Setelah ditimbang2 pkai kilogram, gram,tan dan dibilang dgn jari2 yg x brapa nk runcing, new post utk hri ni adalah utk mem 'post' kan karya kebanggaan sang teman yg juga merangkap kawan baik yg juga teman seperjuangan & teman seperumahan... bliau yg dikenali Zhazrizal Bone (search dlm Facebook) @ Mr. Bone... ini lah karya kebanggaan beliau... ;D
ERTI SEBUAH CINTA by zhazrizal bone
KETEMU LAGI!!!! ;D
ERTI SEBUAH CINTA by zhazrizal bone
Jika disebut dan ditanyakan tentang cinta sudah pasti terdapat banyak jawapan, pandangan dan pendapat seseorang. Tapi kadang-kadang terlalu banyak definisinya terhadap manusia, sehingga banyak menimbulkan kekeliruan di dalam kehidupan kita. Jika anda ditanyakan erti sebuah percintaan apakah pendapat anda? Sudah tentu pelbagai cetusan yang dilahirkan di dalam kotak pemikiran anda sehinggakan anda tidak tertahan untuk memuntahkannya untuk menjawab persoalan yang telah diajukan.
Dewasa kini begitu ramai orang mengunakan kata-kata keramat cinta untuk melampiaskan nafsu serakah mereka. sanggup mengorbankan maruah diri konon-kononnya kerana cinta. Tidak hairanlah berlakunya peningkatan kes pembuangan bayi di Negara kita. Cinta yang sebenar adalah cinta yang suci dan amat mendalam tafsirnya. Kini hanya bernamakan cinta tetapi tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan seks dan kepuasan di ranjang.
Cinta memang indah dan kadang-kadang melukakan, ramai yang bercinta kerana berdasarkan nafsu. Tanpa cinta maka tidak lengkaplah sesuatu perhubungan. Cinta tidak sahaja boleh didefinasikan melalui perhubungan lelaki dan wanita malahan cinta terhadap keluarga, sesama makhluk, cinta kepada alam dan sudah semestinya cinta agung kepada tuhan yang Maha Pencipta. Cinta hadir tidak perlu dipaksa tapi ianya hadir berdasarkan rasa kasih dan sayang. Jika cinta itu dipaksa maka akan deritalah sang pencinta tersebut.
Dewasa ini sang pencinta lebih cenderung mencintai seseorang berdasarkan kebendaan. Adakah ini yang dinamakan cinta? Jika dinilai sedalam-dalamnya ada juga kebaikan bercinta berdasarkan kebendaan, kerana disebabkan oleh ekonomi dan kos hidup yang semakin meningkat tinggi. Adakah anda mahu hidup susah dan sengsara selepas perkahwinan yang diikat berdasarkan cinta? Cinta memang perlu tapi didalam percintaan haruslah berwaspada, terleka sesaat maka akan meranalah untuk sepanjang kehidupan. Cinta juga boleh mengubah sikap dan pendirian seseorang, sehingga menyebabkan kita menagungkan cinta. Kadang-kala sesuatu permusuhan dan sengketa dapat diselesaikan melalui suatu hubungan yang dinamakan cinta.Percayalah tentang adanya cinta namun juga harus berhati-hati dan dapat menilai sesuatu intan atau permata.
Pada zaman sekarang sang pencinta mencintai seseorang berlandaskan hawa nafsu. Tidak hairanlah terdapat pendapat bahawa lelaki memberikan cinta kepada perempuan untuk mendapatkan seks manakala perempuan memberikan seks untuk mendapatkan cinta. Jika diteliti hal ini nyata tidak selaras dengan adab dan batas-batas pergaulan didalam agama islam. Sebagai umat islam kita perlulah menjauhi perbutan zina bagi menjamin keturunan dan memelihara maruah diri. Erti cinta sekarang tidak banyak bezanya hanyalah dipengaruhi oleh nafsu semata-mata.
Cinta sungguh indah untuk ditafsirkan tapi kita perlu menilai antara cinta yang didorong oleh nafsu ataupun cinta yang sesungguhnya. Cinta yang sesungguhnya ialah sang kekasih tidak sanggup untuk melihat orang yang mereka cintai menderita dan diseksa. Mereka juga menjaga dan menjadi pelindung kepada insan yang mereka cintai. Kadang-kala cinta juga tidak seharusnya diakhiri dengan ikatan pernikahan. Hal ini kerana, sang pencinta tidak sanggup melihat insan yang mereka cintai harus berpisah dengan keluarga dan darah daging kerana cinta mereka tidak direstui orang tua. Jika anda seorang pencinta yang sebenar sudah pasti anda tidak hanya mengikut kehendak diri anda untuk terus bersama dengan insan yang anda cintai. Sebaliknya anda melepaskan insan tersebut kerana tidak mahu insan tersebut hidup di dalam buangan keluarga dan merana sepanjang kehidupan mereka. Biarlah anda berkorban kerana mungkin itu adalah jalan yang terbaik untuk bersama. Jika anda melakukan pengorbanan ini sudah semestinya anda adalah sang pencinta yang telus. Ketelusan yang dimaksudkan ialah anda sanggup mengundur diri demi insan yang dicintai kerana anda tidak mahu melihat senyuman dan riak wajahnya yang gembira lenyap semata-mata kerana cinta buta. Cinta yang sebenar seharusnya merelakan bagi mendapatkan keputusan yang terbaik bagi kedua-dua belah pihak, umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
Kebelakangan ini, bilangan pembuangan anak semakin meningkat dan ini menimbulkan bibik-bibik kebimbangan di dalam hati masyarakat. Hal ini kerana, statistik ini jelas memaparkan bahawa kita semakin kurang akal ataupun boleh didefinisikan sebagai gila. Bilangan juga menunjukkan lebih daripada 80% pembuangan bayi ini telah dilakukan oleh mereka yang telah terlanjur. Jelas bahawa cinta sekarang hanya terdorong kepada nafsu. Kita sebagai masyarakat perlulah berkerjasama membanteras maksiat ini kerana kita sebagai umat islam merupakan khalifah di atas muka bumi ini. Amal makruf nahi mungkar mestilah diterapkan dan disemat didalam hati. Bercintalah untuk keredhaan Allah dan janganlah bercinta mengikut nafsu.
Cinta kepada tuhan adalah cinta yang paling agung dan suci. Jika nilai cinta ini dapat disematkan insyallah berkatlah hidup kita. Begitu banyak pergorbanan dan usaha yang perlu kita laksanakan untuk mendapatkan keredhaan dan cinta kepada tuhan. Kita perlulah menyintai tuhan kita kerana kita adalah maklukNya. Sekaya manapun seseorang itu di muka bumi jika mereka tidak menyintai tuhan dan agama mereka sudah pasti hidup mereka diselubungi ketidak tenteraman dan sentiasa hidup dalam gelisah dan iri hati. Hal ini kerana, mereka tidak mendapat kerberkatan dari ilahi.
Cinta kepada kedua ibu bapa, sebagai seorang anak wajib kita mencintai dan mentaati kedua ibu bapa kita. Hal ini kerana, jika tiada mereka sudah pasti tidak akan wujudnya kita di atas muka bumi ini. Setiap degupan jantung dan darah yang mengalir di dalam tubuh badan kita adalah dari darah mereka. Walaupun ibu bapa kita tidak sempurna dari sudut fizikal mahupun mental tetapi kita tidak seharusnya membuang mereka dan membenci mereka. anggaplah diri kita bertuah kerana dianugerahkan keluarga yang begitu. Ketidak sempurnaan itu kita anggap sebagai suatu hikmah dari tuhan untuk menyedarkan kita bahawa tidak semua perkara di dunia ini sempurna. Cintailah keluarga kita dan berbaktilah kepada mereka sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir.
Cinta sesama makluk, sebagai makluk ciptaan Allah kita perlulah saling tolong-menolong dan berkasih-sayang. Hal ini kerana, melalui inilah akan wujudnya perpaduan dan semangat berkerjasama.Cinta ini juga yang menyebabkan manusia lupa dan terlalai tentang tujuan ciptaan manusia di atas muka bumi. Tuhan tidak pernah melarang untuk bercinta namun kita seharusnya pandai menilai kesucian cinta tersebut.
Fitrah naluri manusia memerlukan cinta kerana cinta diciptakan sungguh indah untuk mematangkan diri manusia, namun janganlah bercinta jika ianya boleh merosakkan diri serta menjatuhkan maruah diri, keluarga dan agama. Berfikir biarlah matang dan sedarlah akan setiap perlakuan mencerminkan keperibadian diri. Bercintalah sepuas-puasnya namun mestilah mengikuti batas-batas pergaulan dan insyallah erti cinta yang sebenar akan dapat digapai seperti cinta kepada tuhan serta kisah-kisah cinta yang agung seperti Adam Hawa, Romeo Juliet dan Laila Majnun.
sangat setuju dengan ayt "janganlah bercinta jika ianya boleh merosakkan diri serta menjatuhkan maruah diri, keluarga dan agama."
ReplyDeletewah, mr.bone pun pandai berkarya lah. :)
dia mmg pndai mnulis karya2 cmni,lgpun dia pnah mnang anugerah mata pelajaran terbaik bhasa melayu...tjuk sbnar artikel dia ni MELAMPIASKAN NAFSU MELALUI CINTA... ;D
ReplyDelete