Sunday 22 April 2012

secebis kisah

akhirnya, setelah hampir 2 bulan lebih aku tak post sesuatu yang baru kat dalam si Hitam Putih ni, aku akan cuba menulis apa yang aku rasa nak tulis hari ni.... bukan aku tak nak post tapi sebenarnya aku nak mencari bahan yang baik untuk dipost, selain dari tu masalah broadband yang kadang-kadang sedikit perlahan kelajuannya, sedikit sebanyak berjaya merencatkan semangat aku nak menulis dekat sini


sepanjang sebulan aku berada di rumah selepas berjaya menamatkan pengajian diploma selama tiga tahun, bermacam-macam yang aku lalui.... tapi yang aku nak nukilkan kat sini adalah, adakah masyarakat kita hari ni dah semakin kurang sikap prihatinnya terhadap insan yang lain...aku pun terfikir-fikir persoalan ni

ceritanya lebih kurang macam ni.... masa aku tunggu kawan aku dkt stesen kereta api lebih kurang pukul 4 pagi *sepatutnya kereta api dia sampai dalam pukul 3 pagi....aku tengok ada sorang pakcik berjubah, berkopiah.... tidur dengan penuh lena atas kerusi batu sambil satu beg kecil dialas untuk dijadikan bantal, aku tengok muka dia kesian betul, keletihan agaknya sebab tunggu kereta api sepatutnya sampai awal


dan tibanya sampai kereta api yg kawan aku naik dari kelantan, tak ada sorang pun orang yang tolong kejutkan dia bertanya yang dia naik kereta api yang mana satu.... sesampai saja kereta api dari Kelantan, aku tengok ramai yang terus meluru masuk ke perut kereta api, tanpa menghiraukan pakcik tu.... dan aku kesian tengok dia sebab tak ada orang yang nak kejutkan dia, aku terus ambil inisiatif tolong kejutkan dan tanya adakah dia nak naik kereta api, dan lepas aku kejut, terus dia meluru masuk ke dalam kereta api dan aku dengan kawan aku tadi terus pulang ke rumah.

kisah ini bukan aku nak berbangga sebab berbuat baik ke apa tapi aku terfikir-fikir, takkan la tak ada orang yang nak kejutkan dia?? dan aku tak dapat bayangkan kalau aku pun tak ambik inisiatif nak kejutkan dia??? entah-entah dia tak akan dapat nak naik kereta api pagi hari tu

apa-apa pun aku masih berfikir positif yang waktu tu mungkin penumpang kereta api lain memikirkan tentang takut ditinggalkan kereta api yang dah nak bergerak ke selatan tanah air tu.... dan semoga perjalanan pak cik tu masa hari kejadian dalam keadaan baik saja :)


semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sentiasa dan cuba menjadi orang yang prihatin terhadap diri sendiri, dan orang lain :)

P.S : aku amat merindui seseorang, adakah seseorang itu juga merindui aku yang jauh di sini?? OH!!!

No comments:

Post a Comment