Monday, 16 May 2011

setelah DUA PURNAMA di dalam DUNIA

alhamdulillah...secara rasminya 13hb lpas brsamaan dgn hari Jumaat lpas, dah genap dua bulan usia 'baby' pertama aku sayang ni.... x sangka dh dua bulan umur dia :) kisah suka, duka, pahit, manis, sedih aku smua aku cerita kat dia ni... klu la dia ni, xpernah wujud dlm kamus kehidupan aku , kt mana lagi la yg aku nk cerita kisah aku walaupun sedikit merapu ni, xkan la aku nk cerita kt member2 aku plak psal kisah mengarut aku, kang x pasal2 makan tayar motor,hahahahaha ;D .... sebenarnya aku nk post entri ni Jumaat lpas, tpi BLOGGER tgh buat maintainance, malam sebelum tu ok je, tgk2 ptg tu aku dh x bleh nk login... dh la aku punya entri yg pasal kisah seorg kidal tu dia simpan sekejap aku ingat dh terdelete entri tu, nasib baik la dia 'restore' smula, penat wei tulis panjang2 tu...dh la buat yg terbaik,hahahahaha ;D

hari semalam A.K.A hari Ahad, tgh syok2 aku tido smpai pkul 12, tiba2 ayah aku kejut aku nk ajak mandi sungai atas ajakan makcik aku yg dduk kt Jengka tu, mula2 aku xnk pegi sbb mengenangkan aku kepenatan tido lewat malam tu,hahahaha... tpi memikirkan smula atas faktor2 tertentu, aku pun bersetuju la nk pergi jgak, walaupun sedikit kepenatan (nasib baik smpat bsuh muka,hahahaha) :) ....selepas dua minggu aku x pergi mandi sungai ni, aku tgk air sungai makin tohor (cetek) sbb hujan trun sekejap2 dan air sungainya semakin menyurut... tpi permandian kami terganggu dek kerana hujan yg renyai2 yg smakin melebat & trpaksa mnghentikan permandian sungai, walaupun air sungai tmpat permandian ni sangat tenang, tpi ada seorg pakcik aku amat tkut dgn kehadiran 'kepala air'...

aku pun x tau sgt 'kepala air' tu apa...rupanya2 istilah ni utk air yg mengalir deras dri atas bukit & aliran air ni jugak ada bunyi yg menyeramkan sperti bunyi mengaum, klu sesiapa2 terdengar bunyi mengaum seperti ni masa mandi sungai wktu hujan, cepat2 la naik ke tebing sungai, tkut2 dibawa arus air yg mengalir deras ngn bunyi yg menggarangkan tu...sebenarnya mandi sungai time hujan renyai2 la seronok, bleh feeling2 buat video clip :) ...apa pun aktiviti hari ni bleh diibaratkan sbgai family gathering bg aku yg jarang2 balik rmah berjumpa saudara mara ni :)


sbnarnya utk entri ni amat special bagi aku, tpi trpaksa merangkumi kisah hari ni & aku ada sedikit bingkisan istimewa sempena genapnya DUA PURNAMA aku dlm dunia blogging ni




Ceritera Kisah Kehidupan

Berangkatnya kisah perjalanan yang panjang,
Sehingga jauh saujana memandang,
Pepohon hijau mula menampakkan bayang,
Lukisan awan terasa indah dipandang,
Kebiruan langit petang telah menghadirkan kelam,
Seindah pelangi diliputi malam.

Dan ketika itu perjalanan sudah terhenti,
Diri hampir terkujung pergi,
Kenangan lampau mula menghantui,
Sudah pasti takkan kembali,
Ianya terus memomokkan diri, 
Lahirnya cita yang tidak bersemi,
Semakin merasai sebuah sepi.

Apa yang diingini tiada sempadan,
Tidak sampai hilang pedoman,
Hadirnya hidup tanpa kesudahan,
Mungkinkah ini takdiran Tuhan.


gabungan perkataan ni aku x tau kategori apa, aku rasa klu nk ckp ni puisi atau sajak, jauh sekali... yg aku mmpu kata ni hanya bingkisan sebuah perasaan, seperti mana yg aku pernah bgtau dlm entri2 yg lpas, setiap bait2 ni ada maksudnya yg tersendiri...apa2 pun inilah yg aku karang hampir 3 hari, x terlalu puitis sbnarnya ni tpi klu aku nk jadi seorg novelis, penulis mungkin aku akan menggunakan nama pena, 'Hadi Hanifah' , aku pun x tau la knpa aku suka nama ni, jauh sekali dri nama aku yg sebenar :) ...andai kata aku bukan seorg penulis, aku akan jadikan nama ni sbgai nama anak lelaki aku... eh, aku ada anak ke???hahaha...lmbat lagi 2011 + 8 = 2019 (sasaran je, ntah2 x khwin) ;D
sebenarnya aku dh sign satu perjanjian dgn kawan baik aku yg mana aku akan jadi PENYEPIT dia,hahahahaha nnti.... bro, janji tetap janji tau, LUNASKAN ;D ...aku sanggup berkorban sepenuh jiwa, bakul, raga tau demi sebuah kehidupan,hahahaha


kata2 terakhir hari ni, " Hidup ini umpama kanvas putih, hanya kita sahaja yg mampu mencorak & mewarnakannya... Kadang2 utk mencapai bahagia kita terpaksa melepaskannya dan membiarkan derita hadir buat sementara kerana ia akan mampu utk mematangkan kita  berjuang kembali serta mencapai kebahagiaan dalam hidup" ....


sebenarnya aku amat amat amat MENYAYANGI & MENCINTAI kau,kamu,dia,kami & kalian semua...SEMOGA BERBAHAGIA KALIAN ;D


P.S = hari Jumaat lpas bersamaan 13hb Mei ada sejarahnya...Yang Pertama, tragedi berdarah 13 Mei 1969 pasti xkn pernah dilupakan rakyat Malaysia, aku doakan keamanan, kesejahteraan Malaysia...semoga tiada lagi tragedi ini buat kali kedua dan selamanya & biarlah tragedi ini pertama juga terakhir & mngambil iktibar dri tragedi berdarah ini :)
Yang kedua plak bukan sejarah tpi seolah2 kebtulan...dlm English disebut tarikh utk Jumaat lpas ialah Friday 13th (katanya ada peristiwa disebalik ni)... tgh2 aku tgk klik info kat ASTRO, Channel Cinemax tayang cerita Friday 13th, apa motif tayang waktu tarikh Jumaat 13th ni, terpana sekejap??? kebetulan atau memang dh dirancang...mungkin kebetulan yg dirancang kot :) 


P.S  2 : drop la komen anda tentang gaya penulisan blog aku ni, tentang cara penulisan ke apa....kpada follower2 bleh la komen2 entri aku ni, komplen & komen anda semua amat aku hargai...PEACE PEACE!!!! ;D




                                KETEMU LAGI!!!!;D

Thursday, 12 May 2011

hikayat seorang yang bernama KIDAL ;)

seperti mana yg dijanjikan smlam, aku akan mula mnulis entri mengenai pengalaman aku menjadi seorg kidal.... seperti mana yg kita tau menurut encik Wikipedia yg berbahasa Melayu, definisi kidal adalah seseorg yg cenderung menggunakan lebih banyak tangan kiri berbanding tangan kanan semasa melakukan sesuatu kerja, kdg2 ada jgak org yg menggunakan tangan kanan smasa menulis tpi dlm hal2 kerja seharian dia mnggunakan tangan kiri & ini pun dikategorikan sebagai kidal...


melalui pengalaman hidup aku sebagai soerg kidal sehingga hari ni, sebnarnya mak ayah aku bukanlah pasangan yg kidal tpi rupanya2 ada seorg pakcik belah ayah aku pengguna tangan kiri & ini secara tidak langsung aku mempunyai keturunan kidal & dlm keluarga aku, aku dan akak aku yg kedua terpilih sebagai seorg kidal....dlm kajian, lebih kurg 8- 15% org kidal di dunia & aku la salah seorg yg bertuah itu * bertuah ke?? ;)


aku mengaku masa aku drjah 4 dlu, aku terasa malu menjadi seorg kidal... bayangkan di sekeliling smuanya kwan2 memegang pensel menggunakan tangan kanan tiba2 aku seorg yg menggunakan tangan kiri, keadaan ini menjadi sedikit pelik, pernah aku cuba mengubah utk menulis guna tangan kanan...hasilnya, tulisan menjadi sangat2 buruk dan aku mengubah semula utk menulis tangan kiri walaupun tulisan tangan kiri aku pun buruk jgak *tpi x la sburuk masa tulis tangan kiri tu


masa drjah 6 plak, aku mengaku waktu tu tulisan aku sgt2 la buruk, ye la mungkin salah satu faktor aku kidal kot....smpai kn cikgu bahasa Melayu aku waktu tu suruh beli buku tulisan yg ada garis empat line merah biru, biru merah tu, cm bdk drjah satu sruh belajar tulis tu, malu memang la malu tpi nk buat cmne kn... :) aku dlu slalu kne marah sbb kan ada jenis meja yg mcm kt dewan kuliah UiTM tu sbb berlaga2 dgn tangan dia mse menulis, ye la kebanyakan barang2 peralatan smuanya utk org kanan....  barang2 yg aku rasa paling ssah skali nk handle ialah bila nk guna gunting, sbb tu ada sesetengah gunting direka khas utk org kidal tpi amat nk jumpa kt sini, nk x nk terpaksa pakai jgak, ada sampai skali tu trpaksa aku pakai tgn kanan gara2 nk guna gunting tu.... pegang sudu pun sama, dh biasa pegang tngan kiri, bila org tegur bru ubah pegang tangan kanan wlaupun kekok :)



walaupun kidal cmne skalipun aku, kalau pegang mouse, pegang gitar * pegang je main x reti ;D , ttap guna tangan kanan....klu dlm tulisan plak, aku still tulis sebgaimana org bertangan kanan tulis...contohnya huruf 'd' kecik ....ada member aku yg kidal tulis huruf ni dri atas, bru jdi bulat....aku plak buat bulat dlu, bru garis * ada paham ke ayat aku ni??hahahaha




apa fakta kelebihan org kidal ni ??? menurut kajian, org tangan kidal banyak menggunakan otak kanan sbb otak kita berfungsi dgn cara menyongsang iaitu otak kanan menguasai bahagian kiri & otak kiri menguasai bahagian kanan.... sebagaimana yg kita tahu, otak kanan la yg byk merangsang kawalan muzik, kreativiti, seni, emosi & kebijaksanaan...maknanya di sini org yg kidal lebih cenderung pakar ke arah kreativiti & seni....adakah aku tergolong dlm kelompok ni??? aku sendiri pun x tau ;D.... ada jgak kajian mengatakan org kidal meninggal 8 thun awal dri org yg menggunakan tangan kanan sbb mnggunakan peralatan tangan kanan...yg ni aku x bersetuju sbb ajal maut semuanya di tangan Tuhan kan??? ;D




lagi satu kelebihan org kidal plak time menulis bleh buat dua kerja sekaligus, contohnya makan....org kidal kan menulis tangan kiri, dlm masa yg sama diorg nk makan sbb tangan kanan diorg kan free :)...berlainan dgn org tangan kanan, terpaksa buat satu2 kerja dlu bru makan.... aku pnah buat kerja gila ni dlu makan nasi smbil menulis, jadi la plak...tpi skg xkn buat lagi  nmpk sgt x senonoh, nnti bini marah,hahahahaha ;D 






hari kidal plak disambut 13 Ogos stiap tahun, aku ingat nk buat sambutan skali dgn birthday aku nnti,hahahahha....apa2 pun aku terima segala dugaan ni, walaupun sbnarnya impian aku nk merasa menulis guna tangan kanan plak :) kpada golongan kidal di luar sana, jangan la kita malu sbb kita ni dlm kategori UNIK & hanya ada 10% je golongan kita kt dunia ni, walaupun lelaki lebih byk golongan kidal berbanding perempuan :)  ...tpi sbnarnya aku x tau adakah kidal ni dlm kategori cacat ??? apa2 pun walau bertangan kidal, aku ttap bersyukur sbb mempunyai dua2 belah tangan dan sempurna smuanya :)  klu nk tau spe lagi org famous yg kidal ada kat sini



Senarai Nama orang orang kidal yang terkemuka: 
1. Man Kidal - Pemain Gitar 2. Asmawi Ani @ Mawi - Artis 3. Bill Gates - Usahawam/Jutawan (Microsoft) 4. Julius Caesar -Roman General 5. Amitabh Bachan- Pelakon 6. Oprah Winfrey - Pelakon/ Host 7. Tom Cruise - Pelakon 8. Nicole Kidman - Pelakon 9. Barrack Obama - Presiden Amerika-Ke44 10. Angelina Jolie - Pelakon
11. Alexander The Great - Pejuang 12. Keanu Reeves - Pelakon 13. Sylvester Stallone - Pelakon 14. Charlie Chaplin- Pelakon/Pelawak 15. Diego Maradona- Pemain Bolasepak 16. Lionel Messi - Pemain Bolasepak 17. Pele - Pemain Bolasepak 18. Rafael Nadal - Pemain Tennis 19. Lin Dan - Pemain Badminton 20. Bill Clinton - Presiden Amerika Ke-42
21. Napoleon Bonaparte -French Emperor 22. Kurt Cobain - Penyanyi/Ahli Muzik23. Prince William of England 24. Prince Charles of England 25. Jimi Hendrix - Pemuzik 26. Mathew Broderick- Pelakon27. Robert DeNiro - Pelakon 28. Matt Dillon - Pelakon 29. Julia Roberts - Pelakon 30. Valentino Rossi - Motor racer.
 
P.S : berbangga walaupun seorg kidal.... Lisa Surihani pun kidal jgak tau ;D


sumber utk entri ni : boleh klik sini, sini & sini
 









                       KETEMU LAGI!!!!;D

Wednesday, 11 May 2011

sebenarnya....

sebenarnya setiap penulisan aku dlm Hitam Putih ini kebanyakannya dipengaruhi dgn mood & juga idea yg dtg semasa menulis.... sebagaimana entri aku yg sebelum ni agak emo sekali berikutan ada cerita yg kurg baik yg aku dgr mse aku xde kt sni & gaya penulisan aku nmpak seperti btul2 mrah, tpi sbnarnya aku x marah cuma aku rasa KESAL dgn 'patung2' tu, bleh dikatakan x sedar dek untung tpi nk buat mcm mana,mnde yg tu la terpaksa ditempuh selagi bernafas dlm dunia ciptaan Allah ni.... setiap apa yg aku tulis waktu entri mmg btul2 kluar dri hati tnpa dipaksa2 :)




semenjak dua menjak ni aku selalu la plak dgr lagu tiupan saksafon alunan dri Kenny G.... oleh kerana mood Kenny G ni dh menjelma, aku pun dh ubah embed lagu blog aku dri ceritera kesedihan Song from Secret Garden kpada Sentimental by Kenny G...tpi kehadiran alunan Sentimental ni mungkin xkn berkekalan lama sbb aku lagi suka alunan Song from Secret Garden & mungkin aku pasti akan jadikan lagu ni sbgai signature utk blog aku :)




idea menulis utk entri2 yg akan dtg plak aku dh berjaya peroleh dan salah satu daripada entri yg bakal aku tulis ialah kehidupan aku sebagai seorg KIDAL.... mungkin kisah psal seorg KIDAL ni kurg menarik atau menarik bg sesetengah org tpi aku akan cuba mengolah kisah ini supaya nmpk menarik krana ni salah satu cerita dri kisah & pengalaman kehidupan aku sendiri :)




sekali pun x pernah berhenti utk melupakan walau sesaat & sedetik tentang sesuatu yg aku mengingatkan, aku jgak sentiasa teringat tntang perkara tu x kira waktu aku bersama kwan aku, masa tidur, trmasuk segala aktiviti seharian aku.... setiap bait tulisan dlm stiap entri aku ni sebnarnya ada maksud2 yg tersendiri & kadang2 bleh di 'interprete' oleh org yg mmbaca entri tu ,wlaupun entri tu tentang sbuah kemarahan, aku ttap akan gunakan ayat yg nmpk lembut yg kadang2 terlalu hiperbola, sangat metafora, & ada personafikasinya... budi bahasa kan budaya kita :)  ..kebnyakan atau mungkin hampir smua entri yg aku post kt sini mnggunakan elemen tiga konsep gaya penulisan ini (hiperbola, metafora, personafikasi) ;D




apa2 pun skali lagi, aku amat MERINDUI kpada org yg MERINDUI aku...x ksah la siapa pun mereka, AWAK, AWAK, AWAK, DIA & KAU saya ttap MERINDUI walaupun x diketahui ;D






                     *gambar hiasan yg sedikit lari dri topik hari ni ;D






insyaallah, entri yg kurg atau amat menarik plus fakta seorg KIDAL mungkin akan muncul sehari dua lagi & selagi Allah izinkan utk aku menulis dgn jari jemari yg x tirus & runcing ni ;D ...semoga semua drpd kita mendapat keberkatan hidup dri Allah & dipanjangkan umur utk meneruskan kehidupan yg pnuh dugaan & pancaroba... :)






                               KETEMU LAGI!!!!;D






                                               

Tuesday, 10 May 2011

akan tiba suatu saatnya nanti ;)

wow, tiba2 terasa hangat darah mengalir dkt sekeliling muka aku bila dgr crita yg paling x sedap & x nk skali aku nk dgr sebenarnya....patut la selama ini, kisah yg aku x berapa seronok nk dgr ni disimpan smpai la masa aku kembali smula ke sini....oh, rupa2nya byk bnda yg aku x tau spanjang dua bulan menuntut ilmu kt sana, aku ingat hnya aku mmpunyai masalah yg berat dkt sana, rupa2nya ada lagi masalah berat yg menanti di sini... :)


perghhhh, sebenarnya hal ni x enak & seronok bila nk ditulis dlm ni, tpi bila hanya aku punya 'Si Hitam Putih' utk mengisahknnya, aku terpaksa.... rupa2nya 'patung2' mkin melampau nmpknya....ingat ye wahai patung2 sekalian, anda smua x pernah mengetahui bahawa ada insan yg hanya tunggu menanti masa,saat & tika utk menghamburkan segala2nya bila keadaan memaksa utk melakukan sesuatu bila kalian semua terlalu melampau sehingga kalian boleh menari-nari di atas kepala, korg ingat apa???


tpi buat masa ni, biarkan mereka smua dtg & hidup di dlam dunia yg dicipta sendiri di mana kehdupannya pnuh dgn kesandiwaraan kotor,palsu & busuk...biarkanlah juga mereka merasa kebahagiaan yg sementara tu...sebnarnya aku sgt setuju dgn satu peribahasa yg menggmbarkan erti seorg atau sekelompok & segelintir manusia yg kurang mengerti serta memahami konsep seguni bantuan ataupun semangkuk pertolongan

ingat 'patung2' sekalian, anda boleh bergelak ketawa, berbahagia & bergembira di atas kepedihan, kesengsaraan, kekalahan yg ditanggung oleh pihak lawan... tidak mengapa sebenarnya walaupun seseorg insan terpaksa melakukan pengorbanan demi kebahagiaan org lain, sanggup juga DIA lakukan wlaupun PAHIT utk ditelan....tpi tidak sama skali bagi patung2 itu, kerana apa seseorg insan itu sanggup melakukan pengorbanan itu ??? kerana seseorg insan itu tahu yg tiada guna utk melawan patung2 yg lemah, yg mudah mengalah & dia juga tahu pengorbanan itu akan datang utk membuahkan hasil akhirnya & cuma dia sendiri tidak tahu yg hasilnya itu akan dtg dgn cepat ataupun sebaliknya...


lagi sekali kpada patung2 sekalian, renung2kan lah jika anda membaca & terbaca entri kali ini, nasihatnya ialah jangan lah sesekali lupakan SEJARAH krana sejarah yg byk mendewasakan jiwa kita bersama :) ...dan benar kata bekas Perdana Menteri Malaysia yg ke-4 , Tun Dr. Mahathir Mohammad,  “Sejarah adalah umpama bilik kuliah yang besar dan sesiapa yang tidak belajar daripada sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan yang serupa.” dan aku rasa yg inilah kesilapan yg paling 'cerdik' pernah dilakukan oleh kamu wahai patung2....


segala tulisan dlm entri kali ni benar2 tulisan dari HATI... kpada mereka (patung2) semoga cepat sedar,cepat sembuh dari sakit yg mnimpa diri ketika & saat ini...dan aku jgak akan sentiasa bermunasabah diri, berwaspada utk mengelakkan panahan kesakitan di dlam diri wlaupun susah utk mnanggungnya... aku jgak berpegang pada prinsip "Mengalah x bermakna bertindak utk mengaku kalah" :) , mengharap kebenaran akan muncul & menjalani hidup seperti sediakala...semuanya akan tiba suatu saatnya nanti...TUNGGU!!!! ;D

P.S : sebnarnya aku x nk sgt ambik kisah psal patung2 yg tinggal nk koyak belaka ni, smuanya cuma gara2 TERPAKSA.... dan klu ada yg baca pstu rasa nk tau psal kisah ni, bleh inbox dlm FB aku,hohohoho..aku pasti akan bagitau ;D

*kepanasan temperature dlm badan mkin berkurangan lpas aku tringat sesuatu kejadian yg mnjadi sebuah KENANGAN dlu, slamat la aku xde darah tinggi :)

                              KETEMU LAGI!!!!;D



Sunday, 8 May 2011

setitisan kata pujangga utkmu IBU

seperti yg smua sedia maklum, seluruh dunia hari ni tgh, akan menyambut HARI IBU... mengikut kalendar Gregorian, hari ibu ni slalunya disambut hari Ahad minggu kedua dlm bulan Mei, ada jugak negara yg menyambut hari ibu smlm, kelmarin, hari Ahad minggu lepas & ada jgak negara yg dh sambut hari ibu bulan lepas.... walau berbeza tarikh sambutan skalipun, agendanya tetap sama iaitu untuk menyambut hari ibu.... utk thun 2012 plak tarikh sambutan hari ibu dh diberitahu dlm sumber yg bleh dipercayai iaitu 13 MEI 2012 bersamaan hari AHAD jgak :)


jasa ibulah yg kita paling susah kita nk balas, mampukah kita sebgai seorg anak , trpaksa menanggung sakit semasa mengandungkan, melahirkan, menjaga waktu kita sakit, meragam tgh2 malam buta...mmg bapa juga byk berkorban utk kehidupan kita ttapi pengorbanan seorg bapa x sehebat pengorbanan seorg ibu sehinggakan Rasullullah sendiri pernah ditanya siapa yang patut dihargai & dihormati, Rasullullah pun menjawab ibu sebnyak 3 kali & barulah diikuti ayah :) 




ada lagi bukti mmg benar jasa ibu patut dihargai sehinggakan ada peribahasa menyatakan syurga di bawah telapak kaki ibu & kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia....seorg ibu boleh menjaga 10 org anak, tpi mmpukah 10 org anak menjaga seorg ibu...dan itulah pengorbanan seorg IBU yg x dpt dibalas oleh anak2 :)




apa2 pun, terima kasih mak kerana mnjaga saya sehingga begini besar *pdahal x besar sgt pun :) , menjadi pemangkin semangat di masa zaman kejatuhanku dlu, dikutuk, diperli mngkin juga dikeji sehngga merasakan dunia ini seperti tiada cahaya lagi yg menyuluhi, engkaulah juga yg mmberi punca cahaya utk aku menerangi diri dan berjaya hingga ke saat ini dan berjaya juga utk menutup mulut2 busuk musuh yg mendengki hingga mereka mula memandang kebolehan, kemampuan aku utk menewaskan mreka dgn cara yg pling halus & menyakitkan ini *cuma ada sikit memedihkan hati diorg (biarkan) :) ....aku doakan semoga mereka xkn memandang rendah lagi kemampuan aku slama ni & bnar sperti yg aku fikirkan selama ni, dunia kadang2 x adil bagi sestengah org & apa yg prnah trjadi slama ni akan dijadikan iktibar utk aku supaya x tersesat sehingga melupai asal usul sendiri,bak kata org dulu2 pepatah dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung


kpada mak, SHARIPAH BT MAT ISA... aku mendoakan smoga mak dipnjangkan umur & dimurahkan rezeki slalu, jasa mu xkn ku lupakan & aku akan blas jasa2 mu satu hari nnti...AMIN




kpada abah, HAZNI BIN IDIN, jgn la risau, special entri utk abah akan ada jgak bila smpai hari bapa nnti.... :)




walau apa pun panggilan kita kpada ibu kita x kira mak, mother, ibu, mom, amma, mama & sebagainya ia tetap sama & buat smua ibu, x kira bakal ibu dan yg dh lama jdi ibu...SELAMAT HARI IBU :)




        love MAK :) *aku rasa aku tgh mngumpat org mse ni,hahahahaha 






                             KETEMU LAGI!!!!;D

Saturday, 7 May 2011

setitisan KATA-KATA

x sangka aku dh lebih seminggu bercuti semester ni, tpi kpala msih terasa seolah2 ada klas pkul 8.30 lg :) ....suasana masa tido kt rmah sendiri ngn rumah sewa sangat2 la lainnya, klu kt umah sewa tido lwat cmne skali pun ttap bgun pkul 10, pling lewat pun pkul 12 :) ...tpi klu kt rmah sendiri ni, klu tido lewat cmne skali pun bgun tdo pun ttap lewat,hahahaha....klu x dikejut bgun dri tdo silap2 bleh berganjak smpai waktu Asar....itulah penangan tdo kt umah sendiri & aku pun sgt sgt la menyetujui kata2 pujangga dri org tua dkt kmpung aku...kata diorg 'HOME SWEET HOME' :) 



tiada sgt yg aku nk tulis hari ni, cuma nk bagitau yg esk ngn dh kebnyakkan org dh tau esk ialah HARI IBU ataupun MOTHER'S DAY.... jdi, aku mmbiarkan entri ini cuma hnya seringkas ini supaya aku dpt utk mengarang sedikit panjang utk special entri hari esk :)


lagi stu konflik yg aku terpaksa hadapi saat ini adalah, aku dh semakin x mmpu utk menipu diri aku sendiri.... bagi aku ni tugasan yg sgt memberatkan bagi aku, pedih utk menahan, sakit utk meluahkan...jiwa terpksa menahan kepedihan..sekali lagi satu perasaan yg sudah dibongkarkan...maaf kpada sesiapa yg terasa ini ditujukan kpada mereka tpi sebenarnya inilah kisah aku yg mungkin kalian smua x pernah tau...apa2 pun kpada smua ibu2 di dunia, SELAMAT HARI IBU :)


                               KETEMU LAGI!!!!;D

Friday, 6 May 2011

sebuah PENGGAMATAN yg menggamit PERAKUAN

dh brapa hari aku x meng'update' blog, ptut la nmpk cm berhabuk je kat sini ni :)... kali ni aku dh x tau nk post apa , cuma nk publish gmbar je...sbnarnya mse nk tdo malam tdi * sbnarnya dh awal pagi, aku tiba2 trmimpi nk tulis satu gabungan tulisan yg bernama serangkap sajak *konon je la pdahal x brbakat sgt pun :) ....hari tu aku dh post pengabungan tulisan tu kat sini :) mlm tdi klu aku tulis ayat tu msti aku dh bleh post sini :)

pe2 pun aku bkan nk cerita psal ni sgt, aku nk cerita skit sbyk gambar yg aku nk post ni....tgk gambar2 ni :)



gmbar ni dh lama kne tngkap, mse cuti raya cina hari tu...cme x smpat post sbb mse tu aku xde blog lagi :) .... yg ni pun sgt2 kebetulan, mse ni aku ada kt kedai kt kawasan perumahan kt tmpt aku ni, tiba2 aku trnampak sorg bdak ni bwak basikal ni, aku pun terpegun la....ye la seumur hidup aku mne la pnah bawak basikal jenis cmni, lgpun zaman berkonvoi naik basikal aku dh lama berlalu, basikal yg prnah aku bwak dlu pun dh ntah kemana :) .....aku tgk basikal ni agak menarik design dia aku pun panggil la bdk yg naik basikal ni, bdaknya berbadan besar,tiba2 aku pun terpkir...x sakit ke basikal tu dia naik,hahahaha...aku pun tnya, dia ke owner basikal ni....dia kata bkn dia owner basikal tpi bdk yg dlm gmbar ni ownernya, aku pun apa lg...mntak handphone ayah aku, tngkap gmbar *handphone aku xde kamera, handphone Black & White Series bak kata Farid Ahmad (entri psal phone tu ada kat sini) *gmbar handphone dlm entri tu handphone kepunyaan aku :)  

aku pun mntak bdak tu parking basikal tu & jlankan tugas aku menangkap gambar...niat aku mmg la nk try naik basikal tu tpi aku risau plak x psal2 kne ganti tayar basikal dia tu, badan aku kan smakin 'kurus' nk naik basikal tu,hahahahaha ;D .... nk beli basikal cmni xde duit...yg menariknya *x tau la menarik ke x, kat basikal ni pun dh tertulis 'CHOPPER' :) ....klu aku ada anak nnti, aku xnk beli basikal tulis 'CHOPPER, aku trus beli motor 'CHOPPER' utk dia :)  
                                                                 

sebenarnya, aku x tau la 2,3 hari ni bila aku dgr nama ala2 seseorg tu trus aku jdi rasa lain....darah pun trus jdi berderau, nasib baik msih lg tenteram di jiwa :).... aku mengaku mmg aku bkn seorg yg berani.... x berani nk ckp, x berani & susah nk meluah ..bkn sbb ego, tpi kerana satu perasaan yg mngkin org lain x bleh ngn ssah utk interprete... perghhh, sgt ssah sbnarnya nk tulis ni...tpi aku gagahkn jgak utk menulis :) aku rse aku jdi cmni mngkin sbb cerita2 dlu yg smakin hari smakin meluput kot.... pada org yg mmbaca ni, msti ada yg tertanya2, mngkin ada yg tau,mngkin langsung xnk ambik tau tpi KISAH PLAK AKU :) ...realitinya, mngkin aku sorg je yg tau psal ni....dan secara jelas EGO dh mula jatuh & dh terasa kehadiran dia dh x TIADA...apa2 pun kepada smua kt luar sana, jgn jadi cm aku...EGO jtuh xpe tpi jnji jgn takut nk luahkan k :)


KALAU LA ORG TAHU....



aik knpa entri aku kali ni lain macam, ada yg x kena pada aku ke???? maaf kpada smua atau sesiapa yg terasa entri ni ada terkait dgn mereka....minta maaf sesangat,aku pun x tau knpa entri kli ni mengarut, meraban, merapu ngn hiperbola yg thap melampau2... :)             


SELALU MENGINGAT TERUS TERINGAT :)




                                   KETEMU LAGI!!!!;D

Wednesday, 4 May 2011

tiada kisah :)

ini entri ringkas...tnpa sebarang perkerjaan buat masa ni, aku telah mnjadi seorg PENGANGGUR terhormat bkn krana x mahu mncari kerja tpi mse utk bercuti x mngizinkn utk melakukannya ;D


kerja yg aku lakukan cuma kt rumah iaitu menjadi ASSISTANT BABYSITTER bg mak aku, memandangkan dua2 bdak tu kecik lagi, awal2 pagi aku dh layan Hi-5 lpas tu Postman Pat plak :) ....siap aku bleh hafal lirik lagu Postman Pat




bleh dikatakan diorg ni la pengejut tido aku wktu pagi,  rasa seronok bila diorg ada kat umah, terasa cm adik beradik sendiri plak 2 :) 







                                                     

nama panggilannya Ayyad, x sempat tngkap gmbar adik dia ni, sbb mse tu adik dia tgh tido....dia ni dduk ngn family aku since umur 3 bulan lg, sbb tu la aku bleh jdi rapat ngn sayang kt dia ni, kehadiran dua adik beradik ni jgak sikit sbyk dpt mengubat kerinduan aku pada sesuatu yg dirindukan aku, peneman kala sunyi la kononnya2 tpi mmg kehadiran diorg ni dpt la ubah sikit aku punya pertumbuhan kasih & sayang *ceh ;D ... nasihat aku kt diorg ni, dh besar nnti jgn lupakan abg k,hehehe ;D....ok smua, hri ni aku lngsung xde agenda, msing2 sbuk tinggal la aku sorg2 :) ...apa2 pun esk mngkin ada agenda yg bleh dilaksanakan...oh terlupa plak, tiba2 rasa rindu kat sesuatu, pada apa yg aku rindukan...mkin pelik aku rasa tpi KISAH PULAK AKU :)



                                          KETEMU LAGI!!!!;D

Tuesday, 3 May 2011

lagi OUTING DAY& peNASIHATan utk sebuah PERASAAN

YEAH!!!! hnya ini saja yg dpt diperkatakan semenjak dunia aku dh beralih arah 3 hari lpas, dri dunia belajar kini ke dunia yg berehat sebentar ;D...utk sekian tiga hari sesudah smpainya aku kt rmah ni, bleh dikatakan aku x merasa lg me'metang' kat umah....setiap kali waktu tengahari mahu berganjak ke daerah petang, ada saja jmputan utk men'geluar'kan diri mncari sesuatu...
hari ini aku masih mengulangi utk kembali ke destinasi yg sama sebagaimana entri aku yg semalam tu, MANDI SUNGAI LAGI!!!! ;D .... ini pun atas jemputan seorg rakan yg katanya dh dua hari bekalan air kt rumah dia terputus, eh apsal rmah aku ada je air??? rmah ko x byar air ek,hahahaha ;D 




sementelah aku mmg x reti mandi lagi waktu tu (pdahal jam dh berganjak pkul 2.30 ;D) , tnpa brpkir pnjg aku pun ON je la jmputan tu, tpi kli ni agendanya bkan nk mencari siput sedut lg tpi setakat nk menghabiskn masa mandi kt sungai tu je tpi ada niat lain, kononnya nk mengorat anak2 gadis bumiputera di sana *kne tiupan sumpitan bru tau,hahahaha ;D ... plus lg, hri ni hari cuti so ada jgak la gadis2 yg brsama2 'kawan2' diorg wktu tu,tpi kesah plak aku ;D... hri ni rombongan permandian cuma tiga org je, yg lain2 sbuk cari brang persiapan prkahwinan ;D  ...ni event yg x diplan atau dlm bhasa org kmpung aku UNPLANNED EVENT, pegi main redah je, nasib baik ada tmpt nk bermandi, klu x jawabnya mandi kt tandas stesen minyak je la ;D ...pe2 pun klu kwan2 nk pegi mandi2 kt sne tu, insyaallah aku bleh bwk, jnji bkn time musim tengkujuh n time air sungai besar a.k.a lebih kedalamannya *jnji serupa cm entri smlm :) 




enough with unplanned event aku tu * ceh speaking la plak...skg ni aku nk tulis psal post yg menarik minat aku, psal MEMENDAM PERASAAN ;) ...ni dia status yg aku ambik dri friend FB aku nama SASUKE ATIKU :)




Sebab-Sebab Anda Memendam Perasaan
• Malu
• Takut menjadi bebanan kepada orang lain
• Terlalu peribadi untuk dibincang
• Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
• Bimbang akan reaksi orang lain
• Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
• Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
• Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja
 
mngikut pemahaman aku dari yg mula smpai yg akhir tu, smuanya aku nk setuju kot...kdang2 prasaan malu tu dh menguasai diri dia akan related pada perasaan yg post nombor dua dan yg point nombor tiga tu mungkin btul jgak, ada org egonya trlalu tinggi n terasa mnde tu sgt2 peribadi bg diorg ek...pdahal bg org lain yg nk mendengar kata2 diorg tu psti akan terkeluarkn ayat 'ala benda basic je 2' ;D ...
 
yg point yg kelima tu lg la ada relevannya, dia tu tkut reaksi org lain tpi kan ada kata2 pujangga mengatakan 'belum cuba, belum tau'... once u try, u will make the DIFFERENT ;D ...persetankn psal tu tpi bg org yg telah, akan & bakal mengatakan psal sesuatu tu, hnya dia sendiri yg memahami perasaan waktu tu & bagi aku selagi kita TAK alami sesuatu situasi  hidup mati tu kita x akan dpt bayangkan apa tindakan yg kita nk lakukan, ckp mmg la senang, smua org bleh ckp tpi nk LAKSANAKAN tu sgt2 la payah ye teman2 ;D...apa2 pun kpada semua yg main pendam2 perasaan tu cpat2 la luah...mmg la kdang2 pendam tu ada perlu waktu2 nya tpi klu trlalu memendam pun x bagus jgak, silap2 bleh sakit jiwa & mlakukan bnda yg x dibenarkan ALLAH, bunuh diri... dahsyat tu ...tpi manusia yg beriman & waras of course la xkn lakukan mnde2 cm2 tu kan??? :)
aku tulis ni bkn bermakna aku tgh KECEWA tpi mngkin sbagai PERSIAPAN utk aku brsedia mnghadapi utk MASA DEPAN, mana la tau ditakdirkan ALLAH terjadinya kt aku psal mnde ni hari esok, skurang2nya aku ada panduan utk dijadikan rujukan :) ....aku mnulis bkn kerana nama *ceh cm tjuk lagu la plak...tpi ni jgak utk diri aku sendiri & mngkin bleh jadi 'guide' utk org lain yg nak jadikan entri ni bahan rujukan diorg, aku mempersilakan sbb ni utk aku ngn utk smua org...apa2 pun smoga smua drpd kita mndapat apa yg dihajati & semoga selamat buat smuanya ;D
 
tambahan ayat : hri ni aku berjaya x digigit pacat masa mandi sungai, selamat darah aku....hahaha ;D
ada lagi : esk aku kne jadi babysitter utk dua org budak kecik... sorg abang umur dh 3 thun, yg adik prempuannya umur 10 bulan....bleh la jdi contoh bkal bpak yg penyayang kot,hahaha :)
                                    
                    KETEMU LAGI!!!!;D 











Monday, 2 May 2011

perkenalan yg SINGKAT tpi BERMAKNA

dan seperti yg dijanjikan smlm, aku akan buat entri 'special punya' pasal akak2 dpan rmah sewa yg pnah 'bertakhta' di jiwa & raga spanjang stu sem ni,hahahaha....tpi seblum tu aku terlupa nk bagitau, hari ni msih lg 'outing day' utk aku ngn family...klu smlam pegi ke pantai tpi hri ni plak pegi menerjah ke sungai plak, nama sungai tu Sungai Kiol, nama air terjun dia Lata Meraung, terletaknya kawasan ni lbih kurg 15 minit dri bandar & kawasan ni gak kawasan perkampungan org asli, tpi aku x pegi blah air terjun, sgt tinggi ye teman2, x larat nk keatas, stakat mandi kt belah2 bawah je...klu korg nk pegi mandi sini, insyaallah aku bleh bwak ;D


sebenarnya agenda utama pegi ke sana ialah ayah aku ingin mencari si gelap yg berkedut iaitu En. Siput Sedut * tepuk2 utk beliau tersebut :) .... tpi bg aku ada dua sebab aku frust gila2 hari ni, yg pertama...celah2 jari kaki kiri aku kne gigit pacat, kurg ajar pnya pacat dlm rmai2 aku yg jgak kne, x psal2 berdarah byk...dh la mkn darah aku lpas tu hilang ke mana ntah, sedar2 darah dh byk kluar...mnde yg kedua mnyebabkn aku frust hari ni, aku x dpt cari langsung siput sedut yg hidup, seketul pun x dpt...yg aku dpt cuma siput sedut yg dh tinggal separuh badan & yg dh brapa minggu mati agaknya tu...dlm lima org yg pegi tu, aku sorg je yg FAILED, nmpk sgt x berbakat nk cari siput sedut :)...aku rasa ni effect dari kne gigit ngn pacat tu la sbb tu siput sedut x nk berjumpa ngn aku ;D



ok berbalik pada isu & agenda yg asal, aku nk tulis psal akak2 yg kt dpan rumah sewa aku ni, sebagaimana entri yg lpas, aku dh cerita kn skit sejarah awal pengenalan aku serumah brsama dgn akak2 ni... pengenalan hnya bermula cuma dgn RAKET & BULU TANGKIS...seingat aku ptg Ahad tu cuma aku ngn EJ yg bermain raket dpan rmah, waktu tu aku nmpk akak dua org ni tgk duk seronok2 main badminton...jdi berkata la EJ kpada aku, "jom pegi main kat sana,aku pun ON je la :)...waktu tu diorg ni main pkul raket dkt umah auntie Sabariah, penyewa kreta sewa....EJ pun mulakan la sinetron dia nk main badminton brsama, aku plak cuma jdi pembantu hero ,hahahaha...waktu tu brtnyalah EJ kpada diorg smbil bermain badminton...nama mereka KAK JIRAH ngn KAK AYU & sinetron tu terhenti stakat itu je...


dipendekkan crita, ada sorg lagi watak dlm sinetron ni, mula2 aku jmpa dia nmpk gaya permainan cm sorg yg aktif bersukan a.k.a atlet, rpenya bkan sorg atlet sbb selalu dia kne smash ngn EJ time main badminton, watak 2 x lain x bkan KAK YOYA,hahahaha ;D (jgn mrah k).... secara serius bleh dikatakan setiap ptg msti nk ketuk raket wlaupun sekejap, tgk diorg dh kluar gelanggang, aku ngn EJ pun pegi la nk lawan kononnya ;D 


perkenalan ni mkin brtambah erat bila EJ ajak pegi mngikut hantar KAK JERAH utk terdampar di PANTAI atas sbb2 tertentu :)...dan yg kemuncak utk perkenalan sekali bila kteorg smua dijemput utk ke kampung KAK AYU kt KG. IBOL, NEGERI SEMBILAN utk merasai keseronokan duduk di kampung, mandi kt Air Terjun Ulu Bendul, melawat Istana Seri Menanti...dari situ jgak la titik tolak perkongsian rasa antara satu sama lain bila ahli rombongan menceritakan sedikit sebanyak latar belakang mgenai diri & gam yg tercipta dari persahabatan ni mkin kuat melekat dan trus melekat bila sama2 menonton midnight movie 'Hikayat Merong Mahawangsa' , tpi sy duduk ala2 model kan KAK YOYA ngn KAK JERAH wktu crita tu,hahahaha ;D .....kenangan dlm rmah hantu, naik Ali Baba,main air tin "OK, TALIK...BILU sentiasa dlm kenangan, anda pasti xkn lupakan ada sorg insan yg snggup merangkak dlm rumah hantu utk mengelakkan dri dijerkah sang hantu ;D




kali terakhir kluar ngn diorg dua hari berturut, mlm yg permulaan brjalan2 menaiki bot RIVER CRUISE utk mnghabiskan voucher dri kak Yam & keesokkannya plak pegi tgk binatang dkt Zoo MELAKA....kenangan trakhir dgn WNK 4*4* bila berjaya dimandikan TEPUNG oleh aku ngn EJ,hahahaha, ingat bleh lpas ke klu lari lewat2 mlm, xlpas jgak akhirnya...sbnarnya plan ni dh dirancang sebulan setengah awal lagi, plan yg terbaik ni dtg tnpa disangka2...apa2 pun sori KAK JERAH ;D...utk KAK AYU, saya akan sentiasa merindui gaya DIVA mata pandang ke atas, tangan kat ada tu, trima ksih jgak sbb mengajak kami utk pulang ke Kg.Ibol utk merasai suasana kampung, nnti ajak la kteorg lagi k :) ....utk KAK YOYA plak, trima ksih krana bg skongan utk sy mnjadi seorg BLOGGER wlaupun x berbakat sgt, anda jgak la yg berjaya mngubah sy drpd pemikiran blog yg MEMBOSANKAN kpada MENYERONOKKAN, jgn lupa nama yg prnah diberi bila dh lpas 12 tgh malam tu,hahahaha






akhir skali, jgn dilupakan persahabatan yg prnah dibina selama ni...sy doakan kalian smua berjaya dlm mngejar cita2 yg tersendiri, segala pahit manis spnjang perkenalan ni psti akan dikenang & bila dh nk kahwin nnti, jgn lupa jmput kteorg, x dpt jadi FLOWER BOY pun jdi PENYEPIT pun bleh,hahahaha ;D.... semoga mndapat kejayaan yg gemilang dlm result exam nnti ,selamat MENG'GRAD'kan DIRI & trus MENYAMBUNG DEGREE...anda bertiga sentiasa di HATI ;D (persahabatan ni xkn terjadi klu kami menyombong diri, bkn pelajar NR & sebenarnya smuanya dh ditakdirkan tertulis dlm Qada & Qadar)




                         KAK JERAH, KAK YOYA & KAK AYU *we will miss u guys ;')

P.S :  ingat nk beli hadiah tanda perpisahan, tpi x smpat beli...sori smua, ada rezeki jmpa lg ;D


lg P.S : klu aku main tepung msti aku kena skali wlaupn aku MASTERMIND, buktinya masa mandikan WNK tu, aku kne jgak...sblum2 ni pun cmtu jgak...mknanya aku dh x bleh main TEPUNG la lpas ni :)




                                                       punya saya   :) ;D ;)






                                       KETEMU LAGI!!!!;D