Saturday, 10 October 2015

kembali semula setelah lama menyepi dan mungkin tak akan kembali lagi

jika dihitung semula kiraan waktu, lebih dua tahun aku tidak mengemaskini apa yang pernah dilalui dalm hidup aku sepanjang September 2013 sehingga ke bulan September tahun ini... bukan kerana apa namun aku tidak mempunyai terlalu banyak idea untuk menulis semula.

kini setelah mendapat kekuatan, aku perlu memaksa diri untuk walaupun sedikit tentang apa yang dilalui yang dilalui sepanjang tempoh tersebut.... semakin lama semakin nampak koyak pada jahitan yang dulu, semakin lama semakin melebar dan pada saat ketika papan kekunci ini disuakan, sudah beberapa kali aku menekan kunci 'backspace' seterusnya mengalami penyakit paling pedih iaitu sindrom menulis, padam, menulis dan padam.

segala kenangan yang pernah dilalui dan 'kejadian' yang paling tak dijangka berlaku ketika post ini dipublish pada umum akan dipadamkan buat selama-lamanya di dalam memori kerana dia kini sudah memulakan kehidupan baru yang bakal menenangkan terus jiwanya.

aku tidak berniat untuk mengadu nasib di dalam si Hitam Putih ini, namun inilah hakikat pahit yang harus ditelan...berusaha untuk naik ke atas, namun tergelincir di pertengahan jalan

tak akan mungkin aku dapat berkongsi apa yang terjadi namun itulah hakikat yang sebenarnya kerana seolah-olah tidak mempunyai langsung rasa dengan kepedihan yang paling teruk aku lalui

dan tanpa isi cerita yang benar-benar bersiri, tidak keterlaluan untuk aku tuliskan mengatakan bahawa aku mungkin tak akan kembali menulis di sini selagi koyak yang dirasai tidak sembuh sepenuhnya... berkemungkinan juga hari-hari yang bakal dilalui nanti akan terus berubah seluruh dimensi

ianya boleh diibaratkan seperti belon yang menggelembung dipenuhi air dan menanti untuk meletup dengan kuat pada bila-bila masa sahaja... jangan lupa juga supaya jagalah dengan baik kerana hatinya itu terlalu rapuh dan mudah berkecai

buat kali terakhirnya, terima kasih untuk segala kenangan, semoga berbahagia dan maafkan aku andai ada tersilap langkah suatu dulu... ternyata aku terpaksa menulis walaupun amat pedih untuk dilalui dan benar ada yang mengatakan bahawa inilah sebenarnya kejadian pahit 'Tragedi Oktober'



P.S : miss my blood brother....harap kita berjumpa semula satu hari nanti, my blood brother hadir untuk berkongsi sejumlah kebahagiaan,kedukaan yang kita pernah lalui dan menghadapinya bersama-sama ...maaf buat kali terakhir juga kerana telah melahirkan dan mengembalikan semula perasaan ini 

#hilangdalamramai #hilangdalamdamai