alhamdulillah, Allah memanjangkan usia aku untuk terus merasai nikmat yg dikurniakan -Nya dan hari ini umur aku genap 21 tahun.... sedar tak sedar dah dua puluh satu tahun usia aku dan bermacam-macam peristiwa, kejadian dan pengalaman terjadi kepada aku sepanjang kehidupan ini
sedar tak sedar jugak, umat Islam akan juga berpisah jua dengan bulan yang penuh keberkatan dan kerahmatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak..... dan ketika aku menulis untuk si Hitam Putih ini, sudah kira-kira masuk untuk waktu Imsak yang terakhir tahun 1433H bersamaan dengan 2012M
aku langsung tak menyangka yang tarikh ulang tahun aku jatuh pada hari Ramadhan yang terakhir dan aku tak dapat berbohong kepada diri sendiri untuk mengatakan bahawa aku akan terus merindui bulan Ramadhan dan aku sentiasa berdoa untuk terus sihat, dipanjangkan usia dan akan bertemu semula Ramadhan di tahun yang akan datang
keadaan jalan raya semakin sibuk saat ini, peniaga-peniaga mula melancarkan serangan bertubi-tubi untuk melariskan jualan mereka tidak kira makanan, pakaian dan sebagainya...dan kepada yang ingin pulang ke kampung untuk berhari raya, hati-hati dijalan raya dan pandu berhemah diucapkan kerana malang tidak pernah berbau dan mengenal siapakah pemangsanya
kepada semua, aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri aku dan aku berharap andai ada silap dan salah aku, ampun maaf diucapkan....
akhir kata, semoga kita semua akan diketemukan semula bulan Ramadhan di tahun 1434H/2013 M pula....insyaALLAH :)
P.S : kepada semua yang mendoakan kesejahteraan aku, aku amat amat amat menghargai doa kalian dan semoga Allah merahmati kalian semua dan aku mendoakan yang terbaik untuk kalian...AMIN :)
Saturday, 18 August 2012
Saturday, 21 July 2012
ku bertemu semula denganmu, wahai Ramadhan
salam buat semua.... ketika artikel ini ditulis, jam telah menunjukkan pukul 1.05 pagi dan semua umat Islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia sedang bersiap sedia tidur awal hari ini untuk menyambut sahur yang pertama pada pagi ini, dan aku sebagai seorang yang 'susah' nak tidur mengambil kesempatan ini untuk membuat entri baru dalam si Hitam Putih ni :)
aku amat bersyukur kerana Allah S.W.T masih memperkenankan aku untuk bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini dan sebenarnya pada hari ini, aku dapat merasakan seolah-olah dah masuk 1 Syawal kerana apa yang aku dapat perhatikan sepanjang hari semalam (hari Jumaat), jalan raya di sekitar kawasan aku ini amat sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang dan keadaan sesak pada waktu puncak idengan orang ramai sibuk membeli barang keperluan di pasar.... kaum ibu juga tak ketinggalan untuk berkesempatan ke gudang-gudang kain yang sekarang ada potongan diskaun sehingga ke angka 50 peratus, dan pastinya mereka akan menjadi rambang mata memilih kain yang terbaik untuk digayakan nanti.... dan keadaan yang meriah ini seolah-olah akan menyambut hari raya pada hari esok, walhal hari ini baru kita akan menjengah ke bulan Ramadhan.
tahun ini juga buat sekian kalinya, aku menyambut bulan puasa di rumah secara penuh selepas tiga tahun aku berpuasa di rantau orang.... tapi aku tetap merindui pengalaman berpuasa, bersahur bersama rakan-rakan sekelas, rakan sekursus, rakan serumah dan juga orang yang pernah berada dekat dengan hati ;D .... semua itu hanya menjadi kenangan yang terindah kerana mereka telah membawa haluan masing-masing untuk menempuh hari yang mendatang.
tak ketinggalan, dua hari yang lepas iaitu hari Khamis aku menghadiri satu majlis makan-makan sebelum menyambut bulan yang mulia ini.... aku bertemu semula dengan kawan baik aku yang aku amat rindui, yang hampir setahun aku tak berjumpa dan kami berkongsi cerita bermula dari zaman sekolah itu hingga ke cerita peribadi masing-masing dan ketika itu aku tak terasa masa amat pantas berlalu dan sedar tak sedar hingga ke lewat pagi kami bercerita dan apa yang peliknya kami tak surut untuk berkongsi cerita walhal cerita itu mungkin di ulang-ulang banyak kali sebelum ini :) .... apa yang terjadi kepada aku pada malam itu, aku merasakan seolah-olah ada satu sambaran elektrik terus terkena ke hati aku, dan pada masa itu juga aku tak mampu untuk mengelak dari terus bertahan dan terus jadi lemah tak berdaya dan mungkin ke saat ini aku masih berasa sebegitu padahal dah hampir dua hari kejadian itu berlaku, dan berharap perkara ini tak akan berterusan kepada aku lagi :)
apa-apa pun jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan baik yang menjemput aku untuk bersama-sama 'memeriahkan' majlis mereka dan tak dilupakan juga kepada salah seorang rakan seperjuangan yang 'membawa' aku kerana tanpa dia aku mungkin terpaksa menghayunkan kaki untuk ke sana :)
tinta terakhir dari penulisan ini, semoga semua daripada kita akan memanfaatkan bulan yang penuh mulia ini dengan memperkayakan lagi ibadah yang ikhlas khususnya kepada Allah S.W.T kerana kita tak akan tahu adakah kita akan bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan :)
SELAMAT BERSAHUR dan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
P.S : jangan lupa bangun sahur dan aku berasa berdebar untuk memulakan puasa pada tahun ini dan aku berharap penyakit 'hati' yang melanda aku semenjak berapa hari yang lepas ini dapat disembuhkan semula dan aku juga akan berusaha untuk memenuhi solat Tarawih kerana aku terlepas tarawih pertama malam tadi atas sebab yang dapat dielakkan...semoga amalan kita diterima Allah S.W.T.... AMIN :)
Thursday, 21 June 2012
tiga 'kenapa'
salam buat semua..... ketika aku sedang menulis ni, dah genap dua bulan aku tak menjenguk ke sini, dan baru sekarang aku dapat 'kekuatan' untuk menulis semula.... dah lama tak bukak link blog aku ni, aku tengok interface blogger ni dah berubah seratus peratus, aku sendiri pun hampir-hampir tersalah tekan :)
kenapa aku menulis semula??? kerana aku merasakan sudah tiba masanya untuk aku cuba untuk bergiat aktif semula dalam dunia penulisan ruangan blogger ni...
sepanjang 'percutian' selama tiga bulan ni, bermacam perubahan yang terjadi pada aku.... kalau orang lain masa cuti ni akan jadi raja makan tapi tak bagi aku kerana semakin hari selera makan aku semakin berkurangan dan aku tak tahu kenapa ini boleh berlaku pada aku???... tak akan faktor merindui akan seseorang menyebabkan selera aku berkurang???...ini mustahil, siapa insan yg aku rindui?? aku rasa ini mungkin kecelaruan minda kot,hehehe
dah dekat sebulan aku tak timbang berat badan, aku cuba untuk menimbang tiba2 aku dapat tengok yang berat aku berubah sebanyak angka iaitu 57,58,59 kadang-kadang 60kg semula...atau si alat penimbang berat tu dah rosak atau aku sendiri punya angkara???aku sendiri pun tak paham :)
aku juga ubah rambut style rambut aku...kalau orang lain masa cuti adalah masa untuk menyimpan rambut yang lebih panjang tapi tidak bagi aku... sebab aku dah 'memendekkan' rambut aku hingga ke nombor dua, dan sehingga panggilan 'botak' terlekat pada aku, kawan-kawan aku mengatakan aku persis seorang sami *oh kejam sungguh mereka :) .... tapi kenapa aku botak??? di samping aku bukan jenis orang yg selesa dengan rambut yang terlalu panjang dan risau tumbuhnya kelemumur di sekitar kulit kepala, sebenarnya ada rahsia kenapa aku lakukan sebegini.... aku memendekkan rambut adalah kerana masih banyak lagi impian yang aku tak tercapai dan mungkin tak dapat ditunaikan langsung, aku rasa aku berjaya menyebabkan perasaan aku menjadi 'tawar hati' dan aku tak tahu kenapa ini terjadi
tapi aku tak akan berterusan memendekkan rambut kerana cara ini akan menyebabkan rambut akan menjadi 'merajuk' dan tak akan tumbuh lagi :)
apa-apa pun mungkin ini, hanyalah ungkapan awal untuk persoalan 'kenapa' .... mungkin selepas ini akan ada lagi bahagian kedua persoalan kenapa...dan harapan aku, aku mengharapkan ada 'insan' yang sedang merindui aku dan aku harap tiada lagi persoalan 'tawar hati' yang menghinggapi jiwa aku... walaupun aku mendiamkan diri tapi sebenarnya banyak yang dipendam di dalam hati dan aku berharap rindu ini akan berbalas satu hari nanti :)
doakan berjaya aku dalam exam MUET sebagai calon persendirian awal bulan Julai dan hujung Julai nanti.... aku doakan kepada sesiapa yang sama-sama mengambil exam tu akan dapat apa yang dihajati dan aku mahu tahu walaupun aku sentiasa jauh tapi jiwa kau tetap aku rindu dan setiap saat aku tak pernah melupakan
Sunday, 22 April 2012
secebis kisah
akhirnya, setelah hampir 2 bulan lebih aku tak post sesuatu yang baru kat dalam si Hitam Putih ni, aku akan cuba menulis apa yang aku rasa nak tulis hari ni.... bukan aku tak nak post tapi sebenarnya aku nak mencari bahan yang baik untuk dipost, selain dari tu masalah broadband yang kadang-kadang sedikit perlahan kelajuannya, sedikit sebanyak berjaya merencatkan semangat aku nak menulis dekat sini
sepanjang sebulan aku berada di rumah selepas berjaya menamatkan pengajian diploma selama tiga tahun, bermacam-macam yang aku lalui.... tapi yang aku nak nukilkan kat sini adalah, adakah masyarakat kita hari ni dah semakin kurang sikap prihatinnya terhadap insan yang lain...aku pun terfikir-fikir persoalan ni
ceritanya lebih kurang macam ni.... masa aku tunggu kawan aku dkt stesen kereta api lebih kurang pukul 4 pagi *sepatutnya kereta api dia sampai dalam pukul 3 pagi....aku tengok ada sorang pakcik berjubah, berkopiah.... tidur dengan penuh lena atas kerusi batu sambil satu beg kecil dialas untuk dijadikan bantal, aku tengok muka dia kesian betul, keletihan agaknya sebab tunggu kereta api sepatutnya sampai awal
dan tibanya sampai kereta api yg kawan aku naik dari kelantan, tak ada sorang pun orang yang tolong kejutkan dia bertanya yang dia naik kereta api yang mana satu.... sesampai saja kereta api dari Kelantan, aku tengok ramai yang terus meluru masuk ke perut kereta api, tanpa menghiraukan pakcik tu.... dan aku kesian tengok dia sebab tak ada orang yang nak kejutkan dia, aku terus ambil inisiatif tolong kejutkan dan tanya adakah dia nak naik kereta api, dan lepas aku kejut, terus dia meluru masuk ke dalam kereta api dan aku dengan kawan aku tadi terus pulang ke rumah.
kisah ini bukan aku nak berbangga sebab berbuat baik ke apa tapi aku terfikir-fikir, takkan la tak ada orang yang nak kejutkan dia?? dan aku tak dapat bayangkan kalau aku pun tak ambik inisiatif nak kejutkan dia??? entah-entah dia tak akan dapat nak naik kereta api pagi hari tu
apa-apa pun aku masih berfikir positif yang waktu tu mungkin penumpang kereta api lain memikirkan tentang takut ditinggalkan kereta api yang dah nak bergerak ke selatan tanah air tu.... dan semoga perjalanan pak cik tu masa hari kejadian dalam keadaan baik saja :)
semoga kita semua berada dalam keadaan sihat sentiasa dan cuba menjadi orang yang prihatin terhadap diri sendiri, dan orang lain :)
P.S : aku amat merindui seseorang, adakah seseorang itu juga merindui aku yang jauh di sini?? OH!!!

Friday, 3 February 2012
KECEWA adalah warna biasa
sedar tak sedar dah masuk hari Jumaat, penghulu segala hari pun.... tak ada apa perkara yang istimewa pun untuk aku lalui sepanjang hari ini kerana semuanya berjalan seperti biasa mengikut apa yang dirancang.
sebenarnya apa yang aku menulis tentang sebuah KEKECEWAAN itu bukan untuk aku sendiri, tetapi ada kaitan dengan diri orang lain dan aku harap 'orang tersebut' terus tabah untuk menghadapi hari-hari yang penuh berliku.... tipulah kalau tak ada orang dalam dunia ni tak pernah lalui perasaan KECEWA, aku sendiri pun pernah alami perkara ni dan setiap orang punya cara yang berbeza untuk berdepan dengan hal tersebut
aku juga tak tahu apa perasaan yang menggamit aku untuk menulis tentang KECEWA ini...adakah aku sedang dilanda rasa kecewa??? oh mungkin tidak.... sebenarnya aku bukanlah jenis yang terlalu jiwang tentang sesuatu perkara sehinggakan orang disekeliling berasa jelik untuk mendengarnya
sebenarnya kecewa itu adalah warna yang biasa untuk kehidupan sebagai manusia, jika tiada perasaan kecewa, manusia mungkin akan terlupa tentang sesuatu apa yang ada dalam diri mereka...semoga KECEWA itu dapat diubat dengan ubat yang mungkin ada istimewanya dan perbuatan BUNUH DIRI, meminum racun bukanlah ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan rasa kecewa itu
aku mengharapkan kebaikan akan datang kepada kita semua :)

Tuesday, 31 January 2012
secebis kisah sepanjang bulan ini
selepas untuk sebulan tiada diupdate, aku hanya dpt meng 'highlight' kan sedikit sebanyak apa yang berlaku sepanjang bulan ini :)
1. berkenalan dgn jiran sebelah dkt rumah sewa ni *opsss,hahaha
2. kelas seminggu sekali, dan habiskan banyak masa di rumah
3. kalau tak habiskan banyak masa dkt rumah, habiskan masa dekat rumah sewa pun jadilah :)
4. aku mesej semula, orang yang dah lama aku tak jumpa *dah cukup sebulan lebih pun
5. perpindahan tempat oleh insan yang sedikit sebanyak mewarnakan kehidupan aku setiap hari di rumah dan.....
6. aku dah tak ingat apa lagi yang nak tulis :)
P.S : utk insan yang telah mewarnai sepanjang hidup aku di rumah, semoga kita akan dapat berjumpa lagi, walaupun adik-adik jauh di mata tapi adik-adik semua dekat di hati abang
ketahuilah insan yang dah lama aku tak berjumpa, aku sentiasa mengingati kamu.... selamat berjaya dalam kehidupan kamu :)

Saturday, 31 December 2011
selamat tinggal kawanku, encik 2011
setelah hampir sebulan dua puluh satu hari aku tak menjenguk ke si Hitam Putih ini, akhirnya berjaya juga aku menerobos masuk setelah begitu lama aku menjadi sepi seperti ini.... sedar tak sedar tinggal berapa jam lagi untuk meninggalkan tahun 2011 yang penuh mencabar dan juga dugaan ini
kalau dikembalikan semula semua memori yang pernah aku lalui sepanjang tahun ini semuanya ada ceritanya yang tersendiri, yang mana kisahnya begitu pedih utk aku rasa, aku buang dan campakkannya sejauh-jauh hingga terluput habis dari ingatan.... kisah satu dimensi yang berbeza dari perspektif hidup yang aku sendiri tak pernah terfikir untuk lalui selama ini juga telah membuatkan pandangan kehidupan aku jauh lebih berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini
apa-apa pun semoga tahun baru 2012 Masihi ini akan memberikan dan menjanjikan satu pencapaian yang istimewa utk diri aku dan semoga tahun 2012 ini menjadi pemangkin semangat untuk aku terus maju... SEMOGA TAHUN 2012 menjanjikan kebaikkan kepada semua dan aku seolah-olah tidak sabar untuk melaluinya
SELAMAT TINGGAL 2011, aku takkan temui kamu lagi
SELAMAT DATANG 2012 ;D
&
SELAMAT BERJAYA SEMUA ;D
P.S : 31 Disember juga adalah ulang tahun salah seorang kawan baik aku, Shahrul Azren a.k.a Mail Perut Lambung, SELAMAT HARI JADI dengan ucapan semoga berbahagia dan teruskan berjaya untuk masa depan ....HIDUP MAIL ;D
sincerely nya secara ikhlas ucapan khas dari Yien a.k.a Botok (sebutan = Botak ) *aku la tu ;D

Thursday, 10 November 2011
selepas SEBULAN DAN LAPAN HARI
oh, nampaknya dh lama aku x menulis dlm si Hitam Putih kesayangan ini, aku lihat ia boleh diibaratkan juga seolah2 seperti sebuah rumah yg semakin usang, yg menunggu hari utk diruntuhkan
sepanjang sebulan dan sepuluh hari aku x menjenguk si Hitam Putih ini, bermacam2 aku lalui.... bermacam2 cerita yg mengejutkan, cerita yg menggembirakan, cerita yg meyedihkan & cerita yg boleh membuatkan hati menjadi x tenteram dek kerana satu igauan utk sebuah cerita.... jadi sekarang ini aku telah melalui detik yg terbaru di dalam hidup aku iaitu menjadi bapa saudara kepada anak saudara perempuan aku dgn memegang pangkat PAK UDA :)
aku masih lagi x percaya yg aku sudah menjadi seorg bapa saudara kepada anak perempuan yg baru lagi berusia 10 hari semasa aku menulis ini...dia lahir pada tarikh 1/11/11 pada pkul 4.44 petang, amat cantik sekali kombinasi nombor ini..dan pada malam tarikh itu juga berlaku juga tragedi yg menimpa kawan baik aku sendiri, yg kemalangan motorsikal dek akibat kesalahan org lain sehinggakan dia terpaksa jalani pembedahan utk memulihkan semula tulang di lengan kirinya yg patah.... Hazif Fijasri, semoga engkau cepat sembuh dan dpt lakukan aktiviti harian seperti biasa :)
dan juga impian aku sepanjang belajar ini utk mencapai target walaupun tidak terlalu menggunung juga berjaya selepas hampir 4 kali mencuba tanpa berputus asa.... walaupun tidak sehebat rakan2 sekuliah yg lain tetapi sekurang-kurangnya aku berjaya mencapai sasaran aku sendiri...kerisauan aku terhadap satu subjek yg pernah menjadi mimpi ngeri juga terjawab walaupun hanya sekadar 'cukup makan' tpi ia sudah cukup utk melegakan hati aku...aku juga bersyukur kpada Allah S.W.T kerana sepanjang 5 semester aku belajar, aku tak pernah gagal dlm semua subjek utk semester yg aku lalui..AKU SANGAT BERSYUKUR
kejayaan aku ini juga datangnya dari dorongan keluarga aku, rakan2 aku sendiri & juga DIA yg pernah bertemu di hati ;D...TERIMA KASIH KALIAN SEMUA.... semoga di semester akhir iaitu episod yg ke-6 ini akan bertambah baik pengakhirannya, aku berjanji akan kotakan janji2 manis aku dulu ;D & mendoakan semoga semuanya berjalan lancar..AMIN
P.S : aku rasa mcm seronok bila tgk gmbar org bergraduasi sambil memakai jubah & memakai topi semasa hari KONVO itu...insyaALLAH akan sampai juga waktu aku & rakan2 yg lain utk menghadapi hari bersejarah bagi diri masing-masing tu :)

Sunday, 2 October 2011
DUA lagi
oh, seronok aku mendengar masing2 dh ramai meng'update' yg mereka sudah kehabisan kertas peperiksaan utk dijawab *maknanya exam dh habis la tu ;D
aku plak tinggal lagi dua kertas yg sedang menunggu....secara kebetulan plak sama waktu dgn budak2 yg nak jawab exam PMR Selasa ni....kpada adik-adik yg nk jawab PMR, selamat menjawab dgn jayanya, semoga dpt truskan pelajaran kt sekolah yg lebih bagus kt masa dpan, jawablah dgn elok & berjayalah sgn cemerlang yg paling bagus & berwarna warni ;D

Wednesday, 14 September 2011
secoretan BAB ke- 5
wow, dh lama aku x menjenguk ke dalam ini ruang, bukan kerana apa dh lama x menejnguk tpi ada sebab2 yg tertentu knapa aku dh lama x ke sini.... alhamdulillah, semalam bersamaan dgn hari Selasa, bleh dikatakan seluruh warga kelas aku semuanya tersenyum lebar selepas masing2 dh berjaya membuang hampir sejuta kilo beban yg terletak di atas kepala setiap seorg sepanjang semester ini....
walaupun kisah semester ini hampir sama skripnya seperti semester lepas tapi sejak naik cuti raya ni, aku dpt dirasakan 'kegilaan' semester ini seperti yg selalu di war-warkan senior2 yg berjaya menghadapinya....sekarang semuanya dh mungkin menjadi lipatan sejarah & berharap buku 'sejarah' ini ditutup terus & x perlu dibukakan lagi muka suratnya
apa2 pun kpada semua, selamat berstudy utk 4 paper yg akan mendatang...SELAMAT BERSTUDY semua, semoga mendapat kecemerlangan yang flying with colours ;D
P.S :entri kali ini hampir sama skripnya dgn entri yg lampau (klik sini) & aku terasa seolah2 rindukan CINDERELLA yg sekarang dgn ucapan 'apakah yg sedang dilakukan dia' ;D

Subscribe to:
Posts (Atom)