Thursday, 10 November 2011

selepas SEBULAN DAN LAPAN HARI

oh, nampaknya dh lama aku x menulis dlm si Hitam Putih kesayangan ini, aku lihat ia boleh diibaratkan juga seolah2 seperti sebuah rumah yg semakin usang, yg menunggu hari utk diruntuhkan


sepanjang sebulan dan sepuluh hari aku x menjenguk si Hitam Putih ini, bermacam2 aku lalui.... bermacam2 cerita yg mengejutkan, cerita yg menggembirakan, cerita yg meyedihkan & cerita yg boleh membuatkan hati menjadi x tenteram dek kerana satu igauan utk sebuah cerita.... jadi sekarang ini aku telah melalui detik yg terbaru di dalam hidup aku iaitu menjadi bapa saudara kepada anak saudara perempuan aku dgn memegang pangkat PAK UDA :)

aku masih lagi x percaya yg aku sudah menjadi seorg bapa saudara kepada anak perempuan yg baru lagi berusia 10 hari semasa aku menulis ini...dia lahir pada tarikh 1/11/11 pada pkul 4.44 petang, amat cantik sekali kombinasi nombor ini..dan pada malam tarikh itu juga berlaku juga tragedi yg menimpa kawan baik aku sendiri, yg kemalangan motorsikal dek akibat kesalahan org lain sehinggakan dia terpaksa jalani pembedahan utk memulihkan semula tulang di lengan kirinya yg patah.... Hazif Fijasri, semoga engkau cepat sembuh dan dpt lakukan aktiviti harian seperti biasa :)


dan juga impian aku sepanjang belajar ini utk mencapai target walaupun tidak terlalu menggunung juga berjaya selepas hampir 4 kali mencuba tanpa berputus asa.... walaupun tidak sehebat rakan2 sekuliah yg lain tetapi sekurang-kurangnya aku berjaya mencapai sasaran aku sendiri...kerisauan aku terhadap satu subjek yg pernah menjadi mimpi ngeri juga terjawab walaupun hanya sekadar 'cukup makan' tpi ia sudah cukup utk melegakan hati aku...aku juga bersyukur kpada Allah S.W.T kerana sepanjang 5 semester aku belajar, aku tak pernah gagal dlm semua subjek utk semester yg aku lalui..AKU SANGAT BERSYUKUR


kejayaan aku ini juga datangnya dari dorongan keluarga aku, rakan2 aku sendiri & juga DIA yg pernah bertemu di hati ;D...TERIMA KASIH KALIAN SEMUA.... semoga di semester akhir iaitu episod yg ke-6 ini akan bertambah baik pengakhirannya, aku berjanji akan kotakan janji2 manis aku dulu ;D & mendoakan semoga semuanya berjalan lancar..AMIN


P.S : aku rasa mcm seronok bila tgk gmbar org bergraduasi sambil memakai jubah & memakai topi semasa hari KONVO itu...insyaALLAH akan sampai juga waktu aku & rakan2 yg lain utk menghadapi hari bersejarah bagi diri masing-masing tu :)