tepat 5.45 petang di hari Jumaat yang indah bersamaan 11 Januari, tamatlah sudah semua kegusaran di wajah rakan-rakan sekelas aku kerana secara simbolik ia juga menandakan bahawa cuti semester telah bermula .
apa yang aku lalui sepanjang empat bulan ini sedikit sebanyak telah berjaya mematangkan aku dan tahu apa makna kehidupan disini... segala kenangan yang terjadi sepanjang semester ini tak kira pahit, manis, masin, tawar, masam semuanya akan sentiasa terletak dalam kotak pemikiran aku dan tak akan dilupakan sampai bila-bila.
apa-apa pun, semoga pengakhiran episod ketiga ini akan berterusan kemanisannya dan akan bersambung di episod yang keempat kira-kira dua bulan dari sekarang... semoga sepanjang tempoh bercuti nanti, masing-masing sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat sejahtera.
SELAMAT TINGGAL KALIAN. SEMOGA KETEMU LAGI DI MASA AKAN DATANG.