Thursday 21 June 2012

tiga 'kenapa'

salam buat semua..... ketika aku sedang menulis ni, dah genap dua bulan aku tak menjenguk ke sini, dan baru sekarang aku dapat 'kekuatan' untuk menulis semula.... dah lama tak bukak link blog aku ni, aku tengok interface blogger ni dah berubah seratus peratus, aku sendiri pun hampir-hampir tersalah tekan :)

kenapa aku menulis semula??? kerana aku merasakan sudah tiba masanya untuk aku cuba untuk bergiat aktif semula dalam dunia penulisan ruangan blogger ni...

sepanjang 'percutian' selama tiga bulan ni, bermacam perubahan yang terjadi pada aku.... kalau orang lain masa cuti ni akan jadi raja makan tapi tak bagi aku kerana semakin hari selera makan aku semakin berkurangan dan aku tak tahu kenapa ini boleh berlaku pada aku???... tak akan faktor merindui akan seseorang menyebabkan selera aku berkurang???...ini mustahil, siapa insan yg aku rindui?? aku rasa ini mungkin kecelaruan minda kot,hehehe


dah dekat sebulan aku tak timbang berat badan, aku cuba untuk menimbang tiba2 aku dapat tengok yang berat aku berubah sebanyak angka iaitu 57,58,59 kadang-kadang 60kg semula...atau si alat penimbang berat tu dah rosak atau aku sendiri punya angkara???aku sendiri pun tak paham :)

aku juga ubah rambut style rambut aku...kalau orang lain masa cuti adalah masa untuk menyimpan rambut yang lebih panjang tapi tidak bagi aku... sebab aku dah 'memendekkan' rambut aku hingga ke nombor dua, dan sehingga panggilan 'botak' terlekat pada aku, kawan-kawan aku mengatakan aku persis seorang sami *oh kejam sungguh mereka :) .... tapi kenapa aku botak??? di samping aku bukan jenis orang yg selesa dengan rambut yang terlalu panjang dan risau tumbuhnya kelemumur di sekitar kulit kepala, sebenarnya ada rahsia kenapa aku lakukan sebegini.... aku memendekkan rambut adalah kerana masih banyak lagi impian yang aku tak tercapai dan mungkin tak dapat ditunaikan langsung, aku rasa aku berjaya menyebabkan perasaan aku menjadi 'tawar hati' dan aku tak tahu kenapa ini terjadi

tapi aku tak akan berterusan memendekkan rambut kerana cara ini akan menyebabkan rambut akan menjadi 'merajuk' dan tak akan tumbuh lagi :)


apa-apa pun mungkin ini, hanyalah ungkapan awal untuk persoalan 'kenapa' .... mungkin selepas ini akan ada lagi bahagian kedua persoalan kenapa...dan harapan aku, aku mengharapkan ada 'insan' yang sedang merindui aku dan aku harap tiada lagi persoalan 'tawar hati' yang menghinggapi jiwa aku... walaupun aku mendiamkan diri tapi sebenarnya banyak yang dipendam di dalam hati dan aku berharap rindu ini akan berbalas satu hari nanti :)


doakan berjaya aku dalam exam MUET sebagai calon persendirian awal bulan Julai dan hujung Julai nanti.... aku doakan kepada sesiapa yang sama-sama mengambil exam tu akan dapat apa yang dihajati dan aku mahu tahu walaupun aku sentiasa jauh tapi jiwa kau tetap aku rindu dan setiap saat aku tak pernah melupakan 

No comments:

Post a Comment