setiap daripada jahitan yang dahulunya dibuat semakin lama semakin tertetas... padahal ianya sudah menggunakan benang yang berkualiti tinggi untuk menutupi rongga-rongga yang terbuka itu...nampaknya sudah jelas kemungkinan akan terkoyak semula sehingga terpaksa mencari akal yang terbaik untuk mengembalikannya pada bentuk yang terasal.
semuanya terpaksa diteruskan untuk menutupi segala ruang yang bakal terbuka... kerana andai kata jahitan itu terbuka, akan sampai satu tika habis isinya akan berteraburan sehingga bila-bila.
ianya juga bukan kerana takut akan kewujudan dengan bayang-bayang yang ada kerana bayang tersebut akan sentiasa mengikuti walaupun ia tidak diberikan sebarang permisi.... berkemungkinan juga ia bakal menjadi satu makhluk yang amat menyeramkan andai tidak berjaga-jaga dengan kehadirannya dan setiap pergerakan akan diteliti untuk mengelakkan diri untuk terus menjadi mangsa pengacauannya.
tidak dilupakan juga, setiap daripada jahitan itu ada seninya yang tersendiri, ianya juga bergantung pada sang penjahit untuk memilih cara yang terbaik untuk menyelesaikannya. kini tiba masa untuk tidak terus menerus bergerak ke hadapan andai kata masih ada yang menjadi halangan.
sebenarnya ianya juga bergantung samada berterusan untuk menjadi patung cendana atau menjadi satu patung yang diisikan tenaga untuk berlawan semula dan semuanya terpulang kepada sang penjahit untuk menampal atau mengikat semula apa yang terbuka supaya ianya tidak terus terluka dan berkemungkinan menjadi seakan-akan menggila. semoga takkan ada yang terus meluka sehingga bila-bila.
P.S : tulisan ini tiada kaitan siapa-siapa kerana ianya cuma satu cerekarita rekaan dan tiada subjek yang terlibat dalam kehidupan hitam putih ini :)
No comments:
Post a Comment