Monday, 31 December 2012

selamat tinggal kenangan '12, selamat datang impian '13


tinggal kurang 24 jam dari sekarang, tahun 2012 akan meninggalkan memorinya buat selama-lamanya dan tak akan kembali lagi.

sepanjang tahun 2012 ini berlalu, banyak yang dah telah ditempuhi.... aku mungkin bernasib baik kerana lebih banyak manis yang dilalui berbanding yang pahit... antara peristiwa/kejadian yang tak mungkin aku lupakan sepanjang kehidupan aku di dunia ini ialah buat ke sekian kalinya hari kelahiran aku jatuh pada hari terakhir orang berpuasa dalam bulan Ramadhan dan keesokkannya pula bulan Syawal telah menjelma, aku percaya tak semua orang dalam dunia ini akan mengalami peristiwa sebegini & mungkin ini rezeki aku

dalam menyambut setiap kegembiraan, pastinya akan terselit suatu kesedihan di mana sahabat karib aku semasa di bangku persekolahan dulu dah pergi meninggalkan aku dan rakan-rakan lain buat selamanya, aku tak menyangka pemergiannya secepat ini selepas lebih dua tahun aku tak bersua muka dengan dia dan aku menerima kehilangan dia dengan rela hati kerana aku tahu Tuhan lebih menyayangi dia.... apa yang menyedihkan semasa hari pengkebumian jenazah arwah, tiada seorang pun dari rakan-rakan aku ada kerana semasa hari pemergiannya, masing-masing berada amat jauh dan kekangan waktu menjadi punca kami untuk menghadiri pengkebumiannya

aku masih tak dapat mencari waktu untuk menziarahi pusara abadinya, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dia di sana.... aku dedikasikan sepanjang usaha dan kejayaan aku waktu diploma dulu istimewa kepada dia kerana memberikan aku semangat di waktu aku tersungkur satu masa dulu...

sejujurnya, kenangan tahun 2012 ni aku nak simpan seketat-ketatnya dan banyak yang aku tak mahu aku ingat melainkan yang manis pernah aku lalui selama ini... aku mengharapkan 2013 ini akan menjanjikan kebaikan kepada diri aku dan orang sekeliling aku... mungkin aku bukan seorang yang terlalu berani tapi aku tahu mungkin masa dan keadaan di sekeliling aku akan mempengaruhi dan menentukan kemana hala tuju kehidupan aku selama ini.... 

biarlah masa yang menentukan dan aku mungkin hanya mampu menzahirkan apa yang aku rasa & alami mungkin cuma di sini.... terima kasih pemberi semangat dan semoga tahun 2013 akan membawa sinar dan lebih banyak impian yang akan dicapai berbanding tahun-tahun kebelakangan ini dan aku akan berusaha untuk bersemangat, diberi kesihatan yang kuat dan seterusnya berjaya untuk menempuh sehingga ke hari terakhir bagi 2013 nanti