mmg btul kata2 org dulu-dulu, 'kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'.... satu kejadian yg berlaku dkt seorg budak perempuan yg umurnya 19 tahun & berasal Terengganu Sabtu lpas tu sikit sebanyak mungkin menarik perhatian sesetengah rakyat Malaysia termasuklah aku.... dia ditahan dlm lokap dlm beberapa hari atas sebab mengeluarkan kata2 kesat kpada penjawat awam ataupun polis waktu tu....
masa kejadian tu, dia tgh menunggang motor x pkai helmet dkt kawasan lapangan terbang & agaknya mungkin reaksi secara spontan dia terkeluar perkataan 'polis bodo' tu, kita x tahu apa yg sebenarnya terjadi pada waktu tu, hanya mungkin dia dan polis yg terbabit dlm kejadian tu tahu perkara yg sebenar-benarnya...dan tak pasal2 krana kewujudan dua perkataan tu dia terpaksa meringkuk dlm lokap selama beberapa hari, dihadapkan ke mahkamah dgn memakai baju berwarna ungu yg bertulis LOKAP POLIS tu
mungkin dia hari tu kurang bernasib baik kot, atau mungkin terlepas cakap & dlm kes ni, dia terpaksa dihadapkan ke mahkamah dan mengaku bersalah masa dibaca pertuduhan....dia jgak diikat jamin RM 1000 oleh seorg penjamin, 7hb ni plak tarikh sebut fakta kes dijalankan, bagi kesalahan ni dia akan didenda tidak lebih RM 100.... kejadian ni mungkin boleh dijadikan pengalaman, pengajaran kepada tertuduh, & secara x langsung kpada aku atau sesiapa sahaja kt luar sana....aku x sangka ada juga undang2 ni, sbb aku ingat tak ada selama ni...sepanjang pengamatan aku ni kali pertama kejadian di bawah undang2 ni ataupun selama ni kejadian seumpama ni pernah berlaku, cuma aku mungkin x perasan kot :)
apa2 pun dlm kehidupan ni kita memanglah byk berhati2 dlm mengeluarkan atau bercakap tentang sesuatu perkara, kadang2 apa yg kita katakan tu mungkin ada menyinggung hati org lain secara x sengaja...aku jgak selalu berusaha utk berhati2 dlm mengeluarkan sesuatu percakapan,ckp berlapik sbb takut2 boleh menyinggung hati org sekeliling... aku mengaku kadang2 ada jgak terkeluar yg x sepatutnya & aku cuba berusaha nk berubah ke arah yg lebih baik....semoga aku berjaya :)
sepanjang aku meng'online' hari ni, ada kecoh tentang satu entri dlm blog yg dibuat oleh sorg bdak prempuan yg umurnya 14 tahun yg mengaku dirinya sudah tiada dara lagi...oh sungguh bahaya sekali & sgt berani pengakuan dia tu...dlm usia mcm ni mungkin dia masih lagi x matang dlm onak duri liku-liku kehidupan, mungkin dlm pemikiran dia hanya cuma inginkan publisiti murahan atau niatnya hanya menulis cuma suka2 kot...tpi dia mungkin terlupa implikasi masa akan dtg tentang perbuatan dia tu.... aku mintak simpang supaya kejadian ni jgn la berlaku dkt aku, org sekeliling & sesiapa saja.... kesian, x psal2 mak ayah yg mungkin akan menanggung malu kelak atas perbuatan dia yg mengaku seumpama itu
*sumber tntang kejadian gadis 19 thun di sini
* masa aku baca entri tntang pengakuan gadis umur 14 tahun tu tdi rmai yg dah jadi follower dkt blog dia, hmpir 600 lebih & ramai jugak yg comment dkt entri tu...ada yg maki, yg nasihat pun ada jgak
apa2 pun smoga kita semua sentiasa berusaha utk berubah ke arah yg lebih baik...AMIN :)
No comments:
Post a Comment