aku pun x tau sgt 'kepala air' tu apa...rupanya2 istilah ni utk air yg mengalir deras dri atas bukit & aliran air ni jugak ada bunyi yg menyeramkan sperti bunyi mengaum, klu sesiapa2 terdengar bunyi mengaum seperti ni masa mandi sungai wktu hujan, cepat2 la naik ke tebing sungai, tkut2 dibawa arus air yg mengalir deras ngn bunyi yg menggarangkan tu...sebenarnya mandi sungai time hujan renyai2 la seronok, bleh feeling2 buat video clip :) ...apa pun aktiviti hari ni bleh diibaratkan sbgai family gathering bg aku yg jarang2 balik rmah berjumpa saudara mara ni :)


sbnarnya utk entri ni amat special bagi aku, tpi trpaksa merangkumi kisah hari ni & aku ada sedikit bingkisan istimewa sempena genapnya DUA PURNAMA aku dlm dunia blogging ni




Ceritera Kisah Kehidupan

Berangkatnya kisah perjalanan yang panjang,
Sehingga jauh saujana memandang,
Pepohon hijau mula menampakkan bayang,
Lukisan awan terasa indah dipandang,
Kebiruan langit petang telah menghadirkan kelam,
Seindah pelangi diliputi malam.

Dan ketika itu perjalanan sudah terhenti,
Diri hampir terkujung pergi,
Kenangan lampau mula menghantui,
Sudah pasti takkan kembali,
Ianya terus memomokkan diri, 
Lahirnya cita yang tidak bersemi,
Semakin merasai sebuah sepi.

Apa yang diingini tiada sempadan,
Tidak sampai hilang pedoman,
Hadirnya hidup tanpa kesudahan,
Mungkinkah ini takdiran Tuhan.


gabungan perkataan ni aku x tau kategori apa, aku rasa klu nk ckp ni puisi atau sajak, jauh sekali... yg aku mmpu kata ni hanya bingkisan sebuah perasaan, seperti mana yg aku pernah bgtau dlm entri2 yg lpas, setiap bait2 ni ada maksudnya yg tersendiri...apa2 pun inilah yg aku karang hampir 3 hari, x terlalu puitis sbnarnya ni tpi klu aku nk jadi seorg novelis, penulis mungkin aku akan menggunakan nama pena, 'Hadi Hanifah' , aku pun x tau la knpa aku suka nama ni, jauh sekali dri nama aku yg sebenar :) ...andai kata aku bukan seorg penulis, aku akan jadikan nama ni sbgai nama anak lelaki aku... eh, aku ada anak ke???hahaha...lmbat lagi 2011 + 8 = 2019 (sasaran je, ntah2 x khwin) ;D
sebenarnya aku dh sign satu perjanjian dgn kawan baik aku yg mana aku akan jadi PENYEPIT dia,hahahahaha nnti.... bro, janji tetap janji tau, LUNASKAN ;D ...aku sanggup berkorban sepenuh jiwa, bakul, raga tau demi sebuah kehidupan,hahahaha


kata2 terakhir hari ni, " Hidup ini umpama kanvas putih, hanya kita sahaja yg mampu mencorak & mewarnakannya... Kadang2 utk mencapai bahagia kita terpaksa melepaskannya dan membiarkan derita hadir buat sementara kerana ia akan mampu utk mematangkan kita  berjuang kembali serta mencapai kebahagiaan dalam hidup" ....


sebenarnya aku amat amat amat MENYAYANGI & MENCINTAI kau,kamu,dia,kami & kalian semua...SEMOGA BERBAHAGIA KALIAN ;D


P.S = hari Jumaat lpas bersamaan 13hb Mei ada sejarahnya...Yang Pertama, tragedi berdarah 13 Mei 1969 pasti xkn pernah dilupakan rakyat Malaysia, aku doakan keamanan, kesejahteraan Malaysia...semoga tiada lagi tragedi ini buat kali kedua dan selamanya & biarlah tragedi ini pertama juga terakhir & mngambil iktibar dri tragedi berdarah ini :)
Yang kedua plak bukan sejarah tpi seolah2 kebtulan...dlm English disebut tarikh utk Jumaat lpas ialah Friday 13th (katanya ada peristiwa disebalik ni)... tgh2 aku tgk klik info kat ASTRO, Channel Cinemax tayang cerita Friday 13th, apa motif tayang waktu tarikh Jumaat 13th ni, terpana sekejap??? kebetulan atau memang dh dirancang...mungkin kebetulan yg dirancang kot :) 


P.S  2 : drop la komen anda tentang gaya penulisan blog aku ni, tentang cara penulisan ke apa....kpada follower2 bleh la komen2 entri aku ni, komplen & komen anda semua amat aku hargai...PEACE PEACE!!!! ;D




                                KETEMU LAGI!!!!;D

Thursday, 12 May 2011

hikayat seorang yang bernama KIDAL ;)

seperti mana yg dijanjikan smlam, aku akan mula mnulis entri mengenai pengalaman aku menjadi seorg kidal.... seperti mana yg kita tau menurut encik Wikipedia yg berbahasa Melayu, definisi kidal adalah seseorg yg cenderung menggunakan lebih banyak tangan kiri berbanding tangan kanan semasa melakukan sesuatu kerja, kdg2 ada jgak org yg menggunakan tangan kanan smasa menulis tpi dlm hal2 kerja seharian dia mnggunakan tangan kiri & ini pun dikategorikan sebagai kidal...


melalui pengalaman hidup aku sebagai soerg kidal sehingga hari ni, sebnarnya mak ayah aku bukanlah pasangan yg kidal tpi rupanya2 ada seorg pakcik belah ayah aku pengguna tangan kiri & ini secara tidak langsung aku mempunyai keturunan kidal & dlm keluarga aku, aku dan akak aku yg kedua terpilih sebagai seorg kidal....dlm kajian, lebih kurg 8- 15% org kidal di dunia & aku la salah seorg yg bertuah itu * bertuah ke?? ;)


aku mengaku masa aku drjah 4 dlu, aku terasa malu menjadi seorg kidal... bayangkan di sekeliling smuanya kwan2 memegang pensel menggunakan tangan kanan tiba2 aku seorg yg menggunakan tangan kiri, keadaan ini menjadi sedikit pelik, pernah aku cuba mengubah utk menulis guna tangan kanan...hasilnya, tulisan menjadi sangat2 buruk dan aku mengubah semula utk menulis tangan kiri walaupun tulisan tangan kiri aku pun buruk jgak *tpi x la sburuk masa tulis tangan kiri tu


masa drjah 6 plak, aku mengaku waktu tu tulisan aku sgt2 la buruk, ye la mungkin salah satu faktor aku kidal kot....smpai kn cikgu bahasa Melayu aku waktu tu suruh beli buku tulisan yg ada garis empat line merah biru, biru merah tu, cm bdk drjah satu sruh belajar tulis tu, malu memang la malu tpi nk buat cmne kn... :) aku dlu slalu kne marah sbb kan ada jenis meja yg mcm kt dewan kuliah UiTM tu sbb berlaga2 dgn tangan dia mse menulis, ye la kebanyakan barang2 peralatan smuanya utk org kanan....  barang2 yg aku rasa paling ssah skali nk handle ialah bila nk guna gunting, sbb tu ada sesetengah gunting direka khas utk org kidal tpi amat nk jumpa kt sini, nk x nk terpaksa pakai jgak, ada sampai skali tu trpaksa aku pakai tgn kanan gara2 nk guna gunting tu.... pegang sudu pun sama, dh biasa pegang tngan kiri, bila org tegur bru ubah pegang tangan kanan wlaupun kekok :)



walaupun kidal cmne skalipun aku, kalau pegang mouse, pegang gitar * pegang je main x reti ;D , ttap guna tangan kanan....klu dlm tulisan plak, aku still tulis sebgaimana org bertangan kanan tulis...contohnya huruf 'd' kecik ....ada member aku yg kidal tulis huruf ni dri atas, bru jdi bulat....aku plak buat bulat dlu, bru garis * ada paham ke ayat aku ni??hahahaha




apa fakta kelebihan org kidal ni ??? menurut kajian, org tangan kidal banyak menggunakan otak kanan sbb otak kita berfungsi dgn cara menyongsang iaitu otak kanan menguasai bahagian kiri & otak kiri menguasai bahagian kanan.... sebagaimana yg kita tahu, otak kanan la yg byk merangsang kawalan muzik, kreativiti, seni, emosi & kebijaksanaan...maknanya di sini org yg kidal lebih cenderung pakar ke arah kreativiti & seni....adakah aku tergolong dlm kelompok ni??? aku sendiri pun x tau ;D.... ada jgak kajian mengatakan org kidal meninggal 8 thun awal dri org yg menggunakan tangan kanan sbb mnggunakan peralatan tangan kanan...yg ni aku x bersetuju sbb ajal maut semuanya di tangan Tuhan kan??? ;D




lagi satu kelebihan org kidal plak time menulis bleh buat dua kerja sekaligus, contohnya makan....org kidal kan menulis tangan kiri, dlm masa yg sama diorg nk makan sbb tangan kanan diorg kan free :)...berlainan dgn org tangan kanan, terpaksa buat satu2 kerja dlu bru makan.... aku pnah buat kerja gila ni dlu makan nasi smbil menulis, jadi la plak...tpi skg xkn buat lagi  nmpk sgt x senonoh, nnti bini marah,hahahahaha ;D 






hari kidal plak disambut 13 Ogos stiap tahun, aku ingat nk buat sambutan skali dgn birthday aku nnti,hahahahha....apa2 pun aku terima segala dugaan ni, walaupun sbnarnya impian aku nk merasa menulis guna tangan kanan plak :) kpada golongan kidal di luar sana, jangan la kita malu sbb kita ni dlm kategori UNIK & hanya ada 10% je golongan kita kt dunia ni, walaupun lelaki lebih byk golongan kidal berbanding perempuan :)  ...tpi sbnarnya aku x tau adakah kidal ni dlm kategori cacat ??? apa2 pun walau bertangan kidal, aku ttap bersyukur sbb mempunyai dua2 belah tangan dan sempurna smuanya :)  klu nk tau spe lagi org famous yg kidal ada kat sini



Senarai Nama orang orang kidal yang terkemuka: 
1. Man Kidal - Pemain Gitar 2. Asmawi Ani @ Mawi - Artis 3. Bill Gates - Usahawam/Jutawan (Microsoft) 4. Julius Caesar -Roman General 5. Amitabh Bachan- Pelakon 6. Oprah Winfrey - Pelakon/ Host 7. Tom Cruise - Pelakon 8. Nicole Kidman - Pelakon 9. Barrack Obama - Presiden Amerika-Ke44 10. Angelina Jolie - Pelakon
11. Alexander The Great - Pejuang 12. Keanu Reeves - Pelakon 13. Sylvester Stallone - Pelakon 14. Charlie Chaplin- Pelakon/Pelawak 15. Diego Maradona- Pemain Bolasepak 16. Lionel Messi - Pemain Bolasepak 17. Pele - Pemain Bolasepak 18. Rafael Nadal - Pemain Tennis 19. Lin Dan - Pemain Badminton 20. Bill Clinton - Presiden Amerika Ke-42
21. Napoleon Bonaparte -French Emperor 22. Kurt Cobain - Penyanyi/Ahli Muzik23. Prince William of England 24. Prince Charles of England 25. Jimi Hendrix - Pemuzik 26. Mathew Broderick- Pelakon27. Robert DeNiro - Pelakon 28. Matt Dillon - Pelakon 29. Julia Roberts - Pelakon 30. Valentino Rossi - Motor racer.
 
P.S : berbangga walaupun seorg kidal.... Lisa Surihani pun kidal jgak tau ;D


sumber utk entri ni : boleh klik sini, sini & sini
 









                       KETEMU LAGI!!!!;D

Wednesday, 11 May 2011

sebenarnya....

sebenarnya setiap penulisan aku dlm Hitam Putih ini kebanyakannya dipengaruhi dgn mood & juga idea yg dtg semasa menulis.... sebagaimana entri aku yg sebelum ni agak emo sekali berikutan ada cerita yg kurg baik yg aku dgr mse aku xde kt sni & gaya penulisan aku nmpak seperti btul2 mrah, tpi sbnarnya aku x marah cuma aku rasa KESAL dgn 'patung2' tu, bleh dikatakan x sedar dek untung tpi nk buat mcm mana,mnde yg tu la terpaksa ditempuh selagi bernafas dlm dunia ciptaan Allah ni.... setiap apa yg aku tulis waktu entri mmg btul2 kluar dri hati tnpa dipaksa2 :)




semenjak dua menjak ni aku selalu la plak dgr lagu tiupan saksafon alunan dri Kenny G.... oleh kerana mood Kenny G ni dh menjelma, aku pun dh ubah embed lagu blog aku dri ceritera kesedihan Song from Secret Garden kpada Sentimental by Kenny G...tpi kehadiran alunan Sentimental ni mungkin xkn berkekalan lama sbb aku lagi suka alunan Song from Secret Garden & mungkin aku pasti akan jadikan lagu ni sbgai signature utk blog aku :)




idea menulis utk entri2 yg akan dtg plak aku dh berjaya peroleh dan salah satu daripada entri yg bakal aku tulis ialah kehidupan aku sebagai seorg KIDAL.... mungkin kisah psal seorg KIDAL ni kurg menarik atau menarik bg sesetengah org tpi aku akan cuba mengolah kisah ini supaya nmpk menarik krana ni salah satu cerita dri kisah & pengalaman kehidupan aku sendiri :)




sekali pun x pernah berhenti utk melupakan walau sesaat & sedetik tentang sesuatu yg aku mengingatkan, aku jgak sentiasa teringat tntang perkara tu x kira waktu aku bersama kwan aku, masa tidur, trmasuk segala aktiviti seharian aku.... setiap bait tulisan dlm stiap entri aku ni sebnarnya ada maksud2 yg tersendiri & kadang2 bleh di 'interprete' oleh org yg mmbaca entri tu ,wlaupun entri tu tentang sbuah kemarahan, aku ttap akan gunakan ayat yg nmpk lembut yg kadang2 terlalu hiperbola, sangat metafora, & ada personafikasinya... budi bahasa kan budaya kita :)  ..kebnyakan atau mungkin hampir smua entri yg aku post kt sini mnggunakan elemen tiga konsep gaya penulisan ini (hiperbola, metafora, personafikasi) ;D




apa2 pun skali lagi, aku amat MERINDUI kpada org yg MERINDUI aku...x ksah la siapa pun mereka, AWAK, AWAK, AWAK, DIA & KAU saya ttap MERINDUI walaupun x diketahui ;D






                     *gambar hiasan yg sedikit lari dri topik hari ni ;D






insyaallah, entri yg kurg atau amat menarik plus fakta seorg KIDAL mungkin akan muncul sehari dua lagi & selagi Allah izinkan utk aku menulis dgn jari jemari yg x tirus & runcing ni ;D ...semoga semua drpd kita mendapat keberkatan hidup dri Allah & dipanjangkan umur utk meneruskan kehidupan yg pnuh dugaan & pancaroba... :)






                               KETEMU LAGI!!!!;D






                                               

Tuesday, 10 May 2011

akan tiba suatu saatnya nanti ;)

wow, tiba2 terasa hangat darah mengalir dkt sekeliling muka aku bila dgr crita yg paling x sedap & x nk skali aku nk dgr sebenarnya....patut la selama ini, kisah yg aku x berapa seronok nk dgr ni disimpan smpai la masa aku kembali smula ke sini....oh, rupa2nya byk bnda yg aku x tau spanjang dua bulan menuntut ilmu kt sana, aku ingat hnya aku mmpunyai masalah yg berat dkt sana, rupa2nya ada lagi masalah berat yg menanti di sini... :)


perghhhh, sebenarnya hal ni x enak & seronok bila nk ditulis dlm ni, tpi bila hanya aku punya 'Si Hitam Putih' utk mengisahknnya, aku terpaksa.... rupa2nya 'patung2' mkin melampau nmpknya....ingat ye wahai patung2 sekalian, anda smua x pernah mengetahui bahawa ada insan yg hanya tunggu menanti masa,saat & tika utk menghamburkan segala2nya bila keadaan memaksa utk melakukan sesuatu bila kalian semua terlalu melampau sehingga kalian boleh menari-nari di atas kepala, korg ingat apa???


tpi buat masa ni, biarkan mereka smua dtg & hidup di dlam dunia yg dicipta sendiri di mana kehdupannya pnuh dgn kesandiwaraan kotor,palsu & busuk...biarkanlah juga mereka merasa kebahagiaan yg sementara tu...sebnarnya aku sgt setuju dgn satu peribahasa yg menggmbarkan erti seorg atau sekelompok & segelintir manusia yg kurang mengerti serta memahami konsep seguni bantuan ataupun semangkuk pertolongan

ingat 'patung2' sekalian, anda boleh bergelak ketawa, berbahagia & bergembira di atas kepedihan, kesengsaraan, kekalahan yg ditanggung oleh pihak lawan... tidak mengapa sebenarnya walaupun seseorg insan terpaksa melakukan pengorbanan demi kebahagiaan org lain, sanggup juga DIA lakukan wlaupun PAHIT utk ditelan....tpi tidak sama skali bagi patung2 itu, kerana apa seseorg insan itu sanggup melakukan pengorbanan itu ??? kerana seseorg insan itu tahu yg tiada guna utk melawan patung2 yg lemah, yg mudah mengalah & dia juga tahu pengorbanan itu akan datang utk membuahkan hasil akhirnya & cuma dia sendiri tidak tahu yg hasilnya itu akan dtg dgn cepat ataupun sebaliknya...


lagi sekali kpada patung2 sekalian, renung2kan lah jika anda membaca & terbaca entri kali ini, nasihatnya ialah jangan lah sesekali lupakan SEJARAH krana sejarah yg byk mendewasakan jiwa kita bersama :) ...dan benar kata bekas Perdana Menteri Malaysia yg ke-4 , Tun Dr. Mahathir Mohammad,  “Sejarah adalah umpama bilik kuliah yang besar dan sesiapa yang tidak belajar daripada sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan yang serupa.” dan aku rasa yg inilah kesilapan yg paling 'cerdik' pernah dilakukan oleh kamu wahai patung2....


segala tulisan dlm entri kali ni benar2 tulisan dari HATI... kpada mereka (patung2) semoga cepat sedar,cepat sembuh dari sakit yg mnimpa diri ketika & saat ini...dan aku jgak akan sentiasa bermunasabah diri, berwaspada utk mengelakkan panahan kesakitan di dlam diri wlaupun susah utk mnanggungnya... aku jgak berpegang pada prinsip "Mengalah x bermakna bertindak utk mengaku kalah" :) , mengharap kebenaran akan muncul & menjalani hidup seperti sediakala...semuanya akan tiba suatu saatnya nanti...TUNGGU!!!! ;D

P.S : sebnarnya aku x nk sgt ambik kisah psal patung2 yg tinggal nk koyak belaka ni, smuanya cuma gara2 TERPAKSA.... dan klu ada yg baca pstu rasa nk tau psal kisah ni, bleh inbox dlm FB aku,hohohoho..aku pasti akan bagitau ;D

*kepanasan temperature dlm badan mkin berkurangan lpas aku tringat sesuatu kejadian yg mnjadi sebuah KENANGAN dlu, slamat la aku xde darah tinggi :)

                              KETEMU LAGI!!!!;D



Sunday, 8 May 2011

setitisan kata pujangga utkmu IBU

seperti yg smua sedia maklum, seluruh dunia hari ni tgh, akan menyambut HARI IBU... mengikut kalendar Gregorian, hari ibu ni slalunya disambut hari Ahad minggu kedua dlm bulan Mei, ada jugak negara yg menyambut hari ibu smlm, kelmarin, hari Ahad minggu lepas & ada jgak negara yg dh sambut hari ibu bulan lepas.... walau berbeza tarikh sambutan skalipun, agendanya tetap sama iaitu untuk menyambut hari ibu.... utk thun 2012 plak tarikh sambutan hari ibu dh diberitahu dlm sumber yg bleh dipercayai iaitu 13 MEI 2012 bersamaan hari AHAD jgak :)


jasa ibulah yg kita paling susah kita nk balas, mampukah kita sebgai seorg anak , trpaksa menanggung sakit semasa mengandungkan, melahirkan, menjaga waktu kita sakit, meragam tgh2 malam buta...mmg bapa juga byk berkorban utk kehidupan kita ttapi pengorbanan seorg bapa x sehebat pengorbanan seorg ibu sehinggakan Rasullullah sendiri pernah ditanya siapa yang patut dihargai & dihormati, Rasullullah pun menjawab ibu sebnyak 3 kali & barulah diikuti ayah :) 




ada lagi bukti mmg benar jasa ibu patut dihargai sehinggakan ada peribahasa menyatakan syurga di bawah telapak kaki ibu & kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia....seorg ibu boleh menjaga 10 org anak, tpi mmpukah 10 org anak menjaga seorg ibu...dan itulah pengorbanan seorg IBU yg x dpt dibalas oleh anak2 :)




apa2 pun, terima kasih mak kerana mnjaga saya sehingga begini besar *pdahal x besar sgt pun :) , menjadi pemangkin semangat di masa zaman kejatuhanku dlu, dikutuk, diperli mngkin juga dikeji sehngga merasakan dunia ini seperti tiada cahaya lagi yg menyuluhi, engkaulah juga yg mmberi punca cahaya utk aku menerangi diri dan berjaya hingga ke saat ini dan berjaya juga utk menutup mulut2 busuk musuh yg mendengki hingga mereka mula memandang kebolehan, kemampuan aku utk menewaskan mreka dgn cara yg pling halus & menyakitkan ini *cuma ada sikit memedihkan hati diorg (biarkan) :) ....aku doakan semoga mereka xkn memandang rendah lagi kemampuan aku slama ni & bnar sperti yg aku fikirkan selama ni, dunia kadang2 x adil bagi sestengah org & apa yg prnah trjadi slama ni akan dijadikan iktibar utk aku supaya x tersesat sehingga melupai asal usul sendiri,bak kata org dulu2 pepatah dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung


kpada mak, SHARIPAH BT MAT ISA... aku mendoakan smoga mak dipnjangkan umur & dimurahkan rezeki slalu, jasa mu xkn ku lupakan & aku akan blas jasa2 mu satu hari nnti...AMIN




kpada abah, HAZNI BIN IDIN, jgn la risau, special entri utk abah akan ada jgak bila smpai hari bapa nnti.... :)




walau apa pun panggilan kita kpada ibu kita x kira mak, mother, ibu, mom, amma, mama & sebagainya ia tetap sama & buat smua ibu, x kira bakal ibu dan yg dh lama jdi ibu...SELAMAT HARI IBU :)




        love MAK :) *aku rasa aku tgh mngumpat org mse ni,hahahahaha 






                             KETEMU LAGI!!!!;D