Thursday, 21 June 2012

tiga 'kenapa'

salam buat semua..... ketika aku sedang menulis ni, dah genap dua bulan aku tak menjenguk ke sini, dan baru sekarang aku dapat 'kekuatan' untuk menulis semula.... dah lama tak bukak link blog aku ni, aku tengok interface blogger ni dah berubah seratus peratus, aku sendiri pun hampir-hampir tersalah tekan :)

kenapa aku menulis semula??? kerana aku merasakan sudah tiba masanya untuk aku cuba untuk bergiat aktif semula dalam dunia penulisan ruangan blogger ni...

sepanjang 'percutian' selama tiga bulan ni, bermacam perubahan yang terjadi pada aku.... kalau orang lain masa cuti ni akan jadi raja makan tapi tak bagi aku kerana semakin hari selera makan aku semakin berkurangan dan aku tak tahu kenapa ini boleh berlaku pada aku???... tak akan faktor merindui akan seseorang menyebabkan selera aku berkurang???...ini mustahil, siapa insan yg aku rindui?? aku rasa ini mungkin kecelaruan minda kot,hehehe


dah dekat sebulan aku tak timbang berat badan, aku cuba untuk menimbang tiba2 aku dapat tengok yang berat aku berubah sebanyak angka iaitu 57,58,59 kadang-kadang 60kg semula...atau si alat penimbang berat tu dah rosak atau aku sendiri punya angkara???aku sendiri pun tak paham :)

aku juga ubah rambut style rambut aku...kalau orang lain masa cuti adalah masa untuk menyimpan rambut yang lebih panjang tapi tidak bagi aku... sebab aku dah 'memendekkan' rambut aku hingga ke nombor dua, dan sehingga panggilan 'botak' terlekat pada aku, kawan-kawan aku mengatakan aku persis seorang sami *oh kejam sungguh mereka :) .... tapi kenapa aku botak??? di samping aku bukan jenis orang yg selesa dengan rambut yang terlalu panjang dan risau tumbuhnya kelemumur di sekitar kulit kepala, sebenarnya ada rahsia kenapa aku lakukan sebegini.... aku memendekkan rambut adalah kerana masih banyak lagi impian yang aku tak tercapai dan mungkin tak dapat ditunaikan langsung, aku rasa aku berjaya menyebabkan perasaan aku menjadi 'tawar hati' dan aku tak tahu kenapa ini terjadi

tapi aku tak akan berterusan memendekkan rambut kerana cara ini akan menyebabkan rambut akan menjadi 'merajuk' dan tak akan tumbuh lagi :)


apa-apa pun mungkin ini, hanyalah ungkapan awal untuk persoalan 'kenapa' .... mungkin selepas ini akan ada lagi bahagian kedua persoalan kenapa...dan harapan aku, aku mengharapkan ada 'insan' yang sedang merindui aku dan aku harap tiada lagi persoalan 'tawar hati' yang menghinggapi jiwa aku... walaupun aku mendiamkan diri tapi sebenarnya banyak yang dipendam di dalam hati dan aku berharap rindu ini akan berbalas satu hari nanti :)


doakan berjaya aku dalam exam MUET sebagai calon persendirian awal bulan Julai dan hujung Julai nanti.... aku doakan kepada sesiapa yang sama-sama mengambil exam tu akan dapat apa yang dihajati dan aku mahu tahu walaupun aku sentiasa jauh tapi jiwa kau tetap aku rindu dan setiap saat aku tak pernah melupakan 

Sunday, 22 April 2012

secebis kisah

akhirnya, setelah hampir 2 bulan lebih aku tak post sesuatu yang baru kat dalam si Hitam Putih ni, aku akan cuba menulis apa yang aku rasa nak tulis hari ni.... bukan aku tak nak post tapi sebenarnya aku nak mencari bahan yang baik untuk dipost, selain dari tu masalah broadband yang kadang-kadang sedikit perlahan kelajuannya, sedikit sebanyak berjaya merencatkan semangat aku nak menulis dekat sini


sepanjang sebulan aku berada di rumah selepas berjaya menamatkan pengajian diploma selama tiga tahun, bermacam-macam yang aku lalui.... tapi yang aku nak nukilkan kat sini adalah, adakah masyarakat kita hari ni dah semakin kurang sikap prihatinnya terhadap insan yang lain...aku pun terfikir-fikir persoalan ni

ceritanya lebih kurang macam ni.... masa aku tunggu kawan aku dkt stesen kereta api lebih kurang pukul 4 pagi *sepatutnya kereta api dia sampai dalam pukul 3 pagi....aku tengok ada sorang pakcik berjubah, berkopiah.... tidur dengan penuh lena atas kerusi batu sambil satu beg kecil dialas untuk dijadikan bantal, aku tengok muka dia kesian betul, keletihan agaknya sebab tunggu kereta api sepatutnya sampai awal


dan tibanya sampai kereta api yg kawan aku naik dari kelantan, tak ada sorang pun orang yang tolong kejutkan dia bertanya yang dia naik kereta api yang mana satu.... sesampai saja kereta api dari Kelantan, aku tengok ramai yang terus meluru masuk ke perut kereta api, tanpa menghiraukan pakcik tu.... dan aku kesian tengok dia sebab tak ada orang yang nak kejutkan dia, aku terus ambil inisiatif tolong kejutkan dan tanya adakah dia nak naik kereta api, dan lepas aku kejut, terus dia meluru masuk ke dalam kereta api dan aku dengan kawan aku tadi terus pulang ke rumah.

kisah ini bukan aku nak berbangga sebab berbuat baik ke apa tapi aku terfikir-fikir, takkan la tak ada orang yang nak kejutkan dia?? dan aku tak dapat bayangkan kalau aku pun tak ambik inisiatif nak kejutkan dia??? entah-entah dia tak akan dapat nak naik kereta api pagi hari tu

apa-apa pun aku masih berfikir positif yang waktu tu mungkin penumpang kereta api lain memikirkan tentang takut ditinggalkan kereta api yang dah nak bergerak ke selatan tanah air tu.... dan semoga perjalanan pak cik tu masa hari kejadian dalam keadaan baik saja :)


semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sentiasa dan cuba menjadi orang yang prihatin terhadap diri sendiri, dan orang lain :)

P.S : aku amat merindui seseorang, adakah seseorang itu juga merindui aku yang jauh di sini?? OH!!!

Friday, 3 February 2012

KECEWA adalah warna biasa

sedar tak sedar dah masuk hari Jumaat, penghulu segala hari pun.... tak ada apa perkara yang istimewa pun untuk aku lalui sepanjang hari ini kerana semuanya berjalan seperti biasa mengikut apa yang dirancang.

sebenarnya apa yang aku menulis tentang sebuah KEKECEWAAN itu bukan untuk aku sendiri, tetapi ada kaitan dengan diri orang lain dan aku harap 'orang tersebut' terus tabah untuk menghadapi hari-hari yang penuh berliku.... tipulah kalau tak ada orang dalam dunia ni tak pernah lalui perasaan KECEWA, aku sendiri pun pernah alami perkara ni dan setiap orang punya cara yang berbeza untuk berdepan dengan hal tersebut


aku juga tak tahu apa perasaan yang menggamit aku untuk menulis tentang KECEWA ini...adakah aku sedang dilanda rasa kecewa??? oh mungkin tidak.... sebenarnya aku bukanlah jenis yang terlalu jiwang tentang sesuatu perkara sehinggakan orang disekeliling berasa jelik untuk mendengarnya

sebenarnya kecewa itu adalah warna yang biasa untuk kehidupan sebagai manusia, jika tiada perasaan kecewa, manusia mungkin akan terlupa tentang sesuatu apa yang ada dalam diri mereka...semoga KECEWA itu dapat diubat dengan ubat yang mungkin ada istimewanya dan perbuatan BUNUH DIRI, meminum racun bukanlah ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan rasa kecewa itu


aku mengharapkan kebaikan akan datang kepada kita semua :)

 

Tuesday, 31 January 2012

secebis kisah sepanjang bulan ini

selepas untuk sebulan tiada diupdate, aku hanya dpt meng 'highlight' kan sedikit sebanyak apa yang berlaku sepanjang bulan ini :)

1. berkenalan dgn jiran sebelah dkt rumah sewa ni *opsss,hahaha
2. kelas seminggu sekali, dan habiskan banyak masa di rumah
3. kalau tak habiskan banyak masa dkt rumah, habiskan masa dekat rumah sewa pun jadilah :)
4.  aku mesej semula, orang yang dah lama aku tak jumpa *dah cukup sebulan lebih pun
5. perpindahan tempat oleh insan yang sedikit sebanyak mewarnakan kehidupan aku setiap hari di rumah dan.....
6. aku dah tak ingat apa lagi yang nak tulis :)




P.S : utk insan yang telah mewarnai sepanjang hidup aku di rumah, semoga kita akan dapat berjumpa lagi, walaupun adik-adik jauh di mata tapi adik-adik semua dekat di hati abang

ketahuilah insan yang dah lama aku tak berjumpa, aku sentiasa mengingati kamu.... selamat berjaya dalam kehidupan kamu :)





Saturday, 31 December 2011

selamat tinggal kawanku, encik 2011

setelah hampir sebulan dua puluh satu hari aku tak menjenguk ke si Hitam Putih ini, akhirnya berjaya juga aku menerobos masuk setelah begitu lama aku menjadi sepi seperti ini.... sedar tak sedar tinggal berapa jam lagi untuk meninggalkan tahun 2011 yang penuh mencabar dan juga dugaan ini

kalau dikembalikan semula semua memori yang pernah aku lalui sepanjang tahun ini semuanya ada ceritanya yang tersendiri, yang mana kisahnya begitu pedih utk aku rasa, aku buang dan campakkannya sejauh-jauh hingga terluput habis dari ingatan.... kisah satu dimensi yang berbeza dari perspektif hidup yang aku sendiri tak pernah terfikir untuk lalui selama ini juga telah membuatkan pandangan kehidupan aku jauh lebih berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini

apa-apa pun semoga tahun baru 2012 Masihi ini akan memberikan dan menjanjikan satu pencapaian yang istimewa utk diri aku dan semoga tahun 2012 ini menjadi pemangkin semangat untuk aku terus maju... SEMOGA TAHUN 2012 menjanjikan kebaikkan kepada semua dan aku seolah-olah tidak sabar untuk melaluinya

SELAMAT TINGGAL 2011, aku takkan temui kamu lagi
SELAMAT DATANG 2012 ;D


&
SELAMAT BERJAYA SEMUA ;D 

P.S : 31 Disember juga adalah ulang tahun salah seorang kawan baik aku, Shahrul Azren a.k.a Mail Perut Lambung, SELAMAT HARI JADI dengan ucapan semoga berbahagia dan teruskan berjaya untuk masa depan ....HIDUP MAIL ;D


sincerely nya secara ikhlas ucapan khas dari Yien a.k.a Botok (sebutan = Botak ) *aku la tu ;D

Thursday, 10 November 2011

selepas SEBULAN DAN LAPAN HARI

oh, nampaknya dh lama aku x menulis dlm si Hitam Putih kesayangan ini, aku lihat ia boleh diibaratkan juga seolah2 seperti sebuah rumah yg semakin usang, yg menunggu hari utk diruntuhkan


sepanjang sebulan dan sepuluh hari aku x menjenguk si Hitam Putih ini, bermacam2 aku lalui.... bermacam2 cerita yg mengejutkan, cerita yg menggembirakan, cerita yg meyedihkan & cerita yg boleh membuatkan hati menjadi x tenteram dek kerana satu igauan utk sebuah cerita.... jadi sekarang ini aku telah melalui detik yg terbaru di dalam hidup aku iaitu menjadi bapa saudara kepada anak saudara perempuan aku dgn memegang pangkat PAK UDA :)

aku masih lagi x percaya yg aku sudah menjadi seorg bapa saudara kepada anak perempuan yg baru lagi berusia 10 hari semasa aku menulis ini...dia lahir pada tarikh 1/11/11 pada pkul 4.44 petang, amat cantik sekali kombinasi nombor ini..dan pada malam tarikh itu juga berlaku juga tragedi yg menimpa kawan baik aku sendiri, yg kemalangan motorsikal dek akibat kesalahan org lain sehinggakan dia terpaksa jalani pembedahan utk memulihkan semula tulang di lengan kirinya yg patah.... Hazif Fijasri, semoga engkau cepat sembuh dan dpt lakukan aktiviti harian seperti biasa :)


dan juga impian aku sepanjang belajar ini utk mencapai target walaupun tidak terlalu menggunung juga berjaya selepas hampir 4 kali mencuba tanpa berputus asa.... walaupun tidak sehebat rakan2 sekuliah yg lain tetapi sekurang-kurangnya aku berjaya mencapai sasaran aku sendiri...kerisauan aku terhadap satu subjek yg pernah menjadi mimpi ngeri juga terjawab walaupun hanya sekadar 'cukup makan' tpi ia sudah cukup utk melegakan hati aku...aku juga bersyukur kpada Allah S.W.T kerana sepanjang 5 semester aku belajar, aku tak pernah gagal dlm semua subjek utk semester yg aku lalui..AKU SANGAT BERSYUKUR


kejayaan aku ini juga datangnya dari dorongan keluarga aku, rakan2 aku sendiri & juga DIA yg pernah bertemu di hati ;D...TERIMA KASIH KALIAN SEMUA.... semoga di semester akhir iaitu episod yg ke-6 ini akan bertambah baik pengakhirannya, aku berjanji akan kotakan janji2 manis aku dulu ;D & mendoakan semoga semuanya berjalan lancar..AMIN


P.S : aku rasa mcm seronok bila tgk gmbar org bergraduasi sambil memakai jubah & memakai topi semasa hari KONVO itu...insyaALLAH akan sampai juga waktu aku & rakan2 yg lain utk menghadapi hari bersejarah bagi diri masing-masing tu :) 

Sunday, 2 October 2011

DUA lagi

oh, seronok aku mendengar masing2 dh ramai meng'update' yg mereka sudah kehabisan kertas peperiksaan utk dijawab *maknanya exam dh habis la tu ;D 

aku plak tinggal lagi dua kertas yg sedang menunggu....secara kebetulan plak sama waktu dgn budak2 yg nak jawab exam PMR Selasa ni....kpada adik-adik yg nk jawab PMR, selamat menjawab dgn jayanya, semoga dpt truskan pelajaran kt sekolah yg lebih bagus kt masa dpan, jawablah dgn elok & berjayalah sgn cemerlang yg paling bagus & berwarna warni ;D

Wednesday, 14 September 2011

secoretan BAB ke- 5

wow, dh lama aku x menjenguk ke dalam ini ruang, bukan kerana apa dh lama x menejnguk tpi ada sebab2 yg tertentu knapa aku dh lama x ke sini.... alhamdulillah, semalam bersamaan dgn hari Selasa, bleh dikatakan seluruh warga kelas aku semuanya tersenyum lebar selepas masing2 dh berjaya membuang hampir sejuta kilo beban yg terletak di atas kepala setiap seorg sepanjang semester ini....


walaupun kisah semester ini hampir sama skripnya seperti semester lepas tapi sejak naik cuti raya ni, aku dpt dirasakan 'kegilaan' semester ini seperti yg selalu di war-warkan senior2 yg berjaya menghadapinya....sekarang semuanya dh mungkin menjadi lipatan sejarah & berharap buku 'sejarah' ini ditutup terus & x perlu dibukakan lagi muka suratnya

apa2 pun kpada semua, selamat berstudy utk 4 paper yg akan mendatang...SELAMAT BERSTUDY semua, semoga mendapat kecemerlangan yang flying with colours ;D 

P.S :entri kali ini hampir sama skripnya dgn entri yg lampau (klik sini) & aku terasa seolah2 rindukan CINDERELLA yg sekarang dgn ucapan 'apakah yg sedang dilakukan dia' ;D

Monday, 29 August 2011

bertemu lagikah kita RAMADHAN

jam menunjukkan pkul 3.25 pagi & saat ini ada adalah waktu imsak yg terakhir utk 1432 Hijrah bersamaan tahun 2011 dan pada sebelah malam akan yg akan mendatang ini juga berkemungkinan besar kita akan menghadapi waktu berbuka puasa yg terakhir utk tahun ini jika diizinkan Allah anak bulan akan muncul malam esk, menandakan hari Selasa kita akan bertemu bulan yg mulia, bulan Syawal...

oh, jalan raya smua sibuk skg ni....s o kepada yg nk balik kmpg tu, hati2 di jalan raya.... kpada awak, awak && awak, saya rindukan kelibat awak, awak.... nnti kita bertemu lagi k..SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN SEMUA 

P.S : sempat bertemu lagikah kita di bulan Ramadhan yg akan mendatang tahun seterusnya plak??? hanya TUHAN yg mengetahui segalanya :)

Thursday, 18 August 2011

harapan pada usia 20 :)

sedar x sedar dh 20 tahun aku bernafas di dunia yg penuh pancaroba ni.... ni bermakna dah dua dekad, pasti mak ayah aku pun x sedar yg aku dh berusia sebegini

apa2 pun terima kasih pada semua yg ucapkan hari jadi pada aku x kira dari saluran mana pun...aku amat menghargainya ;D

semoga kita semua dpt capai apa yg paling kita impikan di dalam hidup sepanjang hari2 yg mendatang ini...selamat menjaga diri & jaga kesihatan semua :)