ketika entri ini ditulis, aku seolah-olah masih dpat merasakan kegembiraan kpada hampir semua atau mungkin segelintir dari pelajar universiti hari ni terutama kampus yg aku menuntut ilmu di sini kerana apa yg ditunggu hampir 3 minggu berhasil jua akhirnya.... dan boleh dikatakan hari ni mesin ATM mungkin terpaksa mengerah seluruh tenaga utk melayani kerenah dari kebanyakan insan2 yg ingin melihat nombor bertuah di skrin yg terpapar di monitor yg terdapat pada mesin ATM tersebut
walau hanya utk melihat nombor bertuah, pasti jika mesin itu seorg manusia, sememangnya dia akan mengeluh keletihan kerana mungkin terpaksa 'memuntahkan' isi2 nya sehingga ke helaian yg terakhir....aku juga x terkecuali menjadi salah seorg pengunjung dia walaupun ketika turn aku sampai, ianya telah berjaya mengeluarkan kata2 perangsang jiwa iaitu "HARAP MAAF PERKHIDMATAN TERGENDALA SEMENTARA".... sangat seronok bila baca ayat 'perangsang' jiwa tu kan???hehehehe :)
walau bagaimanapun, segala penantian berakhir jua walaupun aku terpaksa beralih ke tempat lain utk melihat nombor bertuah yg terpapar di skrinnya :) ....dan sebenarnya bukan pasal nombor bertuah ni yg aku nk nukilkan tpi aku nk coretkan tentang dua perangai yg mungkin ada dalam diri kita yg kadang2 kita sedar atau mungkin langsung x sedar ianya sememangnya wujud dalam diri kita....dua perangai tu ialah KEDEKUT & BOROS :)
mengikut kamus dewan yg diestablish oleh aku sendiri, kedekut ni membawa bermaksud terlalu menyimpan sehinggakan langsung tidak dikeluarkan terutama sekali utk wang atau duit, dan ianya juga membawa boleh maksud SIMPANAN yg DISIMPAN terlalu KEMAS sehinggakan tidak langsung terkeluar ataupun dlm bahasa halusnya GENGGAM x TIRIS :) ... dan boros plak membawa maksud terlalu dikeluarkan sehingga tidak DISIMPAN dan ini jugak membawa maksud KELUARAN tanpa KAWALAN sehingga tiada SIMPANAN....kejadian seumpama ni pasti menimbulkan masalah sekiranya terbabit dlm sesuatu kes kecemasan jika tiada wang dlm simpanan, masa tu baru tau langit tu tinggi ke rendah :)
oleh itu , sebagai manusia yg berakhlak baik & berhati mulia, kita x perlu utk bersikap seperti ini, KEDEKUT & BOROS....kedua2 tabiat atau perangai ni amat amat la x sesuai nk diamalkan dlm kehidupan seharian dan ciri2 org yg KEDEKUT & BOROS ni kita boleh nampak secara kasar...contohnya bila kita mintak sesuatu daripada mereka terutama sekali duit, kita boleh perasan kelajuan tangan mengambil dan membuka dompet utk mengeluarkan duit....dan sememangnya kita boleh nampak kelajuan dan cara membuka mungkin sedikit berbeza atau lembab, mungkin jugak boleh terjadi kes langsung x mengambil dompet :)
dalam kes boros plak, sikap yg terlalu murah semasa membeli barang atau sebagainya boleh membawa kepada kekurangan sumber kewangan bila x ditambah... golongan seperti ini mengikut pandangan aku, diorg x boleh memegang duit lebih dari jumlah yg sepatutnya dipegang, dan jika terlebih mungkin sesuatu akan terjadi kpada mereka di saat2 hujung bulan terutama yg sudah menjadi golongan bekerja.... :)
apa-apa pun bagi aku, sifat terlalu berjimat dan boros ni amat2 la perlu DIELAKKAN dan mungkin boleh effect kehidupan di masa akan dtg..... kedua2 perangai cmni paling x boleh sekali nk diikut kerana perangai sebegini boleh dikategorikan sebagai PERANGAI x SENONOH :) ....semoga dalam kehidupan kita semua sentiasa dilimpahi dgn rezeki yg murah daripada-NYA...AMIN ;D
*oh maaf kalu entri ni mungkin terlalu dan sangat,sangat,sangat mengarut... tpi sebenarnya aku dlm golongan mana ek??? terlalu berjimat ke boros??? tpi msti org ckp sangat, sangat, sangat pemurah kt aku punya,hehehehe.... sebenarnya org terdekat aku pasti tau jawapan yg paling betul & sebnar utk men'describe'kan aku kot,hehehehe...PEACE :)
*tajuk entri dicadangkan ni oleh Farid Ahmad *thank Farid ;D ...nnti aku blanja ko satu peti ais jenama Panasonic,hahahaa ;D
No comments:
Post a Comment