Saturday, 31 December 2011

selamat tinggal kawanku, encik 2011

setelah hampir sebulan dua puluh satu hari aku tak menjenguk ke si Hitam Putih ini, akhirnya berjaya juga aku menerobos masuk setelah begitu lama aku menjadi sepi seperti ini.... sedar tak sedar tinggal berapa jam lagi untuk meninggalkan tahun 2011 yang penuh mencabar dan juga dugaan ini

kalau dikembalikan semula semua memori yang pernah aku lalui sepanjang tahun ini semuanya ada ceritanya yang tersendiri, yang mana kisahnya begitu pedih utk aku rasa, aku buang dan campakkannya sejauh-jauh hingga terluput habis dari ingatan.... kisah satu dimensi yang berbeza dari perspektif hidup yang aku sendiri tak pernah terfikir untuk lalui selama ini juga telah membuatkan pandangan kehidupan aku jauh lebih berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini

apa-apa pun semoga tahun baru 2012 Masihi ini akan memberikan dan menjanjikan satu pencapaian yang istimewa utk diri aku dan semoga tahun 2012 ini menjadi pemangkin semangat untuk aku terus maju... SEMOGA TAHUN 2012 menjanjikan kebaikkan kepada semua dan aku seolah-olah tidak sabar untuk melaluinya

SELAMAT TINGGAL 2011, aku takkan temui kamu lagi
SELAMAT DATANG 2012 ;D


&
SELAMAT BERJAYA SEMUA ;D 

P.S : 31 Disember juga adalah ulang tahun salah seorang kawan baik aku, Shahrul Azren a.k.a Mail Perut Lambung, SELAMAT HARI JADI dengan ucapan semoga berbahagia dan teruskan berjaya untuk masa depan ....HIDUP MAIL ;D


sincerely nya secara ikhlas ucapan khas dari Yien a.k.a Botok (sebutan = Botak ) *aku la tu ;D

Thursday, 10 November 2011

selepas SEBULAN DAN LAPAN HARI

oh, nampaknya dh lama aku x menulis dlm si Hitam Putih kesayangan ini, aku lihat ia boleh diibaratkan juga seolah2 seperti sebuah rumah yg semakin usang, yg menunggu hari utk diruntuhkan


sepanjang sebulan dan sepuluh hari aku x menjenguk si Hitam Putih ini, bermacam2 aku lalui.... bermacam2 cerita yg mengejutkan, cerita yg menggembirakan, cerita yg meyedihkan & cerita yg boleh membuatkan hati menjadi x tenteram dek kerana satu igauan utk sebuah cerita.... jadi sekarang ini aku telah melalui detik yg terbaru di dalam hidup aku iaitu menjadi bapa saudara kepada anak saudara perempuan aku dgn memegang pangkat PAK UDA :)

aku masih lagi x percaya yg aku sudah menjadi seorg bapa saudara kepada anak perempuan yg baru lagi berusia 10 hari semasa aku menulis ini...dia lahir pada tarikh 1/11/11 pada pkul 4.44 petang, amat cantik sekali kombinasi nombor ini..dan pada malam tarikh itu juga berlaku juga tragedi yg menimpa kawan baik aku sendiri, yg kemalangan motorsikal dek akibat kesalahan org lain sehinggakan dia terpaksa jalani pembedahan utk memulihkan semula tulang di lengan kirinya yg patah.... Hazif Fijasri, semoga engkau cepat sembuh dan dpt lakukan aktiviti harian seperti biasa :)


dan juga impian aku sepanjang belajar ini utk mencapai target walaupun tidak terlalu menggunung juga berjaya selepas hampir 4 kali mencuba tanpa berputus asa.... walaupun tidak sehebat rakan2 sekuliah yg lain tetapi sekurang-kurangnya aku berjaya mencapai sasaran aku sendiri...kerisauan aku terhadap satu subjek yg pernah menjadi mimpi ngeri juga terjawab walaupun hanya sekadar 'cukup makan' tpi ia sudah cukup utk melegakan hati aku...aku juga bersyukur kpada Allah S.W.T kerana sepanjang 5 semester aku belajar, aku tak pernah gagal dlm semua subjek utk semester yg aku lalui..AKU SANGAT BERSYUKUR


kejayaan aku ini juga datangnya dari dorongan keluarga aku, rakan2 aku sendiri & juga DIA yg pernah bertemu di hati ;D...TERIMA KASIH KALIAN SEMUA.... semoga di semester akhir iaitu episod yg ke-6 ini akan bertambah baik pengakhirannya, aku berjanji akan kotakan janji2 manis aku dulu ;D & mendoakan semoga semuanya berjalan lancar..AMIN


P.S : aku rasa mcm seronok bila tgk gmbar org bergraduasi sambil memakai jubah & memakai topi semasa hari KONVO itu...insyaALLAH akan sampai juga waktu aku & rakan2 yg lain utk menghadapi hari bersejarah bagi diri masing-masing tu :) 

Sunday, 2 October 2011

DUA lagi

oh, seronok aku mendengar masing2 dh ramai meng'update' yg mereka sudah kehabisan kertas peperiksaan utk dijawab *maknanya exam dh habis la tu ;D 

aku plak tinggal lagi dua kertas yg sedang menunggu....secara kebetulan plak sama waktu dgn budak2 yg nak jawab exam PMR Selasa ni....kpada adik-adik yg nk jawab PMR, selamat menjawab dgn jayanya, semoga dpt truskan pelajaran kt sekolah yg lebih bagus kt masa dpan, jawablah dgn elok & berjayalah sgn cemerlang yg paling bagus & berwarna warni ;D

Wednesday, 14 September 2011

secoretan BAB ke- 5

wow, dh lama aku x menjenguk ke dalam ini ruang, bukan kerana apa dh lama x menejnguk tpi ada sebab2 yg tertentu knapa aku dh lama x ke sini.... alhamdulillah, semalam bersamaan dgn hari Selasa, bleh dikatakan seluruh warga kelas aku semuanya tersenyum lebar selepas masing2 dh berjaya membuang hampir sejuta kilo beban yg terletak di atas kepala setiap seorg sepanjang semester ini....


walaupun kisah semester ini hampir sama skripnya seperti semester lepas tapi sejak naik cuti raya ni, aku dpt dirasakan 'kegilaan' semester ini seperti yg selalu di war-warkan senior2 yg berjaya menghadapinya....sekarang semuanya dh mungkin menjadi lipatan sejarah & berharap buku 'sejarah' ini ditutup terus & x perlu dibukakan lagi muka suratnya

apa2 pun kpada semua, selamat berstudy utk 4 paper yg akan mendatang...SELAMAT BERSTUDY semua, semoga mendapat kecemerlangan yang flying with colours ;D 

P.S :entri kali ini hampir sama skripnya dgn entri yg lampau (klik sini) & aku terasa seolah2 rindukan CINDERELLA yg sekarang dgn ucapan 'apakah yg sedang dilakukan dia' ;D

Monday, 29 August 2011

bertemu lagikah kita RAMADHAN

jam menunjukkan pkul 3.25 pagi & saat ini ada adalah waktu imsak yg terakhir utk 1432 Hijrah bersamaan tahun 2011 dan pada sebelah malam akan yg akan mendatang ini juga berkemungkinan besar kita akan menghadapi waktu berbuka puasa yg terakhir utk tahun ini jika diizinkan Allah anak bulan akan muncul malam esk, menandakan hari Selasa kita akan bertemu bulan yg mulia, bulan Syawal...

oh, jalan raya smua sibuk skg ni....s o kepada yg nk balik kmpg tu, hati2 di jalan raya.... kpada awak, awak && awak, saya rindukan kelibat awak, awak.... nnti kita bertemu lagi k..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN SEMUA 

P.S : sempat bertemu lagikah kita di bulan Ramadhan yg akan mendatang tahun seterusnya plak??? hanya TUHAN yg mengetahui segalanya :)

Thursday, 18 August 2011

harapan pada usia 20 :)

sedar x sedar dh 20 tahun aku bernafas di dunia yg penuh pancaroba ni.... ni bermakna dah dua dekad, pasti mak ayah aku pun x sedar yg aku dh berusia sebegini

apa2 pun terima kasih pada semua yg ucapkan hari jadi pada aku x kira dari saluran mana pun...aku amat menghargainya ;D

semoga kita semua dpt capai apa yg paling kita impikan di dalam hidup sepanjang hari2 yg mendatang ini...selamat menjaga diri & jaga kesihatan semua :)

Wednesday, 17 August 2011

semalam adalah KENANGAN, hari ini adalah PERJUANGAN

alhamdulillah, dah 17 hari aku menempuhi bulan Ramadhan yg penuh keberkatan ni dgn jayanya.... dan semalam, hari Selasa, satu lagi sejarah dah tertempa dlm hidup aku dan juga rakan sekelas aku :)


kelas aku ,kelas 5B dgn kerjasama rakan sekursus dari kelas lain iaitu 5A dgn 5E dah berjaya menyelesaikan event utk subject Event Management iaitu Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat IPT dari Melaka.... bagi aku, tema ni amat sesuai memandangkan skrg adalah bulan menyambut Ramadhan Al- Mubarak & tepat pada masanya...aku plak memegang jawatan penjaga parking merangkap pengawal lalulintas walaupun lalulintas x sibuk pun waktu tu atau dlm bahasa halusnya BIRO DISIPLIN & KESELAMATAN :)


alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar & lecturer aku Madam Hanem pun gembira dgn kejayaan ni, tentang makan x pyah cerita la siap ada special menu lagi, KAMBING GOLEK....apa2 pun dari majlis sebegini dpt disaksikan kemesraan antara satu sama lain walupun sekursus tpi jarang berjumpa melainkan kalau datang dari kolej kediaman yg sama....semuanya ada hikmah & aku mengharapkan mungkin lepas ni ada di kalangan student yg akan merindui suasana event ni lagi...


ini dia gmbar2 selepas tamat event semalam :)












                                                 Farid, si abg bunga ;D



                            suasana praktis dalam upacara akad nikah *konon2 nya ;D




                              saya satu dan mereka berempat :)








kepada semua yg terlibat, tahniah aku ucapkan sbb kita berjaya menyelesaikan satu majlis yg begitu inidah di bulan Ramadhan yg mulia ini...semua yg terjadi ada hikmahnya & event ini jgak dpt menyatukan insan2 yg selama ini tidak dikenali sehingga menjadi seperti salah seorg di kalangan mereka sendiri.... apa2 pun aku mengharapkan ini akan berkekalan selamanya dan mmg benar semalam sudah menjadi SEJARAH juga KENANGAN & hari ini akan timbulnya satu perjuangan :)






P.S : nombor utk sesuatu telah berubah & minggu dpan adalah minggu hampir bercuti (pre-holiday) ...selamat menghabiskan sisa-sisa hari dlm bulan Ramadhan yg penuh barakah ini...selamat berpuasa, selamat bersahur,selamat berbuka puasa & jgn lupa baca niat puasa.... jgn main mercun nnti raya x cukup jari ;D

Wednesday, 10 August 2011

kembalinya utk coretan hari ke 10 Ramadhan 1432 Hijrah :)

oh sedar x sedar dh msuk hari yg kesepuluh kita semua berpuasa dlm bulan Ramadan yg mulia ni.... sebenarnya aku rasa mcm x percaya lg skrg ni dh ada dlm bulan puasa, bayangkan setiap hari aku terpaksa menghadap kelas yg rata2 nya habis lebih kurg pukul 7 mlm, mana yg sempat mungkin akan masak kt rumah, tpi strategi yg terbaik adalah klau btul2 nk makan kt rumah, sebelum pergi klas tu bleh la masak nasi, tinggalkan & pergi ke kelas :)

apa2 pun, ini entri yg pertama aku utk bulan Ogos yg tercinta ni :) ....sebenarnya mcm yg aku tulis sebelum2 ni, bkan aku malas nk menaip & menggerak2 kan jari jemari dlm Si Hitam Putih ni tapi kekangan waktu yg terpaksa membataskan aku.... dan aku x lupakan jgak bulan Ogos yg tercinta ni antara bulan yg tersibuk utk aku & bdak2 kelas aku * aku punya rasa la :)

apa2 pun, lepas ni aku janji aku akan cuba kembali semula utk menulis di dalam ni setelah aku puas me rehat2 jari jemari apa salahnya aku menulis semula di sini ;D.... sekali lagi, aku nk titipkan di sini walaupun dh sedikit terlambat, aku tetap nk ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh muslimin & muslimat yg berada kt mana2 tempat di dunia ni.... semoga ibadat puasa kita semua diterima & diberkati Allah S.W.T .... AMIN


P.S : next event is BIGGEST DAY??? OK ;D

Thursday, 21 July 2011

menulis dgn tanpa motif :)

wah, masuk hari ini dh seminggu aku ada bercuti kat rumah..... rasa sekejap btul cuti seminggu ni, sedar2 dah nk hari Ahad semula....cepatnya masa berlalu, sampaikan x sedar setiap saat yg pernah dilalui selama ini adakah kosong atau penuh berisi???


diri ini, bila x dpt balik bercuti terasa ter'gedik'-'gedik' kembali pulang tpi sesudah bercuti mulalah terasa bosan sehinggakan pemikiran hampir menjadi kosong & x tentu hala....walau macam mana bosan pun percutian tu tpi akan tetap ada keseronokannya bila ada dgn keluarga dgn kawan2 sekeliling walaupun sesama tanpa aktiviti dek kerana kesibukan masing2 

apa2 pun, jiwa ini x pernah kisah dgn kebosanan yg terpaksa dihadapi kerana inilah salah satu kehidupan yg mungkin boleh memaju jiwa kita kearah yg lebih mematangkan walaupun terpaksa menempuh keletihan ini... moga berjumpa lagi...SELAMAT BERHARI KHAMIS :)


P.S : aku akan ke ibu negeri beberapa jam dari sekarang & semoga pasukan pilihan Malaysia mampu mengekang pasukan Chelsea...penyokong Harimau Malaya tunjukkan sokongan & semangat utk mereka menentang pasukan 'Singa Biru' esok...HIDUP MALAYSIA, TANAH TUMPAH DARAHKU :)   

Wednesday, 20 July 2011

menjaga HATI, HATI terjaga & dijaga :)

bertemu kembali semua ;D .... dlm masa sehari iaitu hari semalam, aku dh buat satu benda yg org x aspect pun yg aku akan buat....bkan tu saja, aku sendiri pun x percaya yg aku buat benda tu,hahahaha..... apa2 pun impian utk aku tdi tu dh tercapai walaupun sikit :) 

bercakap pasal virus chat dari Facebook ni, aku baru je kena semalam..... mula2 dia hantar 'hi, how are you' & aku pun balas la....tiba2 dia dah mengarut2 hantar, aku trus x layan....sebab katanya dari link yg dihantar tu akan sebabkan laptop terus ter'shutdown' & berkemungkinan laptop atau PC kena format...aku tau kes ni pun sbb ramai yg dah post suruh alert pasal kes ni aku pun dh bagitau kt family aku kalau ada chat yg x ada tulis ala2 cmni, jgn layan tpi klau dah awek sendiri *ada ke?? :) chat xkn xnk layan kan???haahahaha...


ok, tutup topik psal virus chat ni, kita bkak cerita psal soal hati plak, mesti ramai nk tau kan *ada ke?? hehehhe :) ...ok la TENTANG HATI a.k.a PERASAAN .... pernah ke hati engkau,dia, dgn kamu dibuka seluas2 nya sperti seolah2 dilelong & OPEN FOR ALL semata2 nakkan perhatian yg lebih???????  tpi sejujurnya aku yg tanya, aku sendiri la yg jawab kan???hahahaha....


ok la kalau ikut kata hati aku, confirm2 aku rasa x akan mungkin ada org nk 'menderma'kan hati sebegitu rupa smpai dia dah x ada hati sendiri nak dibela & dibelai...mana mungkin ada org yg trus 100% bagi hati dia pada org lain, kalau ada pun makna individu tu ada kerosakan saraf sikit kot kat hati dia tu & individu tu kena cpat2 la pergi buat rawatan nak baiki hati dia semula :)


apa2 pun kepada pemilik2 hati, sila la jaga elok2 hati sendiri sebab kalau hati dah dihinggapi penyakit, amat susah nak diRAWAT..selamt menjaga hati semua :)





gambar satu (atas) : itulah chat yg diwar- war kan sebagai virus yg mengancam kesihatan laptop or PC :)


gambar dua (bawah)  :  yg tu aku x tau apa function dia, aku x pernah click link biru cmtu sbb dia boleh ter SPAM kat org lain plak mcm kes link pasal kematian Osama dlu...apa2 pun aku akan kembali ke sini semula...SELAMAT PAGI RABU KALIAN SEMUA ;D

 
P.S : mula merindui awak, kamu & dia ;D

Tuesday, 19 July 2011

kehidupan di dalam SATU ....

salam semua :)...oh sekali lagi, aku dh 'terbuat' kerja gila, aku baru nk tidur tpi tiba2 dpt idea nk menulis kt sini.... sementelah aku ada agenda nk buat sekejap je lagi, klu aku x tidur pun ok jgak kan??? hehehehe :) 

sebenarnya hati aku ada rasa sikit tersentak bila ada sesetengah insan yg kaitkan ketidakseriusan dgn perhubungan diorg.... sebenarnya aku sendiri pun x pham apa sebenarnya motif diorg kaitkan dua benda yg jauh berbeza ni.... sefahaman aku, mmg btul bagi sesetengah lelaki yg kadang2 EGO diorg yg terlalu menebal sampaikan diorg mampu utk tak mengakui kesalahan diorg sendiri kalau diorg dlm perhubungan, tapi TOLONGLAH jangan STEREOTAIP kan dua perkataan ni utk setiap org yg kau jumpa, sbb kadang2 ada sestengah org cara dia utk mengawal dia berbeza dgn org lain & org mcm ni kadang2 tu diibaratkan laksana seekor makhluk asing yg terdampar & tersesat di bumi yg asing bagi dia *maaf cakap*....


aku menulis bukan dlam keadaan yg marah atau ada api2 atas kepala tpi cuma terasa pelik knapa sanggup utk stereotaipkan setiap org dari segala aspek yg sama padahal yg buat tu cuma segelintir je....lain la klau apa yg dilakukan seseorang & setiap dari mereka pun lakukan mungkin boleh dipertimbangkan utk di STEREOTAIP kan :) .... apa2 pun sebenarnya aku sendiri dah x berapa paham apa yg aku tulis tpi aku yakin pasti ada (sesetengah) lelaki kat luar sana mahukan perhubungan yg berjaya dalam kehidupan diorg....

dan kepada mereka2 yg berkaitan, cuba & berilah diorg ruang juga peluang, beri masa yg cukup & terbaik utk diorg BUKTIKAN apa yg distereotaipkan selama ni mmg x betul 100% & aku percaya lagi kalau diberikan peluang mungkin pasti takkan dipersia2 kan tpi ingat jangan terlalu tergopoh-gapah dlm lakukan sesuatu keputusan & sentiasalah tanam sifat PENYABAR & TABAH sebab dgn hanya SATU KEPUTUSAN mampu utk mengubah SATU KEHIDUPAN.... selamat berjaya semua, SALAM PAGI SELASA ;D





Monday, 18 July 2011

kamu ada TIGA.... :)

'sekian lama terpisah, akhirnya bertemu' ,hohoho ;D .....setelah sekian lama x menjengah ke dunia fantasi di dalam blog ini, akhirnya berjaya jgak aku menembus & mencuri2 masa utk menulis semula ;D .... saat & ketika ini sebenarnya aku masih lagi di dalam mood bercuti atau dlm bahasa yg mudahnya mood 'berehat' sementara selama seminggu & akan menyambung semula tugas di dalam kehidupan yg serba mencabar semula nanti


kali ni, tulisan aku lebih berbentuk kepada pandangan aku sendiri tentang ciri2 golongan lelaki yg mungkin ada kaitan dgn aku sendiri.... semua sekali aku kira2 ada lebih kurang 3 golongan yg sempat aku kaji....yg selebihnya tu boleh kaji sendiri kot, maklumlah x ada masa lah katakan,haha ;D

3 golongan yg aku terangkan tdi ialah pertama, golongan lelaki 'Family Man'.... golongan Family Man mengikut definisi mengarut karut aku, selalunya diorg ni jenis seseorang yg sangat2 mementingkan KELUARGA.... mana2 saja nk pergi mesti dgn family sendiri, kata diorg, diorg lebih suka keluar dgn keluarga & kiranya selesa bagi diorg.... golongan yg sebegini selalunya ramai adik2 beradik perempuan, kadang2 dlm keluarga cuma dia je yg jadi 'kumbang' di dalam sekelompok BUNGA :) .... kpada gadis2 yg ada BF ke ataupun some special yg jenis 'family man' ni , jgn risau sebab bila dh berkahwin nanti aku percaya golongan yg cmni pasti akan sentiasa cari jalan bahagia utk korg sbb bagi diorg 'FAMILY IS MY FIRST PRIORITY'.... :)


golongan yg kedua plak, golongan 'Friend Man' ..... ciri2 org yg mcm ni terbalik plak dgn golongan pertama tdi, diorg ni lebih mementingkan kawan...tpi jgn salah pham plak, bkn diorg yg x pentingkan keluarga tpi jenis cmni lebih suka, lebih gembira bila ada dgn KAWAN-KAWAN.... salah satu sebab mungkin diorg anak tunggal ataupun ada adik beradik tapi semuanya dh berkerjaya & jauh dari keluarga, so diorg xde 'geng' nk 'sparring' bak kata org isi minyak kt tempat aku,haha :) ....tp bayangkan kalau diorg ada kekasih, mesti girlfriend diorg risau x dpt perhatian kan??? don't worry aku boleh jamin diorg kalau dah berpacaran pasti pandai manage masa nk hang out dgn kawan2 n berdating dgn pacarannya,hahaha ....tpi klau x reti manage jugak aku x tau la cmne,hehehe :)




golongan yg terakhir plak 'Alone Man' .... golongan cmni lebih suka bersendirian, kalau terpaksa berjalan sorg2, sendiri2 pun diorg x ksah sbb dari situ dia boleh mula mengkaji tentang sesuatu kot :) ...kadang2 je diorg ni nk keluar ngn member2, silap2 yg ni pun mmg suka duduk dkt rumah, kurg sangat sosial,hohohoho..... cuma yg mungkin merisaukan bila diorg ni dah mula jatuh cinta, memendam rasa...mampu ke diorg menzahirkan perasaan cinta pada pasangan diorg tu???? sebabnya hanya diorg je yg tahu ada yg terkandung, terbuku kt dalam hati diorg :)




apa2 pun setiap 3 golongan ni ada ciri2 unik diorg yg tersendiri..... aku ??? aku sendiri pun x pasti aku jenis golongan yg mcm mana,hehehehe.... apa2 pun kepada semua, yang paling penting dalam perhubungan adalah KEPERCAYAAN...bila dah rosak KEPERCAYAAN, maka musnahlah PERHUBUNGAN.... itu saja,SALAM SEMUA ;D




 

Tuesday, 5 July 2011

kemunculan & pengembalian semula :)

fuhhh....dah nk dkt dua minggu aku x menulis dlm si Hitam Putih kesayangan aku ni.... bkn kerana apa aku dh lama x post entri kt sini.... ini dek kerana kekangan waktu yg sedikit sebanyak berjaya merencatkan perjalanan aku utk mengepost entri sepanjang dua minggu x bersiaran ni *feeling2, hehehehe ;D ....

ok la sementelah aku dh mula menulis ni, aku cuma nk review atau recall balik sikit sebanyak apa yg aku lakukan spanjang x menulis kt dlm si Hitam Putih ni.... Jumaat sampai Ahad lpas, group utk projek short film aku dh selesaikan pengambaran... alhamdulillah, segala yg dirancang berjaya dilaksanakan walaupun ada sedikit dugaan tpi biasalah tak akan kejayaan klau x ada dugaan kan??? :)

apa2 pun ni dah boleh dijadikan sebagai satu pengalaman yg berharga utk aku, selama ni diri ini terasa kosong tpi dgn pengalaman ini membantu aku utk lebih maju ke depan selangkah lagi :) .... 

apa2 pun aku berharap apa yg pengalaman hidup yg dikecapi aku selama ini dpt dijadikan  digunakan dgn sebaik2nya :)

P.S : minggu dpan dh mula cuti mid sem....wahh, x sabar rasanya.... AKU AKAN KEMBALI SEMULA UTK MENULIS KALAU X SIBUK NANTI... ini lah janji aku...MALAYSIA BOLEH ;D

Tuesday, 28 June 2011

edisi RINGKAS versi TERKEJUT

alhamdulillah, derita yg x tertanggung smakin menghampiri utk dibuang & akhirnya segala 'parasit' yg mengugat diri dulu akan mula kian menghilang...


oh, sedar x sedar x sangka plak baru2 ni dh mula meng'famous' taman perumahan ni bila dpt tau ada msuk berita dlm surat khabar yg x asing lagi kt Malaysia ni tentang pelajar yg dduk bermukim sementara dkt sini....oh sgt sedih, kehidupan di sini dh mula disalah ertikan.... salah pelajar atau segelintir penduduk yg x begitu memahami situasi sebagai kapasiti kehidupan seorang pelajar.... apa pun benar kata pepatah seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit & walaupun seolah2 laporan mengatakan cuma segelintir tpi mungkin hampir smua terasa mengenai kisah ini

mudah-mudahan aku mengharapkan ada pihak yg dpt mmbetulkan smula keadaan yg boleh dikategorikan sebagai salah faham ini... apa2 pun SEMOGA MENCAPAI APA DIIMPIKAN & DI IDAM-IDAMKAN SETIAP HARI ;D




link utk edisi TERKEJUT ini : klik sini

Friday, 24 June 2011

kisah lama datang kembali untuk mengusik SANG JIWA

dalam kesibukan *feeling2 sibuk ;D , sebenarnya aku memang teringin nk menulis semula kt dalam Si Hitam Putih ni...bkn kerana apa aku x menulis tapi kerana lantaran aku berasa kurang enak di dalam jiwa sejak akhir-akhir ni dan tambahan pulak aku terdengar & dpt tahu satu peristiwa yg telah 'berjaya' mengejutkan aku juga sikit sebanyak mungkin juga mampu utk melemahkan aku....tapi alhamdulillah, perasaan itu sikit sebanyak dah mula menghilang walaupun x sembuh secara sepenuhnya :)


rupa-rupanya ramai *padahal dua,tiga org je ;D yg nk tau pasal kisah & jugak asal-usul, biodata org yg bernama 'abg Q' sebagaimana yg diceritakan dlm entri aku yg minggu lepas (klik sini) .... sebenarnya mmg aku nk cerita kisah dia tpi atas sebab-sebab tertentu plus dia minta aku jgn bongkarkan identiti asal dia,so, aku terpaksa sorokkan kisah ni, mungkin sampai bila-bila kot sehingga la dia dah berlembut hati nk bongkarkan, barulah boleh aku ceritakan semula dkt sini :)


kisah aku yg mungkin akan dibangkitkan smula kali ni mungkin sudah lama tersimpan lapuk di belakang fikiran aku...sebenarnya memang aku dh x nk ingat semula kisah-kisah yg mungkin terasa pahit yg aku pernah lalui selama ni tpi dia datang secara tiba2 dan aku x dpt menghalangnya utk kembali menerobos dlm pemikiran...oh, kadang2 rasa ni memang pedih tapi apa boleh aku buat kalau tiba-tiba rasa ni terus datang bagaikan renjatan elektrik??? manusia x kn mampu utk menghalang dari semua ni terus terjadi & kita hanya mampu utk menangkis saja tapi sampai bila???

apa2 pun kisah dan kenangan lama ni memang kekadang bagi impak yg negatif utk sebuah kehidupan yg mungkin mahu dibina semula selepas menghadapi detik2 kejatuhan dulu dan biarkanlah kejatuhan dahulu yg diterima kepada diri sebelum menerima saat2 KEJAYAAN yg x BERTEPI.... setiap dlm kehidupan mmg ada pahit dan manis & itulah memang rencah dlm kehidupan dan aku mungkin salah seorg yg telah menghadapi dan di hari-hari yg mendatang, aku pun belum tahu UNTUNG NASIB aku dlm KEHIDUPAN.... kpada semua, semoga berjaya mencapaiapa yg paling diimpikan....TERIMA KASIH KEPADA INSAN YG BERJAYA MENGINGATKAN AKU KISAH YG PALING X NAK AKU INGAT NI ;D




P.S : aku akan cuba semula utk rajin post entri kat sini kalau masa mengizinkan dan AKU AMAT AMAT & AMAT RINDUKAN KALIAN SEMUA 

*tahniah skuad bola sepak Olimpik Malaysia a.k.a pasukan Harimau Muda A berjaya menang 2-1 dgn pasukan Lebanon kat Stadium Bukit Jalil walaupun main ngn 10 org.... tak sia2 strategi hantar pasukan Harimau Muda A main Liga Slovakia 2 tahun lepas menjadi dan berhasil walaupun dikutuk tpi sebenarnya pendekatan ni bagus utk jangka masa panjang tuk skuad bola sepak Malaysia... syabas semua pegawai skuad bola sepak Olimpik & FAM.... sekarang menunggu game utk skuad senior minggu depan plak .... aku dgn Zhazrizal Bone menjerit kat kedai makan masa gol kedua Malaysia yg Wan Zack jaring tadi, seronok btul ;D



Friday, 17 June 2011

cerita KISAH tiga FAKTA yg BENAR dari ABG Q

berdasarkan apa yg ditulis & telah tertulis dari tajuk atas ni iaitu apa yg aku bakal nk tulis ni sebenarnya mungkin sikit kontroversi atau mungkin x ada kaitan langsung dgn aku & cuma mungkin yg pernah dihadapi oleh org sekeliling aku dan aku terus coretkan kt sini :)


yg pertama, mengikut penceritaan daripada individu yg pernah ckap dgn aku *aku spesifikkan dia sbgai LELAKI Q a.k.a ABG Q* ialah bila seseorang lelaki dah mula jatuh cinta akan seorg perempuan walhal dia tau yg prempuan tu dah punya pasangan yg hampir SAH , dia x akan pernah cuba melupakan perempuan tersebut walhal dia tau confirm2 dia susah nk tackle sbb yg si prempuan tu dh berpunya.... last2 dia plak yg TERPAKSA sukakan perempuan tu dalam diam2 je *simpan dalam hati je :) sbb lambat bertindak je kesnya, dah melepas....

dan ABG Q bagitau kat aku lagi, kepada lelaki2 yg tau pasal awek diorg tiba2 ada SECRET ADMIRE jenis mood senyap ni, jgn risau sbb org yg jenis mcm ni dia jenis suka MENENGOK & MEMANDANG dari jauh je tapi x la sampai potong jalan org lain nk berbahagiakan...tpi kalau ada smpai ada yg nak kacau, runtuhkan kebahagiaan hubungan org lain tu, lain ceritanya plak....kira PSYCHO tu, boleh bawak gaduh tpi baik bincang elok2 secara lelaki sejati, x payah nk guna kekerasan kan??? tpi kalu dh terOVER sgt tu, paham2 sendiri je la,hahahahaha


kisah kedua yg ABG Q bgtau aku hari tu, dia ckap klu seorg LELAKI tu betul2 sygkan prempuan yg walhal bukan awek dia langsung, dia x kn pernah melupakan perempuan walaupun SESAAT padahal x ckp pun isi hati tentang MENCINTAI tu...amat membahayakan org mcm ni sbb silap2 boleh rosakkan diorg punya ulu hati sebab terlalu memikir tu... ABG Q ckp lagi klu lelaki jenis tu dah tau yg perempuan dia minat tu bkn single punya type lagi, pasti akan ambik masa yg lama nk TINGGALKAN & LUPAKAN sebab bkn senang nk kosongkan kotak memori yg full pasal memori zaman silam tu...even diorg dh sukakan org yg lain pasti akan terpalit juga memori yg lepas tu....susahkan jadi macam ni??? tapi itulah HAKIKAT


dan fakta benar yg ketiga & terakhir dari ABG Q ialah, lelaki jenis mcm ni sukakan benda yg SURPRISE...aku rasa la btul jgak apa yg ABG Q bagitau kat aku dlu....diorg ni bkan apa, jenis suka sangat berahsia-rahsia ni, diorg suka sangat nk bagi tanda persoalan yg paling MEGA kepada org yg ditujukan SURPRISE tu dgn niat nk BAIK tpi x kena cara sbb membuatkan org tertanya2tentang 'rezeki' yg datang jenis TERKEJUT cmtu....contoh yg terdekat yg ABG Q bagi ialah TOPUP...kpada gadis2, pernah x dpat topup yg terkejut??? maksudnya tiba2 je dpt mesej yg mengatakan tambah nilai RM10 telah dimasukkan dalam akaun anda....sekali2 boleh la terfikir tentang salah masuk nombor tpi kalau nk dekat 20,30 kali jadi mcm ni??? MACAM MANA KAN??pandai2 la fikir2 sendiri,hehehehe...


apa2 pun pesanan terakhir yg ABG Q bgtau kat aku hari tu ialah, "jangan risau tentang jodoh, satu hari nanti akan sampai jugak SERUnya, yakinlah dengan KUASA ALLAH & sentiasa berusaha utk mencari kebahagiaan kat DUNIA & AKHIRAT" .... *lebih kurg macam tu la nasihat & kata2 dia kat aku hari tu :)


* pada ABG Q, aku dh TUNAIKAN apa yg ko nak aku buat hari tu....so sekarang, mana upah aku ???hahahaha....xpe la aku balik nanti kita cerita smula, terima kasih bro sbb kongsi cerita ngn aku....aku masa jumpa berlepak-lepak, ABG Q ;D

* INI KISAH BENAR, SUMPAH!!! ini bukan cerita rekaan aku sendiri ke apa tpi mmg ni kluar dari mulut ABG Q sendiri & semoga ABG Q berbahagia dalam hidup... TERIMA KASIH ABG Q ;D


P.S : aku rindu kat ABG Q :)

Thursday, 16 June 2011

nampak lebih MANIS kalau x LAKUKAN

Ya Allah, blog aku makin hari makin berhabuk dek kerana aku sendiri yg terlupa nk berkunjung dalam masa beberapa hari ni....satunya bkn sebab aku x sayang dia tapi aku x ada sgt idea nk tulis apa kat sini sebba tu jadi terpinggir mcm ni...sori sayangku, aku telah mengabaikan kamu.... :)


apa yang aku nak tulis kali ni mungkin kontroversi atau nampak mcm kolot sikit kot tapi demi utk meluahkan apa pandangan aku selama ni,aku gagahkan jugak utk menulis...sebenarnya secara jujurnya aku terasa segan bila tgk & terpandang PEREMPUAN yg MEROKOK depan mata aku.... aku pun x tau la sbb apa aku rasa mcm ni, mungkin aku rasa sedikit terkejut kot sebab amat jarang aku berjumpa dgn perempuan yg merokok melainkan nenek2 tua yg usia mereka sudah mencecah usia 'emas' yg merokok...itupun dia cuma hisap rokok daun dgn tembakau daun je....

kalau ditanya alasan kenapa nenek2 yg mencecah usia emas merokok, mungkin pasti mereka akan menjawab 'sebab nak halau nyamuk'....  logik jugak kalau alasan diorg nk halau nyamuk sebab nenek2 pasti akan pegi menoreh getah sebelum azan Subuh atau selepas azan Subuh, waktu Subuh kan waktu nyamuk aktif, so, diorg akan jadikan asap rokok tu sebagai salah satu penghalang untuk nyamuk mengigit tubuh2 diorg...

tapi kalau zaman sekarang ni, logik x kalau nk guna lagi alasan cmni???? dgn kewujudan semburan nyamuk & ditambah pulak dgn ubat nyamuk jenis berasap & tak berasap pasti dh x releven klau nk guna alasan cmni....sebenarnya, aku x salahkan & menghina sesiapa kalau diorg merokok atau sebgainya sbb itu HAK & KEHIDUPAN diorg...tapi cuma mungkin nampak tak MANIS merokok lebih2 lagi perempuan plus dkt tmpt awam yg ramai khalayak..... 

dan tipu la klu ada org lelaki mengaku langsung x pernah merokok dalam hidup diorg.... paling kurg pun mungkin sekali dlm seumur hidup diorg pernah merokok.... aku pun mengaku yg aku pernah menghisap rokok tpi bkn jenis yg tegar, cuma sekali sekala dulu *cerita lama :) ....itupun sebab duduk ramai2 dalam golongan yg bkn penghisap rokok tapi yg jenis tak ada kerja punya org & saja2 jadikan rokok sebagai alat atau bahan permainan *teruk perangai tpi dh buat lagi ;D

apa2 pun apa yg ditulis dlm entri kali ni kalau2 ada tersinggung atau apa2,minta maaf la...bkn niat aku nk menulis atau menghina sesiapa terutama sekali kaum perempuan tpi memang dari pandangan aku perempuan yg manis, cantik & anggun tpi kalau ternampak ada rokok dicelah-celah jari telunjuk dan jari hantu, pasti pandangan sinar MANIS akan mula bertebaran jauh.... tapi sebagaimana yg aku tulis tdi, itu adalah HAK & KEHIDUPAN masing-masing....aku tiada HAK utk mencampuri hal kehidupan peribadi sesiapa saja dan hidup kita ni adalah PERCATURAN dari diri kita sendiri :)


* alasan pernah terbaca alasan kenapa perempuan merokok & jawapannya sebab NAK KURUSKAN BADAN (ni mitos ke fakta???aku pun x tau)... dan kalau btul la jwapan ni tergolong dlm fakta, aku pun nk merokok,sebab badan aku dgn pokok mangga yg usia 13 tahun hampir sama lebar,hahahahaha ;D

*tpi kalau la masih ada lagi lelaki yg seumur hidup x pernah menghisap & menyentuh rokok ke hujung bibir walaupun cuma sekali....aku SALUTE diorg sebab berjaya utk menahan diri...TAHNIAH KALIAN, aku pun x berjaya

apa2 pun ...MARILAH KITA SESAMA AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT,hehe ;D 

Monday, 13 June 2011

sesudah tepatnya tiga purnama

alhamdulillah secara x sedar, hari ni dah genap usia tiga bulan si Hitam Putih sejak 'dilahirkan'... terasa seolah2 bru semalam aku wujudkan salah satu peneman hidup aku dikala waktu kesunyian :) ....kalau lah si Hitam Putih ni dilahirkan seperti seorg bayi, pasti pada usia sebegini dia dah mula belajar utk meniarap dan mula mengenali juga beramah tamah dgn org disekelilingnya :)...

apa2 pun, entri yg ini mungkin sedikit istimewa walaupun nampak sedikit kebosanan...aku juga akan cuba utk mencari, memperbaiki & membanyakkan lagi bahan tulisan supaya nampak lebih berilmiah & menarik di masa2 akan datang.... semoga semua dpt mencapai impian walaupun terpaksa berjuang dgn darah yg telah berubah warna menjadi berbeza sekalipun :) ...SELAMAT PURNAMA YG KE-3 ;D

 

Sunday, 12 June 2011

aku di 'tag' soalan lagi :)

sedikit sebanyak persoalan demi persoalan dah dapat dirungkaikan.... jadi, memandangkan aku dh lama x memasukkan entri-entri baru dlm Si HItam Putih ni akibat perasaan yg kurg mood plus malas nk menulis dan juga idea utk entri yg bakali dikarang & yg nk ditulis tu sikit & makin berkurangan, memaksa aku utk 'memperlahankan' rentak pergerakannya.... apa2 pun terima kasih kak YOYA kerana sekali lagi menge'tag' saya utk menulis....best jgak kena tag-tag ni...ada jgak bahan yg nk ditulis sebenarnya :)



ini dia soalannya dari penge'tag'kan itu :)


 korang rasa hot ke?

 susah sebenarnya nk jawab soalan ni.... aku pun x pernah rasa hot ke x, lagi pun klu aku hot dah lama aku punya badan RENTUNG sbb effect dari hot tu,hahahaha....lagi stu, aku rasa x payah nk feeling2 hot kot sbb feeling hot ni bleh jadi sbb utk jatuh jgak sebenarnya * ni pendapat peribadi :) 


upload wallpaper yang korang guna sekarang ? 



cecite pasal gambar ni? 


sebenarnya aku x tau wallpaper apa yg nk diketengahkan ni....wallpaper utk FB kot,hehehe...sebenarnya gambar ni paling lama au guna sepanjang berFB.... ada banyak kisah disebalik gambar ni.... pertamanya, gmbar ni diambil secara candid oleh pakcik aku kot dgn menggunakan kamera DSLR aku dlu ....gambar ni jgak terjadi masa aku tgh sibuk jdi tukang pengangkat besi khemah kahwin masa kenduri kahwin akak aku hujung tahun lepas & sebenarnya masa ni aku menderita cirit-birit yg aku x tau apa puncanya & menyebabkan aku terpaksa berkurung dlm tandas hampir sejam & terpaksa berulang kali dlm masa sehari ...alhamdulillah, dua hari selepas tu, bru btul2 sihat :) .... gambar ni jugak menunjukkan salah sebuah selipar Jepun warna HIJAU kesayangan aku yg baru je beli masa tu...baru beb,bau kedai lagi...hahahaha, apa2 pun ni semuanya kenangan lama yg dah dan x mungkin berlaku juga dapat dibeli walau pakai berjuta wang ringgit :)


 kali terakhir korang makan pizza? 

seingat aku, kali terakhir aku makan pizza waktu malam Rabu sebelum aku balik smula ke Melaka hari Sabtu tu ...tu pun sebab dh teringin sangat kononnya,nasib baik ada org belanja... *untunglah kawan aku awek dia keje dkt pizza tu, hari2 dpt walaupun bungkus, aku jgak yg melopong tgk dia bwak balik...cis,hehehe ;D


 last song yang korang dengar ?




aku dgr banyak lagu sebenarnya,hehehehe...tpi lagu paling last yg aku dgr ialah Instrumental lagu Sedetik Lebih (Piano Version)...menangkap wei mainan dari piano tu :) *nnti aku ingat nk buat entri psal Kenny G, si pemain Saksafon plak la, lagu dia favourite aku plak,hehehe :)


korang buat apa je masa jawap tag ni? 

x buat apa2 pun, dh dekat dua hari kena tag soalan ni, bru sekarang ada mood nk jawab soalan yg ditag ni,hehehehe :) *sebenarnya tgh layan lagu instrumental ni sambil baru entri ni :)

nama panggilan korang selain nama penuh?


seperti yg pernah diberitau dlu...kalau member2 dkt Pahang, family ngn sedara mara aku panggil dgn nama AMRI...kawan2 sekampus plak panggil aku YIEN xpun FAZRIN, ada jgak sesetengah kawan aku dkt Pahang *terutamanya pompuan panggil aku dgn gelaran Yien jgak ;D.... masa aku dkt kolej kediaman dlu, nama blok aku Walok *kalau nk tau maksudnya bleh la PM aku :) & ada jgak pernah panggil aku SEBASTIAN dlu * memandai je ubah2,hehehee.... masa satu kejadian dlu, ada jgak panggil aku SAUDAGAR ATM (nasib baik x lekat lama) :), oh lupa masa kecik dlu pun, ada sorg makcik ni dia panggil aku BOMOH sbb satu insiden (ada masa aku crita k) :) ...aku x ksah apa2 nama pun janji x menyakitkan hati :)


siapa yang korang nak tag 5 orang? 

ntah la sapa... aku rasa nk tag Kak Ayu, Ira, Farid, Sayor dgn Zaidi


orang no 1 tu siapa?

bekas jiran dpn rumah, dialah pembawa kami serumah ke Kg. Ibol ngn Ulu Bendul :) 


luahkan sesuatu dekat no 5?


Zaidi, ko ketua projek utk event kelas kita.... buat betul2...GOOD LUCK ;D


no 3 ada hubungan dengan siapa? 




nx tau la berhubungan dgn sapa...dgn kawan, family dan terutama sekali dgn masyarakat sekeliling...kalau hubungan cinta aku x tau la plak :)



no 2 pulak macamana?

dia mungkin masih mencari perhubungan yg suci, kawan yg sejati & masa depan yg menuju kejayaan barangkali :) 


kata kata cinta dengan no 4?


tak ada kata2 cinta la... kasih sayang sesama insan ada la :)


4 fakta pasal orang yang korang nak tag?

KAK AYU : api bomba  *tangan kt bahu, mata pandang atas  :)
IRA  : gadis yg nampak kasar tpi hatinya lembut *mengampu sikit,hahahaha
FARID : suka tidur lewat malam, amat menyayangi emoticon buatan sendiri yg melambangkan diri (.=  
SAYOR = seorg pelukis mural, lukisannya hampir2 menyamai PROFESIONAL :)
ZAIDI = tukang masak rumah & tidur seawal 10 malam *sesiapa nk berurusan dgn dia msti lakukan sebelum jam 10 mlm :)

akhirnya, siap jgak entri utk ni, hampir sejam perah idea utk tulis...apa2 pun kpada sapa2 yg x ditag, nak cuba jawab pun dipersilakan :)

Thursday, 9 June 2011

TERLALU BERJIMAT vs BOROS.... kita kategori mana??? :)

ketika entri ini ditulis, aku seolah-olah masih dpat merasakan kegembiraan kpada hampir semua atau mungkin segelintir dari pelajar universiti hari ni terutama kampus yg aku menuntut ilmu di sini kerana apa yg ditunggu hampir 3 minggu berhasil jua akhirnya.... dan boleh dikatakan hari ni mesin ATM mungkin terpaksa mengerah seluruh tenaga utk melayani kerenah dari kebanyakan insan2 yg ingin melihat nombor bertuah di skrin yg terpapar di monitor yg terdapat pada mesin ATM tersebut


walau hanya utk melihat nombor bertuah, pasti jika mesin itu seorg manusia, sememangnya dia akan mengeluh keletihan kerana mungkin terpaksa 'memuntahkan' isi2 nya sehingga ke helaian yg terakhir....aku juga x terkecuali menjadi salah seorg pengunjung dia walaupun ketika turn aku sampai, ianya telah berjaya mengeluarkan kata2 perangsang jiwa iaitu "HARAP MAAF PERKHIDMATAN TERGENDALA SEMENTARA".... sangat seronok bila baca ayat 'perangsang' jiwa tu kan???hehehehe :)  


walau bagaimanapun, segala penantian berakhir jua walaupun aku terpaksa beralih ke tempat lain utk melihat nombor bertuah yg terpapar di skrinnya :) ....dan sebenarnya bukan pasal nombor bertuah ni yg aku nk nukilkan tpi aku nk coretkan tentang dua perangai yg mungkin ada dalam diri kita yg kadang2 kita sedar atau mungkin langsung x sedar ianya sememangnya wujud  dalam diri kita....dua perangai tu ialah KEDEKUT & BOROS :)



mengikut kamus dewan yg diestablish oleh aku sendiri, kedekut ni membawa bermaksud terlalu menyimpan sehinggakan langsung tidak dikeluarkan terutama sekali utk wang atau duit, dan ianya juga membawa boleh maksud SIMPANAN yg DISIMPAN terlalu KEMAS sehinggakan tidak langsung terkeluar ataupun dlm bahasa halusnya GENGGAM x TIRIS :) ... dan boros plak membawa maksud terlalu dikeluarkan sehingga tidak DISIMPAN dan ini jugak membawa maksud KELUARAN tanpa KAWALAN sehingga tiada SIMPANAN....kejadian seumpama ni pasti menimbulkan masalah sekiranya terbabit dlm sesuatu kes kecemasan jika tiada wang dlm simpanan, masa tu baru tau langit tu tinggi ke rendah :)





oleh itu , sebagai manusia yg berakhlak baik & berhati mulia, kita x perlu utk bersikap seperti ini, KEDEKUT & BOROS....kedua2 tabiat atau perangai ni amat amat la x sesuai nk diamalkan dlm kehidupan seharian dan ciri2 org yg KEDEKUT & BOROS ni kita boleh nampak secara kasar...contohnya bila kita mintak sesuatu daripada mereka terutama sekali duit, kita boleh perasan kelajuan tangan mengambil dan membuka dompet utk mengeluarkan duit....dan sememangnya kita boleh nampak kelajuan dan cara membuka mungkin sedikit berbeza atau lembab, mungkin jugak boleh terjadi kes langsung x mengambil dompet :)

dalam kes boros plak, sikap yg terlalu murah semasa membeli barang atau sebagainya boleh membawa kepada kekurangan sumber kewangan bila x ditambah... golongan seperti ini mengikut pandangan aku, diorg x boleh memegang duit lebih dari jumlah yg sepatutnya dipegang, dan jika terlebih mungkin sesuatu akan terjadi kpada mereka di saat2 hujung bulan terutama yg sudah menjadi golongan bekerja.... :) 


apa-apa pun bagi aku, sifat terlalu berjimat dan boros ni amat2 la perlu DIELAKKAN dan mungkin boleh effect kehidupan di masa akan dtg..... kedua2 perangai cmni paling x boleh sekali nk diikut kerana perangai sebegini boleh dikategorikan sebagai PERANGAI x SENONOH :) ....semoga dalam kehidupan kita semua sentiasa dilimpahi dgn rezeki yg murah daripada-NYA...AMIN ;D




*oh maaf kalu entri ni mungkin terlalu dan sangat,sangat,sangat mengarut... tpi sebenarnya aku dlm golongan mana ek??? terlalu berjimat ke boros??? tpi msti org ckp sangat, sangat, sangat pemurah kt aku punya,hehehehe.... sebenarnya org terdekat aku pasti tau jawapan yg paling betul & sebnar utk men'describe'kan aku kot,hehehehe...PEACE :) 


*tajuk entri dicadangkan ni oleh Farid Ahmad  *thank Farid ;D ...nnti aku blanja ko satu peti ais jenama Panasonic,hahahaa ;D

Wednesday, 8 June 2011

hanya berserah selepas berusaha keras

secara x sedar, diri ini semakin berganjak juga bakal bertambah kepada satu lagi langkah dan bakal berubah angka di hadapannya.... rupa-rupanya dh hampir 20 tahun aku berjalan, berdiri, & duduk di muka bumi yg penuh dugaan & cabaran ini.... sepanjang menempuh usia yg sehingga bakal berganjak ke angka 20 ni, bermacam2 dugaan, impian dan cabaran telah aku menempuh sepanjang perjalanan sebagai seorg manusia dan semuanya pernah dilalui, x kira manis, pahit, tawar atau masin dan segala jenis rasa pernah dirasai sepanjang hidup bergelar seorg manusia ni


sebenarnya mmg sekarang kita seperti seolah2 seperti sudah tidak merasai nikmat masa yg diberikan oleh Allah S.W.T kerana kita semua sibuk dgn kehidupan seharian dan terkadang kita juga terlupa utk memohon, berterima kasih kepada-NYA kerana memberikan nikmat hidup dek kerana kealpaan sementara kita itu....



sebenarnya, x semestinya kehidupan manis ataupun perasaan pahit yg kita telah lalui hari ini akan masih sama rasanya bila kita bangkit semula dari tidur yg lena pada hari esok.... dan tiada siapa yg dpt mengetahui apa yg mungkin atau sesuatu yg berlaku kepada dirinya utk hari esk & hari2 yg seterusnya kerana semuanya itu mungkin telah ditakdirkan kepada diri kita.... dan sebagai seorg hamba kepada-NYA, kita hanya berdoa, bertawakal dan berserah kpada Yang Maha Esa setelah puas berusaha utk sesuatu perkara....AMIN



*malam hari Isnin lpas aku menjadi seorg plumber utk sesuatu yg tersumbat walaupun hingga terpaksa melukakan lengan demi melaksanakan tugas & memberikan keselesaan kpada org lain dan berkerjasama dgn seorg kawan utk merealisasikannya :)

*sekarang masing2 mula & bakal memerahkan otak utk berkerja bersama2 dlm menjayakan misi yg hampir pasti akan menjadi realiti & potensi yg sangat, sangat & sangat besar suatu hari nanti.... semoga semuanya selamat & bakal menampakkan kejayaan dlm misi utk  keberhasilannya.... SELAMAT MAJU JAYA KEPADA KESEMUANYA :)

Sunday, 5 June 2011

bukan utk aku sebenarnya

salam tengah malam di hari Ahad yg menyejukkan akibat penurunan mutiara sejak awal malam tdi.... wow!!!! sekejapnya masa berlalu, sedar x sedar hari ni dah masuk hari baru, hari Ahad dan ini bermakna dh seminggu aku berada dkt bumi bertuah negeri Melaka Bandaraya Bersejarah merangkap Bandaraya Teknologi Hijau.... tapi sayang duit PTPTN x msuk lagi, sedikit susah utk berbelanja lebih walaupun ada sedikit kehadiran duit di dalam poket dan dompet :)


bkan itu yg aku nk cerita sebenarnya tpi berdasarkan entri aku yg lepas ni (klik sini) , aku mmg sengaja menulis tpi bkan utk aku, tpi sebenarnya utk seseorg yg dah 'BERJAYA' memerangkapkan diri dia di dlm kancah yg sebegitu rupa, ala2 bunuh diri la kiranya tpi x sampai membabitkan kematian :)

klu bercakap psal hubungan diorg plak boleh diibaratkan mcm graf kt dlm mesin jangka hayat yg diletakkan kpada org yg dah sakit tenat,turun naik graf dia.... dan ni jugak brmaksud yg bila2 masa je perhubungan tu akan meledak, meletus & trus meletup kalau dh btul2 dh x dpt nk dikawal dgn rapi...so cepat2 la bbuh alarm *hrap faham :)

ok, aku x mau cerita lebih lanjut lagi cukup la stakat sni je kot (sebenarnya dh x tau nk tulis apa ;D ) ....kepada engkau, engkau, dia, mereka & engkau, semoga dpt selamatkan utk semuanya & ingatan plus pesanan aku (termasuk sekali) secara ringkasnya, tolong jgn jadikan PERMAINAN YOYO & graf yg naik turun dlm mesin jangka hayat tu sebgai sumber INSPIRASI dlm KEHIDUPAN....tulisan ini diakhiri dgn ucapan SELAMAT BERJAYA ;D


*sebenarnya aku mendaki sedikit demi sedikit mengumpul & mencari cerita/kartun klasik, filem Melayu 70,80's yg mampu utk mengimbau zaman silam... sudah diperoleh ialah Snow White, Beauty & The Beast, Sleeping Beauty, Pinocchio dan paling paling paling istimewa & x ketinggalan, my future & dream princess,CINDERELLA... HAHA ;D

Friday, 3 June 2011

andai dia seperti ini....

salam di malam hari Jumaat....sebenarnya hari ni minggu final Maharaja Lawak tpi memandangkan kt rumah masing2 x ada yg melanggan piring Astro, maka terpaksa menunggu sehingga lewat tengah malam ni kot itupun kalau ada yg meng'upload' kt dalam Youtube :)

apa2 pun bukan ini faktor utama aku menulis entri kali ni :) .... semalam atau pun lewat pagi tdi, aku melayan kartun dongeng klasik zaman dulu kala keluaran Walt Disney, Cinderella tahun 1950 ...pergh, sangat retro cerita tu lagi pun dah lama aku cari nasib baik kt rmah aku ada pengumpul cerita2 kartun klasik ni *thank Sayor ;D ....umur kelahiran cerita ni lagi tua dari umur mak dgn ayah aku...dah hampir 61 tahun umurnya, kalau manusia boleh diibaratkan sebagai umur seorg datuk :)


sebenarnya masa aku tgk cerita kartun tu, aku dah terasa macam aku ada dlm watak cerita tu jdi PRINCE CHARMING,hahahaha...tpi watak utk CINDERELLA aku nk bagi kat spe ek????hahahaaha...lagi satu aku sebenarnya terpaku dgn kelembutan watak CINDERELLA tu, dia baik dgn semua org x kira manusia ataupun haiwan.... walaupun mak tiri dgn 2 org adik beradik tiri dia buat mcm2 dkt tapi dia tetap bersabar, baik kan ??? :)

aku tau itu cuma jalan cerita dari sebuah kartun dongeng tpi cuba bayangkan kalau sifat2 CINDERELLA yg lemah lembut ni mmg ada wujud dkt org sekeliling aku, pasti aku akan jdi kelu lidah hingga x termampu utk meluahkan kata2 lagi,hahahhaa :)

apa2 pun semoga semua daripada kita semua yg kita inginkan * macam dah lari tajuk je ni...hehehe :)





                                           ♥  PRINCE CHARMING  


                                               suratan ataupun kebetulan :)


sumber video ehsan Youtube , klik sini ;D

Thursday, 2 June 2011

kerana mulut, diri menanggung derita

mmg btul kata2 org dulu-dulu, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'.... satu kejadian yg berlaku dkt seorg budak perempuan yg umurnya 19 tahun & berasal Terengganu Sabtu lpas tu sikit sebanyak mungkin menarik perhatian sesetengah rakyat Malaysia termasuklah aku.... dia ditahan dlm lokap dlm beberapa hari atas sebab mengeluarkan kata2 kesat kpada penjawat awam ataupun polis waktu tu....


masa kejadian tu, dia tgh menunggang motor x pkai helmet dkt kawasan lapangan terbang & agaknya mungkin reaksi secara spontan dia terkeluar perkataan 'polis bodo' tu, kita x tahu apa yg sebenarnya terjadi pada waktu tu, hanya mungkin dia dan polis yg terbabit dlm kejadian tu tahu perkara yg sebenar-benarnya...dan tak pasal2 krana kewujudan dua perkataan tu dia terpaksa meringkuk dlm lokap selama beberapa hari, dihadapkan ke mahkamah dgn memakai baju berwarna ungu yg bertulis LOKAP POLIS tu




mungkin dia hari tu kurang bernasib baik kot, atau mungkin terlepas cakap & dlm kes ni, dia terpaksa dihadapkan ke mahkamah dan mengaku bersalah masa dibaca pertuduhan....dia jgak  diikat jamin RM 1000 oleh seorg penjamin, 7hb ni plak tarikh sebut fakta kes dijalankan, bagi kesalahan ni dia akan didenda tidak lebih RM 100.... kejadian ni mungkin boleh dijadikan pengalaman, pengajaran kepada tertuduh, & secara x langsung kpada aku atau sesiapa sahaja kt luar sana....aku x sangka ada juga undang2 ni, sbb aku ingat tak ada selama ni...sepanjang pengamatan aku ni kali pertama kejadian di bawah undang2 ni ataupun selama ni kejadian seumpama ni pernah berlaku, cuma aku mungkin x perasan kot :)


apa2 pun dlm kehidupan ni kita memanglah byk berhati2 dlm mengeluarkan atau bercakap tentang sesuatu perkara, kadang2 apa yg kita katakan tu mungkin ada menyinggung hati org lain secara x sengaja...aku jgak selalu berusaha utk berhati2 dlm mengeluarkan sesuatu percakapan,ckp berlapik sbb takut2 boleh menyinggung hati org sekeliling... aku mengaku kadang2 ada jgak terkeluar yg x sepatutnya & aku cuba berusaha nk berubah ke arah yg lebih baik....semoga aku berjaya :)




sepanjang aku meng'online' hari ni, ada kecoh tentang satu entri dlm blog yg dibuat oleh sorg bdak prempuan yg umurnya 14 tahun yg mengaku dirinya sudah tiada dara lagi...oh sungguh bahaya sekali & sgt berani pengakuan dia tu...dlm usia mcm ni mungkin dia masih lagi x matang dlm onak duri liku-liku kehidupan, mungkin dlm pemikiran dia hanya cuma inginkan publisiti murahan atau niatnya hanya menulis cuma suka2 kot...tpi dia mungkin terlupa implikasi masa akan dtg tentang perbuatan dia tu.... aku mintak simpang supaya kejadian ni jgn la berlaku dkt aku, org sekeliling & sesiapa saja.... kesian, x psal2 mak ayah yg mungkin akan menanggung malu kelak atas perbuatan dia yg mengaku seumpama itu


*sumber tntang kejadian gadis 19 thun  di sini 

* masa aku baca entri tntang pengakuan gadis umur 14 tahun tu tdi rmai yg dah jadi follower dkt blog dia, hmpir 600 lebih & ramai jugak yg comment dkt entri tu...ada yg maki, yg nasihat pun ada jgak


apa2 pun smoga kita semua sentiasa berusaha utk berubah ke arah yg lebih baik...AMIN :)

Wednesday, 1 June 2011

OH....kilatnya CINTA itu

oh....dlm masa beberapa hari ni, aku kurang ada mood utk menulis dlm si 'Hitam Putih' ni.... tpi hari ni * kira semalam la, sebenarnya aku mendapat satu berita yg sedikit mengejutkan dari seseorg yg paling aku kenal, yg paling rapat dgn aku, yg selalu bersama aku sekali lagi, terkandas, terkecewa dlm lubuk yg menempatkan ruang utk berkasih sayang sesama insan

padahal belum sampai sebulan pun kisah ini 'diperhangatkan' tpi oleh kerana 'kilatnya' perasaan cinta dan perasaan kasih sayang utk kearah itu semakin memudar ianya sudah terputus, terkerat begitu saja....oh, senangnya CINTA KILAT datang dan terus berlalu pergi tanpa perlu utk menunggu

perkenalan yg cuma sementara atau secara x sengaja ini mungkin akan mengundang kepada pembawaan wabak yg boleh menjadi virus kepada sesetengah org.. .bila salah seorg daripada mereka mula utk men'declare'kan diri, secara tanpa sedar kadang2 mereka terus mengambil keputusan utk men'declare;kan tanpa memikir panjang atau risiko yg dihadapi selepas daripada mereka mungkin ditakdirkan utk tidak di'pertemu'kan lagi

tak akan lah kejadian CINTA KILAT ni boleh berlaku semata2 utk TRY, TEST ke'power'an yg ada kt dalam diri tu... aku mampu utk memberi jaminan sebenarnya CINTA KILAT ini akan bertahan paling lama pun 2 atau 3 bulan tpi klu CINTA KILAT tu btul2 menjadi sehingga boleh berganjak hingga ke hmpir 3,4 tahun, kiranya itu salah satu keajaiban atau kehebatan daripada penangan kilat yg x memudar tu...tpi persoalannya ada ke sampai tahap tu???mungkin ada kot :) .... tapi klu paling sekejap plak dlm CINTA KILAT mungkin hanya mampu utk bertahan dalam seminggu atau dua minggu kot berdasarkan apa yg diimpikan sepanjang tempoh tu... CINTA yg SUCI atau mungkin cuma berlandaskan NAFSU??? OH :)




lagi faktor yg boleh jadi penyebab knapa berlaku putusnya penangan CINTA KILAT ni bila 'mereka' bersama2 belum betul2 bersedia 'kearah' utk meluahkan kasih sayang sesama sendiri, pola kehidupan seharian sudah pastinya akan mula berubah daripada yg sebelum itu & selain dari  itu, kurangnya persefahaman sesama mereka & & & mungkin juga semasa mereka bersama-sama meluahkan kasih sayang itu, impian utk ke langkah yg seterusnya telah diberikan harapan terlalu tinggi padahal ianya teralu awal utk dibincangkan dan bila x dpt dicapai mereka mungkin terpaksa utk memutuskan apa yg dijanjikan semua ini...oh, aku menulis bukan utk menyebelah mana2 pihak...dan sebenarnya kalau boleh elak penangan kilat sang CINTA KILAT ini, teruskan mengelak tpi kalau itu dh mungkin memang ditakdirkan, apakah mampu utk MENGELAK?? berusahalah demi kehidupan yg baik utk masa depan...*OH, inilah KEHIDUPAN :)


P.S : first class utk sem ni selepas tiga class terCANCEL.... dah semakin nampak 'PERMAINAN' yg sebenar utk sem ni...harap aku & kawan2 seperjuangan berjaya menghadapi onak duri & jalan yg penuh berliku sepanjang sem ni :)

Monday, 30 May 2011

selepas dua hari

sesampainya aku dkt Alor Gajah,Melaka yg tercinta ini Sabtu lpas, sehingga ke hari ini bru aku dpt meng'update' Si Hitam Putih ni...bkn apa perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah itu sedikit sebanyak membantu utk memenatkan otak aku, ditambah pulak dgn hati yg masih lagi berada di rumah waktu itu padahal jasad aku btul2 dah berada di dalam bas & alhamdulillah, perasaan seolah-olah jasad terasa masih terawang- awang di rumah sedikit sebanyak dpt dikurangkan dan insyaallah, perasaan ini akan hilang sedikit demi sedikit x lama lagi walaupun terpaksa mengambil masa yg lama utk menghilangkannya


sebenarnya, dlm fikiran aku ini masih terbayang2 tatkala bila aku memandang anak2 kecil yg seusia dari 7 bulan hingga 4 tahun bergembira, meniarap, merangkap, berlari-lari ke sana ke mari tanpa memikirkan masalah di dalam hidup, aku jadi seronok sambil membayangkan kalau aku masih di usia seperti mereka dan x perlu utk memikirkan masalah yg berat, senyuman mereka sungguh ikhlas tatkala di'agah' oleh ibu bapa ataupun sesiapa jua..kadang2 juga aku sperti meletakkan diri aku dalam diri mereka tatkala melihat mereka berseronok tanpa memikirkan masalah yg mendatang setiap hari :)

setiap org pasti sudah melalui masa2 yg mungkin boleh dianggap 'emas' itu, x akan mungkinlah seorg manusia lahir & terus menjadi dewasa....setiap hidup kita telah diaturkan dgn kitaran sejak dari dlm rahim ibu, lahir menjadi seorg bayi, kanak-kanak, remaja yg mula mencari erti hiudp, org dewasa yg berkerjaya, warga emas yg sudah pencen & akhirnya menghadap Ilahi dgn amalan2 yg dilakukan & ilmu2 yg diperoleh sepanjang hidup di dunia... 

benarlah, hidup kita ini terlalu singkat... kita disambut semasa lahir dgn AZAN & IQAMAT dan kehidupan kita diakhiri dgn SOLAT... semoga apa yg dilakukan kita setiap hari mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T... hidup ini x selalunya CERAH dan kadang2 GELAP juga ada untuk mewarnai kehidupan seharian kita, semoga kita semua berjaya menghadapi sisa-sisa kehidupan di hari2 yg mendatang ini...AMIN


P.S = letih aku bangun awal pagi tadi sbb first class utk semester ni terCANCEL la plak,hehehehehe...PEACE!!! ;D

Friday, 27 May 2011

setitis coretan sebelum pulang :)

tinggal x sampai 24 jam lagi utk 'berehat-rehat' buat kali terakhir sempena cuti semester ini, akan kembali smula ke sana utk meneruskan kehidupan yg serba mencabar utk semester akan datang :) .... x puas sebenarnya cuma bercuti selama sebulan * x smpai sebulan pun sebenarnya, tpi aku perasan ada sedikit perubahan yg dkt sini, ada jgak benda yg lama x berubah & mungkin tak kan langsung pernah berubah


apa2 pun , segala apa peristiwa pahit yg berlaku sepanjang semester lepas atau sepanjang aku ada kt sini, mahu dilupakan sedikit demi sedikit walaupun payah.... sebenarnya perasaan yang sama selalu muncul dlm benak fikiran aku ni setiap kali aku bergerak utk berubah tempat.... aku terpaksa ambik inisiatif merubah semula apa yg aku lakukan sepanjang aku kt sini supaya aku x terkejut bila dh balik smula nnti, tiada lagi istilah keluar setiap malam bagaikan ketua kampung mencari anak buah, ataupun menjadi seorg burung hantu yg berjalan lewat malam tatkala insan lain sedang nyenyak tidur...semoga aku berjaya utk mengurangkan tabiat2 mcm ni nnti ;D

apa2 pun kpada teman2 seperjuangan, selamat bertemu kembali di 'trek' yg paling sukar utk SEMESTER ni, aku doakan kita semua berjaya menghadapi perjalanan yg mencabar & berliku ini :)