Friday 3 February 2012

KECEWA adalah warna biasa

sedar tak sedar dah masuk hari Jumaat, penghulu segala hari pun.... tak ada apa perkara yang istimewa pun untuk aku lalui sepanjang hari ini kerana semuanya berjalan seperti biasa mengikut apa yang dirancang.

sebenarnya apa yang aku menulis tentang sebuah KEKECEWAAN itu bukan untuk aku sendiri, tetapi ada kaitan dengan diri orang lain dan aku harap 'orang tersebut' terus tabah untuk menghadapi hari-hari yang penuh berliku.... tipulah kalau tak ada orang dalam dunia ni tak pernah lalui perasaan KECEWA, aku sendiri pun pernah alami perkara ni dan setiap orang punya cara yang berbeza untuk berdepan dengan hal tersebut


aku juga tak tahu apa perasaan yang menggamit aku untuk menulis tentang KECEWA ini...adakah aku sedang dilanda rasa kecewa??? oh mungkin tidak.... sebenarnya aku bukanlah jenis yang terlalu jiwang tentang sesuatu perkara sehinggakan orang disekeliling berasa jelik untuk mendengarnya

sebenarnya kecewa itu adalah warna yang biasa untuk kehidupan sebagai manusia, jika tiada perasaan kecewa, manusia mungkin akan terlupa tentang sesuatu apa yang ada dalam diri mereka...semoga KECEWA itu dapat diubat dengan ubat yang mungkin ada istimewanya dan perbuatan BUNUH DIRI, meminum racun bukanlah ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan rasa kecewa itu


aku mengharapkan kebaikan akan datang kepada kita semua :)

 

No comments:

Post a Comment