sedar tak sedar, hari ini dah masuk hari yang terakhir umat Islam berpuasa dan kita akan juga berpisah dengan bulan yang penuh
keberkatan dan kerahmatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak..... dan
ketika aku menulis untuk ini, sudah masuk untuk
waktu Imsak yang terakhir tahun 1434H bersamaan dengan 2013M.
di sini, keadaan jalan raya
semakin sibuk saat ini, peniaga-peniaga mula melancarkan serangan
bertubi-tubi untuk melariskan jualan mereka tidak kira jualan makanan, pakaian
dan sebagainya... dan kepada semua yang ingin pulang ke kampung untuk berhari
raya, berhati-hati di jalan raya dan pandu berhemah diucapkan kerana malang
tidak pernah berbau dan mengenal siapakah pemangsanya.
aku tak tahulah sama ada hari raya pada tahun ini akan memberi sejuta makna pada aku mahupun akan berpotensi untuk meninggalkan memori yang paling aku tak nak ingat buat selama-lamanya sebab aku rasa tahun ni tahun yang paling banyak memberikan kesan pada hidup aku
suku pertama tahun ni aku dapat rasakan kehidupan aku sedikit jatuh yang aku sendiri tak perasan... tapi syukurlah keadaan ni dah mula berubah bila masuk suku yang kedua sebab aku mula cari balik punca apa yang aku hilang sebelum ini.. dan aku rasa apa yang hilang pada diri aku ni adalah punca daripada salah aku sendiri, bukan atas faktor orang lain
dalam permasalahan aku ini tak ada sesiapa pun yang terlibat, semuanya salah dalam diri aku sendiri.... dan aku berharap kalau ada kesempatan aku mahu memperbetulkan semula semua kekhilafan supaya tak bertambah teruk nanti, mungkin juga aku perlukan semangat dan kekuatan inspirasi untuk menghadapi hari-hari mendatang ini... terima kasih buat semua sahabat yang memahami diri yang mungkin terlalu rumit ini.
semoga harapan pada Ramadan kali ini membawa makna yang sebaik-baiknya dan amalan yang dilakukan pada Ramadan kali ini mendapat syafaat daripada Allah S.W.T.
kepada semua, aku
ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin kepada semua
yang mengenali diri aku dan aku berharap andai ada silap dan salah aku,
ampun maaf diucapkan.
akhir kata, semoga kita semua akan diketemukan semula bulan Ramadhan di tahun 1435H/2014 M pula....insyaALLAH :)
P.S : "kadang-kadang aku tenggelam dalam prinsip yang dicipta aku sendiri"
No comments:
Post a Comment